Kecantikan

34 Cadangan Hadiah Untuk Perempuan di Malaysia 2026

Tak tahu idea hadiah untuk perempuan yang menarik? Ini senarai barang perempuan selalu pakai dan juga idea hadiah perempuan suka.


Editor · Updated 22 Nov 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

34 Cadangan Hadiah Untuk Perempuan di Malaysia 2026

Hadiah apa yang boleh membahagiakan ibu, isteri, adik perempuan, crush, teman wanita atau rakan wanita?

Mungkin itu yang berlegar-legar dalam kepala seorang lelaki bila tiba hari jadi atau hari istimewa insan tersayang mereka.

Kandungan

Sebenarnya ada banyak barang perempuan selalu pakai yang boleh anda beli sebab wanita ada banyak barang berlainan yang mereka pakai setiap hari.

Berbeza dengan lelaki, lebih simple sehinggakan barangan mereka seakan sama, jadi hadiah perempuan suka memang berbeza.

Jom lihat senarai idea hadiah untuk perempuan yang sesuai untuk dibelikan sebagai tanda kasih sayang atau penghargaan.


Senarai 34 Hadiah Untuk Perempuan

Zikr Lite Bluetooth Smart Tasbih Digital Ring OLED Display
Hadiah untuk orang pergi umrah perempuan 1 daripada 34
Zikr Lite Bluetooth Smart Tasbih Digital Ring OLED Display
Dari RM47.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Tasbih digital ini mempunyai paparan OLED yang membolehkan anda melihat sudah berapa banyak zikir yang dibacakannya.

Selain itu, ia juga boleh disambungkan ke telefon menerusi aplikasi khas, membolehkan anda membuat tetapan jumlah zikir serta mendapat notifikasi waktu solat.

Menyerupai bentuk cincin, anda boleh pilih pelbagai warna menarik seperti hitam, cokelat, putih, graphite, dark green atau silver, dan terus boleh digunakan oleh suami disamping kekal bergaya disarung pada jari.

Sangat sesuai dibawa ketika pergi menunaikan umrah.

Godiva Signature 72%Cacao Dark Chocolate 90g (Made In Turkey)
Hadiah coklat untuk perempuan 2 daripada 34
Godiva Signature 72%Cacao Dark Chocolate 90g (Made In Turkey)
Godiva
Dari RM38.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Rasa coklat hitam (dark) bersama kekacang badam pastinya kombinasi yang enak untuk dijadikan snek ringan sebelum menikmati juadah berat.

Coklat dengan tekstur lembut, nipis dan cukup pekat rasa kokonya ini membuatkan ianya kudapan yang sesuai untuk dinikmati.

Kandungan coklat hitam sebanyak 72% sesuai untuk semua peringkat umur.

Hadiah yang sesuai untuk wanita yang sukakan coklat.

Amazon Kindle Paperwhite 10th Generation
Hadiah untuk orang tua perempuan 3 daripada 34
Amazon Kindle Paperwhite 10th Generation
Dari RM305
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Memang sesuai untuk orang tua perempuan yang suka meluangkan masanya dengan membaca buku-buku, hadiah ini sangat sesuai untuk mereka.

Macam yang kita tahu, sebuah buku novel bukanlah ringan dan sekarang terdapat banyak bacaan online. 

Amazon Kindle merupakan solusi yang tepat bagi memudahkan mereka untuk membaca di mana saja.

Stackable Plastic Shoe Box
Hadiah murah untuk perempuan 4 daripada 34
Stackable Plastic Shoe Box
Dari RM1.75
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Wanita memang banyak kasut, kalau ada tempat rak simpanan kasut seperti ini tentu rumah lebih kemas dan menjimatkan ruang.

Jadi tak perlu susah fikir nak beli apa, hadiahkan mereka rak kasut stackable ini, mudah untuk mereka menyimpan koleksi kasut mereka.

Dengan rak kasut ini, rumah akan lebih kemas tanpa kasut berselerak dan akan memberikan lebih ruang untuk memenuhi ruang yang kosong.

Hadiah untuk perempuan bawah RM50 5 daripada 34
Adjustable 360 Rotate Cosmetic Case Storage
Dari RM42.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Bekas menyimpan solekan ini tahan lama dan boleh digunapakai untuk mempamerkan set koleksi solekan kegemaran.

Rekabentuknya diamond dan boleh diputar sebanyak 360 darjah.

Ini memudahkan para wanita mencari solekan kegemarannya tanpa perlu memunggah keluar dari bekas.

Sansevieria Superba Sansevieria Family Air Purifying Plant
Hadiah untuk perempuan bawah RM20 6 daripada 34
Superba Sansevieria Family Air Purifying Plant
Dari RM12.88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Kalau nak bagi hadiah pokok, lebih baik bagi hadiah pokok hidup yang boleh menyalurkan kembali oksigen ke dalam rumah.

Tapi kalau tak tahu nak bagi pokok apa, kami cadangkan pokok Superba Sansevieria ini kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri.

Pokok ini berkesan dalam menyingkirkan toksin seperti formaldehyde, xylene, benzene, dan trichloroethylene yang biasanya ada dalam persekitaran indoor.

Jadi, pokok ini paling sesuai dijadikan hiasan dalam rumah, dan secara tak langsung membersihkan udara dalam rumah.

hadiah jam tangan
Hadiah jam tangan untuk perempuan 7 daripada 34
Jam Tangan Perempuan Original Waterproof
Dari RM84.48
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Anda mencari sesuatu yang simple tetapi bermakna? Berikanlah hadiah jam tangan warna Rose Gold yang nampak mewah ini kepada kawan, adik-adik perempuan, atau orang yang tersayang.

Jam tangan ini menggunakan bahan berkualiti tinggi, manakala tali jam daripada keluli tahan karat yang sesuai untuk pergelangan tangan.

Dengan ketahanan air hingga 30 meter, anda boleh memakainya ketika mandi, bermain di pantai, memasak, dan sebagainya.

Ia direka khas untuk mereka yang memiliki pergelangan tangan yang lebih kecil. Dial berlian pada jam ini juga memberikan sentuhan mewah dan berseri!

Hadiah perempuan botol air 8 daripada 34
FAMSY Mizu Bottle
Dari RM59
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Hadiahkan kawan anda botol air yang boleh disesuaikan dengan nama mereka. Ia diperbuat daripada lapisan serbuk tahan calar yang kukuh dengan 5 warna yang berbeza sesuai dengan gaya kawan anda.

Selain itu, botol air ini selamat digunakan dengan bahan bebas BPA dan bersijil makanan peringkat FDA.

Bagi minuman panas atau sejuk, ia kekal seperti asal selama 12 jam. Pilihan saiz botol ialah 500 ml atau 700 ml.

Kawan baik anda boleh membawanya ke gym, berkelah, tempat kerja, atau kolej dengan mudah!

body shop
Hadiah farewell untuk perempuan 9 daripada 34
Lather & Slather British Rose Gift Bag
The Body Shop Stock
Dari RM78
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Bagi mereka yang mencari hadiah perpisahan, dapatkan beg hadiah ini untuk kawan perempuan anda.

Apa yang ada dalam beg hadiah ini? Beg ini mengandungi pelbagai produk yang akan merawat tubuh dari kepala hingga ke kaki.

Terdapat gel mandian dari aloe vera, krim tangan dari minyak kacang Brazil, dan mentega badan.

Menariknya, tab Body Butter ini juga dibuat sepenuhnya daripada plastik kitar semula. Mereka pasti akan wangi sepanjang hari!

slide playground untuk kanak-kanak
Hadiah untuk adik perempuan 10 daripada 34
Jollybee Children Playground Slide CP-16 Slide Home Playground
Dari RM74.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jollybee Children Playground Slide ini adalah hadiah yang bagus untuk bayi baru lahir sehingga si kecil berusia 6 tahun.

Ia mudah dipasang, boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan dan diperbuat daripada bahan mesra alam.

Turut dilengkapi dengan panel rekaan menarik dan warna yang cantik, serta lebih lebar untuk keselamatan anak-anak menaiki tangga.

Reka bentuk slide juga diperkuat dengan corak berombak membuatnya tahan lama, membolehkan bayi meluncur dengan bebas.

tudung naelofa
Hadiah birthday perempuan 11 daripada 34
naelofar Liberte N.9 Square
Naelofar
Dari RM99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Tudung jenama Naelofa ini adalah pilihan hadiah yang sempurna untuk wanita istimewa dalam hidup anda, dengan rekaan corak gelung dan simpulan yang menarik.

