Kelengkapan Rumah

12 Penyedut Asap Dapur (Cooker Hood) Terbaik Malaysia 2026

Cooker hood terbaik di Malaysia buat masa ini ialah Midea Slim MCH76MSS, RM441.10 (harga disemak 9 Sep 2026). Bandingkan 12 pilihan penyedut asap dapur ikut kuasa sedutan dan harga.


Editor · Updated 9 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Penyedut Asap Dapur (Cooker Hood) Terbaik Malaysia 2026

Jawapan ringkas: penyedut asap dapur (cooker hood) terbaik keseluruhan di Malaysia buat masa ini ialah Midea Slim Cooker Hood MCH76MSS, RM441.10 di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia (harga disemak 9 September 2026), sesuai untuk kebanyakan dapur rumah bersaiz 76cm. Julat harga model seumpama ini di pasaran ialah RM339 hingga RM499. Ia sesuai untuk memasak harian biasa, tetapi tidak sesuai untuk dapur besar atau yang kerap deep-fry, di mana model berkuasa sedutan lebih tinggi macam Senz SZ-CH338i (1800m3/hr) atau Haier HH-OT53P lebih sesuai.

Kini hampir setiap rumah ada penyedut asap dapur atau cooker hood terbaik untuk menyedut asap masakan yang terhasil ketika memasak.

Kandungan

Bukan apa, kalau tak ada penyedut asap dapur atau kipas sedut asap dapur, memang berbau dan berminyak satu rumah sebab asap yang terhasil bebas ke seluruh kawasan.

Apa yang menjadi masalah, mana satu jenis penyedut asap dapur yang terbaik untuk kegunaan rumah?

Pening kepala tengok banyak jenis hood dapur atau penyedut udara dapur yang ada di pasaran sekarang, dan tawaran harga pun dari yang murah hinggalah yang mahal.

Jadi jom lihat senarai beberapa jenama dan harga kipas dapur masak atau blower dapur masak terbaik.


Senarai 12 Penyedut Asap Dapur Terbaik

Midea Slim Cooker Hood MCH76MSS
Penyedut asap terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
Midea Slim Cooker Hood MCH76MSS
Midea
Dari RM441.10
Tedapat motor berganda
Dilengkapi 2 penapis aluminium
Pilihan warna terhad
3 lagi
Mempunyai sistem duct out
Warranty motor 5 tahun
Bunyi agak bising

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Bau asap masakan yang kuat sudah pasti akan membuatkan pengudaraan tidak baik sehingga hidung jadi tak selesa. 

Jadi, hapuskan bauan tersebut dengan menggunakan penyedut asap Midea ini.

Ciri-ciri: 

Hanya bersaiz sebesar 76cm, produk ini dilengkapi dengan 2 penapis arang dan kuasa sedutan 900m3/hr yang membantu menghilangkan bau busuk dengan cepat. 

Diperbuat dari stainless steel, kotoran yang terbentuk pada penyedut asap menjadikan mudah dibersihkan berbanding hood kaca. 

Hood yang menggunakan kuasa 206W ini mempunyai 2 lampu LED yang membantu aktiviti memasak lebih mudah pada waktu malam. 

Review:

"Angin blower dia memang kuat & mantap, puas hati beli. Nak pasang pun mudah, cumanya bunyi motornya agak kuat tapi masih boleh diterima."

Cooker hood Midea 2 daripada 12
MIDEA ( MCH-90MV1 / MCH90MV1 ) Designer Cooker Hood
Midea
Dari RM588
Terdapat 3 pilihan kelajuan
Mempunyai 2 penapis arang
Warranty am hanya 1 tahun
3 lagi
Kawalan butang tekan
Kuasa sedutan 1200m³/h
Tempoh jaminan motor 5 tahun

Anda tercari hood yang diperbuat daripada stainless steel dan tempered glass? Kami sarankan penyedut asap jenis cerobong dari Midea. 

Hood ini mempunyai outlet udara 150mm, manakala motornya berkuasa 330W. 

