Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Sunscreen kulit berminyak

15 Sunblock/Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2024

Siapa kata kulit berminyak tak boleh pakai suncreen?

Sunblock atau suncreen merupakan krim penjagaan kulit yang sangat penting unutk mengelak berlakunya kedutan muka dan melindungi kulit dari sinaran UV. 

Ramai menganggap, pemakaian sunblock pada wajah atau badan ini hanyalah satu pilihan dan tidak penting. 

Sebenarnya pakai sunblock sangat penting kerana jika kulit terdedah terlalu lama dibawah sinaran UVA/UVB, kulit mudah sunburn dan kulit akan berkedut.

Jadi, perlu pakai sunblock yang mempunyai SPF yang sesuai untuk lindungi kulit wajah kita.

Bukan setakat perempuan sahaja, lelaki pun perlu guna sunscreen sebagai perlindungan daripada matahari, jadi boleh dapatkan sunscreen untuk lelaki.

Jika anda mempunyai kulit berminyak, berjerawat atau kombinasi, anda harus memilih sunblock yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Jom kenali jenis-jenis sunscreen paling bagus untuk kulit berminyak dan yang sesuai cuaca di Malaysia.


Senarai 15 Jenis Sunblock Untuk Kulit Berminyak

Sunblock terbaik untuk kulit berminyak secara keseluruhan
Sunplay
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
mulai
RM28.79
Semak Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel harga dibawah:
add_circle Bahan utama seperti Hyaluronic Acid dan Collagen
add_circle Arbutin untuk mengurangkan dark spot
add_circle Mempunyai Vitamin B5, C & E
remove_circle Sedikit kering selepas pakai

Sebab menjadi pilihan utama:

Sesuai untuk kulit sensitif dan tidak melekit serta mudah menyerap. Bila pakai pada wajah, kulit makin cerah dan parut jerawat juga makin pudar.

Ciri-ciri:

Sunplay merupakan jenama sangat terkenal dengan pelbagai jenis sunblock/sunscreen keluarannya. 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari SPF 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian.

Review:

"Teksturnya seperti gel tetapi berwarna putih seakan krim, paling menarik. Bila dipakai dan kulit wajah berpeluh, sunscreen ini tidak melekit."

Sunblock untuk remaja kulit berminyak
Biore
Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
mulai
RM19.80
Semak Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 harga dibawah:
add_circle Anti penuaan, tidak mengeringkan kulit
add_circle Ekstrak rice germ dan Vitamin E
add_circle Anti bakteri, bagus untuk masalah jerawat
remove_circle Tidak sesuai jika re-apply
remove_circle Bukan untuk kulit kering

Pemilihan untuk sunblock pada remaja biasanya produk yang murah dan senang nak dapatkan di drugstore seperti Biore UV Perfect Milk Moisture.

Pelindungan UVA/UVB yang terkandung sangatlah berkesan untuk mengelak dari terjadinya penuaan akibat kulit pra matang serta pigmentasi. 

Extract rice germ dan Vitamin E menjadikan kulit lebih lembut dan mampu untuk mencerahkan.

Teksturnya seakan milky gel ini membuatkan anda tak perlu pakai bedak. 

Anti bakteria pula membantu melindungi kulit dari terhasilnya jerawat, maklumlah remaja biasanya tak lari dari jerawat. 

Jangan lupa pakai sunblock dan sunscreen walaupun masih bersekolah tau!

Sunscreen matte untuk kulit berminyak
Anessa
mulai
RM135.00
Semak ANESSA Perfect UV SunScreen Skincare Milk (60ml) harga dibawah:
add_circle Tekstur ringan, selesa dan beri kelembapan
add_circle Tidak meninggalkan kesan putih
add_circle Boleh digunakan sebagai primer solekan
add_circle Mencegah kedutan dan penuaan kulit
remove_circle Harga mahal

Tidak semua produk sunscreen atau sunblock mampu mengawal penghasilan sebum, lebih lebih lagi apabila sedang berjemur di bawah cuaca yang panas.

Buat anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, gunakan Anessa Perfect UV Sunscreen Skincare Milk ini. 

Dengan formulasi teknologi Aqua Booster yang canggih, ia mampu menyerap segala minyak berlebihan dan menghalang pengeluaran peluh terutama apabila sedang berjemur di bawah sinaran terik matahari.

Anda tidak perlu risau tentang masalah keyakinan diri lagi!

