Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
toner terbaik

16 Toner Muka Terbaik & Paling Berkesan di Malaysia 2024

Berikan kesegaran pada kulit wajah anda dengan toner pilihan

Toner dipakai selepas proses mencuci muka kerana dapat berfungsi untuk memberi kesegaran dan menenangkan kulit muka.

Selain itu, dapat menghaluskan dan melindungi kulit sebelum memakai serum atau krim yang lain.

Tapi bagaimana mengenal pasti toner muka terbaik atau toner yang baik bersesuaian dengan jenis kulit?

Jom kita lihat senarai toner yang bagus mengikut kesesuaian masalah dan jenis kulit.


16 Toner Muka Terbaik

Toner terbaik secara keseluruhan
mulai
RM41.80
Semak Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Toner harga dibawah:
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Boleh kurangkan kedut
add_circle Mencerahkan kulit wajah
remove_circle Bau yang agak kuat

Sebab menjadi pilihan utama:

Toner dari Some By Mi ini mengandungi 10,000ppm ekstrak Tea Tree yang asli, menawarkan pH 5.5 yang mesra pada kulit serta dapat menyeimbangkan tahap pH, mencegah jerawat dan menghasilkan kulit yang lebih sihat.

Ciri-ciri:

Toner dwi fungsi ini mempunyai sifat anti-kedutan dan pencerahan dengan bahan kunci seperti Niacinamide untuk pencerahan dan Adenosine untuk kesan anti-kedutan. 

Kandungan AHA, BHA, dan PHA berfungsi sebagai pengelupas yang berkesan, menjadikan kulit lebih bersih dan bersinar. 

Dengan pH yang rendah, toner ini menyediakan penjagaan liang yang komprehensif, pencerahan, dan kelembapan yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Apa yang menarik, toner ini dikatakan boleh memberikan hasil yang anda mahukan selepas 30 hari penggunaan.

Review:

“Produk yang bagus dan harga berpatutan. Menyerap pantas pada kulit saya dan membantu merawat kulit berjerawat. Bau pun sedap je, rasa calm.”

Toner untuk glowing
mulai
RM15.95
Semak SIMPLE Soothing Toner harga dibawah:
add_circle Kandungan bahan yang natural
add_circle Menenangkan kulit sensitif
add_circle Wajah lebih cerah

Toner Simple Kind To Skin Soothing Facial dari jenama UK ini mempunyai campuran khas yang baik untuk kulit sensitif, tidak menyumbat liang roma dan hipoalergenik.

Mengandungi pro-vitamin B5, chamomile, witch hazel dan allantoin, untuk membantu mengekalkan kesegaran kulit anda.

Tidak mengandungi wangian atau warna tiruan, dan tiada bahan kimia yang kasar yang boleh mengganggu kulit anda.

Apa yang lebih menarik, botol ini terbuat dari 100% plastik post-consumer recycled (PCR) dan boleh dikitar semula 100% dengan tutupnya.

Toner terbaik untuk jeragat
COSRX
mulai
RM40.00
Semak COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner (150ml) harga dibawah:
add_circle Mencerahkan parut jerawat
add_circle bertindak sebagai chemical exfoliant
add_circle sesuai untuk jerawat pasir
remove_circle Mengeringkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Berbau kuat

COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner adalah toner harian yang lembut yang membantu melembapkan dan memperbaiki tekstur kulit.

Mengandungi AHA dan BHA (agen melawan jerawat) dan dibuat dengan bahan semula jadi yang baik untuk semua jenis kulit.

Selain membantu mengekalkan tahap pH kulit, toner ini membantu mencegah bintik putih, bintik hitam dan jeragat.

Toner terbaik untuk jerawat
Aiken
Aiken Refining Pore Toner (100ml)
mulai
RM7.15
Semak Aiken Refining Pore Toner (100ml) harga dibawah:
add_circle Estrak tumbuh-tumbuhan
add_circle Mengandungi NMF untuk kelembapan
add_circle Bebas paraben, triclosan
remove_circle Hanya berfungsi untuk melawan jerawat

Harga berpatutan dan saiz sesuai untuk dibawa ke mana saja.

