Kecantikan

Jika Anda Mempunyai Kulit Berminyak, Cubalah 7 Essence Wajah Ini

Bagi anda yang memiliki kulit berminyak, pilihlah essence yang berasaskan air. Berikut adalah senarai review essence yang sesuai untuk kulit berminyak.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Jika Anda Mempunyai Kulit Berminyak, Cubalah 7 Essence Wajah Ini

Pasti seringkali kita berfikir bahawa produk pelembap adalah musuh bagi kulit muka berminyak. Kulit muka menghasilkan lebihan minyak dan sebum kerana kita tidak melakukan teknik penjagaan yang lebih rapi dengan betul. Kelenjar minyak di dalam lapisan kulit akan menjadi aktif kerana kurang penghidratan pada dasar kulit wajah. Essence adalah sejenis pelembap untuk memperbaiki penghadang kulit, sekaligus membuatkan kulit lebih lembut dan mempunyai kesan ‘glowing’ dari dalam.

Bagi anda yang memiliki kulit berminyak, pilihlah produk yang berasaskan air (water-based) dan juga mempunyai sensasi penyegar untuk mengelakkan kulit anda menjadi kusam. Berikut adalah beberapa produk essence yang terbukti sesuai digunakan untuk kulit berminyak.

Kandungan
Sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat – terbaik dari Korea.
Essence terbaik dari Korea - sesuai untuk kulit berjerawat  1 daripada 7
Innisfree Green Tea Fresh Essence (50 ml)
Partnership with
Dari RM64
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jenama Innisfree sangat popular di Korea, terutama bagi selebriti wanita kerana produk ini menggunakan bahan semulajadi dalam tekstur jellynya. Mengandungi daun teh hijau segar dari Jeju, ekstrak bunga cengkih, asid Amino dan mineral, kulit anda akan kekal lembap sepanjang hari walaupun terkena pancaran sinar matahari.

Sesuai untuk anda yang kulit berminyak cenderung jerawat, essence ini menghalang penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Bebas paraben dan alkohol, wajah anda akan tampil kekal bermaya.  

Terbaik untuk kulit berminyak dan sensitif
Terbaik untuk kulit sensitif 2 daripada 7
Benton Snail Bee High Content Essence (60ml)
Partnership with
Dari RM61.29
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk dari Snail Bee diperkaya dengan Snail Secretion Filtrate, Bee Venom dan pelbagai ekstrak botanikal yang terkandung di dalam essence ini untuk penambaikan kulit wajah anda menjadi kembali seperti normal. Essence ini bertindak sebagai agen pelembap yang akan mengekalkan kelembapan dan melembutkan kulit wajah anda berpanjangan.

Bagi si kulit sensitif, usah risau. Produk ini sesuai untuk anda dan tidak akan menyebabkan iritasi atau kemerahan serta menutup parut cela yang timbul di kulit wajah.   

Pilihan terbaik dari drugstore 3 daripada 7
Nutox Renewing Treatment Essence
Partnership with Nutox
Dari RM72.25
Lihat harga di Shopee Malaysia

Minyak berlebihan di atas kulit wajah akan menarik radikal bebas dari udara yang tercemar serta menjadikan muka kelihatan kusam dan tidak bermaya. Nutox adalah produk drugstore yang popular dengan bahan kandungan anti-penuaannya. Essence ini menghapuskan sel-sel kulit mati dan memperbaharui sel kulit muka dengan pantas. Hasilnya, kulit muka anda tampak cerah berseri dari jauh. 

Essence yang memutihkan wajah
Essence yang memutihkan wajah 4 daripada 7
Cosrx Galactomyces 95 Tone Balancing Essence (100ml)
Partnership with
Dari RM61
Lihat harga di Hermo Malaysia

Menyerikan kulit kusam, wajah yang letih dan tona tidak sekata, essence penghidratan dari COSRX ini mengandungi 95% penapis fermentasi Galactomyces yang dijadikan sebagai pelembap, mencerah dan melicinkan permukaan kulit. Sesuai bagi anda yang menghadapi masalah kulit berminyak serta terdedah dengan udara tercemar.  Essence ini berkesan untuk menghalang penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit wajah serta tidak menyebabkan iritasi.

Sesuai untuk remaja – murah dan bagus
Sesuai untuk remaja – murah dan bagus 5 daripada 7
NanoWhite Fresh Aqua Sleeping Essence
Partnership with
Dari RM13.10
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kulit remaja seringkali dihidapi dengan masalah kulit kerana keseimbangan hormon yang tidak menentu. Seperti kulit muka berminyak, jerawat hormonal, whitehead dan blackhead. Dengan mengandungi Red Seaweed, Sodium Hyaluronate, Vitamin C, minyak Tea Tree dan algae laut, produk essence ini mampu memperbaiki keadaan kulit wajah semasa anda sedang tidur.

Essence ini mampu untuk memberikan kelembapan agar kulit kekal terhidrat dan mencerahkan kulit sewaktu anda tidur. Gunakannya semasa hendak tidur, essence ini akan mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit anda sepanjang malam.   

Essence terbaik untuk anti penuaan
Essence terbaik untuk anti penuaan (anti aging) 6 daripada 7
Hada Labo Retinol Lifting + Firming Essence
Partnership with
Dari RM83.87
Lihat harga di Hermo Malaysia

Produk ini mengandungi empat jenis asid Hyaluronik yang memberikan penghidratan lebih mendalam. Bukan itu sahaja, produk ini juga mengandungi Vitamin A serta Hydrolyzed Collagen untuk mengekalkan keanjalan kulit supaya anda tampil lebih anggun dan menawan. Bagi wanita di semua peringkat umur juga, anda digalakkan untuk mula menggunakan produk anti penuaan dari berumur 25 tahun demi mengekalkan keanjalan kulit dan mengelak pembentukan garis halus di kulit wajah.

Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, essence ini dapat mengimbangi semula tahap pH serta tidak akan terjadi iritasi pada kulit. Paling penting, essence ini bebas pewangi, pewarna tiruan, minyak mineral dan alkohol.

Essence terbaik untuk kulit berminyak – water based
Facial essence water-based terbaik  7 daripada 7
Huxley Essence, Grab Water (30 ml)
Partnership with
Dari RM79
Lihat harga di Shopee Malaysia

Huxley’s Secret of Sahara Essence; Grab Water ini mempunyai tekstur cecairnya yang sangat ringan dan tidak akan menyakitkan kulit wajah. Diformulasikan dari minyak biji pear dan asid Hyaluronik, ianya berkesan untuk digunakan sebagai melawan anti-penuaan. Cuaca di Malaysia tidak menentu termasuk dengan pencemaran udara dan penggunaan alat penghawa dingin semasa bekerja, essence ini dapat menjaga kulit anda pada bila-bila masa sahaja.

Teksturnya yang berair (water-based) mampu untuk tahan lama dalam mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Tidak akan terasa pedih atau memerah, terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation