Kutu rambut adalah sejenis parasit yang menjangkiti manusia dengan menghisap darah dari kulit kepala manakala gigitan kutu akan menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan. Kitaran hidup seekor kutu adalah lebih kurang 21 hari di mana ia boleh membiak dan bertelur. Telur kutu berwarna putih kekuningan dan boleh disalah anggap sebagai kelemumur. Namun, tidak seperti kelemumur yang mudah gugur, telur kutu akan sentiasa melekat di rambut dan sukar untuk dihilangkan. Telur kutu mengambil masa selama 7 hingga 10 hari untuk menetas.

Selain menggunakan sikat kutu, parasit ini juga boleh dihapus dengan menggunakan syampu yang diformulasi khusus untuk membasmi kutu. Jom lihat 7 senarai di bawah untuk pilihan syampu kutu.

1. Syampu Kutu (Neturekids)

Syampu kutu sesuai untuk kanak-kanak

Harga mulai RM16.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM16.00

Syampu kutu ini diformulasi daripada bahan semulajadi yang berupaya untuk mematikan kutu dan telurnya mati dalam masa kurang daripada 30 minit. Kandungan syampu ini yang bebas daripada bahan kimia merbahaya, amat sesuai untuk menyelesaikan masalah jangkitan kutu pada kanak-kanak. 

Tidak akan memberi kesan buruk kepada kulit kepala malah dapat mengurangkan kegatalan di samping menjadikan rambut lembut dan sihat. Syampu ini juga mempunyai haruman aromaterapi yang segar dan boleh digunakan sebagai syampu harian.  

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Syampu Kutu By Platinum Beauty

Tidak merbahaya untuk digunakan oleh ibu yang sedang hamil

Harga mulai RM9.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM9.00

Syampu kutu jenama Platinum Beauty ini bukan saja sesuai untuk ibu hamil, malah selamat digunakan untuk semua peringkat umur kerana ia bebas daripada bahan kimia merbahaya. Penggunaan syampu ini dapat mematikan kutu dan telurnya tetapi tidak mendatangkan kesan sampingan pada kulit kepala kerana kandungan syampu ini daripada bahan semulajadi. 

Syampu ini juga sesuai digunakan setiap hari kerana harumannya yang menyegarkan.Ianya dapat mengurangkan kegatalan kulit kepala serta menyihatkan rambut. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Syampu Anti Kutu Kidscare

Terbaik untuk bayi – tidak memedihkan mata

Harga mulai RM25.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM25.00

Syampu ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk membasmi jangkitan kutu pada bayi, malah juga digunakan sebagai syampu harian seisi keluarga. Selamat digunakan kerana diformulasi dengan 100% daripada ramuan bahan organik. Oleh itu, selain selamat untuk bayi, ia juga tidak menjejaskan alam sekitar. Nah, tiada lagi kegatalan pada kulit kepala bayi anda!

4. DELICE Shampoo Kills Lice/Anti-Kutu (40ml)

Syampu kutu yang boleh didapati dari farmasi

Harga mulai RM14.80

shopping_cart Lazada Malaysia RM14.80

Syampu kutu ini biasanya ada dijual di farmasi. Fungsi syampu ini sangat efektif untuk menghapuskan kutu dan larvanya jika anda mengikuti langkah-langkah penggunaan dengan betul. 

Apa yang anda perlu lakukan ialah mengikut panduan yang disediakan sehingga masalah jangkitan kutu anda selesai. Sekurang-kurangnya untuk menghapuskan kutu dengan lebih berkesan, gunakan setiap hari selama 2 minggu. Hasilnya, tiada lagi kutu ataupun larva yang melekat pada rambut. 

5. Syampu Kutu By Ziey Enterprise

Syampu kutu murah dan berkesan

Harga mulai RM8.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM8.50

Walaupun syampu ini murah harganya tetapi ia mampu mengatasi masalah rambut berkutu. Selamat digunakan sebagai syampu harian kerana ia bebas daripada bahan kimia yang merbahaya dan tidak mempunyai kesan sampingan pada kulit kepala. 

Syampu ini juga dapat menghapuskan kutu dan telurnya dalam masa yang singkat. Pemakaian syampu ini juga menjadikan rambut wangi, sihat dan lembut. Penjimatan wang berganda!

6. LICEND LINDANE SHAMPOO (to treat scabies and lice) (90ml)

Syampu kutu 2 dalam 1

Harga mulai RM19.50

shopping_cart Lazada Malaysia RM19.50

Syampu ini diformulasi dengan fungsi 2 dalam 1 iaitu bukan saja untuk menghapuskan kutu rambut malah kudis buta yang dihidapi pada kulit samada kepala atau badan. Ia juga berfungsi untuk membunuh telur kutu dengan lebih berkesan. 

Biarkan sahaja semalaman pada kepala atau kulit yang terkena kudis buta agar dapat membunuh kutu dengan efektif sebelum dibilas dengan air suam keesokan harinya. Namun begitu, ia perlu digunakan dengan teliti mengikut aturan yang ditetapkan supaya tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. 

7. Shampoo Kutu

Terbaik untuk lelaki, sesuai untuk semua jenis rambut

Harga mulai RM6.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM6.00

Syampu ini sesuai digunakan oleh kaum lelaki kerana selain dapat membasmi jangkitan kutu dan menghapuskan telurnya, syampu ini juga berupaya mempercepatkan pertumbuhan rambut. Masalah rambut nipis sering dihadapi oleh kaum lelaki, tidak lagi menjadi satu masalah. Syampu ini akan membantu melebatkan rambut di samping menyihatkan kulit kepala. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Nuha al-Basri

An avid reader, sometimes a writer but a life long learner.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!