Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Bersisik. Khas Untuk Para Jejaka.

Kaum lelaki pun perlu moisturize!

Product in this article

Melakukan aktiviti harian menyebabkan kulit sering terdedah kepada sinaran UV, habuk, debu dan pencemaran udara. Keadaan yang tidak menyenangkan ini dapat menyebabkan kulit menjadi kering dan tidak bermaya, maka kandungan lembapan dalam kulit juga menjadi lebih kurang. Dengan menggunakan moisturizer dapat memberi lembapan dan menjaga kulit untuk lebih sihat, lembut serta segar.

Apakan kesan tidak menggunakan moisturizer?

Tidak menggunakan moisturizer akan mendatangkan banyak kesan negatif pada kulit iaitu salah satu darinya ialah kulit menjadi kering dan tidak bermaya. Kulit akan menjadi tambah kering dan sensitif akibat tidak melakukan proses penjagaan kulit dengan betul. Tambah pula jika anda bekerja dan seharian berada di dalam kawasan berpenghawa dingin. Kulit akan menjadi seperti ‘kemarau’. 

Tanpa penggunaan moisturizer, kulit anda akan mula mengelupas dan kelihatan kering melampau. Ayuh lihat senarai pelembap/moisturizer terbaik untuk kegunaan anda terutamanya bagi kaum lelaki;

10 Pelembap Wajah (Moisturizer) Terbaik Untuk Lelaki

Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer

RM 12.66
Moisturizer murah untuk anti jerawat
Aiken
1. Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer
Elakkan pertumbuhan jerawat dengan moisturizer terbaik untuk lelaki ini
Updated on 11th August 2020
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi cenderung jerawat
add_circle Krim water-based, bebas minyak
add_circle Hapus lebihan minyak dan kawal kilauan
remove_circle Iritasi pada kulit kering dan sensitif
remove_circle Bau herba yang agak kuat

Produk ini merupakan moisturizer yang mengandungi minyak Tea Tree sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Ianya berfungsi untuk mengawal lebihan sebum pada kulit dan mencegah pembentukan jerawat terhadap kulit. 

Beri perlindungan ekstra pada kulit wajah anda daripada sinaran UV, sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

Jayeon Aloe Vera Gel (100ml)

RM 12.9
Jayeon
2. Jayeon Aloe Vera Gel (100ml)
Moisturizer lelaki untuk kulit kering, beri lembapan secara mendalam
Updated on 11th August 2020

Moisturizer jenis gel ini diperkaya dengan Aloe Vera segar dan secara semulajadi. Produk ini mengandungi ekstrak ini dari pergunungan California yang membantu melegakan dan melembapkan kulit tanpa rasa melekit. 

Ianya juga mampu menenangkan kulit yang sunburn, melegakan iritasi dan sebagainya. Sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering.

BadLab Battle Repair & Relief Facial Moisturizer (45ml)

RM 12.9
BadLab
3. BadLab Battle Repair & Relief Facial Moisturizer (45ml)
Moisturizer lelaki dari drugstore – sesuai digunakan untuk remaja
Updated on 11th August 2020

Produk ini mampu memberi penjagaan pada kulit dengan Dragon’s Blood yang anti-radang dan menghidrat untuk pembaharuan kulit semula jadi. Bukan sahaja itu, produk ini juga memberi kelegaan yang menenangkan bagi kesan akibat sunburn, cukur dan pencemaran udara. Usah risau! Moisturizer ini akan memberi perlindungan ekstra buat kulit wajah anda.

Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)

RM 18.53
Simple
4. Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
Untuk yang berkulit sensitif, elak kegatalan dan kulit merengsa
Updated on 11th August 2020

Produk ini merupakan campuran sempurna bahan-bahan terbaik untuk membantu menjaga kulit dan  kekal hidrasi sehingga 12 jam. Sempurna untuk kulit yang sensitif, kebaikan pelembab ini tidak akan menyebabkan anda alami kulit iritasi, merengsa atau kemerahan dengan teruk.

Terdapat juga kandungan Pro-Vitamin B5, Vitamin E, Glycerin dan Borage Seed Oil, yang mampu membantu melembap dan melembutkan kulit.