Hasilnya, asap yang berkepul di udara ketika sedang memasak dapat disedut ke dalamnya dan dapur akan kembali bersih.

Dengan kelebaran 90cm menjadikan sangat mudah dicuci walaupun terdapat 5 lapisan penapis minyak yang perlu dibasuh. 

Selain itu, anda boleh pilih sama ada nak guna sistem operasi duct out atau recirculation pada hood ini. 

Terdapati 2 buah lampu LED yang menggunakan kuasa 1.5W, menjadikan kerja memasak makan malam lebih mudah.

Cuma pastikan hood dipasang dengan jarak sekitar 650-750 cm daripada dapur memasak agar dapat menyedut asap dan bau busuk dengan baik.

Morgan Slim Cooker Hood MCH-NC276(DM)
Cooker hood tanpa cerobong 3 daripada 12
MORGAN COOKER HOOD 2.5Feet(76CM) MCH-NC276(DM)
Morgan
Dari RM349
Motor berganda kuat, 80W+80W
Waranti 1 tahun
2 lagi
Kelajuan motor 1300rpm
Kuasa sedutan 840m3/hr

Alatan dapur masak Morgan ini direka dengan penapisan arang bagi memastikan udara kembali bersih tanpa bau busuk yang kuat selepas memasak. 

Terdapat kuasa lampu 25w di mana cukup untuk menerangi kawasan memasak walaupun tanpa lampu dapur. 

Pengguna boleh pilih sama ada nak pasangnya dengan cerobong atau tanpa cerobong.

Pillihan ini menjadikan hood ini sesuai dipasang pada bahagian saiz dapur luas atau sempit. 

Paling penting, terdapat penutup atau bekas khas untuk pengumpulan minyak jika terdapat percikan minyak ketika memasak.

Senz 1800m3h Intelclean Twin Turbo Motor Multi Chimney Cooker Hood Suction SZ-CH338i
Penyedut asap dapur kedai 4 daripada 12
Senz 1800m3/h Intelclean Twin Turbo Motor Multi Chimney Cooker Hood Suction SZ-CH338i
Dari RM2,020.99
Kuasa sedutan 1800m3/hr
Menggunakan motor berganda Turbo
Harga mahal
4 lagi
Mempunyai paparan LCD
Terdapat 4 kelajuan motor
Warranty motor 3 tahun
Tak sesuai untuk dapur saiz kecil

Penyedut asap dapur Senz bakal memberi kuasa penyedutan terbaik walaupun asap bau masakan terlalu kuat atau banyak minyak terpercik.

Ini kerana hood ini mempunyai fungsi Turbo Boast yang akan meningkatkan aliran udara tambahan hingga 200m3/h. 

Bukan itu sahaja, bunyinya tidak bising ketika digunakan iaitu hanya ≤56db. 

Dimensi hos yang tersedia dengan hood ini ialah 180mm dan  rekaan kawalan sentuhannya sangat canggih dan mudah digunakan. 

Terdapat fungsi Auto-Clean dan Smart Cleaning, jadi anda tak perlu guna tenaga banyak untuk bersihkan alat ini.

Lagipun, bahagian kacanya boleh ditanggalkan untuk memudahkan kerja pembersihan.  

Bahagian mangkuk besi minyak 5 kali lebih besar berbanding saiz hood jenama lain. Jadi boleh tampung minyak yang banyak. 

Elba Hood Designer Hood 9088 (1400m3Hr)
Hood dapur Elba 5 daripada 12
Elba Hood Designer Hood 9088 (1400m3/Hr)
Elba
Dari RM620
Kuasa motor 270W
Terdapat lampu LED
Tiada kelajuan turbo
2 lagi
Mempunyai recirculation system
Bunyi sedikit bising

Hood dari Elba akan menyedut asap dapur yang tidak menyenangkan ketika memasak agar pernafasan anda tidak terganggu. 

Mempunyai ciri kuasa sedutan sekuat 1,400m3/hr dan penapis arang, menjadikan anda tiada masalah untuk masak apa jenis masakan.

