Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Hapuskan Sel-Sel Kulit Mati dengan 7 Scrub Muka untuk Kulit Kering

Masa untuk penjagaan kulit wajah dengan lebih sempurna

Adakah scrub boleh digunakan pada kulit kering?

Fungsi scrub ialah untuk membuang kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit yang baru dan sihat serta menyegarkan kulit wajah.  Namun bagi mereka yang berkulit kering, adalah lebih elok jika anda hanya scrub sekali seminggu dan tidak menggunakan scrub yang kasar pada wajah untuk mengelakkan iritasi. 

List berikut memberikan info untuk anda membuat pilihan dengan lebih bijak.

Scrub yang sesuai untuk kulit kering dan kusam
ST. IVES
mulai
RM19.90
Semak ST. IVES Nourished & Smooth Face Scrub and Mask harga dibawah:

Bagi sesetengah wanita yang berkulit kering, anda seringkali mengalami iritasi kulit akibat merekah dan kulit menjadi kusam serta tidak bermaya. Produk penjagaan wajah dari St. Ives ini menghasilkan rangkaian pencuci dan scrub muka yang terbaik di pasaran. Dilengkapi dengan fungsi 2 dalam 1, ianya menjadikan kulit anda lebih lembut selepas proses pengelupasan oleh scrub ini.

Diuji secara dermatologi, scrub muka ini bebas paraben dan non-comedogenic. Anda yang berkulit kering, scrub muka ini tidak akan membahayakan kulit dan selamat untuk dipakai.  Peringatan : untuk kulit kering, gunakan 1-2 kali seminggu sahaja.

Scrub untuk anda yang berkulit kering dan berjerawat
Himalaya Herbals
Scrub untuk anda yang berkulit kering dan berjerawat
mulai
RM17.50
Semak Himalaya Herbals Purifying Neem Scrub harga dibawah:

Anda risau sekiranya menggunakan scrub kulit wajah anda akan bertambah kering? Usah risau. Produk scrub muka dari Himalaya ini dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghapuskan jerawat dalam satu tube. Dengan ekstrak dari daun Neem dan Apricot, ianya dapat menghilangkan blackheads dan jerawat serta kulit anda kekal terhidrat sepanjang hari. 

Bahan-bahan yang terkandung dalam scrub muka ini adalah semulajadi yang bertindak sebagai agen pembersihan dan mengekalkan kelembapan kulit wajah anda. Tiada lagi kulit kering dan berjerawat! 

Scrub terbaik untuk kulit kering dan sensitif
Clinelle
Scrub terbaik untuk kulit kering dan sensitif
mulai
RM26.50
Semak Clinelle Skin Smoothing Scrub with Marine Beads harga dibawah:

Scrub muka dari Clinelle ini adalah produk terbaik bagi jenis kulit kering dan sensitif untuk membuang sel kulit mati yang tidak bermaya serta menjaga lapisan kulit baru agar kekal segar, halus dan lembut. Proses micro-exfoliation yang terdapat di dalam scrub muka ini, bertindak sebagai penghapus sel kulit mati dengan lebih berkesan.

Kandungan Vitamin B3 dan ekstrak Aloe Vera adalah untuk mengurangkan garis halus dan melindungi kulit daripada pencemaran udara. Anda haruslah menggunakannya 1-2 kali seminggu dan tinggalkan selama beberapa minit di kulit untuk scrub ini meresap serta memperbaiki dalaman kulit.

Scrub terkenal dari Korea untuk kulit kering
Klairs
Exfoliating scrub sesuai untuk kulit kering
mulai
RM89.00
Semak Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish harga dibawah:

Jenama terkenal dari Korea, Klairs mengandungi black sugar (gula hitam) yang sesuai dan tidak membahayakan untuk kulit anda. Black sugar bertindak sebagai penghapus sel kulit mati dan blackheads dengan sempurna. Perubahan cuaca sering menjadi penyebab kulit anda berubah menjadi kering dan kusam. Gunakan Klairs Gentle Black Sugar Scrub ini selama seminggu, anda akan nampak perubahannya.

Scrub ini mengandungi ekstrak Black Sugar, Shea Butter, Cranberry, Andiroba Oil dan Vitamin E untuk menghalang anti-penuaan serta mengekalkan kesegaran kulit agar tidak lagi kering. Yang penting, scrub ini bebas paraben dan pewarna tiruan.

Scrub kopi berkesan untuk kulit kering
Temyracle
Scrub kopi berkesan untuk kulit kering
mulai
RM30.00
Semak Temyracle Coffee Scrub harga dibawah:

Seperti kita ketahui, kopi adalah satu minuman berkafein yang diminum buat penghilang mengantuk kerana mempunyai rasa dan aroma khas. Tetapi tahukah anda biji kopi yang mengandungi anti-oksidan ini baik untuk penjagaan kulit? Bukan itu sahaja, ia dapat juga mencegah penyakit merbahaya seperti kanser, diabetes, batu karang dan serangan jantung.

Serbuk kopi sangat efisien untuk memperbaiki semua jenis kulit terutamanya bagi anda yang berkulit kering. Scrub dari serbuk kopi yang kasar membantu menanggalkan kulit yang telah mati serta lapisan kulit baru akan tampak segar dan bermaya.

Scrub bagus, murah dan Halal untuk anda yang berkulit kering
Wardah
Scrub bagus, murah dan Halal untuk anda yang berkulit kering
mulai
RM10.40
Semak Wardah White Secret Exfoliating Scrub harga dibawah:

Scrub muka dari jenama Wardah adalah brand lokal yang terkenal di Indonesia. Ianya diformulasikan dengan scrub halus yang dapat membantu untuk menghapuskan sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit baru pada wajah anda. Dengan ekstrak minyak Olive, scrub ini menghilangkan kotoran dari kulit wajah tanpa membuatkan kulit anda bertambah kering. 

Dilengkapi dengan Whitening Complex, Vitamin B3, dan AHA Natural, kulit wajah anda tidak lagi tampak merekah dan kering. Lakukan penjagaan secara teratur sebanyak 1-2 kali seminggu, kulit anda akan sentiasa kekal cerah dan bersinar dari jauh.

Scrub premium yang sesuai untuk lelaki berkulit kering
Kiehl's
mulai
RM103.00
Semak Kiehl's Facial Fuel Energizing Scrub harga dibawah:

Lebih sedekad lalu, produk penjagaan wajah dari Kiehl’s berada di pasaran dan kini jenama ini mengeluarkan rangkaian perapian untuk lelaki. Scrub muka ini mengandungi ekstrak campuran kafein dan menthol untuk mengurangkan kusam serta menegangkan kulit yang akan membuatkan kulit terasa dingin selepas anda mencucinya. 

Diformulasikan dengan minyak apricot, scrub ini dapat mencegah kulit anda daripada kekeringan dan mengekalkan kelembapan kulit wajah. Scrub dari Kiehl’s ini juga berupaya untuk mengurangkan facial hair menjadi kasar selepas tumbuh dan memudahkan anda untuk mencukurnya nanti. Selamat mencuba!  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article