Ugh Kulit Kering Bersisik… 7 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Kering

Tampil dengan wajah yang lebih segar dan kekal lembap sepanjang hari dengan pencuci muka yang sesuai.

Product in this article

Kulit kering menyebabkan anda rasa kurang selesa dan menjadikan solekan anda tidak sempurna dan bertompok. Satu faktor menyebabkan kulit kering ialah kandungan alkohol yang tinggi di dalam pencuci muka tersebut. 

Apakah cara mengatasi kulit kering?

Seeloknya cuba untuk memilih pencuci muka yang mempunyai bahan yang lembut dan tidak kasar terhadap kulit. Berikut beberapa pencuci muka untuk mengatasi masalah kulit kering tersebut.

L'oreal Paris Skin Expert Hydrafresh Anti-Oxidant Grape Seed Hydrating Creamy Foam 125ml

RM 25
L'oreal Paris
1. L'oreal Paris Skin Expert Hydrafresh Anti-Oxidant Grape Seed Hydrating Creamy Foam 125ml
Pencuci muka untuk kulit kering terbaik dari drugstore

Pencuci muka ini mengandungi french polyphenols yang kaya dengan antioksida. Ia berkesan dalam membersihkan kotoran dan solekan di wajah anda. 

Pencuci yang kekal memberi kelembapan kepada kulit tanpa mengeringkan dan merosakkan kulit muka. Ia menjadikan kulit terasa lebih segar, bersih dan selesa selepas cucian.

The Face Shop Rice Water Bright Foaming Cleanser

RM 38.00
Cleanser Korea untuk mencerahkan kulit
The Face Shop
2. The Face Shop Rice Water Bright Foaming Cleanser
Pencuci muka untuk kulit kering dan kusam

Pencuci muka yang menggunakan bahan seperti air beras, minyak moringa dan soapwort di dalam pencucinya. Pencuci muka ini dapat membantu mencerahkan wajah dan juga memberikan nutrisi yang diperlukan untuk kulit anda. 

Bukan sahaja itu, ia membersihkan kotoran sambil melembapkan kulit wajah dan menghalang kulit dari kekeringan. Rasai kulit yang terhidrat dan cerah selepas beberapa pembersihan.

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Cleansing Foam (100ml)

RM 9.51
Garnier
3. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Cleansing Foam (100ml)
Pencuci muka untuk kulit kering murah

Pencuci muka yang dirumus dari ekstrak sakura ini membantu melembapkan kulit secara mendalam agar kulit lembap sepanjang hari. Ia juga mampu memperbaiki liang-liang pori supaya kelihatan licin halus. 

Kulit anda akan bebas daripada kemerah-merahan apabila memakai pencuci muka ini. Formulanya lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash 100g

RM 18.55
Hada Labo
4. Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash 100g
Pencuci muka untuk kulit kering dan sensitif

Dirumus khas daripada ekstrak licorice yang membantu untuk memberi kelegaan kepada kulit yang sensitif. Ekstrak calendula pula membantu mengurangkan kemerahan dan iritasi pada kulit anda. 

Nyaman ketika dipakai, ia tidak mengeringkan kulit muka anda bahkan memberi kelembapan yang secukupnya pada kulit. Pencuci muka yang bebas dari bahan minyak mineral, alkohol dan pewangi dan pastinya baik untuk kulit.

Garden of Eden Gentle Milk Cleanser 100ml

RM 21.7
Garden of Eden
5. Garden of Eden Gentle Milk Cleanser 100ml
Pencuci muka untuk kulit kering dan gatal

Pembersih muka yang dirumus dari susu ini sangat lembut dan bebas sabun. Ia juga kaya dengan estrak lidah buaya yang dapat memberikan kelembapan kepada kulit.

Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak yang berlebihan dan membuat kulit berasa lebih lembut dan segar. Pencuci muka ini sesuai untuk kulit sensitif dan diperkaya dengan bahan-bahan yang dapat membaik pulih kulit anda.

Nivea Men Deep Clean Facial Foam 100g

RM 16.9
Nivea Men
6. Nivea Men Deep Clean Facial Foam 100g
Pencuci muka untuk kulit kering dan berminyak untuk lelaki

Diperkaya dengan Provitamin B5 dan Menthol, pencuci muka ini membersih liang pori yang tersumbat dan menghalang pertumbuhan jerawat. 

Ia membantu melembap dan mengekalkan kelembapan asli kulit wajah untuk menghindari kulit kering. Kulit anda juga akan kekal awet muda dengan formula Vitamin E nya yang melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet dan pencemaran.

Biore Acne Clear Facial Foam 100g

RM 21
Biore
7. Biore Acne Clear Facial Foam 100g
Pencuci muka untuk kulit kering dan jerawat dan jeragat untuk remaja

Diformulasi dengan teknologi cucian muka inovatif, pencuci muka ini berfungsi seperti magnet yang menyerap dan menyingkirkan minyak dan kotoran disamping mengekalkan kelembapan asal kulit muka.

Ia mempunyai ajen anti-bakteria yang melawan bakteria yang menyebabkan jerawat untuk kulit muka yang halus dan licin.

Ekstra: 11 Pencuci Muka untuk Sempurnakan Rutin Penjagaan Wajah Anda

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!