Paling best, mempunyai 3 pilihan kelajuan dimana terdapat panel butang kawalan yang mudah digunakan pada hood. 

Bahagian bekas minyak juga sudah tersedia dengan hood stainless steel ini. 

Jangan risau tentang sebarang kerosakan kerana penyedut asap dapur Elba mempunyai warranty motor selama 5 tahun manakala tempoh warranty umum pula selama setahun. 

Milux 750m3hr Slim Cooker Hood MHS-S430
Hood dapur untuk apartment 6 daripada 12
Milux 750m3/hr Slim Cooker Hood MHS-S430
Dari RM319
Penapis minyak aluminium 3 lapis
Diperbuat dari stainless steel
Rekaan kurang menarik
4 lagi
Mudah dibersihkan
Saiz 90cm, standard untuk dapur moden
Kuasa 200W
Anti karat

Untuk individu bujang atau pasangan baru berkahwin yang baru berpindah ke rumah baru di kawasan apartment, boleh dapatkan hood dapur ini.

Kediaman jenis ini mempunyai ruang dapur yang terhad, jadi produk Milux memang pilihan terbaik kerana boleh berfungsi walaupun tanpa sistem ducting. 

Seperti kebanyakan jenama hood lain, lengkap dengan lampu 40W yang akan memudahkan kerja memasak untuk lihat bahan masakan dengan jelas. 

Malah dengan penapis jenis arang, menjadikan semua jenis kotoran terhasil ketika menyediakan hidangan boleh disingkirkan.

Kuasa sedutan hood ini ialah 750m3/hr, memang cukup untuk menyedut asap dan bau yang terlalu kuat. 

Tahap bising produk Milux ini ialah sekuat ≤ 65dB, jadi tidak mengganggu ahli keluarga lain ketika memasak. 

Faber FABERJET CLASSO 7633BK Slim Cooker Hood
Slim cooker hood 7 daripada 12
Faber FABERJET CLASSO 7633BK Slim Cooker Hood
Dari RM389
2 penapis aluminium
Voltan input 220V
Harga agak mahal
3 lagi
Penapis boleh dibasuh
Mempunyai 3 kelajuan kipas
Terdapat lampu LED

Mempunyai ciri kuasa sedutan sekuat 650m3/hr dan hood jenama Faber ini mempunyai Matt Black menjadikan sesuai dengan pelbagai jenis tema dapur. 

Mempunyai recirculating system dan penapis arang yang mampu mengurangkan bau busuk masakan dan asap yang terhasil. 

Apa yang lagi menarik, terdapat 3 butang tekan yang memudahkan pengguna untuk mengawal penyedut asap dapur ini. 

Tempoh warranty selama setahun.

Rubine RCH-MARIA-SS Cooker Hood
Hood dapur Rubine 8 daripada 12
Rubine RCH-MARIA-SS Cooker Hood
Dari RM813.80
Panel kawalan sentuhan sensor
Ada 2 lampu LED
Harga mahal
2 lagi
Dilengkapi delay timer
Kuasa sedutan 1,200 m3/hr

Dengan bantuan hood dapur daripada Rubine ini, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada bau busuk atau asap tebal yang menyelubungi dapur ketika memasak.

Malah, sesuai dengan mereka yang inginkan penyedut asap yang kelihatan moden kerana direka dengan stainless steel dan tempered glass hitam. 

Ciri lain lagi, hood ini mempunyai penapis arang dan perangkap minyak untuk menyingkirkan sebarang bau ketika memasak. 

Jadi, selain direka dengan 3 kelajuan sedutan, hood ini turut dilengkapi dengan penapis halus stainless steel yang tidak mudah berkarat atau terhakis. 

Lagi bagus, anda tak perlu tanggalkan kesemua bahagian hood untuk membersihkannya kerana kipas motor boleh dicapai dengan mudah. 

Ditambah dengan teknologi H2 Meltz, sisa minyak degil akan disingkirkan dengan lebih cepat.

