Product in this article

Mengapakah penting untuk menjaga kulit?

Kulit adalah organ yang terbesar di badan dan sentiasa terdedah kepada kondisi luar seperti habuk, cahaya matahari dan pelbagai aktiviti lain . Jika tidak dijaga dengan baik, kulit akan menunjukkan tanda penuaan seperti kedutan, ketuat, tona tidak sekata, kusam, berminyak dan pelbagai lagi masalah kulit.

Justeru, untuk dapatkan kulit yang sihat, anda perlu membuat pilihan bijak dengan mengetahui keperluan kulit sendiri. Terdapat pelbagai produk skincare yang dapat membantu kulit anda menjadi lebih sihat dan flawless seperti di bawah. Ini adalah senarai produk yang berkesan dan selamat digunakan:

Sulwhasoo
1. SULWHASOO Gentle Cleansing Oil EX
Cleansing Oil terbaik untuk remover solekan

Sebelum mencuci muka, bersihkan kulit wajah terlebih dahulu dengan cleansing oil ini. Ia lembut dan tidak akan menyebabkan iritasi atau kepedihan pada kulit wajah. 

Berkesan untuk menghapuskan kotoran dan membuang sel-sel kulit mati serta melindungi lapisan kulit. Produk ini bebas kimia dan diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu benih Coix Lacryma-Jobi, kulit buah limau dan minyak buah Apricot yang akan menjaga kulit anda daripada cela.

Baca lagi: 8 Makeup Remover yang Sesuai untuk Setiap Jenis Kulit

Himalaya
2. HIMALAYA Purifying Neem Face Wash (100ml)
Cleanser terbaik untuk kulit kombinasi dan berjerawat

Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, ia mampu membersih kulit kombinasi atau cenderung jerawat tanpa kesan sampingan. Tidak mengeringkan, jadi usah risau kulit wajah anda tidak akan mengalami iritasi. 

Dengan kandungan dari bahan-bahan organik seperti daun Neem dan daun kunyit yang mampu menghapuskan bakteria, kulit akan terasa lembut, bersih dan segar sepanjang masa.

Scrub/masker untuk muka – kecilkan pori
The Body Shop
3. THE BODY SHOP Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask (75ml)
Scrub/masker untuk muka – kecilkan pori

Produk multifungsi dari The Body Shop ini boleh digunakan sebagai skrub muka dan juga masker. Mengandungi arang buluh dan daun teh, tekstur masker ini yang kasar dapat melakukan proses pengelupas (exfoliate) untuk membantu mengecilkan liang pori.

Biarkan wajah kering selepas mencucinya dan lakukan gerakan putaran secara perlahan untuk menghapuskan sel kulit mati. Ianya dapat menghalang penghasilan minyak yang berlebihan serta membersih dan mengecilkan liang pori.

Baca lagi: Buang Kulit Mati Sekarang dengan 8 Scrub Muka Ini

Kiehl's
4. KIEHL’S Ultra Facial Oil-Free Toner (250ml)
Toner terbaik untuk kulit berminyak

Produk dari jenama Kiehl’s ini terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak. Toner bebas alkohol ini, tidak akan membuatkan kulit anda kekeringan serta mampu untuk menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. 

Toner ini membantu mengekalkan kelembapan dengan sempurna serta mengimbangkan pH kulit wajah anda tanpa membuatkannya terasa pedih. Selamat untuk kulit sensitif, toner ini bebas pewangi dan paraben. 

Essence terbaik dari Jepun – untuk kulit kering
SK-II
5. SK-II Facial Treatment Essence (30ml)
Essence terbaik dari Jepun – untuk kulit kering dan kusam

Diterbangkan khas dari Jepun, essence ini mengandungi Pitera - bahan semulajadi yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, mampu untuk melembap dan mengembalikan nutrisi pada kulit wajah anda. Produk ini mencerahkan kulit wajah sehingga tampak berseri dari jauh. 

Menjadi kegilaan wanita-wanita Jepun, produk ini diformulasikan dengan bahan yang ringan dan anda boleh melihat perubahan pada kulit wajah hanya dalam masa 14 hari sahaja. Kulit wajah anda akan kelihatan menawan bak kristal!

Baca lagi: Tiada Lagi Kulit Bermasalah Dengan 10 Produk Essence Terbaik 2019

Serum pemutih wajah dari bahan organik – sesuai untuk ibu hamil
Cosmoderm
6. Cosmoderm Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)
Serum muka sesuai digunakan oleh ibu hamil
add_circle sesuai untuk kulit matang
add_circle mencerahkan kulit dengan selamat

Penggunaan bahan penjagaan wajah yang mengandungi bahan kimia seperti alkohol dan paraben dikhuatiri boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Seharusnya, gunakanlah barangan yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan dapat menyerap ke dalam kulit dengan lembut. 

Dengan mengandungi Active-G, Apple Stem Cell, Kolagen, Witch Hazel, Aloe Vera dan minyak benih Rose Hip, ianya dapat menghapuskan sel-sel kulit mati dan melindungi lapisan kulit baru.

