Tiada apa yang lebih penting bagi pemilik kucing selain dari kesihatan dan kebersihan si comel di rumah.
Dan kebiasaan untuk kucing rumah, ramai menggunakan cat litter terbaik (pasir kucing) dijadikan ‘tandas’ mereka.
Ini kerana mudah untuk dibersihkan dan tidak berbau, dan sesuai digunakan kucing Malaysia.
Jadi terdapat beberapa jenis pasir kucing yang bagus boleh dipilih di pasaran, ada yang jenis kristal, palet, tofu dan banyak lagi.
Memang agak mengelirukan untuk mereka yang pertama kali nak membeli pasir kucing ni sehinggakan ada yang pergi ke pasaraya kucing yang jauh daripada rumah.
Jangan risau dan tidak perlu susah-susah keluar dari rumah, ini adalah beberapa jenis pasir kucing terbaik yang anda boleh beli secara online.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Pasir Kucing Terbaik Untuk Si Comel
Sebab Menjadi Pilihan Utama:
Pasir kucing paling best untuk kawal bau dan senang diuruskan lepas kucing menyelesaikan ‘urusan’ mereka.
Ciri-ciri:
Litter Star merupakan antara terbaik dalam mengawal bau busuk dan boleh digunakan dalam masa 1 bulan .
Pasir ini juga mudah dijaga dan dibersihkan kerana tidak mempunyai habuk.
Paling penting tidak mengandungi toksik dan selamat untuk kucing dan keadaan sekeliling.
Bila gunakan Litter Star, tidak akan ada sepahan gumpalan kerana mampu menyerap lembapan dan air. Najis akan mudah diuruskan.
Apa yang best, pasir ini tidak melekat pada bulu kucing. Jadi tak perlu risau rumah anda dipenuhi dengan pasir.
Review:
“Kucing memang sangat selesa bila guna pasir kristal ni. Tak banyak masalah dan tak ada bau dari najis. Memang best!”
Pasir kucing jenis tofu diperbuat dari bahan semulajadi tanpa apa-apa bahan kimia tambahan. Jadi kalau anak kucing anda termakan, memang tiada masalah.
Apa yang menariknya, tofu ini menyerap air najis dan membentuk gumpalan yang boleh di-flush di tandas rumah anda.
Tidak mempunyai habuk seperti pasir kucing yang lain dan sangat selesa untuk kucing kerana sangat ringan.
Cuma anda perlu kerap menukar pasir jenis tofu ini agar tidak berlaku jangkitan bakteria pada kucing anda.
Pasir ini diperbuat 100% daripada pine wood yang kemudiannya dibentuk menjadi pellet.
Pasir ini tidak mengandungi toksik dan tiada bahan tambahan tiruan atau kimia yang dicampur.
Fido Litter boleh mengawal bau dan kekal sehingga 4-6 minggu dalam mengawal bau najis kucing. Proses penyerapannya juga sangat baik dan selesa untuk kucing.
Disebabkan tidak bergumpal, apabila kucing anda membuang air ia akan terurai menjadi habuk dan debu.
Untuk mereka yang geli nak buang najis kucing, pasir ini memang terbaik kerana gumpalan akan terbentuk tidak kira untuk air kencing atau tahi.
Malah gumpalan tersebut tidak akan pecah sekiranya terjatuh. Sangat bagus untuk mereka yang ada alahan kerana produk ini 99.9% bebas habuk.
Paling penting sekali pasir ini dapat mengurangkan bau najis, jadi tidak perlu risau, memang rumah anda tidak akan berbau.
Sesuai untuk mereka yang mempunyai lebih dari 1 kucing di rumah dan boleh digunakan bersama mesin litter mekanikal.
Produk ini merupakan 100% produk buatan Malaysia yang menggunakan tandan kosong kelapa sawit yang dikitar semula.
Dengan bahan ini, pasir jenama ECOBED mampu mengurangkan bau najis kucing dan tidak mempunyai kesan kotor berbanding pasir kucing biasa.
Selain itu ringan dan mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Malah bahan yang digunakan dalam pembuatan produk ini tidak mempunyai bahan kimia dan boleh dibuang seperti sampah biasa.
Produk ini diperbuat menggunakan arang yang menambahkan lagi penyerapan air dan pengurangan bau.