Diperbuat daripada bahan satin Adila yang eksklusif, tudung ini terlihat mewah tetapi tetap ringan, menyejukkan dan selesa di atas kepala.

Selain itu, tudung ini mudah dilabuhkan dan mempunyai kemasan kilauan semula jadi yang cantik.

Sangat sesuai untuk kegunaan harian dan memberikan anda penampilan yang bergaya dan anggun.

Russell Taylors Romano Cookware 4 Piece Pots & Pans Set CWS-7
Set hadiah untuk perempuan 12 daripada 34
Russell Taylors Romano Cookware 4 Piece Pots & Pans Set
Russell Taylors
Dari RM336.59
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Hadir dalam satu set
Ketahanan granite yang ekstra
Stok terhad
1 lagi
Jenis non-stick

Set periuk dan kuali granite dari Russell Taylors ini sesuai dijadikan hadiah untuk wanita kerana kualitinya bagus dan dijual dengan harga yang cukup rendah. 

Setiap set periuk batu Russell Taylors dilengkapi dengan ciri yang menarik termasuk kualiti periuk non-stick yang baik dan pemanasan haba yang cepat serta tidak mudah berkerak. 

Dengan lima lapisan alumunium yang tebal, produk ini tahan lama dan selamat digunakan di dapur gas mahupun dapur elektrik.

Turut dilengkapi dengan pemegang yang teguh dan bawah periuk yang kukuh, menjadikan periuk ini selamat dan stabil semasa digunakan. 

Set alat memasak ini lengkap dengan pelbagai jenis periuk dan kuali yang sesuai untuk memasak pelbagai jenis hidangan.

Produk ini sesuai juga dijadikan sebagai hadiah kahwin kepada rakan wanita.

ARIANI HOGWARTS Tumbler (VOL.2)
Hadiah christmas untuk perempuan 13 daripada 34
ARIANI HOGWARTS Tumbler (VOL.2)
ARIANI
Dari RM89
Lihat harga di Shopee Malaysia

Koleksi tumblr dari Harry Potter dan Ariani ini menampilkan rekaan yang diinspirasikan oleh Dunia Sihir Harry Potter.

Dengan bermotifkan tema dan logo Harry Potter yang rasmi, tumbler ini akan memberikan bayangan sentuhan magis pada setiap tegukan minuman.

Tumbler ini juga mempunyai penutup magnetik, double-wall stainless steel insulation yang mengekalkan suhu minuman panas atau sejuk untuk berjam-jam lamanya.

Anda boleh membawa tumbler ini ke pejabat, gimnasium, atau semasa bercuti untuk menikmati minuman kegemaran dengan mudah.

Sesuai untuk diberikan sebagai hadiah hari jadi, hadiah perkahwinan, atau hadiah untuk meraikan pencapaian penting dalam hidup seseorang sambil lihat senyuman bahagia di wajahnya ketika menerima hadiah ini.

handsock nealofar
Hadiah untuk kawan perempuan muslimah 14 daripada 34
Naelofar nWear Aura Hand Socks (new colours)
naelofar
Dari RM34.40
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Diperbuat daripada fabrik kapas spandex yang paling lembut, handsock ini bukan sahaja kelihatan cantik tapi juga memberikan keselesaan serta rasa sejuk sepanjang hari.

Sarung tangan tangan ini ringan, lembut di kulit, tidak licin serta boleh cuci tangan atau mesin basuh dalam beg basuh pada kitaran lembut sahaja supaya tidak mudah rosak.

Paling penting, kegunaan handsock ini adalah untuk memudahkan pergerakan dan sesuai dengan gaya wanita muslimah menjaga aurat mereka.

hadiah gelang untuk orang tersayang
Hadiah untuk perempuan dewasa 15 daripada 34
HABIB Yellow Pearl Beads Bolo Bracelet
HABIB
Dari RM270
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dengan rekaan yang ringkas dan manis, HABIB Yellow Pearl Beads Bolo Bracelet sangat sesuai dijadikan hadiah untuk ibu, isteri atau adik perempuan anda.

