Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cleanser kulit berminyak

14 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2024

Atasi masalah kulit berminyak dengan pilihan pencuci muka berminyak yang sesuai!

Minyak yang dihasilkan oleh wajah adalah bertujuan melembapkan kulit tapi kalau berlebihan boleh menyebabkan jerawat kerana kotoran mudah melekat pada permukaan kulit wajah.

Ini akan membuatkan mereka jadi malu dan kurang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai, lebih-lebih lagi bila kerjaya yang memerlukan untuk jumpa orang setiap hari.

Salah satu cara menyelesaikan masalah ini adalah dengan sentiasa cuci muka untuk kulit berminyak menggunakan product untuk kulit berminyak supaya dapat membantu pengeluaran sebum minyak.

Jadi kami bantu anda senaraikan produk skincare untuk kulit berminyak untuk anda pilih, dan pastinya semua produk skin care untuk kulit berminyak ini mudah dibeli secara online!


Senarai 14 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak 

Pencuci muka untuk kulit berminyak terbaik secara keseluruhan
Cetaphil
Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak
mulai
RM37.99
Semak Cetaphil Oily Skin Cleanser 125ml harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan kulit kering
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
add_circle Boleh digunakan dengan ubat jerawat
remove_circle Harga agak mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Pembersih muka ini mampu membersihkan kulit secara mendalam untuk menyingkirkan minyak dan kotoran yang berkumpul pada liang pori.

Ciri-ciri: 

Walaupun sesuai untuk kulit berminyak tapi sesuai juga untuk kulit jenis kombinasi.

Malah dengan buih Cetaphil dapat hilangkan kesan mekap tanpa mengeringkan kulit atau merosakkan lapisan kulit.

Produk ini juga mampu mengurangkan tahap penghasilan sebum dalam masa 2 minggu sahaja. 

Review:

"Saya pakai produk ni sebab dermatologi sarankan dan boleh nampak perubahan pada kulit berminyak lepas guna produk Cetaphil ini. Kulit pun dah kurang berjerawat.”

Pencuci muka Sebamed untuk kulit berminyak & kulit kombinasi
Sebamed
Terbaik untuk kulit kombinasi
mulai
RM36.50
Semak Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml) harga dibawah:
add_circle Bebas alkohol
add_circle Bacaan pH 5.5
add_circle 100% bebas sabun
add_circle Dapat mencuci liang pori
add_circle Mampu melawan jerawat dan blackheads
remove_circle Harga sedikit mahal

Pencuci muka dari Sebamed ini 100% bebas sabun dan kandungan alkali yang tidak menjadikan kulit menjadi rengsa. 

Dengan tekstur yang lembut pada kulit menjadikan sangat efektif untuk pembersihan liang pori secara mendalam. 

Pencuci muka ini juga dapat menghalang penghasilan sebum berlebihan supaya mengelakkan kulit tampak 'oily'.

Malah, dengan kandungan Hamamelis Virginia dan Pro-Vitamin B5 dapat mengekalkan kulit hidrasi dan tidak menyebabkan kulit sensitif. 

Bahan aktif yang terdapat dalam pencuci muka ini dapat menghapuskan masalah kulit wajah dan memberikan pH seimbang pada wajah. 

Gunakan 2 kali sehari untuk kesan lebih sempurna.

Pencuci muka untuk kulit berminyak jenis gel
Clinelle
Clinelle Deep Cleansing Gel 100ml
mulai
RM23.78
Semak Clinelle Deep Cleansing Gel 100ml harga dibawah:
add_circle Mengurangkan sebum berlebihan
add_circle Boleh digunakan setiap hari
add_circle Kuantiti 100ml
remove_circle Harga sedikit mahal

Cleanser untuk kulit berminyak jenis gel ini pula terbaik untuk membersihkan wajah daripada kekotoran tanpa menanggalkan kelembapan semula jadi pada wajah. 

Malah diperkaya dengan ekstrak Centella Asiatica, dapat meningkatkan penghasilan kolagen untuk memperbaiki kulit. 

Selain itu, turut mengandungi ekstrak ginseng agar kulit jadi lebih berseri dan dengan ekstrak teh hijau dapat mengurangkan aktiviti bakteria pada muka. 

Cleanser ini juga kaya dengan antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bebas.