Bahan bentonit semulajadi yang digunakan menambahkan lagi proses gumpalan yang kuat untuk lebih mudah dialihkan.
Pasir ini juga kalis habuk dan tidak toksik, selamat untuk digunakan kepada anak kucing ataupun kucing yang sedang mengandung.
Produk mesra alam ini memang mudah untuk digunakan terutamanya untuk mereka yang baru nak bela kucing.
Pasir Kucing FIFI sangat sesuai untuk kegunaan dalam rumah kerana 99.9% gegas habuk dan dapat menjadikan permukaan bekas bersih.
Gumpalan tanah liat dari pasir ini sangat bagus kerana dapat menghalang pembentukan air, menjadikan ia kering dan senang dibuang.
Walaupun rumah anda mempunyai banyak kucing, formula pasir ini akan memastikan rumah anda sentiasa segar dan wangi.
Jika anda menggunakan mesin litter mekanikal, pasir ini juga sesuai digunakan kerana gumpalan najis senang dipisahkan dari pasir.
Walaupun murah tapi material yang digunakan untuk pasir ini sangat berkualiti.
Mesra alam dan diperbuat daripada tofu semulajadi tanpa bahan kimia.
Pasir ini juga tiada toksik dan tak ada masalah sekiranya kucing anda nakal dan termakan pasir yang diletakkan.
Kuasa penyerapannya juga sangat bagus dan membentuk gumpalan bagi menyenangkan proses membuang najis.
Malah mempunyai deodoran dan anti bakteria bagi mengekalkan bau kering dan kesihatan kucing anda.
Untuk pengetahuan anda, jenama pasir kucing jenama Me-O ini merupakan produk semula jadi dan mempunyai tiga pilihan bau iaitu; Lemon, Apple dan Coffee.
Apa yang membezakan adalah hanya bau saja. Fungsi semua saja. Bau yang dipilih semuanya dapat mengurangkan bau najis yang tidak menyenangkan.
Selain itu, pasir ini jenis super absorbent dimana najis dan air kencing kucing akan membentuk menjadi gumpalan sekaligus dapat meminimalkan jumlah pasir yang perlu diganti.
Bukan itu saja, mempunyai kelebihan dust free, jadi tidak akan meninggalkan sebarang sisa habuk atau serbuk yang melekat pada kaki kucing.
Nak beli pasir kucing mestilah anda mahukan yang mudah digunakan seperti mudah larut dalam air dan boleh dibuang dalam mangkuk tandas sahaja.
Pasir kucing jenama Kawan ini sangat mesra alam dan mudah digunakan kerana ia jenis yang boleh larut dalam air dan boleh flush dalam mangkuk tandas terus dengan selamat.
Selain itu, ia diperbuat daripada bahan serat organik yang selamat untuk kucing anda sekiranya kucing anda memakan pasir ini.
Pasir kucing ini juga jenis kurang habuk dan debu, jadi persekitaran rumah anda akan sentiasa bersih dan tidak berselerak selepas kucing menggunakannya.
Dengan jumlah 7 liter, mungkin pembelian 1 beg tidak mencukupi kerana pasir kucing ini perlu ditukar dengan agak kerap, jadi perlu beli lebih daripada 1 beg untuk tahan seminggu.
Mungkin anda lebih sukakan pasir kucing yang hadir dalam jumlah yang banyak dan juga mempunyai serapan bau terbaik, anda boleh dapatkan Green Kat Recycled Paper Cat Litter.
Dengan jumlah pasir sebanyak 24 liter dalam satu bang, ianya mencukupi untuk anda gunakan lebih daripada 2 minggu, jadi tidak perlu membuat pembelian yang kerap.
Selain itu, bahan yang digunakan adalah jenis Eco-friendly dengan menggunakan kertas-kertas atau surat khabar lama dan menjadikannya pasir kucing yang mempunyai kuasa serapan yang terbaik.
Disebabkan surat khabar lama digunakan sebagai sebahagian bahan untuk menghasilkan pasir ini, ia memberi kesan yang efektif dalam menghilangkan bau yang busuk.
Bagaimanapun, pasir kucing ini tidak larut air dan tidak boleh dibuang secara flush dalam mangkuk tandas, jadi anda perlu menyediakan tempat pembuangan yang proper untuk buang sisa pasir kucing ini.
Anda tinggal di rumah apartment atau pangsapuri mempunyai kucing belaan? Pasir kucing dari jenama Gatto ini sangat sesuai digunakan secara indoor.
Apa yang membuatkan ia pasir kucing terbaik indoor adalah ia mudah diceduk dan 99% bebas habuk, jadi rumah anda tidak begitu berselerak dengan habuk pasir kucing.
Selain itu, ia juga boleh dibuang secara flush ke dalam mangkuk tandas, atau anda boleh buang dengan cara larutan yang lain.
Diperbuat daripada ampas soya menjadikan pasir kucing ini sebagai ecofriendly dan tidak membahayakan kucing anda sekiranya ia termakan pasir ini.
Paling best, pasir ini memberikan rasa lembut pada tapak kaki kucing anda, dapat mengawal bau yang kurang menyenangkan dan juga mampu menjadi pejal dengan pantas selepas terkena air.
Anda mahukan pasir kucing yang tidak akan membuatkan rumah anda berselerak dengan habuk pasir kucing? Boleh dapatkan pasir kucing Reallabs Real Litter Ultra ini.
Ia dikatakan bebas habuk sebanyak 99.99%, umpama tiada habuk langsung yang terhasil selepas kucing anda menggunakan pasir kucing ini.
Selain itu, pasir kucing ini juga bagus untuk kebersihan kucing anda kerana ia mengandungi formulasi anti bakteria yang akan membuatkan bakteria tidak berkumpul serta dapat kurangkan bau yang busuk.
Bagi kawasan pasir yang sudah terkena najis, ia akan mengeras dalam keadaan yang padat bagi memudahkan anda membuangnya.
Bagaimanapun, ia bukan jenis larut air, jadi anda perlu membuangkan pasir kucing yang sudah terkena najis ke tempat yang sepatutnya.
Mesti anda bosan bila beli pasir kucing yang tidak mempunyai bau apa-apa, dan hanya sekadar menghilangkan bau yang kurang menyenangkan selepas kucing kecing atau berak.
Kalau anda mahukan pasir kucing yang lain daripada lain, anda boleh dapatkan pasir kucing dari jenama Cindy & Friends ini kerana ia mempunyai aroma yang subtle.
Antara aroma pilihan yang boleh anda pilih adalah strawberi, teh hijau, lemon, lavender dan butterstoch pada harga yang murah dan berbaloi.
Diperbuat daripada ampas soya, iaitu bahan semula jadi yang selamat untuk kucing anda sekiranya kucing anda termakan pasir kucing ini.
Kucing anda sememangnya layak untuk dapatkan barangan terbaik, termasuklah pasir kucing terbaik yang dihasilkan secara premium seperti Cat's Best Original Cat Litter ini.
Apa yang membuatkan pasir kucing ini premium adalah bahan yang digunakan adalah daripada Nature Pine Wood dan dihasilkan di Jerman.
Walaupun harganya sedikit mahal, anda akan dapat menggunakan pasir sehingga 5-7 minggu tanpa perlu membuang pasir daripada bekasnya.
Selain itu, ia juga jenis bebas habuk dan mampu menyahkan bau yang kurang menyenangkan, menjadikan rumah anda sentiasa bersih dan tidak berbau.
Bagaimana Cara Pilih Pasir Kucing?
Salah satu perkara penting yang diperlukan untuk kucing kesayangan anda ialah pasir kucing.
Ini kerana pasir kucing membantu mengawal bau dan menjaga kebersihan rumah anda.
Pertama, pastikan pasir kucing yang anda pilih tidak menghasilkan banyak debu.
Debu berlebihan boleh menyebabkan masalah pernafasan pada kucing dan diri anda sendiri.
Kedua, pertimbangkan jenis pasir kucing yang ingin anda beli.
Terdapat beberapa jenis pasir kucing yang berbeza seperti pasir kristal, pasir tanah liat, pasir zeolit, bentonite dan banyak lagi.
Jangan lupa untuk memilih jenis pasir kucing yang paling sesuai dengan kucing anda.
Tambah lagi, pasir kucing khas juga membantu mengurangkan alahan dan membantu kucing yang mengalami masalah kencing.
Ketiga, pilih pasir kucing yang mudah digunakan dan senang dibuang serta kemampuan menyerap urine dan najis kucing dengan baik.
Jadi lebih mudah untuk anda membersihkan kucing dan menjaga kebersihan rumah anda tanpa meninggalkan kesan atau bau yang tidak menyenangkan.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Pasir Kucing?
Kelebihan penggunaan pasir kucing adalah ia sangat membantu dalam menyerap bau dan cairan dengan baik.
Pasir kucing yang berkualiti tinggi mampu menyerap bau dan kelembapan dengan cepat dan menjadikan persekitaran rumah anda lebih segar serta wangi.
Ini bermakna kucing anda akan merasa selesa dan tidak terganggu oleh bau yang tidak menyenangkan.
Selain itu, pasir kucing juga mudah dibersihkan. Anda hanya perlu menuangkan pasir kucing ke dalam kotak kucing dan menggantinya secara teratur setiap beberapa hari.
Ini akan menjimatkan masa dan membolehkan anda memberi lebih banyak perhatian kepada kucing.
Dengan menggunakan pasir kucing, ia juga membantu mencegah bakteria dan jangkitan dari merebak di kawasan yang kotor.
Pemilik kucing juga boleh mengesan masalah kesihatan kucing mereka dengan melihat keadaan pasir kucing.
Jika pasir kucing kelihatan berwarna atau berbau berbeza daripada biasa, ini boleh menjadi petanda kucing anda mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan tambahan.
Tapi kekurangan utama pasir kucing adalah kos. Pasir kucing berkualiti tinggi boleh menjadi agak mahal, terutamanya jika anda mempunyai lebih dari satu ekor kucing.
Beberapa jenis pasir kucing juga boleh melekat pada kaki kucing dan merebak ke seluruh rumah.
Berapa Kali Pasir Kucing Perlu Ditukar?
Secara amnya, pasir kucing perlu ditukar 2 kali seminggu tetapi bergantung kepada situasi.
Jika kucing anda menggunakannya lebih kerap, anda perlu menukarnya setiap hari atau sekali seminggu.
Berapa Lama Pasir Kucing Bertahan?
Bergantung kepada penggunaan pasir tersebut dan juga jenis pasir yang digunakan. Sebagai contoh, 1L pasir boleh bertahan selama 2-3 hari.
Kebanyakan pasir kucing datang dalam pek minimum 5L. Boleh dianggarkan untuk pek 5L boleh bertahan lebih kurang 15 hari.
Namun ada jenis pasir yang perlu ditukar setiap 2 hari untuk mengelakkan bau masam dan bakteria berkumpul.
Jenis Pasir Kucing (Pros & Cons)
Ada beberapa jenis pasir kucing yang anda boleh pilih, dan setiap jenis itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
-
Pasir Tanah Liat (Clay-Based):
Kelebihan: mempunyai penyerapan yang bagus, dapat menggumpal sisa najis dengan pantas dan membuatkan ia mudah dibersihkan. Bau juga dapat dinyahkan dengan baik.
Kekurangan: lebih berat ketika ianya basah, dan teksturnya yang sedikit berlumpur semasa basah membuatkan sesetengah kucing tidak menyukainya. Perlu ditukar dengan kerap.
-
Pasir Kristal (Silica Gel):
Kelebihan: Boleh menyerap dengan baik serta tidak meninggalkan bau yang kuat, debu juga tidak kelihatan dan lebih tahan lama berbanding jenis pasir yang lain.
Kekurangan: Harga lebih mahal berbanding jenis pasir yang lain, serta tidak dapat menggumpal dengan baik. Tekstur boleh jadi keras atau kasar, membuatkan sesetengah kucing tidak selesa memijaknya.
-
Pasir Alami (Natural):
Kelebihan: Diperbuat daripada pelbagai jenis bahan semula jadi seperti serat kayu, ampas soya, gandum, atau biji-bijian lainnya yang jenis biodegradable.
Kekurangan: Kurang berkesan dalam mengurangkan bau yang kurang menyenangkan, serta beberapa variasi mungkin tidak mampu membuat penyerapan yang baik.
-
Pasir Silika:
Kelebihan: Penyerapan yang terbaik, dapat menyahkan bau busuk dengan baik, serta lebih ringan berbanding pasir tanah liat.
Kekurangan: Harga yang mahal dan boleh membahayakan kesihatan kucing sekiranya tertelan.
Jadi jika anda sedang memilih jenis pasir, pastikan anda memilih jenis pasir kucing yang sesuai dengan kucing anda dan juga jenis yang mudah untuk anda uruskan.