Haier Stainless Steel 2-In-1 Charcoal Filter Hood HH-OT53P
Hood dapur Haier 9 daripada 12
Haier Stainless Steel 2-In-1 Charcoal Filter Hood HH-OT53P
Haier
Dari RM895
Mudah dibersihkan
Kuasa motor maksima 190W
Harga mungkin agak mahal bagi sesetengah orang
3 lagi
Penapis boleh dibasuh jika kotor
Permukaan stainless steel
Lampu berkuasa 2*2W

Hood serombong 2 dalam 1 (ventilation/circulation) keluaran Haier ini mampu menghilangkan asap dan bau tidak menyenangkan yang terhasil ketika memasak. 

Malah terdapat butang kawalan tekan dengan 3 kelajuan pada alat ini memudahkan anda untuk menetapkan tahap sedutan hood yang diinginkan mengikut jenis masakan. 

Kuasa sedutannya agak kuat iaitu 1400m³/h dan dengan tahap bunyi bisingnya hanya serendah ≤58, dijamin tidak akan mengganggu aktiviti harian keluarga. 

Anda juga tak perlu risau jika tiba-tiba rosak sebab dah tersedia dengan tempoh jaminan motor selama 5 tahun.

Zanussi Slim Line Cooker Hood ZHT962K
Penyedut asap dapur murah 10 daripada 12
Zanussi Slim Line Cooker Hood ZHT962K
Dari RM589
Mempunyai etapan 3 kelajuan
Terdapat penapis arang
Kuasa sedutan hanya 520m3/h
4 lagi
Voltan input 220V
Harga murah
Mudah dipasang & dibersihkan
Bunyi agak bising

Penyedut asap jenama ini sesuai diletakkan di bawah kabinet atas dapur yang sedia ada tanpa memakan ruang yang banyak.

Ini kerana direka untuk berfungsi dengan baik walaupun tanpa sistem saluran atau paip ekzosnya. 

Jadi, anda boleh pilih sama ada nak pasang ataupun tidak sistem tersebut bergantung keperluan rumah masing-masing. 

Saiz yang slim dengan lebar 90cm juga muat dipasang di dapur besar atau kecil. 

Bagi yang suka masak pada lewat malam, pembelian produk ini amat berbaloi kerana terdapat 2 lampu terang untuk membantu anda ketika memasak.

cooker hood midea
Penyedut asap dapur jenis Chimney 11 daripada 12
Midea Cooker Hood Auto Clean Steam Wash MCH-90M80AT
Dari RM1,191
Sedutan kuat (2000m3/h)
Touch control & gerak isyarat
Harga mahal
2 lagi
Lampu LED cekap tenaga
Mod operasi saluran keluar

Cooker hood Midea dilengkapi dengan Smart Auto-Steam Wash Cleaning Technology dan sistem pengudaraan 3D yang mengeluarkan asap dari dalam dapur.

Daya sedutan yang kuat hingga 2000m3/hr, tahap bunyi bawah 69dB dan pilihan 2 kelajuan dengan fungsi turbo.

Selain itu, penapis gris boleh tanggal, panel kawalan boleh dibaca dan reka bentuk injury prevention designs.

Pengguna juga boleh memilih kawalan sentuh atau gerak isyarat (kuasa gelombang tangan hidup/mati).

Cawan minyak memanjang juga mudah dibersihkan dan percuma hos saluran aluminium 180mm.

Jangan risau, anda akan dapat general warranty setahun dan motor 5 tahun bagi pembelian cooker hood ini.

cooker hood cornell
Hood dapur tanpa tebuk dinding 12 daripada 12
Cornell CCH-DB900BK Cooker Hood
Dari RM405.93
Murah
Bunyi rendah
Reka bentuk lama
2 lagi
Mempunyai penapis arang
Disahkan SIRIM

Penyedut asap dapur Cornell hadir dalam rekaan slim dan warna hitam yang sesuai untuk ruangan dapur moden anda.

Dengan penapis arang, cooker hood ini boleh menghilangkan bau semasa memasak dan dapur kurang berbau.

Dilengkapi 2 motor kipas "turbin" yang sangat berkuasa, penapis gris logam boleh basuh dan permukaannya yang licin juga mudah dibersihkan.

Memiliki kuasa sedutan super “seperti taufan” 800m3/jam dan bunyinya yang rendah tidak akan menganggu anda ketika berada di dapur.

Seperti cooker hood jenama lain, hood dapur ini turut mempunyai lampu yang membolehkan anda memasak dengan lebih terang.


Fungsi Cooker Hood

Cooker hood berfungsi untuk mengalih udara dan asap yang dihasilkan semasa memasak keluar dari dapur. Ia dipasang di atas dapur gas atau elektrik. 

Kipas pada hood dapur akan menyerap udara panas, wap air, kepulan asap dan bau masakan keluar melalui corong asap dapur. 

Udara segar dari luar akan masuk semula ke dapur bagi menggantikan udara yang dihembus keluar oleh kipas dan mengelakkan asap memasak daripada merebak ke ruang lain dalam rumah.

Tambah lagi, hood dapur turut dilengkapi dengan lampu tersendiri yang memudahkan pengguna memantau proses memasak terutamanya ketika memasak di tengah malam.

Jadi, anda dapat memasak dengan lebih selesa dan mencegah sesak nafas.


Cara Pasang Penyedut Asap Dapur

Sebelum pasang hood dapur, terdapat beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu.  

Pertama sekali, ukur ketinggian yang sesuai untuk pasang penyedut asap tersebut. 

Ini kerana jarak antara dapur memasak dengan hood itu perlu praktikal supaya asap boleh disedut dengan baik. 

Kalau terlalu tinggi, asap dan minyak tidak boleh masuk ke dalam saluran hood kerana jaraknya jauh.

Apabila dipasang jarak yang agakrendah sangat, anda akan terganggu dan lebih lagi teruk, mungkin boleh terhantuk kepala. 

Tapi, jangan risau kerana selalunya, pada manual pengguna, sudah tersedia jarak yang disarankan. 

Contohnya, jarak hood dari hob elektrik adalah sebanyak 450mm manakala ketinggian hood dari hob gas pula sebanyak 650mm. 

Kemudian, lubang pada dinding dapur akan ditebuk untuk pasang hood. 

Boleh rujuk video YouTube di bawah untuk lebih faham tentang cara pemasangannya.

Apa pun, jika anda tidak mempunyai kemahiran dan alatan yang lengkap untuk memasangnya sendiri, sebaiknya upah kontraktor untuk lakukan pemasangan hood dapur.

Bukan apa, kalau pasang sendiri dan tidak tahu, risau hood dapur akan rosak pula nanti.

Tapi tak perlu risaulah tentang pemasangan kerana kebanyakan kedai yang menjual hood dapur akan menyediakan khidmat pemasangan dengan bayaran dikenakan.


Soalan Lazim Tentang Cooker Hood

Berapa kuasa sedutan (m3/hr) yang sesuai untuk rumah saya?

Untuk dapur rumah biasa yang tidak kerap deep-fry, 700 hingga 900m3/hr sudah memadai, seperti Midea MCH76MSS (900m3/hr). Kalau anda kerap menumis atau menggoreng dengan kuah minyak banyak, pilih 1400m3/hr ke atas seperti Elba 9088 atau Haier HH-OT53P.

Adakah cooker hood perlu dipasang dengan ducting atau cerobong?

Tidak semestinya. Model seperti Midea MCH76MSS dan Milux MHS-S430 boleh beroperasi dalam mod recirculation (kitar semula udara melalui penapis arang) tanpa perlu tebuk dinding untuk saluran ducting, sesuai untuk unit apartment atau kondominium.

Berapa kerap perlu bersihkan penapis cooker hood?

Penapis logam atau aluminium (boleh basuh) sebaiknya dibersihkan setiap 2 hingga 4 minggu bergantung kekerapan memasak, manakala penapis arang perlu ditukar setiap 3 hingga 6 bulan kerana ia tidak boleh dibasuh dan hilang keberkesanan apabila tepu.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation