Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Untuk Mereka Yang Alami Masalah Kulit Berminyak, Gunakan 10 Moisturizer Ini

Atasi kulit berminyak dengan pelembap yang tepat untuk kulit anda

Product in this article

Tidak kira anda mempunyai apa jenis kulit sekali pun, pemakaian pelembap muka untuk setiap individu sememangnya sangat penting bagi melindungi kulit anda dan juga mengatasi masalah yang dihadapi. Tahukah anda bahawa dengan memakai pelembap yang betul, ianya dapat membantu mengawal penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit wajah. 

Apakah pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak dan isi kandungannya?

Cubalah produk bebas minyak dan bahan yang mengawal dari pembentukan minyak yang berlebihan. Gunakan produk yang berlabel non-comedogenic dan non-acnegenic kerana ia mengandungi bahan yang tidak akan menyebabkan jerawat akibat dari kulit yang berminyak. Anda juga boleh mencuba pelembap jenis tekstur gel kerana biasanya terasa lebih ringan dan tak terlalu berminyak. 

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk tidak membasuh muka dengan span yang tidak terlalu kasar dan cuci dengan air bersuhu bilik. Ayuh, lihat beberapa jenis pelembap yang mungkin dapat mengatasi masalah anda ini;

10 Pelembap Terbaik Untuk Si Kulit Berminyak

Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer

RM 12.66
Moisturizer murah untuk anti jerawat
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi cenderung jerawat
add_circle Krim water-based, bebas minyak
add_circle Hapus lebihan minyak dan kawal kilauan
remove_circle Iritasi pada kulit kering dan sensitif
remove_circle Bau herba yang agak kuat

Pelembap ini memberi bauan dari minyak pokok teh dan mudah meresap ke dalam kulit anda. Ia membantu mengawal minyak dan memastikan kulit muka anda dalam pH yang sepatutnya dan yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit. 

Selepas beberapa kali penggunaan, anda akan merasakan kulit terasa lebih ringan, bebas jerawat dan kekal segar walaupun setelah seharian berada di luar.

Safi Balqis Oxywhite Krim Pelembap Siang SPF20

RM 18

Krim pelembap yang mengandungi perlindungan UV tambahan iaitu SPF20, berkesan dalam melindungi kulit daripada cahaya yang merbahaya. Ia turut membantu memberi kesempurnaan kepada kulit wajah yang mempunyai masalah seperti garis penuaan, kulit berminyak, kusam dan tidak sekata. 

Tekstur yang ringan dan lembut apabila diratakan pada kulit wajah anda dan kesan seawal 3 minggu dapat dirasai sendiri. Ianya juga dapat mencerahkan kulit wajah anda dan memberi lembapan agar kulit bersinar dan tampil bermaya sepanjang hari.

EVERLY Soothing & Moisture 99% Aloe Vera Gel

RM 16.9

Pelembap yang diterbangkan khas dari Korea ini mengandungi 99% ekstrak Aloe Vera dari Kepulauan Jeju di dalam gelnya untuk melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. Ianya dapat memberi kelegaan dan selesa sepanjang hari buat kulit anda. Pelembap ini juga dapat mengekalkan lembapan dan hidrasi tanpa membuatkan kulit anda bertambah kering. 

Diperkaya dengan 7 bahan semulajadi seperti ekstrak Barley Grass dan Deep Sea Water, kulit anda akan kelihatan bersinar dan bermaya. Walaupun bertekstur gel, pelembap ini jenis tidak melekit.

Himalaya Oil Free Radiance Gel Cream

RM 34.7
4. Himalaya Oil Free Radiance Gel Cream
Moisturizer bebas alkohol, selamat untuk kulit wajah anda

Himalaya Herbals Oil-Free Radiance Gel Krim adalah krim gel ringan dan tidak berminyak, ia sesuai untuk digunakan setiap hari agar kulit kekal licin. Diperkaya dengan ramuan istimewa yang memberi tiga manfaat penting iaitu menyerap dengan pantas ke dalam lapisan kulit, menghidrat serta membuatkan kulit bertambah licin dan sempurna.

Bahan utama gel pelembap ini adalah Barbary Fig yang mengandungi Polysaccharides untuk kelembapan dan Winter Melon, kaya dengan sifat antioksidan untuk menjaga kulit. Krim yang telah diuji secara dermatologi ini, bukan jenis komedogenik, bebas minyak mineral dan paraben.