HABIB Yellow Pearl Beads Bolo Bracelet adalah pilihan yang sempurna untuk perempuan kerana gelang ini comel, kecil dan cantik apabila dipakai oleh mereka.

Selain itu, gelang ini akan menambahkan sentuhan yang indah pada penampilan si pemakai.

Dengan hiasan mutiara berwarna kuning yang elegan, gelang ini sesuai dipakai untuk pelbagai acara, sama ada formal atau santai. 

Anda tidak perlu risau kerana gelang ini tahan lama dan tahan lasak, jadi si pemakai boleh menggunakannya dalam tempoh yang lama. 

Aolon RUSH S3 Waterproof Body Temperature Smart Watch
Hadiah untuk anak perempuan dewasa 16 daripada 34
Aolon RUSH S3
Dari RM72.22
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
24 pilihan mod sukan
Pemantauan suhu badan
Tidak menyokong panggilan Bluetooth dan NFC
2 lagi
Terdapat ujian tekanan darah
Pemantauan kadar degupan jantung 24 jam

Smartwatch merupakan salah satu hadiah yang sempurna untuk anak perempuan remaja anda yang suka bergaya dan ingin sentiasa dalam trend.

Jika anak anda baru mula melibatkan diri dalam gaya hidup sihat, jam ini juga menjadi pilihan yang sesuai untuk mereka kerana menawarkan pelbagai fungsi termasuk pemantauan oksigen, 24 mod sukan dan juga GPS.

Ciri GPS ini juga akan membolehkan anda memantau kedudukan anak anda sepanjang hari. Lebih selamat!

Lebih menarik, jam pintar ini mampu bertahan hingga 7 hari jadi tidak perlu risau jika terlupa untuk caj smartwatch ini.

Ciri menarik lain, smartwatch ini juga mempunyai skrin tahan air yang akan membolehkan anak anda memakainya di mana saja, sama ada untuk aktiviti santai atau lasak.

Tefal Steam Iron Express Easy Steam Generator Iron SV6116M0
Hadiah untuk staff perempuan 17 daripada 34
Tefal Express Easy Steam Generator Iron SV6116
Tefal
Dari RM320
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kapasiti tangki air besar (1.4L)
Meluncur dengan lancar di atas semua fabrik
Seterika sedikit berat
1 lagi
Boleh hilangkan kedut degil

Anda mencari hadiah yang berguna untuk staff perempuan? Jom dapatkan model seterika wap Tefal ini sebagai pilihan terbaik!

Dengan steam generator terbaik dan tangki berkapasiti 1.4 liter, seterika ini memberikan prestasi yang luar biasa dan akan memudahkan aktivit menggosok baju setiap hari.

Kuasa 2200w dan tekanan pam 5.3 bar membantu menghilangkan kedutan pada pakaian dengan mudah dan pantas.

Selain itu, pengguna dapat laras suhu seterika yang sesuai mengikut jenis fabrik yang mahu digosok.

Anda tidak perlu risau tentang kerosakan fabrik kerana tapak seterika yang terbuat daripada seramik soleplate yang licin dan tahan lasak.

Dengan hembusan wap air yang boleh diubah mengikut keperluan, antara 120g hingga 270g, seterika ini dapat memberikan gosokan moderate hingga boost up. 

minyak_wangi_wanita
Hadiah tunang untuk kawan perempuan 18 daripada 34
Lilith and Eve Black Opium Eau de Perfume 30ml
Lilith & Eve
Dari RM29.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Mahu berikan perfume mahal tapi dalam bajet? Wangian ini terinspirasi daripada wangian berjenama dan mewah Yves Saint Laurent Black Opium.

Hadiahkan Black Opium Parfume dari Lilith & Eve ini kerana baunya seakan sama dan bau perfume ini boleh bertahan selama kira-kira 4-5 jam.

Wangian ini memberikan bau wangian mewah dan membuatkan si pemakai rasa lebih yakin, selesa sepanjang hari dan dapat lengkapkan penampilannya.

Jika kawan perempuan anda suka mengumpul wangian, segera dapatkanlah wangian ini untuk menambahkan koleksi perfume kawan perempuan anda.

makeup pallete maybeline
Hadiah birthday untuk best friend perempuan 19 daripada 34
Maybelline The Blushed Nudes Eyeshadow Palette
Dari RM116.05
Lihat harga di Lazada Malaysia

Jika kawan anda seorang makeup junkie, anda boleh hadiahkan set solekan kepada mereka seperti Maybelline The Blushed Nudes Eyeshadow Palette ini!

Set eye pallete makeup ini mengandungi pembayang mata dengan 12 warna rona emas merah jambu, daripada rosqué rose kepada taupe yang menggoda. 

Set pembayang mata ini mampu memberikan kelainan kepada bestfriend anda kerana mampu membuatkan mereka main dengan warna untuk berkarya di atas wajah.

Pilihan warna yang banyak ini boleh digunakan untuk mereka membuat tema solekan lain mengikut acara atau aktiviti si pemakai. 

NUHA Telekung Travel HIQMAH
Hadiah untuk kawan perempuan 20 daripada 34
NUHA Telekung Travel HIQMAH
NUHA
Dari RM80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Lebih 1,100 unit terjual di Shopee Malaysia
Rekaan travel, ringan dan senang dilipat masuk beg
Kain travel lebih nipis berbanding telekung tebal biasa
2 lagi
Harga sekitar RM80, lebih rendah daripada telekung jenama premium
Saiz perlu disemak dahulu, tidak semua rekaan sesuai untuk semua ketinggian

Ingin membuat kawan perempuan anda gembira tanpa perlu berbelanja lebih?

Segera dapatkan tudung keluaran Fazura sebelum terlepas peluang untuk memiliki tudung mampu milik ini.

Rekaan pada tudung yang berona lembut dan menggunakan warna warna pastel pasti menyerlahkan keayuaan kawan anda.

Paling penting, tudung jenama Fazura menjanjikan kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

365 daily life planner 1
Hadiah untuk rakan sekerja perempuan 21 daripada 34
365 Planner Stationery Notebook Kawaii A6 Cute Hard cover Weekly Monthly Daily Journals
Dari RM15.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Telah menjadi lumrah seorang wanita untuk meluahkan perasaannya melalui penulisan tidak kira di atas kertas atau secara online.

Jika rakan sekerja anda suka menulis dan gemar meluahkan perasaannya, sebuah buku atau jurnal mungkin hadiah terbaik yang anda boleh berikan padanya. 

Apabila seseorang mendapat hadiah yang berkaitan dengan minatnya, pasti hadiah tersebut akan menjadi sesuatu yang amat berharga.

Mereka juga boleh tambah koleksi buku di biliknya serta menjadi lebih kreatif apabila dapat menulis dan luahkan apa yang tersimpan di fikirannya.

MARC JACOBS Daisy Eau So Fresh
Hadiah untuk girlfriend 22 daripada 34
MARC JACOBS Daisy Eau So Fresh
Dari RM475
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan perfume keluaran Marc Jacobs? Jom belikannya kepada insan tersayang anda!

Pasti ramai tahu produk keluaran jenama ini menawarkan kualiti pewangi yang berkualiti, tahan lama dan eksklusif. 

Walaupun harganya mahal, tapi pilihan hadiah ini membuatkan si penerima rasa istimewa dan rasa lebih disayangi kerana dapat hadiah menarik ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadiahkan perfume ini kepada kawan baik anda!

Orkid Latex Printed 3D
Hadiah untuk wanita usia 60 tahun 23 daripada 34
Orkid Latex Printed 3D
Dari RM95
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Hadiahkan Orkid Lated Printed 3D kepada sahabat atau ahli keluarga perempuan yang ingin bersara ataupun pencen. 

Set ini turut didatangkan dengan pasu yang boleh anda pilih sendiri untuk menyerikan rumah si penerima. 

Walaupun ini merupakan bunga artificial, tapi bentuk dan material yang digunakan membuatkan bunga ini tampak hidup dan real apabila diletakkan di ruangan rumah.

Bagaimanapun, kami ingin ingatkan bunga ini perlu dilap dan dibersihkan dengan kerap untuk memberikan look yang lebih cantik.

NAELOFAR Najma Comfort Sejadah
Hadiah untuk pengantin perempuan 24 daripada 34
NAELOFAR Najma Comfort Sejadah
Dari RM107.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Anda masih keliru dan tidak tahu hadiah apa yang sesuai untuk kawan perempuan anda yang baru berkahwin?