Toner ini diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan mengandungi NMF untuk kelembapan yang berpanjangan dan memberi kelembutan pada kulit. 

Selain itu mampu mengawal penghasilan minyak dan jerawat pada kulit.

Jangan risau, toner ini bebas daripada bahan kimia seperti paraben, triclosan, formaldehyde dan pewarna. 

Bukan itu sahaja, mengandungi bahan utama yang bagus dalam melawan jerawat seperti salicylic acid.

Manakala bahan chamomile untuk memudarkan parut jerawat serta melawan pembentukan jerawat baru. 

Kandungan aloe vera yang bersifat antioksida pula dapat mempercepatkan pembentukan sel kulit yang baru, melegakan dan menyembuhkan kemerahan.

Toner untuk semua jenis kulit
Cosmoderm
Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml)
mulai
RM16.90
Semak Cosmoderm Vitamin E Toning Lotion (100ml) harga dibawah:
add_circle Diperkaya dengan minyak Rose Hip
add_circle Membersihkan sel-sel kulit mati
add_circle Boleh dijadikan primer
add_circle Vitamin E
remove_circle Bau toner seperti ubat yang kuat

Penyegar yang diperkaya dengan minyak Rose Hip ini dapat memberikan perlindungan daripada penuaan seperti garis halus, menghilangkan parut dan membaiki kulit. 

Selain itu mampu membersih secara perlahan dan menghapuskan sel-sel mati tetapi kekal melindungi kulit dengan memberi keanjalan pada kulit agar anda tampil awet muda. 

Kandungan Vitamin E pula membantu melindungi radikal bebas yang terdapat di sekeliling dan melindungi kulit daripada pancaran UV.

Malah toner ini boleh digunakan sebagai primer sebelum makeup

Walaupun produk ini berasaskan minyak tapi teksturnya tidak memberi rasa melekit dan berminyak.

Bila anda pakai toner pada wajah, cecair toner terus menyerap dengan begitu pantas ke dalam kulit.

Toner untuk blackhead
Wardah
Wardah Lightening Face Toner (125ml)
mulai
RM8.39
Semak Wardah Lightening Face Toner (125ml) harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi campuran alkohol
add_circle Dapat cerahkan kulit wajah
add_circle Tekstur tidak melekit
add_circle Dapat kurangkan bintik hitam
remove_circle Boleh menyebabkan fungal acne
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Bila menggunakan toner bebas alkohol selepas mencuci wajah, secara tak langsung dapat mengurangkan iritasi. 

Ditambah pula dengan bahan 5% glycolic acid yang dapat membersihkan kulit wajah dari sel kulit mati dan membersih liang pori. 

Jadi kulit lebih bersih, sihat dan kelihatan lebih cerah. 

Manakala estrak organik aloe vera dan ginseng membantu melembutkan dan menyembuhkan kulit wajah anda. 

Tahap kelembapan pada kulit wajah anda juga lebih tinggi dan kulit lebih segar.

Liang pori juga tampil lebih kecil, kulit wajah makin berseri dan cerah.

Toner untuk ibu hamil dan menyusui
Cetaphil
Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
mulai
RM35.58
Semak Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner harga dibawah:
add_circle Bahan dari White Sea Daffodil
add_circle Mengandungi Niacinamide dengan Vitamin B3
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Bebas Hypoallergenic
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set lengkap

Cetaphil merupakan jenama bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan ini merupakan toner pertama dari rangkaian jenama Cetaphil. 

Keluaran toner ini memberi fokus bagi anda yang ingin kulit cerah mulus tetapi mempunyai masalah kulit sensitif. 

Dirumuskan dengan gentle bright technology yang sememangnya berkesan untuk memudarkan kesan tompok hitam pada wajah. 

Manakala niacinamide (Vitamin B3), membantu mencerahkan kulit wajah anda dan tiada lagi masalah kulit kusam. 

Walaupun begitu, anda tidak perlu risau dengan tahap kelembapan kulit kerana akan melindungi dari masalah kulit kering. 