Garnier Men Turbolight Oil Control Shine Moist

RM 23.87
Moisturizer terbaik untuk lelaki

All-in-1 krim pencerah pelembap ini dengan formula bebas gris ini, diperbuat daripada Volcanic Mineralite dan ekstrak pemutih lemon yang akan membantu melawan masalah kulit anda dalam 1 sapuan. Mengawal minyak yang berlebihan dan menutup pori-pori besar agar kulit kekal dalam tahap pH yang diperlukan. 

Bukan sahaja itu, ia juga membantu mencerahkan kulit wajah dan mengekalkan kelembapan pada kulit agar ia bebas minyak. Sesuai untuk kegunaan lelaki, tidak kira apa jua jenis kulit sekalipun. Kulit anda tidak akan mudah merengsa dan pedih. 

Olay Regenerist Revitalising Hydration Cream SPF15 (50g)

RM 44.3
Moisturizer untuk kulit keremajaan dengan spf
add_circle Hapus sel-sel kulit mati
add_circle Kurangkan kedutan dan garis halus
add_circle Tidak meninggalkan kesan residu
remove_circle Aplikasi dengan kerap untuk kekal lembap

Pelembap yang menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit anda daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya dengan SPF15. Ia membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan agar kulit tampil lebih muda. 

Formulanya tidak berminyak supaya kulit kekal terkawal dari penghasilan minyak berlebihan. Selain itu, membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan sempurna.

Hada Labo Whitening Perfect Gel

RM 69.1
Moisturizer untuk memutihkan wajah
Hada Labo
7. Hada Labo Whitening Perfect Gel
Moisturizer sesuai untuk kulit berminyak dan cmencerahkan

Pelembap dengan tekstur gel memberikan penghidratan yang tahan lama untuk wajah anada. Mengandungi arbutin yang membantu meringankan nada kulit dan bintik-bintik gelap bagi memberikan kulit yang lebih licin. 

Tambahan dengan Vitamin C untuk memulihkan kembali penampilan kulit kusam yang disebabkan oleh sinaran UV. Krim ini mampu mengembalikan pH kulit menjadi seimbang dan jangan risau kerana ia bebas dari wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna.

CORSX Oil-Free Ultra-Moisturizing Lotion with Birch Sap (100ml)

RM 52.9

Pelembap yang mengandungi Birch Sap ini dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda akibat penghasilan minyak berlebihan. Ianya dicipta untuk memberi hidrasi dan menyerap pantas masuk ke lapisan kulit paling dalam. Bukan hanya untuk kulit berminyak, pelembap ini boleh juga digunakan untuk anda yang memiliki kulit kering, kombinasi, sensitif dan normal. 

Ianya membaikpulih kerosakan dan cela yang tampil sambil sekatakan tona serta tekstur kulit wajah. Yang penting, gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini!

The Body Shop Seaweed Oil-Control Gel Cream (50ml)

RM 70
The Body Shop
9. The Body Shop Seaweed Oil-Control Gel Cream (50ml)
Seimbangkan penghasilan sebum dan hapuskan minyak berlebihan

Pelembap jenis krim gel ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit kombinasi cenderung berminyak. Ianya bertekstur ringan dan memberi hidrasi pada kulit wajah anda sambil menyeimbangkan penghasilan sebum serta minyak berlebihan. 

Wajah anda akan tidak akan terasa melekit kerana kemasan akhir pelembap ini adalah matte. Diperkaya dengan mineral rumpai laut dan gabungan Vitamin E dan melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas.

Laneige Water Bank Moisture Cream 50ml

RM 155
Moisturizer bahan dasar air
Laneige
10. Laneige Water Bank Moisture Cream 50ml
Moisturizer yang diperbuat daripada bahan dasar air

Produk dari Laneige ini dengan mengandungi faktor pelembap semula jadi di dalam kulit dan menjadikan kulit lembap sepanjang hari melalui bahan dasar airnya. Diformulasi dengan asid Hyaluronik yang memberi lembapan dengan kadar segera. 

Ia juga turut membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan agar anda kekal selesa dan kulit tidak berminyak serta bermasalah. Pelembap ini dijamin terbaik dan telah diuji secara klinikal, selamat untuk digunakan oleh semua jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article