Sunscreen untuk kulit berminyak dan kusam
3W Clinic
3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)
mulai
RM8.50
Semak 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) harga dibawah:
add_circle Bahan seperti Arbutin dan titanium oxide
add_circle Tidak melekit
add_circle Bahan seperti ekstrak ginseng merah dan mulberry
remove_circle Mempunyai alkohol & pewangi

Sunblock dari 3W ini sememangnya terkenal dan harganya yang sangat murah, satu tube mampu bertahan sehingga 2-3 bulan dengan harga bawah RM15.

Bahan yang menarik perhatian adalah arbutin yang mampu untuk mencerahkan kulit anda. 

Titanium oxide pula bahan yang wajib jika anda mahukan perlindungan kulit dari sinar UV. 

Bagaimanapun, teksturnya sedikit berat tapi tidak menjadikan wajah anda kering walaupun sudah lama apply cuma membuatkan wajah anda kelihatan sedikit berminyak. 

Tapi dengan adanya ekstrak aloe vera, ginseng merah dan mulberry menjadikan kulit anda lembap dan segar sepanjang hari.

Sunscreen untuk kulit berminyak Watson
Biore
biore sunscreen aqua rich
mulai
RM29.75
Semak Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50 harga dibawah:
add_circle Perlindungan micro skin level
add_circle Tekstur tidak melekit
remove_circle Boleh buat kulit kering

Biore UV Aqua Rich menawarkan perlindungan matahari SPF50+ PA++++ bagi memberikan perlindungan menyeluruh terhadap sinar UV yang boleh merosakkan kulit.

Sunscreen ini juga menggunakan teknologi terkini yang boleh memastikan setiap krim yang disapu sekata dan mendapat perlindungan pada tahap mikro.

Perlindungan canggih ini juga membantu mencegah penuaan awal yang disebabkan oleh sinaran matahari.

Salah satu ciri menarik sunscreen ini adalah tekstur yang segar seperti air, yang tidak terasa melekit dan terasa ringan pada kulit anda walaupun dengan penggunaan yang berulang. 

Tambahan lagi, dengan essence yang melembapkan yang terkandung dalam sunscreen ini seperti Hyaluronic Acid dan Royal Jelly Extract, ia menjadikan tapak solekan atau makeup base anda lebih terhidrat. 

Sunscreen untuk kulit berminyak dan sensitif
Cetaphil
cetaphil sun spf 50
mulai
RM84.67
Semak Cetaphil Sunblock Light Gel SPF50+ (50ml) harga dibawah:
add_circle Titanium dioxide yang baik untuk kulit
add_circle Diuji Dermatologist
add_circle Bebas paraben
remove_circle Mempunyai alkohol

Mempunyai kulit yang sensitf adalah satu kerisauan. 

Bukan apa, susah sangat nak dapatkan produk yang sesuai dan kalau produk yang mahal pun belum tentu sesuai. 

Jalan penyelesaiannya adalah wajib lihat senarai bahan pada sunblock tersebut.

Jadi, kandungan dalam sunblock dari Cetaphil sun block SPF 50 ini adalah bebas paraben yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. 

Terdapat juga bahan titanium dioxide yang berfungsi sebagai UV protection.

Paling penting, produk ini ada ujian dermatologist ye!

Sunscreen untuk kulit berminyak dan berjerawat
AIKEN
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
mulai
RM17.24
Semak Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Formula cepat menyerap
add_circle Tidak menyumbat lubang pori-pori
add_circle Membantu memberikan kelembapan
remove_circle Ada pewangi tambahan
remove_circle SPF yang rendah

Agak sukar nak cari sunblock yang mampu mengawal jerawat tapi nasib baik ada produk dari Aiken yang mempunyai SPF dan merawat jerawat.

Bahan paling terkenal dalam merawat jerawat adalah tea tree oil, yang merawat keradangan akibat jerawat dan terbukti berkesan.

Potassium Cetyl Phosphate adalah agen untuk mengawal pH dan bertindak untuk membersihkan minyak pada liang pori. Jadi liang pori anda tidak akan tersumbat. 

Paling recommended jika anda adalah masalah jerawat dan berminyak.

Sunblock untuk kulit berminyak korea
Innisfree
Innisfree Intensive Triple Shield Sunscreen
mulai
RM37.10
Semak Innisfree Intensive Triple Shield Sunscreen harga dibawah:
add_circle Zinc Oxide dan titanium oxide
add_circle Water resistant sesuai untuk aktiviti luar/air
add_circle Sunflower dan Jeju green tea extract
remove_circle Perlu menggunakan make remove

Jenama keluaran dari Korea ini mempunyai pelbagai jenis sunblock dan sunscreen.

Bagi keluaran Intensive Triple Shield sangat sesuai untuk anda yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Mempunyai tekstur yang sedikit tebal dan finishing matte ini memerlukan anda untuk menggunakan pelembap untuk meratakannya. 

Zinc oxide serta titanium ini akan berfungsi sebagai pelindung sinaran UV untuk kulit. 

Bahan yang terkandung pada sunflower dan juga Jeju green tea extract ini bagus untuk anti penuaan, mencerahkan serta sesuai untuk kulit yang sensitif.

Sangat sesuai bagi anda yang sering melakukan aktiviti luar atau air kerana sunblock ini kalis air.

Sunblock SPF 50 terbaik untuk kulit berminyak
Hada Labo Premium Whitening UV Moist Sunscreen
mulai
RM43.90
Semak Hada Labo Premium Whitening UV Moist Sunscreen harga dibawah:
add_circle Tiada wangian
add_circle Sodium hyaluronate untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.
add_circle Vitamin C dan mencerahkan
remove_circle Sedikit melekit

Pentingnya pemilihan sunblock bila ada wangian kerana potensi untuk menyebabkan iritasi itu tinggi. 

Jadi Hada Labo Premium Whitening ini tidak mempunyai wangian pada produk mereka.

Manakala sodium hyaluronate pula untuk memberikan kesan lembap pada wajah tanpa mengeringkan kulit anda.

Ramai yang tidak tahu, Vitamin C sebenarnya bahan utama membantu untuk mencerahkan wajah anda. 

Kulit mempunyai perlindungan UV dan mampu untuk mencerahkan, tunggu apa lagi. Dapatkan sekarang produk yang terbaik ini!

Sunblock untuk kulit berminyak murah
Wardah
wardah sunscreen
mulai
RM17.90
Semak Wardah UV Field Shield harga dibawah:
add_circle Tiada alkohol
add_circle Vitamin E & Pro Vitamin B5
remove_circle Mempunyai pewangi

Produk dari Wardah sememangnya terkenal bebas alkohol dan bagus untuk kulit wajah berminyak.

Dengan kandungan Vitamin E & B5 ini memberikan kelembapan pada wajah.

Tekstur produk Wardah UV Field Shield ini sedikit tebal dan tidak akan menjadi punca white cast apabila anda meratakan pada wajah. 

Harganya yang murah dan mudah didapati di mana-mana drugstore.

Sunscreen untuk kulit berminyak dan pori besar
you sunscreen
mulai
RM24.68
Semak YOU Triple UV Elixir Sunscreen Gel harga dibawah:
add_circle Tidak melekit pada kulit
add_circle Tekstur ultra lighweight & tiada whitecast
add_circle Mengandungi tiga bahan kawalan minyak
add_circle Menghalang iritasi & membantu melawan jerawat
remove_circle Tidak sesuai untuk berjemur lama

Jenama dari YOU ini mempunyai pelbagai pilihan barang kecantikan, termasuk sunscreen paling bagus kulit berminyak.

Harga sunscreen juga mampu milik dan mengandungi bahan yang terbaik antaranya titanium oxide iaitu broad-spectrum untuk perlindungan meluas pada kulit.

Paling menarik, tekstur sunscreen ini sangat ringan dan tidak melekit pada kulit wajah anda.

Cuaca di Malaysia agak panas dan sunscreen ini memberikan kesan cooling, jadi anda akan rasa sejuk sahaja bila sapukan pada kulit. 

Turut mempunyai pelbagai kandungan yang bagus seperti Matmarine™, Witch Hazel dan Zinc PCA untuk mengawal minyak serta 4D Centella Asiatica untuk membaiki dan menenangkan kulit.

Sunscreen water based untuk kulit berminyak
Skintific
skintific sunscreen
mulai
RM35.00
Semak Skintific Aqua Light Daily Sunscreen SPF 35 PA+++ 30ml harga dibawah:
add_circle Cepat meresap dan tak melekit
add_circle Tiada whitecast
add_circle Menenangkan dan melembapkan kulit
add_circle Sesuai dengan kulit berminyak & berjerawat
add_circle Memberikan kesan sejuk pada kulit
remove_circle Sedikit berair

Sunscreen Skintific mengandungi Allantoin, Trehalose, dan Tremella yang berfungsi untuk menenangkan, melembapkan dan memberikan penghidratan pada kulit.

Dengan teknologi Tinosorb S Lite Aqua dan tekstur berair yang ringan, sunscreen untuk oily skin ini boleh mencegah kekusaman dan melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UV.

Cepat menyerap, matte finish, tiada whitecast, rasa refresh dan sejuk je bila pakai.

Jangan risau, sunscreen Skintific ni sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, berminyak dan berjerawat.

Sunscreen tone up untuk kulit berminyak
wawa sunscreen
mulai
RM35.00
Semak WAWA Perfect Brightening Sunscreen SPF 50+ (30ml) harga dibawah:
add_circle Perlindungan UVA & UVB
add_circle Pertahanan penuaan kulit
add_circle Perlindungan kulit
add_circle Mencerahkan & melembapkan kulit
remove_circle Mempunyai pewangi

Bagi yang tiada masa nak pakai foundation untuk pergi kerja dan nak nampak cantik berseri, beli je sunscreen Wawa!

Bukan apa, selain melindungi kulit daripada sinar UV, produk ini juga boleh melembapkan dan mencerahkan kulit.

Walaupun sunscreen dalam tekstur krim ini agak pekat, tapi senang nak blend dan tak mudah bercapuk.

Tak melekit, buat kulit jadi tone up, glowing dan bau pun wangi!

La Roche-Posay Anthelios UVMUNE 400 Oil Control FLUID SPF 50+ (50ml)
mulai
RM135.90
Semak La Roche-Posay Anthelios UVMUNE 400 Oil Control FLUID SPF 50+ (50ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif berminyak
add_circle Perlindungan 12 jam
add_circle Mengurangkan minyak pada kulit
add_circle Sesuai untuk aktiviti luar
add_circle Tekstur ringan dan tidak berminyak
remove_circle Harga mahal

Salah satu jenis sunscreen untuk kulit berminyak Spf 50+ yang terbaik untuk mereka yang aktif bersukan atau melakukan kerja di luar rumah.

Menggunakan teknologi AIRLICIUM™, sunscreen ini boleh menyerap lebihan sebum dan membantu mengawal peluh dan kelembapan.

Selain itu, spektrum luas dan perlindungan yang sangat tinggi terhadap UVA dan melindungi daripada kerosakan sel dalam.

Tekstur sunscreen La Roche-Posay juga ringan pada kulit, tidak berminyak, tiada whitecast dan meninggalkan kesan matte sehingga 12 jam.

Paling penting, mengurangkan penampilan liang pori, tahan peluh dan muka kurang shiny!

Sunscreen physical untuk kulit berminyak
The Raw.
The Raw. Cera-Shield Physical Sunscreen
mulai
RM45.90
Semak The Raw. Cera-Shield Physical Sunscreen harga dibawah:
add_circle Perlindungan secara broad spectrum
add_circle Ringan dipakai
add_circle Mengekalkan kelembapan
remove_circle Mempunyai sedikit white cast

Mungkin ramai yang kenal dengan jenama The Raw. ini yang mempunyai ramai pengguna di Malaysia dan rata-rata berpuas hati dengan produk-produk dari jenama ini.

Kali ini, anda boleh dapatkan sunscreen physical untuk kulit berminyak dari The Raw. di mana produk ini hadir dengan perlindungan dari sinaran UV SPF50+ PA++++.

Antara kelebihan sunscreen physical ini adalah ia boleh melindungi kulit anda secara broad spectrum, melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB.

Selain itu, ia juga ringan di atas kulit anda dan membuatkan anda berasa selesa sepanjang hari.

Anda juga akan dapat hasil kulit yang kelihatan lembap dan sedikit glowy selepas menggunakan sunscreen ini.

Paling penting, sunscreen ini mempunyai 5 Essential Ceramides yang bertindak untuk mengukuhkan atau menguatkan perlindungan terhadap kulit anda.


Bagaimanakah Cara Pilih Sunblock Untuk Kulit Berminyak?

Kulit berminyak memerlukan sunblock yang bukan sahaja melindungi kulit daripada matahari, tetapi juga membantu mengurangkan minyak berlebihan.

Selain itu, pemilihan sunblock yang salah boleh menyebabkan masalah kulit lebih teruk seperti minyak berlebihan, bintik hitam dan jerawat.

Jadi jom lihat beberapa tips untuk membantu anda memilih sunblock yang sesuai untuk kulit berminyak.

  • Kandungan sunblock

Pilih sunblock yang mempunyai kandungan atau label "oil-free" dan "non-comedogenic".

Ini kerana sunblock yang mengandungi minyak boleh menyebabkan kulit berminyak menjadi lebih berminyak dan menyumbat liang pori.

Sunblock dengan bahan kimia seperti avobenzone dan oxybenzone boleh merosakkan lagi kulit berminyak anda.

Oleh itu, pilih sunblock yang mengandungi bahan mineral seperti titanium dioxide atau oxide zinc yang lebih sesuai untuk kulit berminyak.

  • Bahan-bahan antioksida

Sunblock yang mengandungi bahan antioksidan, seperti vitamin C dan E, membantu melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit anda.

Selain itu, bahan-bahan ini juga membantu mencerahkan kulit dan memudarkan kesan pigmentasi.

  • Tekstur

Sunblock yang terlalu berat boleh menyebabkan kulit anda berasa tidak selesa dan berminyak.

Pilih pelindung matahari dengan tekstur ringan, seperti losyen atau gel, untuk mengelakkan rasa melekit pada wajah anda.

  • SPF

Pastikan sunblock yang anda pilih mempunyai pelindung matahari sekurang-kurangnya 30 SPF untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV.

Jangan lupa sapu pelindung matahari setiap 2-3 jam untuk kesan yang lebih optimum.

  • Aktiviti harian

Jika anda akan melakukan aktiviti luar seperti berlari atau berenang, pilih pelindung matahari yang kalis air dan tahan peluh.

Sunblock jenis ini akan memberikan perlindungan yang lebih lama dan tidak mudah luntur akibat aktiviti berat.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Sunblock Untuk Kulit Berminyak?

Kulit berminyak memerlukan perlindungan daripada sinaran UV sama seperti jenis kulit lain.

Namun, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan penggunaan sunblock untuk kulit berminyak.

Kelebihan sunblock untuk kulit berminyak:

  • Perlindungan dari sinar UV

Sunblock adalah produk yang sangat penting untuk orang yang mempunyai kulit berminyak kerana kulit berminyak lebih sensitif terhadap sinaran UV.

Tambah lagi, ia membantu mengurangkan risiko kanser kulit, penuaan kulit dan masalah kulit yang lain.

  • Mengurangkan kilauan berlebihan

Beberapa jenis sunblock juga mengandungi bahan aktif seperti zink oksida dan titanium dioksida yang membantu menyerap minyak dan mengurangkan kilauan pada kulit berminyak.

  • Menjaga kesihatan kulit

Sunblock membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya dan boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Kulit yang terlindung dari sinaran UV akan kelihatan lebih cerah, lembut, dan lebih berseri.

Kekurangan sunblock untuk kulit berminyak:

  • Tidak tahan lama

Sunblock kadangkala tidak tahan lama pada kulit berminyak dan perlu disapu semula selepas beberapa jam.

Ini boleh menjadi masalah terutamanya jika anda terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa yang lama.

  • Sukar dicuci

Beberapa jenis sunblock mungkin sukar dicuci dengan pencuci muka biasa, terutamanya jika sunblock mempunyai ciri kalis air atau tahan peluh.

Ini boleh menyebabkan kulit berasa berminyak dan tidak selesa.


Apakah Perbezaan Sunblock & Sunscreen?

Sunscreen mempunyai bahan kimia organik terdiri dari komponen seperti methoxycinnamate, octyl salicylate dan ecamsule yang menyerap sinaran UV dan menukar kepada haba. 

Manakala sunblock pula mengandungi bahan mineral seperti titanium dioxide atau zinc yang menghalang cahaya UV tembus masuk ke dalam kulit. 

Jadi bezanya antara dua ini adalah bagaimana ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran.

Sunblock menghalang sinaran UV pada kulit, manakala sunscreen mempunyai bahan kimia yang akan menyerap sinaran UV sebelum kulit anda menyerapnya.

Jom kita lihat penerangan lebih terperinci menerusi video berikut.


Apa Perkara Penting Yang Perlu Diambil Kira Semasa Memilih Sunscreen?

Ini adalah komponen paling utama bagi mana-mana langkah apabila membuat pembelian.

Pertama sekali wajib lihat bahan yang terkandung di dalamnya.

  • Ecamsule: Bahan yang menghalang UVA.
  • Avobenzone: membantu menghalang sinaran UV tanpa kesan break down bila terkena sinaran UV. 

Jadi, pastikan anda cari bahan ini; active photo barrier complex dan dermaplex tau. 

  • Titanium dioxide dan zinc oxide: Memberi perlindungan sinaran UVA dan sesuai jika anda menghadapi masalah kulit sensitif.
  • Bebas alkohol, pewangi bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan masalah alergik.

Bagi penarangan lebih terperinci, jom saksikan video ringkas ini.


Artikel Berkaitan

End of Article