Jangan pening lagi, boleh masukkan sejadah Najma ini sebagai salah satu hadiah untuk mereka.

Rekaannya cantik pasti membuat kawan anda lebih bahagia di hari bahagianya.

Menariknya, sejadah ini juga sangat tebal dan lembut memberikan keselesaan ketika melakukan ibadah.

Anda juga boleh berikan hadiah ini kepada pasangan kawan anda supaya mereka ada set sejadah yang sama dan nampak lebih romantik apabila solat bersama!

Dyson Supersonic Nural Pengering Rambut HD16
Hadiah menarik untuk perempuan 25 daripada 34
Dyson Supersonic Nural Pengering Rambut HD16
Dari RM1,949
Lihat harga di Shopee Malaysia
Hampir 500 unit terjual walaupun pada harga premium
Kawalan suhu Dyson mengurangkan kerosakan haba pada rambut
Sekitar RM1,949, jauh paling mahal dalam senarai ini
2 lagi
Hadiah yang jelas mewah tanpa perlu tahu saiz atau warna
Berat berbanding pengering rambut biasa

Teman wanita anda gemar bersolek dan suka mengumpul set alat makeup daripada pelbagai jenama?

Inilah masa anda jadikan Backstage Glow Face Palette ini sebagai hadiah untuk mereka! 

Set ini pasti menjadi idaman mereka kerana terdapat 4 pilihan warna yang dapat menaikkan seri muka dan mereka boleh menggayakan pelbagai look setiap hari.  

Walaupun harganya sedikit mahal, Authentic Dior Backstage Glow Face Palette ini berkonsepkan 3 dalam 1 iaitu boleh digunakan sebagai eyeshadow, highlighter atau blusher.

Baby Nest Bed with Pillow Portable Crib
Hadiah untuk perempuan mengandung 26 daripada 34
Baby Nest Bed with Pillow Portable Crib
Dari RM81.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Baby nest bed dengan corak yang ringkas dan comel ini boleh dijadikan sebagai hadiah buat bayi baru lahir.

Selain itu, baby nest bed ini ada tilam pelapik yang tebal untuk memberi keselesaan kepada bayi sepanjang penggunaan.

Menariknya, tilam ini juga boleh dibawa ke mana sahaja kerana material digunakan sangat ringan dan mudah dilipat.

Kami tahu bahawa kebersihan sangat penting apabila ada anak kecil, jadi ibu jangan risau kerana tilam ini juga boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan mudah. 

Natural Preserved Dried Flower Bouquet
Hadiah konvo untuk perempuan 27 daripada 34
Natural Preserved Dried Flower Bouquet
Dari RM34
Lihat harga di Shopee Malaysia

Bunga hidup akan layu dalam tempoh masa yang begitu singkat, jadi apa kata hadiahkan bunga yang telah dikeringkan sebagai hadiah konvokesyen kawan anda?

Bunga jenis ini bukan sahaja kekal lama, tapi nampak lebih cantik dan unik tau!

Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga bunga segar di pasaran, bunga ini juga boleh dibalut dan dihias untuk memenuhi citarasa kita.

Ada sesetengah orang juga gemar mengumpul bunga kering sebagai koleksi kerana mudah dijaga, nampak lain daripada yang lain serta tidak perlu siram air tau!

Hadiah untuk boss perempuan 28 daripada 34
Hugo Boss The Scent Private Accord For Her Eau de Parfum
Hugo Boss
Dari RM399
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Tawanlah hati bos anda dengan pemilihan hadiah menarik seperti minyak wangi yang mampu memberikan bauan wanita feminin dan professional.

Minyak wangi Boss The Scent For Her mengeluarkan haruman yang dapat memikat hati orang sekeliling untuk mendekatinya. 

Minyak wangi ini boleh digunaan untuk dijadikan hadiah kepada bos anda sebagai kenangan atau sempena meraikan seperti kenaikan pangkat, perpisahan, hari jadi dan sebagainya. 

Walaupun harganya mahal, satu cadangan yang kami boleh berikan ialah anda boleh kumpul duit bersama rakan kerja lain dan berikan hadiah ini bersama-sama. 

