Ada sesetengah orang mengalami masalah jerawat naik hampir setiap minggu, sampai dah puas cari skincare untuk jerawat.
Adakah anda salah seorang yang mengalami situasi ini? Teringin nak muka flawless macam artis Korea yang bebas jerawat?
Ada beberapa cara mudah untuk kurangkan jerawat di muka, seperti ubah diet pemakanan harian kepada yang lebih sihat dan tukar rutin penjagaan wajah dengan menggunakan pencuci muka yang tepat.
Kalau anda nak hilangkan bekas jerawat, boleh juga cari pencuci muka untuk bekas jerawat yang boleh mengembalikan seri wajah anda.
Terdapat banyak pencuci muka untuk jerawat di pasaran dan pencuci muka untuk hilangkan parut jerawat pun ada.
Jom lihat senarai produk terbaik untuk anda pilih supaya kulit bebas jerawat.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 14 Produk Pencuci Muka Untuk Jerawat
Sebab menjadi pilihan utama:
Pencuci muka jenama Himalaya ini mengandungi Neem dan kunyit yang kaya dengan sifat antibakteri dan anti kulat yang mampu menghalang jerawat daripada tumbuh lagi.
Ciri-ciri:
Diperbuat daripada herba, bebas daripada sabun dan mampu membersihkan kekotoran pada wajah serta dapat mengurangkan jerawat.
Memang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat, kulit berminyak dan kulit normal.
Disebabkan bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi, ia tidak akan meninggalkan kesan sampingan.
Anda boleh guna produk ini 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
Review:
"Saya dah guna produk ni selama beberapa bulan, dan saya boleh katakan jerawat dah jarang ada pada muka. Memang sangat berbaloi untuk cuba, dan saya pasti akan repeat order."
Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali mengalami perubahan hormon ataupun darah tidak bersih/kotor.
Jadi produk Garnier mengeluarkan pencuci muka khas untuk lelaki yang dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat.
Malah dengan kandungan yang diperkaya Herba Repair dan penulenan asid salisiklik dapat mengurangkan:
- Minyak
- Jerawat
- Blackheads
- Bintik kemerahan
- Mengecilkan lubang pori
Cara penggunaan mudah saja, hanya sapu pada muka yang sudah dilembabkan dan bilas dengan air sehingga bersih.
Sebaiknya guna selepas anda melakukan aktiviti dari luar dan sebelum tidur.
Pencuci muka Cetaphil ini merupakan produk yang disarankan oleh ahli dermatologi.
Ini kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan kering.
Malah dapat melindungi lapisan perlindungan kulit agar kelembapan sentiasa dikekalkan dan sihat.
Produk dengan tekstur berkrim ini juga berkesan membersihkan wajah dari sebarang kekotoran dan kesan mekap tanpa mengeringkan kulit.
Paling penting, bebas pewangi dan boleh digunakan juga pada badan ketika mandi.
Produk Hada Labo Acne Control mengandungi tanah liat Bentonite yang diambil daripada abu gunung berapi.
Dengan tanah liat Bentonite, pencuci muka ini berkesan untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit sekaligus dapat menyingkirkan kekotoran pada wajah.
Apa yang paling bagus ialah diformulasikan AHA (glycolic acid) dan BHA (salicylic acid) yang terbaik untuk menyingkirkan sel kulit mati dan blackheads.
Turut mengandungi ekstrak Pansi liar yang boleh membantu melawan pembiakan jerawat.
Pencuci muka yang boleh digunakan 2 kali sehari ini diperbuat daripada formula Triple Anti Pollution yang mengurangkan kebolehan partikel tercemar untuk melekat pada wajah.
Produk jenama Oxy ini dihasilkan daripada Acnoplex 4-In-1 yang boleh mengawal minyak, mencerahkan kesan jerawat dan menghidratkan semula kulit.
Ditambah pula dengan bahan ekstrak rumpai laut dan minyak zaitun, memang dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat.
Pencuci muka untuk kulit berjerawat ini juga mengandungi ekstrak Centella Asiatica untuk mencerahkan bintik hitam.
Selain itu, turut mengandungi Salicylic Acid untuk singkirkan sel kulit mati dan bahan Isopropyl Methylphenol meresap jauh ke dalam pori untuk melawan jerawat.
Kulit wajah juga akan kembali cerah selepas penggunaan produk ini.
Malu berdepan orang ramai sebab ada parut jerawat yang tak hilang?
Kami sarankan anda untuk cuba pencuci muka Safi yang kaya dengan teh hijau ini.
Ini kerana produk yang lembut pada kulit dan tidak mengandungi sabun ini turut diperbuat daripada ekstrak daun Neem yang boleh meminimalkan parut jerawat.
Pencuci muka jenis gel ini juga mampu membersihkan wajah daripada sebarang kekotoran dan minyak.
Malah bebas daripada kandungan bahan bahaya seperti paraben, silikon, alkohol dan SLS/SLES.
Ini menjadikan sesuai untuk kulit normal hinggalah kulit yang berminyak.
Produk penjagaan muka lelaki ini diperkaya dengan mineral gunung berapi dan antioksidan.
Bahan ini untuk membersih, menentang jerawat dan mencegah dari jerawat yang baru di masa akan datang.
Ujian klinikal telah membuktikan produk ini bukan saja menghilang dan menghalang jerawat tapi mampu mencerahkan.
Selain itu, dapat mematikan sel kulit mati, menganjalkan kulit dengan menghilangkan sebum yang berlebihan dan membersih secara mendalam.
Cara penggunaan:
- Buihkan di tapak tangan anda
- Sapukan pada muka yang basah dan urut perlahan-lahan pada bahagian muka
- Bilas sehingga air jernih
- Gunakan mosturizer atau Serum selepas mencuci.
Bagi wanita mengandung yang mengalami masalah kulit berjerawat, boleh cuba pencuci muka Mama’s Choice ini.
Ini kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
Jadi ibu yang sedang menyusukan anak juga boleh guna produk ini pada wajah sebab bebas daripada paraben, sulfate, alkohol, pewangi dan SLS.
Dengan kandungan ekstrak kolagen terhidrolisis, pencuci muka yang ada Niacinamide ini juga boleh melembabkan dan mengekalkan keanjalan kulit ketika hamil.
Pencuci muka jenis gel dari Bio-Essence ini pula telah diformulasikan dengan buluh Korea untuk melembabkan kulit dan memperbaiki lapisan perlindungan kulit.
Selain itu, boleh mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan agar tiada lagi masalah breakouts pada kulit.
Yang penting, pencuci muka untuk jerawat ini boleh membersihkan kulit wajah dengan mendalam tanpa menyingkirkan kelembapan semula jadi kulit.
Jika anda masih ragu, pencuci muka ini telah pun diuji secara dermatologi, dan boleh digunakan dengan selamat sebanyak 2 kali sehari.
Jika anda mempunyai masalah jerawat pasir, boleh cuba pencuci muka ini.
Dengan kandungan Triclosan yang boleh menyerap jauh ke dalam liang-liang pori wajah, pencuci muka ini mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
Bukan itu sahaja, produk Oxy ini juga bagus untuk membersihkan pori, jadi jerawat baru tidak akan muncul lagi.
Kulit muka dijamin akan terasa lebih bersih dan sihat tanpa minyak atau sebum dan kekotoran.
Ramai kata produk ini bagus untuk mengurangkan masalah jerawat tapi kalau nak tahu keberkesannya, kena cuba sendiri produk ini.
Kulit jenis sensitif dan berjerawat? Pencuci muka ini adalah pilihan yang tepat kerana dapat menghilangkan parut jerawat.
Dengan bahan Mentholatum sangat sesuai untuk anda yang kulit sensitig sebab bahan ini memiliki pH yang lembut.
Selain itu, boleh membersihkan wajah tanpa menyebabkan ketegangan kulit.
Diformulasikan dengan Salicylic Acid (BHA) untuk melawan jerawat dan membersihkan pori tersumbat.
Kesan parut jerawat yang hitam juga boleh dicerahkan semula dengan adanya kandungan vitamin C yang kaya dengan antioksidan.
Ekstrak avokado dan ekstrak Centella Asiatica pula masing-masing berkesan untuk menyingkirkan lebihan sebum dan melegakan serta membaiki kulit yang berjerawat.
Pencuci muka Clinelle mempunyai bahan tanah liat yang bagus untuk membersihkan kotoran, kesan solekan dan sebum berlebihan pada wajah yang berminyak.
Malah, diformulasikan dengan serbuk arang yang telah diaktifkan yang mana mampu mencerahkan semula parut dan kesan jerawat.
Tekstur pencuci muka ini sangat lembut pada kulit kerana mengandungi daun Aloe dan ekstrak Chamomile.
Usah risau tentang keberkesannya sebab telah diuji secara dermatologi.
Jika anda gunakan dengan konsisten, jerawat akan mengecut dan blackheads juga bakal berkurang.
Pencuci Hiruscar ini diformulasikan khas untuk merawat kulit yang berjerawat.
Ini kerana mengandungi salicylic acid yang boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Selain itu, muka anda juga akan bebas daripada bakteria kerana bahan formulasi yang digunakan bertindak sebagai anti bakteria.
Diperbuat daripada bahan aktif MPS yang boleh menganjalkan kulit.
Paling penting boleh membersihkan muka dengan baik tanpa mengeringkan kulit anda, jadi kulit muka anda akan sentiasa terasa lembap.
Bagaimanapun, keberkesanan pencuci muka ini bergantung kepada jenis kulit anda.
Jika anda mencari pencuci muka jenama Safi yang boleh membantu mengurangkan atau mengawal masalah jerawat, anda boleh cuba Safi Naturals Cleanser Anti Acne Gamat & Habbatus Sauda ini.
Pencuci muka ini akan membantu membersihkan kulit wajah dari kotoran dan juga membuang sebum yang terkumpul, membuatkan wajah anda lebih segar.
Selain membersihkan kulit muka, wajah anda juga akan kurang berminyak.
Tidak cukup sekadar membersihkan, wajah anda juga akan terlindung dari pembiakan bakteria yang menjadi punca munculnya jerawat di muka.
Bahan yang digunakan pula adalah 100% semula jadi, mengandungi gamat dan juga Habbatus Sauda yang boleh membantu kulit bebas cela dan berseri.
Cara Pilih Produk Pencuci Muka Untuk Jerawat
Jika anda mempunyai masalah jerawat, salah satu langkah penting dalam rutin penjagaan kulit anda ialah memilih pencuci muka yang betul.
Namun, dengan begitu banyak produk pencuci muka di pasaran, bagaimana anda tahu yang mana satu yang terbaik untuk kulit anda?
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih pembersih muka yang sesuai untuk jerawat anda.
-
Jenis kulit
Adakah kulit anda cenderung berminyak, kering atau kombinasi?
Jika kulit jenis berminyak, anda mungkin memerlukan pencuci muka yang lebih kuat untuk mengawal pengeluaran minyak.
Sebaliknya, jika kulit jenis kering, anda mungkin memerlukan pencuci muka yang lebih lembut dan lebih lembap.
-
Bahan-bahan semula jadi
Pilih pencuci muka yang mengandungi bahan semulajadi seperti minyak pokok teh, lidah buaya atau chamomile.
Ini kerana bahan-bahan ini boleh membantu merawat kulit anda dengan lembut dan memberikan kesan positif untuk kulit anda yang berjerawat.
-
Bahan anti-jerawat
Cari produk yang mengandungi bahan anti-jerawat, seperti asid salisilik atau benzoil peroksida.
Bahan ini boleh membantu membersihkan kulit dengan lebih mendalam dan membantu mengurangkan jumlah jerawat yang muncul pada kulit anda.
-
Pilih produk tidak mengeringkan kulit
Produk pencuci muka yang terlalu kuat boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan ia menjadi kering dan merekah.
Ini boleh menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak dan kulit menjadi lebih terdedah kepada jerawat.
Oleh itu, pilih produk yang lembut dan tidak mengeringkan kulit seperti yang mengandungi bahan pelembap atau yang sesuai untuk kulit berjerawat.
-
Baca dan fahami label produk
Sebelum membeli produk, pastikan anda membaca dan memahami label.
Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang sesuatu bahan, baca informasi lebih lanjut mengenainya sebelum membuat pembelian.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Produk Pencuci Muka Untuk Jerawat?
Antara kelebihan produk pencuci muka untuk kulit berjerawat ialah membantu membersihkan kulit wajah dan mengurangkan risiko jerawat dan masalah kulit lain.
Ini kerana pencuci muka mampu menanggalkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati yang menghalang pori-pori kulit kita, serta bakteria dan toksin yang boleh menyebabkan jerawat.
Kedua, pencuci muka boleh membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak akibat jerawat.
Ini kerana sesetengah pencuci muka mengandungi bahan seperti aloe vera dan chamomile yang boleh membantu melegakan kulit yang meradang dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Pencuci muka untuk kulit berjerawat boleh membantu mengurangkan tahap minyak berlebihan pada kulit.
Ini penting kerana kulit berminyak boleh menyebabkan lebih banyak jerawat.
Namun, penggunaan pencuci muka yang berlebihan dapat mengeringkan kulit kita.
Sebaliknya, penggunaan pencuci muka yang terlalu sedikit boleh meninggalkan kotoran dan minyak pada kulit yang boleh memburukkan lagi masalah jerawat.
Jadi penting untuk menggunakan jumlah yang seimbang untuk mendapatkan manfaat terbaik.
Selain mengamalkan rutin mencuci muka secara berkala, kita juga harus memastikan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan kerap bersenam.