Ampoule anti penuaan terbaik

Retinol atau lebih dikenali sebagai Vitamin A adalah salah satu bahan terbaik untuk menghalang penuaan kerana ianya mampu melakukan proses pengelupasan serta membuang sel-sel mati. Kulit anda akan menjadi lebih cerah dan garis-garis halus juga terhapus dengan segera. 

Dengan mengandungi Bifida Ferment Lysate (sejenis ragi yang difermentasikan) sebagai agen anti-penuaan, ia akan mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit. Anda akan tampak awet muda!

Baca lagi: Rutin Penjagaan Wajah Bertambah Sempurna Dengan 7 Produk Ampoule Ini

Face mask terbaik untuk remaja – Halal dan murah
Tony Moly
8. TONY MOLY Pureness 100 Facial Mask Sheet (1pcs)
Face mask terbaik untuk remaja – Halal dan murah

Jenama Tony Moly ini sangat terkenal di kalangan selebriti, wanita serta remaja Korea. Diperbuat daripada 100% kapas lembut dan tidak menyakitkan kulit, produk ini juga sesuai untuk remaja yang ingin melakukan rawatan penjagaan kulit wajah sendiri. 

Bertindak sebagai agen pelembap, face mask ini mampu memperbaiki kulit yang rosak dan anda akan tampil berseri dengan kulit wajah lebih bermaya. Ia terdapat dalam 5 jenis face mask yang memberi kesan berlainan untuk kulit wajah seperti menenangkan, melembap, memperbaiki dan mencerahkan.  

Moisturizer terbaik untuk kulit yang kusam
Garnier
9. GARNIER Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF21 (50ml)
Moisturizer terbaik untuk kulit yang kusam

Kulit anda terasa tidak bermaya dan kusam? Dengan ekstrak bunga Sakura, Vitamin B3 dan Vitamin CG, pelembap ini dapat menutup liang pori yang terbuka dan mengembalikan tona kulit tidak sekata.

Formulanya sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali untuk kulit sensitif. Dalam hanya masa 4 minggu sahaja, kulit anda akan terasa cerah dan tiada lagi kekusaman pada kulit wajah.

Baca lagi: 12 Moisturizer Terbaik Untuk Memastikan Kulit Muka Anda Sentiasa Lembap

Krim malam – untuk lelaki dari bahan organik
10. THE BODY SHOP Aloe Soothing Night Cream (50ml)
Krim malam dari bahan organik – sesuai untuk lelaki

Bagi kaum lelaki, penjagaan kulit wajah tidak semestinya perlu mengikut aturan tetapi cukup dengan menggunakan pencuci muka atau krim yang bersesuaian dengan jenis kulit. Sesuai untuk kulit sensitif, krim ini mengandungi minyak bijan dan Aloe Vera dirumus dengan tekstur yang lebih pekat. 

Sebelum tidur, pastikan anda menyapunya dengan betul untuk mengekalkan kelembapan untuk kulit yang lembut dan licin. Yang penting, bebas alkohol, pewarna dan haruman serta bahan pengawet.

Bioaqua
11. BIOAQUA 80 pcs Eye Skin Care Golden Osmanthus Collagen Eye Mask
Eye mask terbaik untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata

Kulit di bahagian mata adalah sangat sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, kawasan mata anda kelihatan hitam seperti panda!

Gunakan eye mask ini untuk mencerahkan, melembap, menghilangkan lingkaran gelap bawah mata (dark circle), kedutan, dan eyebag supaya wajah anda kelihatan lebih bermaya.

Sunscreen jenis gel terbaik untuk kulit jerawat
Wardah
12. Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 (40ml)
Sunscreen jenis gel bebas alkohol

Memandangkan Malaysia sentiasa panas terik atau hujan sepanjang tahun, jangan sesekali lupa untuk memakai sunscreen biarpun pada hari mendung.

Langkah ini penting untuk melindungi kulit daripada pigmentasi disebabkan oleh sinaran UVA and UVB.

Sunscreen daripada Wardah ini adalah bebas alkohol, berfungsi untuk melembabkan kulit dengan aloe vera and pro Vitamin B5 serta mempunyai vitamin E sebagai ejen anti-oksida.


Kebaikan Penjagaan Kulit Wajah Dengan Sempurna

Bagi sesetengah wanita, penjagaan wajah hanya dengan mencuci muka dan pakai pelembap sahaja sudah cukup. Jika mengikut langkah yang betul satu-persatu, bukan sahaja memakan masa yang lama tetapi LECEH. Tahukah anda, ada kebaikannya yang tersendiri jika melakukan rutin penjagaan kulit wajah dengan sempurna dan teratur?

Antara manfaatnya adalah keadaan struktur kulit muka anda akan bertambah baik, tiada lagi kekusaman serta kadar pertumbuhan jerawat juga semakin berkurangan. Untuk anda yang mempunyai kulit bermasalah, rutin penjagaan kulit wajah haruslah dilakukan selalu bagi mendapat hasil yang ‘lumayan’.

12 Langkah Utama Rutin Penjagaan Kulit Wajah;

Step 1 : Double Cleansing / Remover

Jika anda memakai solekan (make-up), langkah ini haruslah dilakukan terlebih dahulu. Teknik ini dipanggil oil-cleansing. Kulit wajah dibersihkan terlebih dahulu untuk membuang kotoran, debu, habuk dan solekan yang masih melekat pada kulit wajah sebelum memulakan langkah seterusnya iaitu mencuci muka. 

Step 2 : Mencuci Muka

Untuk langkah ini, anda harus berhati-hati semasa memilih pencuci muka yang terbaik untuk kulit wajah anda. Ini kerana tidak semua produk sesuai untuk kulit anda.

Pertama sekali, kenalpasti dahulu jenis kulit wajah sebelum memakai sebarang produk untuk mengelakkan kulit anda menjadi lebih bermasalah. Setelah itu, cucilah dengan bersih untuk menghilangkan segala kekotoran yang melekat pada kulit.

Step 3 : Exfoliate (proses pengelupasan)

Gunakan skrub yang sesuai dengan kulit wajah terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Sel kulit mati yang tidak dibuang sepenuhnya semasa mencuci dapat dihapuskan dengan menggunakan skrub. 

Gosokkan dengan lembut pada kulit wajah. Lakukan skrub sekurang-kurangnya, 3-4 kali seminggu. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, 1-2 kali seminggu sahaja bagi mengelakkan kulit bertambah kering dan memerah. 

Step 4 : Toner

Penggunaan toner penting untuk menutup liang pori pada kulit wajah dan mengimbangkan kembali tahap pH selepas mencuci muka. Jangan lupa untuk membeli toner yang sesuai untuk kulit wajah anda. 

Tidak pasti tentang jenis kulit anda? Jom ambil kuiz ini untuk kenali kulit wajah anda! Lepas tu, bolehlah pilih dari senarai toner terbaik di Malaysia

Step 5 : Essence / Emulsion

Essence memiliki tekstur yang lebih cair jika dibandingkan dengan serum. Formula yang terkandung dalam produk ini berbeza kesesuaiannya untuk semua jenis kulit. 

Sangat ringan daripada losyen tetapi kesan penyerapan lebih pantas ke dalam lapisan kulit dan manfaat essence adalah memperbaiki kulit daripada kerosakan. 

Step 6 : Serum 

Serum adalah dalam bentuk cecair yang jernih serta mempunyai tekstur ringan dan bebas minyak. Memiliki bahan aktif berkonsentrasi tinggi seperti asid amino, anti-oksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida, hidrasi dan eksfoliasi berkesan untuk kulit. 

Berbeza dengan pelembap, serum meresap masuk ke dalam lapisan kulit jauh lebih pantas melalui molekul zat yang merupakan partikel kecil. Hasilnya, 10 kali lebih berkesan daripada krim wajah biasa. Pastikan anda semak senarai serum terbaik dan terkini di Malaysia tahun ini supaya tidak ketinggalan! 

Step 7 : Ampoule

Manfaat yang ada pada serum dan ampoule sebenarnya, sama sahaja. Cuma ampoule mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding serum dengan mengandungi bahan aktif yang berkesan untuk memperbaiki kulit bermasalah dalam masa yang lebih singkat.

Step 8 : Face Mask

Gunakan face mask terlebih dahulu sebelum anda memakai pelembap. Ini kerana hanya 70% sahaja face mask ini melekat pada kulit wajah dan memberikan kesan sementara seperti menenangkan kulit akibat ketegangan serta dari kekotoran. 

Step 9 : Pelembap (Moisturizer)

Ada 2 jenis tekstur krim pelembap yang terbaik di pasaran iaitu gel dan krim. Pilihlah yang bersesuaian dengan kulit anda agar ianya kekal terhidrat dan mengekalkan kelembapan sepanjang hari. 

Step 10 : Krim Malam / Night Cream

Fungsi antara krim siang dan krim malam, ada perbezaannya. Krim siang digunakan untuk melindungi kulit wajah manakala krim malam diformulasikan untuk perawatan. Manfaatnya adalah untuk memperbaiki, melembap dan menjana semula kebaikan kulit sewaktu anda sedang tidur. 

Ketika itu, kulit anda sedang berada dalam keadaan tenang (relax). Bahan yang terkandung dalam krim malam seperti retinol, asid Glycolic dan asid Hyaluronik khas untuk anti-penuaan. Namun, terdapat pelbagai jenis krim malam untuk kegunaan dan jenis kulit tertentu. Semaklah senarai pilihan krim malam terbaik supaya anda pilih yang paling sesuai.

Step 11: Eye mask

Wajah yang berseri tidak akan lengkap tanpa mata yang bermaya. Bahan- bahan di dalam eye mask adalah lebih sesuai untuk kulit mata yang sensitif. Oleh itu, sentiasa gunakan eye mask untuk mengelakkan mata yang kelihatan lebam kerana eyebag dan dark circle.

Step 12: Sunscreen

Kekalkan hasil daripada rutin penjagaan kulit anda dengan menggunakan sunscreen supaya bebas daripada sunburn daripada sinaran UVA dan UVB!

Lebih jelas tentang langkah-langkah penjagaan kulit wajah yang betul? Mulakanlah sekarang! 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!