Hadiah untuk guru perempuan 29 daripada 34
HYGR - Eco Friendly Gift Set Sustainble Bundle
HYGR
Dari RM100
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Set ini mempunyai ciri-ciri gel mandian 3-dalam-1 dan pengilat bibir yang sangat emolien.

Kedua-duanya mengandungi haruman seperti raspberry sorbet yang enak.

Diformulasi dengan pelembap ubtuk menjadikan kulit berasa lembut serta bibir kelihatan berkilat, sihat dan cantik. 

Bathrobe Pajamas
Hadiah simple untuk perempuan 30 daripada 34
Bathrobe Pajamas
Dari RM28.30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Hadiah tidak semestinya harus sesuatu yang grand atau fancy, jadi anda boleh juga hadiahkan rakan anda sesuatu yang selesa untuk dipakai.

Salah satu pilihan hadiah yang anda boleh berikan kepada rakan anda adalah sehelai jubah mandi.

Jika rakan anda seorang yang suka sesuatu yang memberinya keselesaan terutamanya pada waktu dimana dia boleh rewind dan relax, jubah mandi ini merupakan salah satu hadiah yang sesuai untuknya.

ITACO Menstrual Cramp Warming Belt
Hadiah unik untuk perempuan 31 daripada 34
ITACO Menstrual Cramp Warming Belt
Dari RM32
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Salah satu hadiah yang jelas akan membuatkannya terharu dengan pemberian anda adalah dengan menghadiahkannya menstrual heating pad.

Setiap bulan, perempuan didatangi dengan pelbagai rasa kesakitan disebabkan kitaran haid.

Dengan hadiah menstrual heating pad ini, sedikit sebanyak boleh melegakan kesakitan yang dihadapi oleh kawan anda.

Casio Vintage Gold Women Watch
Hadiah jam perempuan cantik 32 daripada 34
Casio Vintage Gold Women Watch
Casio
Dari RM282
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Memiliki sebuah jam tangan membuatkan orang beranggapan anda seorang yang mementingkan dan menepati masa. 

Selain itu, boleh membuat anda kelihatan kemas di mata ramai dan boleh lengkapkan penampilan anda. 

Jadi, menghadiahkan kawan perempuan anda sebuah jam merupakan sebuah hadiah yang pasti dihargainya!

Wireless Karaoke Speaker Set
Hadiah istimewa untuk perempuan 33 daripada 34
Wireless Karaoke Speaker Set
Dari RM139.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Adakah anda dan kawan anda merupakan karaoke buddies? Adakah anda dan kawan anda berkaraoke sebagai cara untuk melepaskan stres?

Jika begitu, set karaoke wireless ini merupakan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada kawan anda!

Dengan karaoke set yang mempunya dua mikrofon, anda dan kawan anda bolehlah berkaraoke dengan selesa tanpa mengeluarkan duit!

Matte Satin Silk PillowCase
Hadiah untuk mertua perempuan 34 daripada 34
Matte Satin Silk PillowCase
Dari RM6.31
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Mempunyai sarung bantal yang betul dapat memastikan keselesaan ketika tidur.

Oleh itu, menghadiahkan sarung bantal dengan material matte satin silk ini akan memberikan keselesaan kepada mentua anda.

Bukan sahaja itu, sarung bantal ini juga bagus untuk kulit muka kerana dapat mengekalkan penghidratan kulit anda dan mampu membantu mengurangkan acne akibat kurang geseran.


Apakah Idea Hadiah Terbaik Untuk Perempuan?

Pemberian hadiah merupakan tanda penghargaan ikhlas dari seseorang kepada individu yang lain. 

Malah, bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, bahkan mampu menceriakan hari dan hati seseorang. 

Tapi, penghargaan yang sebenarnya adalah pemberian yang tulus ikhlas dari hati dan bukan diukur dengan saiz, jenama dan harga sesuatu hadiah. 

Cuma, tidak salah jika berbelanja lebih sedikit untuk melihat senyuman di wajah orang yang anda sayangi.

Dalam pemilihan hadiah untuk perempuan, sebaiknya perlu mempunyai tanda simbolik yang dapat mengaitkan kehidupan mereka dengan hadiah tersebut.

Tapi anda boleh menonton video bawah ni untuk melihat senarai hadiah wanita terbaik.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation