price-track-background
Log masuk ke ProductNation

ProductNation akan mengesan harga bagi produk anda ingini dan akan memaklumkan apabila terdapat harga yang lebih rendah!

Mengapa perlu sign up?
price tracker image
Dapatkan notifikasi harga runtuh

Kami akan sentiasa memantau supaya notifikasi harga runtuh dapat dihantar secepat mungkin!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Kulit Glowing dan Dewy Ala-ala Artis Korea. 10 Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering

Rahsia kulit nampak segar dan muda.

Product in this article

Apakah fungsi pelembap muka atau moisturizer?

Terdapat pelbagai produk kecantikan di pasaran untuk mendapatkan kulit yang cantik, daripada pencuci muka sehinggalah pengambilan supplemen. Salah satunya adalah produk pelembab yang memainkan peranan penting untuk menghidrat dan mengembalikan kelembapan pada kulit muka terutama untuk anda yang mengalami masalah kulit kering. 

Pilihlah produk bersesuaian dengan jenis kulit muka dan yang paling penting bahan kandungan pelembap tersebut. Elakkan memilih produk yang mempunyai bahan kimia seperti alkohol, paraben, pewarna dan pewangi tiruan, yang akan menyebabkan kulit bertambah iritasi serta kemerahan. 

Berikut adalah beberapa produk pelembab khusus untuk kulit kering yang boleh anda cuba:

Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer

RM 10.43
Moisturizer murah untuk anti jerawat
Aiken
1. Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer
Pelembap muka bagi lelaki- bagus untuk kulit kering berjerawat
Updated on 2nd August 2020
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi cenderung jerawat
add_circle Krim water-based, bebas minyak
add_circle Hapus lebihan minyak dan kawal kilauan
remove_circle Iritasi pada kulit kering dan sensitif
remove_circle Bau herba yang agak kuat

Pelembap muka yang mengandungi tea tree oil (Melaleuca Alternifolia) ini membantu melindungi kulit secara semulajadi daripada jerawat. Formulanya yang bebas minyak atau water-based ini dapat membantu melegakan dan melembapkan kulit. 

Ia juga diformulasi daripada pH sebenar kulit, menjadikan pH kulit lebih stabil dan tidak terlalu berminyak atau terlampau kering.

Himalaya Nourishing Skin Cream 150ml

RM 15.9
Moisturizer untuk remaja
Himalaya Herbals
2. Himalaya Nourishing Skin Cream 150ml
Terbaik untuk kulit bermasalah seperti kering dan kombinasi
Updated on 27th November 2019

Produk ini merupakan hasil daripada campuran herba semulajadi yang mampu mengembalikan keanjalan kulit dengan formulanya ringan dan tidak berminyak, sangat sesuai untuk kegunaan seharian. Diperkaya dengan Aloe Vera untuk memberikan kelembapan, Winter-Cherry serta esktrak pokok Kino India mampu memberikan pelindungan pada kulit dari pencemaran dan cuaca kering.

Tambahan pula, Winter Cherry berfungsi untuk penumbuhan sel kulit yang baharu kerana ia bertindak sebagai agen anti-stress dan antioksida.

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

RM 47.99
Neutrogena
3. Neutrogena Hydro Boost Water Gel
Pelembap water-based terbaik untuk kulit yang kering menggelupas
Updated on 6th August 2020

Produk ini kaya dengan dua jenis asid iaitu Power-Nano Hyaluronic Acid dan asid Hyaluronik. Ia amat bagus untuk menambah dan mengekalkan kelembapan, sambil memberikan penghidratan pada kulit tanpa henti. Produk ini terbaik kepada mereka yang mempunyai kulit yang terlampau kering sehingga menyebabkan rekahan.

The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream

RM 92
The Body Shop
4. The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream
Untuk kulit yang kering dan keletihan sehingga tampak kusam
Updated on 6th August 2020

Produk ini sesuai untuk kulit kering kerana teksturnya yang tidak berminyak, menyuburkan serta kekal lembap untuk waktu yang lama. Ia membantu untuk membaik pulih sistem kelembapan pada kulit wajah. Dihasilkan dengan Vitamin E, plumping Hyaluronic Acid dan minyak Wheatgerm, ianya sangat sesuai untuk kulit kering.

Produk dari jenama Body Shop ini dapat menjadikan kulit bertambah segar, lebih lembut dan tampil berseri dari jauh.

Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion 85g

RM 50
Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
Cetaphil
5. Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion 85g
Pelembap wajah terbaik untuk kulit kering dan sensitif
Updated on 17th July 2020

Moisturizer ini mempunyai tekstur berkrim yang dapat membantu untuk melegakan kulit kering dan sensitif dengan meningkatkan penghidratan serta membantu menambah kandungan lipid pada kulit. Terbukti secara klinikal bahawa ia mempunyai penghidratan dan melembap kulit kering dan memperbaiki kulit sensitif selama 24 jam.

Yang penting, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya serta bebas paraben. 

L’OREAL PARIS Revitalift White Day Cream SPF18 (50ml)

RM 32.2
L'oreal Paris
6. L’OREAL PARIS Revitalift White Day Cream SPF18 (50ml)
Pelembap dengan SPF untuk lindungi kulit wajah
Updated on 27th November 2019

Produk ini bertindak untuk mencegah tanda-tanda penuaan pada kulit wajah dengan formula SPF 18 yang mampu melindungi kulit daripada cahaya matahari. Ia memberikan 15 tindakan yang mampu melembap, menegangkan, tona kulit tidak sekata, mencerah, melembut, melicin dan meringkan kulit wajah. 

Dengan mengandungi 2 kombinasi bahan aktif sebagai dwi-tindakan untuk mencerahkan kulit wajah iaitu Melano-Block dan Vitamin C. Juga Pro-Retinol A yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk memperbaiki secara dalaman tanpa merosakkan lapisan kulit luaran.

Baca juga: 12 Moisturizer Terbaik Untuk Memastikan Kulit Muka Anda Sentiasa Lembap

Hada Labo Premium Whitening Water Cream

RM 51.24
Hada Labo
7. Hada Labo Premium Whitening Water Cream
Moisturizer terbaik dari drugstore untuk memutihkan wajah
Updated on 27th November 2019

Produk ini diperkaya dengan vitamin C dan arbutin yang dapat menghilangkan jeragat dan meratakan tona kulit tidak sekata untuk kulit yang lebih cerah berseri. Kandungan Hyaluronic Acid nya membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit, membuatkan kulit berasa licin dan lembut. 

Formulanya ringan, tidak berminyak, tahan lama serta bebas daripada pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna yang boleh menyebabkan iritasi.

Olay Total Effects 7 in 1 Day Cream Gentle SPF15

RM 27.9
Moisturizer alcohol free
Olay
8. Olay Total Effects 7 in 1 Day Cream Gentle SPF15
Moisturizer alcohol-free – tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit
Updated on 4th March 2020

Pelembap ini yang terkenal di pasaran Malaysia mengandungi ekstrak daun teh hijau (Green Tea) dan kaya dengan kompleks anti-penuaan, dapat melembut dan menyuburkan kulit, serta mengurangkan kedutan dan tompokan pada wajah. Selain itu, ia juga dapat melembap dan menyeimbangkan tona kulit tidak sekata dan melindungi kulit daripada kerosakan dengan bahan antioksida.

Moisturizer ini bebas daripada alcohol, tidak menjadikan kulit anda bertambah iritasi atau kemerahan akibat penggunaan produk tidak bersesuaian dengan kulit.

SAFI Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda

RM 7.50
Safi
9. SAFI Krim Kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda
Pelembap yang mengandungi Aloe Vera – murah dan sesuai untuk remaja
Updated on 27th November 2019

Produk ini diformulasikan daripada pokok Lidah Buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu melembutkan serta melicinkan kulit, dan ternyata untuk mengembalikan kelembapan kulit secara natural. Harganya mampu milik, sesuai untuk kegunaan remaja yang mempunyai masalah kulit kering.

Innisfree GreenTea Seed Deep Cream (50ml)

RM 68
Innisfree
10. Innisfree GreenTea Seed Deep Cream (50ml)
Moisturizer jenama Korea terbaik
Updated on 27th November 2019

Produk yang diterbangkan khas dari Korea ini sangat terkenal di kalangan pengguna wanita disana kerana bahannya yang alami untuk kulit wajah. Krim pelembap ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit bermasalah terutamanya kulit teramat kering. 

Tekstur krim ini yang sangat lembut dan ringan dengan formula konsentrasinya menggunakan daun teh hijau dari kepulauan Jeju, kulit wajah anda akan kekal terhidrat sepanjang hari. Dengan mengandungi asid amino, ianya tidak akan membuatkan kulit wajah anda terasa pedih dan produk dari Innisfree ini, ideal untuk kulit kering. Selamat mencuba!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article