Nivea For Men Multi-Protect Daily Defense Moisturiser (75ml)

RM 13.23
Nivea Men
5. Nivea For Men Multi-Protect Daily Defense Moisturiser (75ml)
Moisturizer dengan kandungan SPF, sesuai untuk yang berkulit normal
Updated on 11th August 2020

Produk ini merupakan moisturizer yang mengunnakan formula tidak mudah melekit dan ringan pada kulit wajah. Diperkaya dengan Vitamin E dan mengandungi SPF15 untuk melindungi kulit dari sinaran UV, sesuai untuk lelaki yang sering ‘berjemur’ di luar akibat aktiviti outdoor atau kerja

Ianya berfungsi untuk melembap kulit kering dan menegangkan kembali kulit dengan segera. Terbaik dalam melambatkan penuaan, kulit anda akan kelihatan anjal dan kekal awet muda sepanjang masa.

Nivea Men Whitening Acne Oil Control Moisturiser (40ml)

RM 17.18
Nivea Men
6. Nivea Men Whitening Acne Oil Control Moisturiser (40ml)
Khas untuk anda berkulit kusam – naikkan kembali seri wajah
Updated on 11th August 2020

Produk ini merupakan sebuah moisturizer yang membantu mencerahkan dan mengurangkan tona kulit tidak sekata. Berfungsi untuk membantu mencegah jerawat yang disebabkan oleh minyak berlebihan dan menyediakan kawalan minyak yang tahan lama. 

Ianya mampu mencerahkan tona dan mengurangkan pertumbuhan jerawat. Jangan lupa bekalkan lembapan ekstra buat kulit wajah anda dengan moisturizer ini, yang terutama buat kaum lelaki.

Sukin Men Facial Moisturiser (225ml)

RM 37.42
Sukin
7. Sukin Men Facial Moisturiser (225ml)
Moisturizer untuk lelaki berkulit kombinasi cenderung kering
Updated on 11th August 2020

Moisturizer ini diperkaya dengan minyak bijan, kelapa, Jojoba dan Aloe Vera untuk menghidrat serta menenangkan kulit. Terdapat juga ekstrak Baobab, Vitamin E dan Lada Tasmania yang berfungsi untuk menggalakkan kulit lebih sihat.

Campuran maskulin Cinnamon dan Citrus menyegarkan deria dan kulit wajah. Produk ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan terutamanya yang berkulit kombinasi cenderung kering.

Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel

RM 40
Bio Essence
8. Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
Moisturizer dengan bahan dasar air – kulit bermasalah lebih tenang
Updated on 11th August 2020

Produk ini mempunyai formula yang meningkatkan keupayaan kulit untuk membaiki dan memperbaharui lapisan kulit baru. Ianya membantu meningkatkan pengambilan oksigen agar dapat membantu kulit bernafas dengan lebih baik dan mengubahnya menjadi lebih aktif serta bertenaga. 

Ini akan meningkatkan keberkesanan bahan bio-ramuan kulit, Bio-Water untuk kulit yang menenangkan dengan tenang.

Neutrogena Anti-Wrinkle Daily Facial Moisturizer with SPF20

RM 108
Neutrogena
9. Neutrogena Anti-Wrinkle Daily Facial Moisturizer with SPF20
Moisturizer lelaki yang mempunyai retinol untuk merawat kedutan
Updated on 11th August 2020

Neutrogena Ageless Intensives Deep Moisturizer SPF 20 dengan kandungan retinol dan asid Hyaluronik akan beri hasil kulit yang kelihatan lebih sihat. Kedutan juga semakin kurang jelas dalam masa hanya dua minggu jika anda menggunakannya secara konsisten

Diformulasi anti-kedut yang mengandungi retinol, disyorkan oleh ahli dermatologi untuk kulit penuaan. Ianya juga terbukti secara klinikal kulit anda akan menjadi lebih lembut, licin dan tiada lagi kedutan atau garis halus tampil secara jelas.

Clinique For Men Oil Control Mattifying Moisturizer (100ml)

RM 146
Clinique
10. Clinique For Men Oil Control Mattifying Moisturizer (100ml)
Moisturizer terbaik untuk kulit berminyak dengan kemasan matte
Updated on 11th August 2020

Produk ini merupakan moisturizer yang bertekstur gel dan berformula ringan untuk digunakan pada kulit. Ianya mampu mengawal lebihan sebum di kulit wajah dan memberi kemasan akhir matte pada kulit. 

Moisturizer ini merupakan produk bebas minyak dan memberi lembapan serta menguatkan kulit untuk lebih sihat dan lembut. Sesuai digunakan bagi lelaki yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article