Jika mahukan hasil yang terbaik, cuba gunakan set lengkap skincare ini. 

Toner untuk remaja
Hada Labo Hydrating Lotion
mulai
RM46.20
Semak Hada Labo Hydrating Lotion harga dibawah:
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Bebas paraben dan alkohol
add_circle Mempunyai 4 jenis hyaluronic acid
remove_circle Harga yang sedikit mahal
remove_circle Meninggalkan kesan melekit pada kulit

Hada Labo merupakan jenama dari Jepun yang boleh pilihan mengikut kesesuaian kulit.

Dan toner yang kami senaraikan ini khas untuk mengecilkan liang pori dan dapat mengelakkan berlakunya iritasi pada wajah. 

Ini kerana kandungannya bebas alkohol dan tanpa paraben.

Malah dengan 4 jenis kebaikkan hyaluronic acid seperti ceramide dapat mengunci tahap kelembapan wajah. 

Bukan itu sahaja, Hada Labo ini mampu untuk membaiki tekstur kulit yang rosak akibat jerawat, pencemaran udara dari persekitaran.

Toner ini juga boleh digunakan pada bahagian lain seperti, bahagian kulit yang kering.

Hanya letakkan cotton pad pada kawasan yang mempunyai liang pori yang besar dan boleh jadi eye mask tau!

Safi Acne Solution Control Fluid
mulai
RM16.04
Semak Safi Acne Solution Control Fluid harga dibawah:
add_circle Lulus ujian klinikal
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Mengurangkan kulit berminyak
add_circle Dirumus dengan AHA,BHA dan Neem
remove_circle Hasil terbaik dengan penggunaan set lengkap

Siapa cakap, produk yang murah ini tidak berkualiti? Lihat sahaja Safi, walaupun harga murah, produk ini lulus dari ujian klinikal. 

Fokus toner Safi ini adalah untuk mengurangkan masalah jerawa dan pengurangan penghasilan minyak pada kulti wajah. 

Bukan apa, jika minyak berlebihan, mulalah timbul masalah seperti jerawat, break out dan kusam.

Selain itu, dirumus dengan AHA untuk membuang sel kulit mati, menggalakkan pertumbuhan kulit baru sekaligus kelihatan lebih sihat. 

Bahan BHA pula membersih liang pori, mengawal penghasilan sebum(minyak) kulit bersih dan pori juga tidak tersumbat. 

Neem pula mempunyai ejen untuk mengurangkan kesan parut, melegakan dan melindungi kulit dari iritasi.

Kiehl’s Calendula Herbal Extract Toner Soother and Refreshing
mulai
RM38.60
Semak Kiehl’s Calendula Herbal Extract Toner Soother and Refreshing harga dibawah:
add_circle Herba dari allantion
add_circle Ekstrak calendula
add_circle Bebas alkohol, paraben
add_circle Non comedogenic
remove_circle Harga yang mahal

Jika dilihat pada harga, memang mahal kerana bahannya digabungankan dengan herba yang jarang digunakan dan mempunyai fungsi terbaik. 

Terdapat juga bahan non-comedogenic untuk mengelakkan liang pori dari tersumbat atau terkumpul lebihan minyak dan kotoran lain. 

Bukan apa, liang pori bersih adalah salah satu punca untuk dapatkan kulit yang sihat.

Manakala ekstrak Calendula berasal dari timur tengah yang baik untuk melegakan, melembutkan kulit dan bahan terbaik untuk kulit wajah yang berminyak.

Allantion pula sejenis herba yang membantu melegakan kulit, jadi kulit anda tetap bersih tanpa memberikan tekanan pada kulit.

Jika anda mempunyai masalah kulit, cuba pakai produk ini dan lihat hasilnya dalam masa 3 hari.

Toner terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat
Innisfree Bija Trouble Toner
mulai
RM78.68
Semak Innisfree Bija Trouble Toner harga dibawah:
add_circle Mengawal masalah kulit minyak
add_circle Melindungi kulit dari kering
remove_circle Harga sedikit mahal

Toner ini direka untuk mengelupas kulit yang bersisik, mengeluarkan kotoran, dan menangani pelbagai masalah kulit.

Formula penjagaan kulit dalam toner ini boleh membersihkan liang pori, sel kulit mati, dan minyak berlebihan dan dalam masa yang sama memberikan kelembapan yang penting kepada kulit.

Salicylic Acid dan ekstrak White Willow Bark berfungsi untuk mengawal minyak berlebihan, memastikan tona kulit seimbang dan segar. 

Sementara itu, Bija Seed oil menambah lapisan perlindungan, menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk kulit bermasalah.

Dicipta untuk kegunaan harian, toner ini mempunyai formula air yang sejuk, sempurna untuk rutin harian yang tidak berat. 

Formula ringan ini selamat digunakan untuk kulit yang cenderung kepada jerawat dan masalah kulit.

Toner terbaik untuk kulit kering
Klairs Supple Preparation Unscented Toner
mulai
RM14.07
Semak Klairs Supple Preparation Unscented Toner harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Menyerap dengan baik
add_circle Tidak mempunyai bau wangi
remove_circle Bukan untuk mereka yang suka bau wangi

Toner dari Klairs ini bebas bahan pewangi dan bebas minyak asli, memenuhi kehendak anda yang lebih suka produk tanpa wangian.

Mengandungi bahan seperti Beta Glucan, Lipidure, Asid Hyaluronik, dan Ekstrak Centella Asiatica, toner ini menawarkan konsistensi yang lebih tebal serta memberikan kelembapan mendalam pada kulit.

Ia tidak hanya memberi kelembapan, tetapi turut memberi rasa selsesa pada kulit dan mengekalkan keseimbangan pH untuk penampilan kulit yang sihat.

Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif dan reaktif, formula yang elastik memastikan penyerapan yang cepat, menjadikannya pilihan ideal.

Toner ini berfungsi sebagai toner untuk membersihkan wajah pada langkah pertama rutin penjagaan kulit, dan disyorkan untuk menyapukan pada bahagian yang kering.

Nutox Youth Restoring Astringent Toner
mulai
RM33.35
Semak Nutox Youth Restoring Astringent Toner harga dibawah:
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Mengekalkan keseimbangan pH kulit
add_circle Mengembalikan kesihatan kulit wajah
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Nutox Youth Restoring Astringent Toner diformulasikan untuk mengekalkan keseimbangan pH pada kulit wajah anda.

Ia boleh memperhalus tekstur dan mengecil atau mengetatkan liang pori, menjadikan kulit wajah kelihatan lebih anjal.

Diperkaya dengan kolagen dari Sarang Burung, toner ini bertindak sebagai agen untuk memulihkan kulit kepada keadaannya yang lebih sihat.

Selain itu, turut mencegah tanda-tanda penuaan yang kelihatan dengan memberikan sinar muda pada wajah.

Anda boleh gunakan toner ini setiap hari, pada belah pagi dan malam, selepas membersihkan muka dengan pencuci muka untuk hasil yang optimum.

SKINTIFIC 5X Ceramide Soothing Toner - Travel Size
mulai
RM12.00
Semak Skintific 5X Ceramide Soothing Toner - Travel Size harga dibawah:
add_circle Saiz kecil untuk travel
add_circle Probiotik mengurangkan masalah kulit
add_circle Ada fungsi anti-radang & antibakteria
remove_circle Saiz kecil untuk guna di rumah

SKINTIFIC 5X Ceramide Soothing Toner - Travel Size merupakan sebuah toner bersaiz kompak, direka untuk membantu proses pemulihan kulit dan mengekalkan penampilan yang sihat. 

Mengandungi kebaikan daripada 5 jenis Ceramide yang berbeza, diperkaya dengan kandungan probiotik kompleks, toner ini merangsang pertumbuhan sel mikrobiom kulit, mengurangkan masalah kulit dan menggalakkan keseimbangan kulit. 

Tambahan lagi, kehadiran Calendula membawa fungsi anti-radang dan antibakteria, jadi mampu melindungi kolagen asal kulit untuk penampilan yang lebih lembut dan sihat.

Dengan saiz 20ml, anda mudah membawanya ke mana sahaja semasa anda travel, tetapi ia kurang sesuai untuk kegunaan di rumah kerana akan cepat habis.

Toner terbaik untuk kulit sensitif
Anua Heartleaf 77% Soothing Toner
mulai
RM47.20
Semak Anua Heartleaf 77% Soothing Toner harga dibawah:
add_circle Kelembapan tinggi sehingga 77%
add_circle Melindungi kulit sensitif
add_circle Formulasi yang selamat
remove_circle Rasa seperti toner yang biasa

Anua Heartleaf 77% Soothing Toner dihasilkan untuk beri kelembapan yang tinggi dan untuk merawat kulit sensitif.

Diperkaya dengan 77% Ekstrak Houttuynia Cordata dan 11 bahan EWG yang mesra alam sekitar, toner ini boleh beri perlindungan pada kulit dari persekitaran yang tercemar. 

Selain itu, formula sub-asidiknya bukan sekadar membantu mengekalkan keseimbangan antara minyak dan kelembapan kulit, tetapi turut menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

Bagaimanapun, bagi sesetengah pengguna mungkin merasakan toner ini seperti toner biasa yang lain dan tidak mengikut membantu mengurangkan iritasi pada kulit.

Paula's Choice Skin Perfecting 2% BHA Salicylic Acid Liquid Exfoliant Toner
mulai
RM34.90
Semak Paula's Choice Skin Perfecting 2% BHA Salicylic Acid Liquid Exfoliant Toner harga dibawah:
add_circle Membersih & mengecilkan pori
add_circle Bebas alkohol & penwangi
add_circle Penyerapan pantas
remove_circle Harga mahal

Mahu membersih dan mengecilkan liang pori? Boleh gunakan Paula's Choice Skin Perfecting 2% BHA Salicylic Acid Liquid Exfoliant Toner dengan formula yang unik ini.

Cukup lembut untuk kegunaan harian pada semua jenis kulit, memberikan keajaiban dengan mengelupas sel kulit mati dan membersihkan liang pori. 

Hasilnya? Tone kulit menjadi lebih rata, bersinar dan mengurangkan garis halus serta kedutan.

Dengan kadar pH optimum 3.2–3.8, eksfolian ini meniru proses eksfoliasi semula jadi kulit yang lebih muda, melepaskan lapisan tambahan dan membersihkan liang pori. 

Paula's Choice terbukti secara klinikal tidak menyebabkan iritasi, dan tidak pernah diuji ke atas haiwan, jadi ia selamat digunakan.


Manfaat Toner Untuk Kulit Wajah 

Untuk pengetahuan, kemungkinan besar kandungan pada cleanser membuatkan kulit menjadi kering.

Jadi untuk mengembalikkan kelembapan kulit, oleskan toner dengan meratakan pada wajah.

Ini kerana toner bertindak untuk memberi kesegaran pada kulit dalam masa yang sama mengimbangkan tahap pH dalam kulit supaya kembali normal.

Kebanyakan toner mengandungi asam amino, mineral oil atau hyaluronic acid dimana sangat bagus untuk mereka yang mengalami kulit kering.

Malah, toner juga membantu membersihkan sisa kotoran dari bahan kimia make up yang tertinggal ketika mencuci wajah.

Jadi dengan pemakaian toner, segala kotoran dapat dibersihkan dengan lebih baik.

Seterusnya, toner juga dapat menghalang pembentukan jerawat kerana kotoran yang tertinggal sudah dibersihkan sehingga ke dalam lubang liang pori.

Toner juga dapat mengimbangi pH kulit yang berubah disebabkan pemakaian make up yang mengandungi alkohol, pembentukkan minyak atau kotoran udara.

Jadi, toner dapat mengimbangkan keasaman kulit di pH 5-5.5 yang sesuai dengan kulit.

Banyak lagi sebenarnya fungsi toner ni, tapi sebelum nak pakai pastikan pemilihan toner yang betul.


Macam Mana Nak Guna Toner?

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya macam mana nak guna dan bila nak pakai toner.

Sebenarnya bukan hanya titik toner ke kapas dan sapukan ke seluruh wajah ikut suka hati saja.

Ada langkah-langkah yang anda perlu tahu. Jom kami ajar cara yang betul.

1. Basuh dan bersihkan dulu tangan. 

Ini kerana terdapat sesetengah toner, cara untuk aplikasikannya menggunakan tangan, bukan dengan kapas. Jika tidak bersih, kulit wajah anda akan cepat menjadi iritasi.

2. Pastikan wajah anda kering dengan sempurna. 

Sebelum menyapu toner pada wajah, pastikan dicuci dengan bersih supaya kotoran yang menyumbat liang pori dapat hilang. 

Toner juga dapat membantu menutup liang pori yang terbuka selepas anda mencuci muka.

3. Titiskan toner secukupnya ke atas kapas atau telapak tangan. 

Oleh kerana toner bertekstur cecair dan water-based, sedikit saja sudah memadai. 

Hanya 2-3 titisan toner untuk rutin penjagaan yang maksima ke atas kulit wajah.

Bagi sesetengah produk toner, anda tidak perlu guna kapas untuk aplikasikan pada wajah. 

Titiskan ke telapak tangan dan tepuk ke wajah dengan perlahan untuk mendapatkan kulit lebih lembut.

4. Sapu ikut alur wajah.

Cara untuk memakai toner tidak ada yang spesifikasi tapi untuk lebih teratur, sapukan toner mengikut alur wajah anda. 

Dari dahi hingga ke dagu, terutamanya sapu pada bahagian Zon-T terlebih dahulu.

Tips penting: sapulah secara perlahan-lahan. Jangan kasar dengan kulit wajah jika anda hendak mendapatkan hasil yang terbaik. 


Fungsi Toner Muka

Toner muka, juga dikenali sebagai toner kulit, memainkan beberapa fungsi penting dalam rutin penjagaan kulit harian. Berikut adalah beberapa fungsi utama toner muka:

  • Membersihkan Sisa Kotoran

Toner membantu membersihkan sisa-sisa kotoran, minyak, atau sisa pembersih muka yang mungkin masih tinggal selepas proses pembersihan pertama. Ini membantu membersihkan kulit dengan lebih efektif.

  • Menyeimbangkan pH Kulit

Toner membantu menyeimbangkan pH kulit setelah proses pembersihan, terutamanya jika pembersih yang digunakan bersifat alkali. Keseimbangan pH yang baik memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan kulit.

  • Menyegarkan Kulit

Banyak toner mengandungi bahan-bahan penyegar seperti mentol atau bahan-bahan botani yang dapat memberikan sensasi segar dan menyegarkan pada kulit.

  • Menyediakan Hidrasi Tambahan

Toner juga dapat menghidratkan kulit. Beberapa toner mengandungi bahan-bahan pelembap untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.

  • Persediaan Kulit untuk Langkah Penjagaan Kulit Berikutnya

Toner membantu mempersiapkan kulit untuk langkah penjagaan kulit berikutnya. Kulit yang lembap dan bersih lebih mudah menerima manfaat daripada produk rawatan kulit yang seterusnya.

  • Menyediakan Nutrien Tambahan

Beberapa toner mengandungi bahan-bahan aktif seperti antioksidan, vitamin, atau bahan-bahan tertentu yang memberikan nutrien tambahan untuk kulit.

  • Menyempurnakan Proses Pembersihan

Toner dapat membantu mengangkat sel-sel kulit mati dan meningkatkan kesan pembersihan secara menyeluruh.

  • Mengurangkan Pori-pori

Beberapa toner dirumus khas untuk membantu mengecilkan pori-pori dan meningkatkan penampilan kulit secara keseluruhan.

Penting untuk memilih toner yang sesuai dengan jenis kulit anda dan keperluan khas kulit anda, jadi dengan langkah ini dapat membantu meningkatkan kesan keseluruhan dalam rutin harian penjagaan kulit anda.


Artikel Berkaitan

End of Article