Kulit yang sensitif akibat persekitaran juga dapat ditenangkan dengan penggunaan pencuci muka Clinelle ini.

Pencuci muka untuk kulit berminyak Cosmoderm
Cosmoderm
Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Facial Cleanser 125ml
mulai
RM16.90
Semak Cosmoderm Tea Tree Oil Cleanser (125ml) harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
add_circle Sesuai untuk lelaki & wanita
add_circle Mengawal minyak untuk kecutkan jerawat
add_circle Hypoallergenic & bebas paraben
remove_circle Perlu guna set lengkap untuk hasil terbaik

Harga pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat dari Cosmoderm ini pula mampu milik, jadi memang sesuai digunakan oleh remaja sebab tak bebankan poket. 

Selain bagus untuk mencuci wajah daripada minyak dan debu dengan lembut, produk ini juga boleh membersihkan pori tersumbat dan mengawal penghasilan sebum berlebihan. 

Pencuci muka berkrim ini diformulasikan daripada minyak Tea Tree asli Australia yang sangat terkenal dengan sifat antibakteria semula jadinya yang boleh melegakan jerawat dan parut. 

Selamat digunakan sebab ia tidak mengeringkan kulit manakala bahannya bebas daripada SLS/SLES dan minyak mineral. 

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan jerawat
Aiken
Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser
mulai
RM9.40
Semak Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Mengawal pengeluaran minyak
add_circle Mengecilkan pori
add_circle Bebas paraben & SLES/SLS
add_circle Harga murah
remove_circle Mungkin kurang sesuai untuk kulit jenis lain

Cleanser untuk kulit berminyak ini mengandungi minyak Tea Tree dari Australia.

Bahan ini boleh mengurangkan jerawat kerana ia bagus untuk melegakan kulit. 

Terbaik juga untuk menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan liang-liang pori yang tersumbat sebab diformulasikan dengan bahan salicylic acid

Jadi lepas ini wajah anda akan kelihatan lebih berseri dan bersih tanpa minyak dan kotor. 

Jangan risau, pencuci muka Aiken ini telah diuji secara dermatologi.

Pencuci muka untuk kulit berminyak lelaki
Nano White
mulai
RM15.12
Semak Nano White Men Oil Control Perfect Clay Cleanser (100ml) harga dibawah:
add_circle Menghalang penghasilan minyak berlebihan
add_circle Mengekalkan kelembapan kulit
add_circle Membersih secara mendalam
remove_circle Mengandungi pewangi

Pencuci muka Nanowhite Oil Control Perfect Clay Cleanser sangat sesuai untuk lelaki remaja yang mengalami masalah kulit berminyak. 

Ini kerana diperkaya dengan bahan ekstrak tomato dan bahan aktif yang dapat melindungi kulit dari radikal serta dapat mencerahkan kulit.

Selain itu dapat memberi tina warna kulit sekata, melembutkan permukaan kulit dan membaikpulih kulit wajah yang rosak akibat penghasilan minyak berlebihan.

Hasilnya kulit tiada lagi berminyak, kekal segar dan bebas dari jerawat! 

Pencuci muka untuk kulit berminyak jenis foam
Wardah
Wardah Lightening Whip Facial Foam Facial Cleanser
mulai
RM10.44
Semak Wardah Lightening Whip Facial Foam Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Terdapat Glycerin
add_circle Tidak mengandungi alkohol
remove_circle Mungkin kurang sesuai dengan kulit jenis lain

Produk dari Wardah ini pula sesuai untuk anda yang inginkan pencuci muka jenis foam.

Jenis sabun ini menjadikan bukan hanya bagus untuk kulit berminyak, malah sesuai juga digunakan pada kulit jenis normal. 

Apa yang menariknya tentang produk ini ialah mampu membersihkan kotoran dan minyak pada wajah sehingga ke dalam liang-liang pori. 

Kulit wajah juga akan cerah kerana mengandungi Niacinamide dan telah diuji secara dermatologi.

Pencuci muka untuk kulit berminyak remaja
Biore
Biore Skin Caring Facial Foam Oil Control
mulai
RM16.70
Semak Biore Skin Caring Facial Foam Oil Control harga dibawah:
add_circle Mengawal minyak
add_circle Menyegarkan kulit
add_circle Membersihkan kekotoran & sebum
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak hingga kombinasi
add_circle Memperbaiki tekstur kulit
remove_circle Boleh memedihkan mata

Biore creamy foaming cleanser dari Jepun yang mampu membersihkan kotoran dan liang pori yang tersumbat.

Formula intense moisturising dipertingkatkan dengan manfaat penjagaan kulit berganda untuk meningkatkan keindahan semula jadi kulit dan memberikan kulit yang lebih lembut serta bouncy.

Selain itu, produk ini membersih secara mendalam untuk menghilangkan kekusaman kulit dan kekotoran yang menyebabkan jerawat, terutamanya di zon T.

Menghilangkan sebum berlebihan dan memberikan kawalan terhadap minyak berlebihan.

Hasilnya, kulit lebih halus, segar dan kurang minyak selepas satu cucian.

pencuci muka untuk kulit kering dan berminyak
Beauty of Joseon Ginseng Cleansing Oil
mulai
RM64.43
Semak Beauty of Joseon Ginseng Cleansing Oil harga dibawah:
add_circle Tidak menyumbat liang pori-pori
add_circle Meninggalkan kesan kelembapan
add_circle Anti penuaan
remove_circle Tekstur yang terlalu berair

Jika kulit muka anda terlalu berminyak, cuba teknik 'double cleansing' di mana anda perlu mencuci muka dengan menggunakan cleansing oil terlebih dahulu.

Bukan apa, kalau lubang pori tak dibersihkan dengan baik, kesannya menyebabkan kulit keradangan.

Jadi, dengan bahan Glycine Soja dan Ginseng Seed oil yang ada dalam jenama Beauty of Joseon dapat menyingkirkan kotoran dan sisa makeup tanpa memedihkan kulit.

Dengan campuran bahan ini juga sekaligus dapat mengelakkan sebarang pertumbuhan jerawat atau bintik-bintik merah pada kulit wajah.

Beauty of Joseon juga menggunakan teknologi Micellar cleansing yang berfungsi seperti magnet untuk menyerap segala kekotoran yang ada pada wajah.

Yang penting, pencuci muka ini tidak akan memberikan kesan yang kering pada kulit anda.

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan jeragat
Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser
mulai
RM12.16
Semak Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser harga dibawah:
add_circle Mengelupas sel kulit mati
add_circle Mempunyai salicylic acid
add_circle Membersih liang pori dan lapisan kulit dalam
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mengurangkan breakout
remove_circle Tahap pH yang tinggi
remove_circle Digalakkan pakai bersama sunscreen

Pencuci muka Cosrx sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat, kotoran, mengawal minyak berlebihan dan menggalakkan kulit yang lebih berseri.

Diformulasikan dengan 0.5% asid salisilik, minyak pokok teh, Salix Alba (Willow) Bark Water, Saccharomyces Ferment dan banyak lagi.

Bahan-bahan ini membantu melawan cela, menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru, menenangkan kemerahan, menghidrat kulit, dan menjadikan kulit lebih bersih dan licin tanpa rasa kering.

Selain itu, buihnya yang tebal dapat menghilangkan kotoran, sisa makeup, sebum berlebihan, dan sel kulit mati, serta mengurangkan whiteheads.

Gunakan moisturizer tebal selepas membersihkan muka dan hadkan penggunaan beberapa kali seminggu, terutamanya untuk kulit kering dan sensitif.

Selepas dua minggu, kulit anda akan lebih lembut, kurang berminyak dan berjerawat.

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan sensitif
Fresh Soy Face Cleanser
mulai
RM180.00
Semak Fresh Soy Face Cleanser 150ml harga dibawah:
add_circle Kulit lebih lembut
add_circle Menenangkan & melembapkan
add_circle Lebih seimbang dan sihat
remove_circle Harga sedikit mahal

Pencuci muka Fresh Soy terbukti dapat mengekalkan pH kulit yang seimbang sambil membersihkan semua jenis kulit tanpa mengeringkan kulit dan rasa menyengat, sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Dengan tekstur jelly, pencuci muka untuk kulit berminyak ini sangat selesa digunakan dan boleh menanggalkan solekan, mencerahkan kulit, menenangkan dan melembapkan secara mendalam.

Bahan utamanya adalah protein soya yang kaya dengan protein dan asid amino yang membantu dalam menenangkan kulit.

Tambahan lagi, rose hydrosol membantu dalam menenangkan kulit dan keseimbangan minyak air.

Ekstrak timun pula membantu menenangkan kulit dan minyak biji Borage membantu dalam khasiat kulit.

Formula extra gentle-gel yang bukan sahaja selamat untuk digunakan di sekeliling mata, tetapi boleh digunakan untuk menanggalkan maskara atau eyeshadow.

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan pori besar
Face Republic Calming Acne Salicylic Cleanser
mulai
RM45.90
Semak Face Republic Calming Acne Salicylic Cleanser harga dibawah:
add_circle Produk yang disahkan Vegan
add_circle Menenangkan masalah kulit
add_circle Memperbaiki tekstur kulit pH rendah
add_circle Mengawal minyak berlebihan
add_circle Menghilangkan kotoran
remove_circle Sukar dapat di pasaran
remove_circle Bau herba kuat

Pembersih gel yang lembut ini boleh menenangkan kulit yang mudah berjerawat dengan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan.

Teksturnya sama seperti pencuci muka Cetaphil yang kurang berbuih dan rasa lembut pada kulit.

Dirumus dengan 5,000 ppm asid salisilik BHA, ekstrak daun teh hijau, centella asiatica dan pokok teh.

Formula pH rendah membantu mengekalkan kulit yang bersih dan sihat dengan membuang sel kulit mati dan menyeimbangkan kulit.

Hanya perlu picit cleanser Face Republic dan buat buih dengan lembut dengan menambahkan air.

Kemudian, sapu pada kulit muka yang basah, urut perlahan-lahan selama seminit dan bilas dengan air hingga bersih.

Produk ini turut disarankan untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, berjerawat dan juga pori besar, jadi boleh gunakan produk ini dengan yakin!

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan kering
hada labo deep clean
mulai
RM28.00
Semak Hada Labo Deep Clean Blemish Control Face Wash harga dibawah:
add_circle Bebas daripada wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna
add_circle Mengekalkan keseimbangan pH kulit
add_circle Tekstur buih ultra halus
add_circle Tahap kerengsaan rendah
remove_circle Tidak disarankan untuk kulit sensitif dan kering

Pencuci muka Hada Labo Deep Clean Blemish Control sesuai untuk kulit berminyak, dehidrasi, kombinasi dan acne-prone

Ia membersihkan dan menghidrat kulit secara menyeluruh dengan bantuan asid hyaluronik.

Turut mengandungi Amazon white clay yang membersihkan kulit dengan lembut untuk menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan untuk mengelakkan liang tersumbat.

Ditambah lagi, wild pansy extract juga mengandungi asid salisilik semula jadi yang membantu mengawal dan mencegah blemish.

Gunakan pencuci ini untuk deep clean tanpa mengeringkan kulit dan mencegah cela untuk kulit yang licin, sihat dan berseri.

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat
HIMALAYA
HIMALAYA Herbals Purifying Neem Face Wash 150ml
mulai
RM19.98
Semak HIMALAYA Herbals Purifying Neem Face Wash 150ml harga dibawah:
add_circle Matikan bakteria pada wajah
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Terbaik untuk kulit wajah berjerawat
remove_circle Ada bau herba

Pencuci muka ini juga dapat membersihkan kotoran daripada kulit wajah & membersihkan liang pori yang tersumbat.

Teksturnya amat lembut pada kulit kerana diformulasi 100% herba aktif nya dan bebas daripada bahan kimia seperti paraben, SLS/SLES dan phthalates.

Ia turut diuji secara dermatologi serta tidak diuji ke atas haiwan, jadi ia sangat selamat dan mesra alam juga.

Apa yang bagus adalah penggunaan cleanser ini secara berterusan dan mengelakkan daripada jerawat tumbuh di wajah.

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash adalah sesuai bagi semua jenis kulit terutama kulit sensitif.

Ini kerana bahan utama yang digunakan adalah Neem yang dapat memperbaiki sel kulit dari akar umbinya supaya jerawat tidak tumbuh semula.

Selain itu, bersifat anti-keradangan dan anti-bakteria yang dapat menghalang serta membantutkan pertumbuhan jerawat degil.


Apakah itu Kulit Berminyak?

Kulit berminyak adalah keadaan di mana kelenjar sebum menghasilkan terlalu banyak minyak daripada sepatutnya.

Individu yang mempunyai kulit berminyak biasanya akan nampak muka berkilat, liang pori tersumbat dan mudah naik jerawat.

Bagaimanapun, mereka kurang cenderung mendapat kedutan pada wajah.

Bagi individu yang mempunyai kulit berminyak, disyorkan untuk membersihkan wajah dua kali sehari dengan pembersih kawalan minyak, diikuti dengan moisturizer kurang atau tanpa minyak.

Tambah lagi, jumpa je pakar dermatologi untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan jangan lupa jaga rutin skincare harian serta diet yang sihat.


Tips Memilih Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Produk yang salah boleh merengsakan lagi kulit dan menambah kadar minyak.

Jangan risau, ikuti je tips di bawah dalam memilih pencuci muka terbaik:

  • Jenis tekstur

Dapatkan pencuci muka jenis gel atau krim dengan formula yang lembut dan berbuih halus.

  • Bahan-bahan yang bagus untuk kulit berminyak

Sebagai contoh, tea tree oil, witch hazel, snail mucin, asid hyaluronik dan lain-lain.

Bahan-bahan ini membantu mengurangkan jerawat, melembapkan kulit dan mengurangkan sel kulit mati serta minyak berlebihan.

  • Nilai pH

Seterusnya, cari pencuci muka yang mempunyai pH seimbang dan sesuai dengan pH semula jadi kulit iaitu 5.5.

Ini kerana nilai pH tinggi boleh menyebabkan kemerahan atau masalah kulit lain.

  • Produk yang diformulasi khas untuk kulit berminyak

Nasihat kami pilih produk yang dilabel dengan bebas minyak, bebas alkohol, bukan komedogenik, tanpa sulfat atau pewangi.

Ini penting untuk menghalang liang pori-pori daripada tersumbat dan mencegah pembentukan jerawat.

  • Bahan aktif

Keempat, kaji bahan aktif dalam pencuci muka tersebut.

Bahan seperti asid salisilik, glycolic acid dan benzyl peroxide membantu menyingkirkan sel kulit mati serta mencegah jerawat.


Apakah Kandungan Pencuci Muka Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak? 

Jika kulit anda jenis berminyak, anda disarankan untuk memilih pencuci muka yang mengandungi salicylic acid yang boleh menyingkirkan minyak berlebihan atau sebum kulit. 

Seterusnya, anda boleh pilih pencuci wajah yang diperbuat daripada Niacinamide dan Glycolic Acid kerana dapat mengawal penghasilan sebum dan menghalang pori daripada tersumbat. 

Tapi, jika kulit anda juga jenis sensitif, anda digalakkan untuk bertanya dengan ahli dermatologis sebelum menggunakan glycolic acid

Apa pun jangan lupa untuk baca label produk sebelum beli pencuci muka supaya dapat mengelakkan dari kulit merengsa.

Jom dengarkan penjelasan dari pakar kulit menerusi video YouTube di bawah.


Adakah Facial Wash Atau Cleanser Lagi Sesuai Untuk Kulit Berminyak? 

Walaupun fungsi kedua-duanya sama iaitu untuk membersihkan wajah daripada kekotoran, tapi terdapat perbezaan antara face wash dan cleanser.

Face wash merupakan produk pencuci yang berasaskan air, contohnya gel, buih dan formulasi daripada serbuk. 

Ia berbuih apabila digunakan jadi memang sesuai untuk kulit berminyak sebab buih-buihnya boleh membersihkan pori dengan lebih mendalam. 

Manakala cleanser pula boleh membersihkan wajah sambil menghidratkan semula kulit.

Produk jenis ini dikatakan lebih sesuai dengan kulit normal, sensitif, kering dan kombinasi tapi tetap boleh digunakan pada kulit berminyak. 

Apa-apa pun, anda boleh pilih mengikut jenis dan masalah kulit sebab kulit setiap individu adalah berbeza. 

Anda boleh dengarkan penjelasan daripada pakar kulit cara mengawal minyak wajah sebelum menggunakan facial atau cleanser.


Artikel Berkaitan

End of Article