Kecantikan

Kulit Anda Berminyak? Cuba 7 Scrub Muka Ini

Skrub muka dapat bantu menyingkirkan sel kulit mati, pudarkan parut dan mengawal minyak yang berlebihan. Cubalah senarai scrub ini untuk muka berminyak!


Editor · Updated 19 Jun 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kulit Anda Berminyak? Cuba 7 Scrub Muka Ini

Apakah sebab kulit jadi berminyak?

Tahukah anda skrub muka sekurang-kurangnya 2 kali seminggu dapat membantu dalam menyinkirkan sel kulit mati, mengelakkan pori tersumbat, pudarkan parut dan mengawal minyak yang berlebihan pada kulit. Jika anda ingin memilih skrub pastikan ia sesuai dengan kulit anda dan yang tidak kasar pada kulit. Berikut beberapa jenis skrub untuk jenis kulit berminyak.

Kandungan
Scrub untuk kulit berminyak dan berjerawat 1 daripada 7
Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub (100ml)
Partnership with Garnier
Dari RM10.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menyelesaikan pori tersumbat
Mengawal penghasilan minyak
Bukan untuk mencerahkan kulit
1 lagi
Tidak sesuai untuk ibu mengandung

Skrub ini diperkaya dengan bahan seperti herba pembaik pulih dan asid salisilik. Skrub 6 dalam 1 ini bukan hanya mencegah muka anda daripada berminyak malah ia juga membantu bagi mengurangkan jerawat, bintik hitam, liang tersumbat, kemerahan dan juga parut. Amalkan penggunaan 2 kali seminggu bagi mendapatkan kesan yang menakjubkan dan jangan risau kerana ia skrub yang halal. 

Scrub terbaik untuk kulit kusam
Scrub terbaik untuk kulit kusam 2 daripada 7
Nano White Fresh Anti Dullness Scrub 80g
Partnership with Nano White
Dari RM17.52
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Skrub ini mempunyai bahan yang diperbuat daripada minyak pokok teh, alga dan vitamin C. Ia dirumus khas untuk kulis berminyak dan kusam bagi memberikan semula kecantikan kepada wajah. Malah, ia juga dapat membuang sel-sel kulit mati di wajah anda agar wajah kekal bersih dan berseri.

Tambah pula dengan, minyak biji Macadamia yang terkandung ia membantu menyuburkan kulit untuk mengelakkan kekeringan dan menjadikan kulit sihat.

Eucerin Pro ACNE Solution Scrub 100ml
Scrub untuk kulit berminyak dan flek hitam 3 daripada 7
Eucerin ProACNE Solution Scrub
Partnership with Eucerin
Dari RM39.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melawan bakteria punca jerawat
Membantu mengecilkan liang pori
Harga agak mahal
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Eucerin Pro ACNE Solution Scrub dapat memastikan kulit anda bebas minyak dan juga menghilangkan kekotoran tanpa mengeringkan kulit. Ia pembersih muka dan badan yang bertindak membersih dengan perlahan tanpa mengelupaskan kulit. Selain itu, turut berfungsi dalam membuang sel-sel kulit mati yang menyebabkan kemunculan bintik hitam. Skrub ini dirumus khas untuk kulit berminyak dan boleh digunakan semasa kehamilan.

Scrub terbaik untuk liang pori
Scrub terbaik untuk liang pori 4 daripada 7
Dermalogica Blackhead Clearing Pore Control Scrub
Partnership with
Dari RM106.60
Lihat harga di Hermo Malaysia

Hanya perlu gosok dan kulit wajah anda bebas dari masalah. Skrub ini diformulakan dengan Teh Pokok, Menthol dan Meadowsweet yang terkenal dalam menenangkan dan menyejukkan kulit. Tambahan pula dengan microbeads ia turut membantu membuang sel kulit mati dan membersihkan pori tersumbat. Amalkan penggunaan 2 kali seminggu bagi mendapatkan kulit yang bersih dan sihat.

Exfoliating scrub untuk kulit berminyak
Exfoliating scrub untuk kulit berminyak 5 daripada 7
Garden of Eden Gentle Exfoliating Facial Scrub 75 ml
Partnership with Garden of Eden
Dari RM20.32
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mengandungi ekstrak buah delima
Melembapkan dan mencerahkan kulit
Kurang berkesan mencerahkan kulit
2 lagi
Mempunyai bijian dari beras
Dapat menyingkirkan kotoran

Rasai kebaikan skrub muka ini sendiri kerana ia membantu mencerahkan kulit, mengelakkan pengelupasan, membuang sel kulit mati dan mengekalkan hidrasi kulit wajah anda. Ia skrub yang dirumus dari bahan yang baik untuk kulit anda seperti minyak zaitun, jojoba, ekstrak delima dan ekstrak akar licorice. Selepas penggunaan anda akan merasakan kulit yang bersih dan bebas minyak. Jangan risau kerana skrub ini bebas dari bahan pewangi dan paraben.

Scrub terbaik untuk kulit kering dan sensitif
Scrub terbaik untuk kulit sensitif 6 daripada 7
Clinelle Skin Smoothing Scrub with Marine Beads
Partnership with Clinelle
Dari RM26.50
Lihat harga di Watsons Malaysia
Skrub ini datang dengan gabungan ekstrak dan vitamin yang memiliki sifat yang menenangkan bagi mengekalkan keanjalan dan untuk meminimumkan garisan halus dan minyak yang berlebihan pada wajah.  Memiliki bahan seperti lidah buaya yang baik untuk memberi ketenangan bagi kulit yang sensitif dan juga merawat kulit wajah anda.
 
Selain itu, ia juga mengandungi ejen exfoliating untuk membantu proses penyulingan mikro bagi mengeluarkan sel kulit mati untuk memberikan kulit yang lebih berseri.
Mask scrub untuk kulit berminyak
Mask scrub untuk kulit berminyak 7 daripada 7
Melvita Nectar Pur Organic Mask & Scrub 75ml
Partnership with
Dari RM135
Lihat harga di Hermo Malaysia

Skrub muka 2 dalam 1 ini dapat membantu menghilangkan sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit dan membersihkan kulit wajah dengan lembut. Yang lebih menarik tentang skrub ini ia boleh dijadikan mask dan dalam masa yang sama skrub untuk muka. Dengan bahan seperti peppermint membantu dalam mengimbangi minyak pada kulit wajah. Anda mungkin dapat melihat kesannya sendiri selepas penggunaan.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation