Mencuci muka adalah langkah asas wajib dilakukan untuk memiliki kulit wajah yang lembut, cerah dan sempurna tanpa sebarang cela.
Tapi haruslah memilih sabun pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah supaya dapat mengelakkan iritasi atau kesan buruk.
Jika kulit wajah kering, perlu pilih produk untuk kulit muka kering atau boleh juga beli cleanser untuk kulit kering.
Jadi, bagi anda yang inginkan kulit wajah yang sihat, pastikan guna jenama produk muka terbaik supaya dapat hasil yang memberangsangkan.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 17 Produk Pencuci Muka Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Pembersih muka ini bukan sekadar membersihkan permukaan wajah secara asas, tetapi boleh membersihkan sehingga ke dalam liang pori.
Ciri-ciri:
Segala kotoran seperti minyak dan solekan dapat ditangggalkan daripada kulit wajah anda, menjadikan kulit anda lebih bersih selepas cucian.
Selain itu, ia akan membuatkan kulit wajah anda berasa lembut dan segar, tanpa meninggalkan sisa yang membuatkan liang pori tersumbat.
Diformulasikan dengan asid hidroksi, Neutrogena® Deep Clean Facial Cleanser juga berkesan menghilangkan sel-sel kulit mati pada permukaan wajah yang boleh menyebabkan kekeringan dan kekusaman.
Tindakan pembersihan yang lembut namun menyeluruh memastikan kulit anda berasa segar selepas setiap penggunaan.
Untuk hasil terbaik, basahkan wajah anda dan sapukan dengan pencuci wajah ini, urut dengan lembut sebelum bilas dengan bersih.
Review:
"Saya dah guna lama pembersih muka ni, memang rasa kulit muka bersih dan segar selepas cucian. Tiada lagi muka berminyak dan tak keringkan kulit muka."
Pembersih muka ini mampu membersihkan kulit secara mendalam untuk menyingkirkan minyak dan kotoran yang berkumpul pada liang pori.
Walaupun sesuai untuk kulit berminyak tapi sesuai juga untuk kulit jenis kombinasi.
Malah dengan buih Cetaphil dapat hilangkan kesan mekap tanpa mengeringkan kulit atau merosakkan lapisan kulit.
Produk ini juga mampu mengurangkan tahap penghasilan sebum dalam masa 2 minggu sahaja.
Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash adalah bersifat antibakteria yang dapat melindungi kulit daripada ditumbuhi jerawat.
Pencuci muka ini juga dapat membersihkan kotoran daripada kulit wajah & membersihkan liang pori yang tersumbat.
Teksturnya amat lembut pada kulit kerana diformulasi 100% herba aktif nya dan bebas daripada bahan kimia seperti paraben, SLS/SLES dan phthalates (bahan kimia yang boleh merosakkan sistem reproduktif seseorang individu.)
Penggunaan cleanser ini secara berterusan dan mengelakkan daripada jerawat tumbuh di wajah.
Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash adalah sesuai bagi semua jenis kulit terutama kulit sensitif.
Ini kerana bahan utama yang digunakan adalah Neem yang dapat memperbaiki sel kulit dari akar umbinya supaya jerawat tidak tumbuh semula.
Selain itu, bersifat anti-keradangan dan anti-bakteria yang dapat menghalang serta membantutkan pertumbuhan jerawat degil.
Eversoft merupakan pencuci muka berbuih berasaskan gingko dan buah yuzu dan diperbuat daripada 100% bahan semula jadi.
Diformulasi dari Jepun, pencuci muka ini sesuai untuk semua dan jenis kulit terutamanya kulit berminyak yang cenderung berjerawat.
Selain berfungsi untuk mencuci kulit wajah, pencuci ini juga dapat menjadi pelembap bagi mereka yang mengalami kulit kering.
ini kerana mengandungi ekstrak gingko dan buah yuzu terkenal dengan khasiatnya sebagai antioksida yang berkesan melawan radikal bebas pada kulit dan membantu regenerasi lapisan kulit baharu.
Kombinasi dua ekstrak ini juga mampu membersihkan liang pori yang tersumbat akibat penghasilan minyak yang berlebihan dan kotoran sekaligus menjadikan kulit anda segar dan sihat.
Formulasi ini juga berkesan menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat dan sesuai yang mempunyai kulit sensitif dan kering.
Eucerin Pro-Acne solution Cleansing Gel ini dirumus khas untuk anda yang menghadapi masalah jerawat.
Ini kerana kandungannya bebas daripada sabun menjadikan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.
Jangan risau, pencuci muka bertekstur gel ini tidak akan merengsa atau menyebabkan iritasi kulit.
Dengan kandungan 6% Ampho-Tensides, pencuci muka ini dapatmenghilangkan minyak berlebihan, kotoran asing dan bahan solekan sehingga ke dalam liang pori.
Malah dengan sifat non-comodogenic pencuci muka ini mampu mengecilkan liang pori muka, menghapuskan blackhead dan whitehead, melembutkan kulit dan menghilangkan parut wajah.
Manakala kandungan bahan antibakteria dalam gel pencuci muka ini dapat menghalang pembiakan bakteria pada kulit dan menghalang pertumbuhan jerawat.
Jangan risau, telah diuji secara klinikal, rumusan ini selamat digunakan untuk inu mengandung.
Pencuci muka dari Sebamed ini 100% bebas sabun dan kandungan alkali yang tidak menjadikan kulit menjadi rengsa.
Dengan tekstur yang lembut pada kulit menjadikan sangat efektif untuk pembersihan liang pori secara mendalam.
Pencuci muka ini juga dapat menghalang penghasilan sebum berlebihan supaya mengelakkan kulit tampak 'oily'.
Malah, dengan kandungan Hamamelis Virginia dan Pro-Vitamin B5 dapat mengekalkan kulit hidrasi dan menenangkan kulit yang meradang akibat sensitif.
Manakala Bahan aktif yang terdapat dalam pencuci muka ini dapat menghapuskan masalah kulit wajah dan tahap pH seimbang akan menguatkan lagi penghadang kulit.
Gunakan 2 kali sehari untuk kesan lebih sempurna.
Pencuci muka yang diterbangkan dari Korea Selatan ini menggunakan abu yang terhasil daripada letusan gunung berapi di Pulau Jeju sebagai bahan utamanya.
Bahan ini kaya dengan mineral dan mempunyai keupayaan menyerap minyak berlebihan dan sel-sel mati di kulit wajah secara efektif.
Partikel buih yang dihasilkan menggunakan pencuci muka ini lebih kecil saiznya menjadikan pembersihan kulit wajah dapat dilakukan dengan lebih mendalam dan sempurna.
Segala kotoran yang melekat di wajah dapat dinyahkan menjadikan kulit wajah tampak segar dan bermaya.
Bebas daripada bahan kimia berbahaya, pencuci muka ini dijamin selamat digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit kering, kombinasi, normal dan sensitif.
Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali mengalami perubahan hormon ataupun darah tidak bersih/kotor.
Jadi produk Garniermengeluarkan pencuci muka khas untuk lelaki yang dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat.
Malah dengan kandungan yang diperkaya Herba Repair dan penulenan asid salisiklik dapat mengurangkan;
- Minyak
- Jerawat
- Blackheads
- Bintik kemerahan
- Mengecilkan lubang pori
Cara penggunaan mudah saja, hanya sapu pada muka yang sudah dilembabkan dan bilas dengan air sehingga bersih.
Sebaiknya guna selepas anda melakukan aktiviti dari luar dan sebelum tidur.
Laneige Multi Deep Cleanser menjadi penyelesaian terbaik sekiranya anda kerap menggunakan make-up kerana ia boleh menghapuskan solekan berat.
Pembersih multi ini direka untuk menyingkirkan sunscreen, solekan, dan kotoran dengan sempurna tanpa menyebabkan iritasi, meninggalkan kulit anda bersih, segar, dan berseri.
Diformulasikan dengan Papain Ferment semula jadi dan Cellulose Beads, pembersih wajah ini mengelupas kulit secara lembut, mengangkat sel-sel kulit mati untuk tekstur kulit yang lebih licin dan cerah.
Jadi anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam dan selamat datang kepada kulit yang lebih sihat.
Selain itu, ia turut diperkaya dengan Ekstrak Blueberry yang akan menyuburkan kulit anda, meningkatkan kejernihan dan kecerahan, sesuai untuk anti penuaan juga.
Anda nak pencuci muka yang bebas sabun, boleh try facial gel wash dari Simple ini bebas 100 sabun yang menjadi punca utama iritasi.
Campuran bahan yang terbaik serta vitamin ini menjadikan wajah anda kekal bersih dan bebas kotoran.
Lulus ujian dermatologist yang selamat untuk diguna pakai oleh kulit sensitif, malah bebas pewangi dan tanpa pewarna tiruan.
Wajah kekal bersih, tiada masalah iritasi dan menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.
Jika anda mempunyai masalah kulit kering dan kasar, Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash adalah penyelamat terbaik untuk masalah ini.
Ini kerana kandungan Hyaluronic acid merupakan komponen penting dalam mengekalkan kelembapan kulit.
Pencuci muka ini mengandungi glycerin yang berperanan mengimbangi tahap kelembapan semula jadi kulit wajah.
Kelembapan kulit dapat ditingkatkan sebanyak dua kali ganda sekaligus tekstur kulit menjadi lebih baik.
Produk ini juga bebas alkohol, wangian, minyak mineral dan pewarna tiruan.
Sesuai untuk kulit sensitif dan tidak menyebabkan iritasi.
Ciri menarik produk terbaru Aiken ini adalah ia boleh digunakan pada wajah yang berminyak dan juga kulit sensitif dan telah pun lulus ujian dermatalogis.
Kandungannya mengandungi Vitamin C sehingga 65x ganda berbanding produk biasa yang pastinya menjadikan kulit wajah anda cerah dalam masa 5 hari sahaja.
Bukan itu sahaja produk ini dapat membekalkan antioksidan pada kulit wajah anda dan mencerahkan juga parut hitam akibat jerawat.
Kulit anda makin cerah dan jerawat juga makin berkurang dan terbukti secara klinikal berkesan seawal 3 hari penggunaan.
Dengan bahan Tea Tree Oil dari Australia ini berfungsi membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada wajah.
Miliki kulit cerah, sihat dan bebas jerawat ini dengan hasil terbaik jika menggunakan set penuh dari Aiken.
Mild Purifying Cleansing Cream dapat memberi 3 kesan berbeza pada kulit wajah iaitu membersihkan, melembapkan dan melegakan.
Disebabkan mempunyai tekstur cucian yang lembut dan kaya dengan buih jadi dapat membersihkan lubang pori dan mengimbangkan kandungan oil-water pada kulit wajah.
Diformulasi dengan Mildly Acidic Solution, pencuci muka ini dapat mengekalkan tahap optimum pH kulit dan tidak menjadikan permukaan kulit kering.
Malah dengan kandungan Ac.net Plant Extracts, pencuci muka ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan sekaligus mengelakkan pertumbuhan jerawat.
Apa yang unik Mild Purifying Cleansing Cream dari Derma Angel ini adalah menggunakan Amino Asid sebagai bahan asas.
Bahan lembut ini tidak akan terlalu membersih dan merengsakan kulit, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
Selain itu, bahan ini dapat mengekalkan sebum yang sihat, kulit terasa lebih lembut dan sihat selepas mencuci wajah.
Jangan risau, bahan yang digunakan Derma Angel telah diuji oleh mikrobiologi SGS.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama keluaran dari Cosrx untuk kesemua set penjagaan kulitnya.
Bagi pencuci muka Cosrx ianya mengandungi salicylic yang mampu melawan kulit wajah yang sedang breakout.
Seterusnya, bagi anda yang gemar make-up, pencuci muka ini bagus bagi membersih liang pori dan juga membersih kotoran sehingga lapisan kulit dalam.
Walaupun ianya khas untuk melawan jerawat, pencuci wajah ini tidak mengeringkan malah mengekalkan kelembapan kulit anda sepanjang hari.
Jika anda mencari pencuci muka jenama Safi yang boleh membersihkan wajah serta memberi seri pada wajah, boleh cuba antara 4 pilihan pencuci wajah ini.
Pencuci muka ini akan membantu membersihkan kulit wajah dari kotoran dan juga membuang sebum yang terkumpul, membuatkan wajah anda lebih segar.
Selain membersihkan kulit muka, wajah anda juga akan kurang berminyak.
Tidak cukup sekadar membersihkan, wajah anda juga akan terlindung dari pembiakan bakteria yang menjadi punca munculnya jerawat di muka.
Anda boleh pilih antara hijau, biru, ungu dan kuning yang mana setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri.
- Hijau - Membersih sehingga dalam dan menjadikan kulit lebih lembut.
- Biru - Membersih dan mengawal minyak berlebihan.
- Ungu - Membersih, mencerah dan mengekalkan kelembapan.
- Kuning - Mengawal jeragat dan memberi nutrisi pada kulit wajah.
Bahan yang digunakan pula adalah 100% semula jadi, jadi tidak perlu risau semasa membersihkan wajah menggunakan pencuci muka Safi.
AIKEN Prebiotic Hydra Facial Cleanser bukan sekadar berkesan membersihkan wajah anda, tetapi turut berfungsi menyuburkan kulit wajah.
Pencuci muka ini bebas sabun, seimbang pH, dan diformulasikan dengan bahan aktif pembersihan asid amino yang lembut, memastikan ia lembut pada kulit.
Pembersih muka ini telah terbukti secara saintifik untuk menghilangkan kesan pencemaran pada wajah, termasuk PM2.5, sambil mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit.
Diformulasikan tanpa paraben, minyak mineral, alkohol, pewarna, pewangi, propilena, atau SLES/SLS, dan diuji secara dermatologi, pembersih ini selamat untuk kulit sensitif.
Selain itu, ia turut diperkaya dengan prebiotik semula jadi dari Perancis dan air beras dari Korea, meningkatkan kelembapan kulit secara semula jadi dari dalam dan luar.
Garnier Naturals Bright Complete kaya dengan ekstrak lemon asli yang membantu untuk melicinkan kulit anda serta mencerahkannya selepas beberapa kali cucian.
Ianya pencuci muka yang sangat menyegarkan sambil memulihkan kulit anda yang kusam.
Kulit akan kelihatan lebih cerah berseri dan bebas dari jerawat dengan pemakaian secara konsisten.
Ekstrak lemon yang mengandungi Vitamin C berfungsi sebagai agen kesegaran buat kulit. Tampil lebih cerah dan berseri dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.
Apa Itu Pencuci Muka?
Pencuci muka merupakan produk penjagaan kulit yang berkesan untuk menghapus kotoran pada kulit wajah.
Malah boleh dikatakan setiap orang perlu menggunakan pencuci muka supaya kulit wajah kelihatan bersih dan segar.
Bukan apa, pencemaran udara juga boleh mengakibatkan kulit wajah terkena radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
Tapi perul diingatkan tak semua sesuai dengan jenis kulit jadi anda perlu ambil tahu pencuci muka tersebut khas untuk kulit jenis apa.
Ini adalah sebab penggunaan pencuci muka untuk:
- Menghapuskan kotoran.
- Mengecilkan liang pori.
- Menghalang pemebentukan jerawat.
- Memberi kulit kelihatan segar dan bersih.
- Mengawal pengekuaran minyak berlebihan.
Cara Kenali Jenis Kulit Muka
Sudah banyak pencuci muka yang dicuba tetapi satu pun tidak sesuai untuk kulit wajah anda?
Pertama sekali, anda perlu mengenalpasti jenis-jenis kulit wajah terlebih dahulu sebelum membeli dan menggunakannya.
Secara am, kulit muka terbahagi kepada 5 jenis: normal, kombinasi, berminyak, kering dan sensitif.
Terdapat pelbagai cara yang boleh anda dapati daripada internet bagaimana untuk mengenalpasti kulit anda berada dalam kategori yang tepat.
Tapi kami kongsikan juga cara mengenali jenis kulit muka.
- Cuci wajah anda dengan pembersih yang lembut dan tidak mengeringkan kulit.
- Pastikan kulit anda bersih daripada sebarang kotoran.
- Tunggu selama sejam selepas mencuci kerana ketika itu pH wajah akan kembali kepada asal dan kenal pasti dengan menggunakan kertas serap minyak (blotting paper) pada wajah.
Lihat hasilnya;
- Berminyak: kertas melekat dan menyerap lebihan minyak sehingga menjadi lutsinar.
- Kering: tidak melekat dan tiada minyak pada kertas.
- Kombinasi: kertas akan melekat pada bahagian T-Zone.
Anda boleh tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih terperinci.
Tips Pilih Pencuci Muka
Tahukah anda pemilihan pencuci muka yang tepat juga memainkan peranan penting untuk memastikan kulit wajah kekal bermaya dan sihat setiap masa?
Jadi perlu hati-hati semasa memilih produk dan elak dari menggunakan pencuci muka dengan mengandungi bahan kimia yang merbahaya.
Sebaiknya gunakan pencuci muka yang lembut dan halus. Lebih elok jika pencuci muka tersebut jenis banyak buih kerana dapat meresap masuk ke dalam liang pori.
Pilihlah yang mengandungi asid pH 5.5 dan elakkan yang beralkali. Yang penting, bebas paraben dan alkohol untuk mengelakkan kulit anda daipada risiko kanser.
Tips yang tepat adalah:
- Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.
- Skrub muka dua kali seminggu.
- Cuci dengan air suam.
- Tanggalkan mekap sebelum mencuci muka.
- Cuci dahulu tangan.
- Fkus pada T-Zone.
- Gunakan facial mask.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemilihan pencuci muka mengikut jenis kulit.
Cara Betul Untuk Tukar Produk Skincare Baru
Terdapat pelbagai produk skincare yang baru boleh didapati di internet tapi sejauh mana kesahihannya?
Banyak perkongsian ilmu dari pakar imej dan doktor pakar sakit kulit mencadangkan beberapa cara.
Antaranaya rehatkan kulit wajah anda selama seminggu sebelum mencuba produk yang baru.
Ini adalah kerana tempoh yang baik untuk melihat reaksi kulit terhadap produk terbaru adalah sekitar 7 hingga 10 hari.
Jika tiada tindak balas negatif berlaku dalam tempoh tersebut, pencuci muka itu sesuai untuk anda.
Tindak balas produk untuk setiap kulit berbeza. Ada yang dalam masa beberapa jam, hari mahupun bulan.
Artikel Berkaitan
- 7 Pencuci Muka Terbaik untuk Mereka yang Memiliki Kulit Sensitif
- Kawal Minyak & Sebum Dengan 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak
- Bersihkan Wajah Anda Dengan 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering
- Tiada Masalah Tak Cukup Bajet Dengan 8 Pencuci Wajah Dibawah RM20 Ini
- 7 Pembersih Muka Dari Jenama Tempatan, Cosmoderm Dengan Hasilnya Yang Unggul
- 12 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2024
- 10 Berus Pencuci Muka (Facial Brush)Terbaik Malaysia 2024