Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sink mudah alih

9 Sinki Dapur Mudah Alih Terbaik Malaysia 2024 (Moden, Cantik)

Senang dibawa, dipasang dan memudahkan kerja mencuci pinggan mangkuk.

Kalau anda berkira-kira untuk mengubah suai atau membesarkan ruangan dapur tapi mempunyai bajet yang terhad, jangan risau kami ada jalan penyelesaian.

Bagi merealisasikan impian anda, pertama sekali pemilihan jenis singki dapur dimana anda boleh deco singki dapur mudah alih yang mana dapat menjimatkan kos.

Dalam masa yang sama, dapat menjimatkan ruang dan sesuai untuk mereka yang duduk di rumah sewa kerana dapat design singki dapur dengan lebih kemas dan teratur.

Jadi, kami bantu anda senaraikan jenama singki dapur terbaik dengan harga singki dapur yang berbaloi untuk diletakkan pada bahagian dapur anda.

Jom lihat senarai idea singki dapur dari team ProductNation cadangkan.


Senarai 9 Jenama Singki Dapur Mudah Alih

Singki dapur mudah alih terbaik secara keseluruhan
Stainless Steel Double Bowl Kitchen Sink
mulai
RM259.98
Semak Stainless Steel Double Bowl Kitchen Sink harga dibawah:
add_circle Jimat ruang
add_circle Struktur berasaskan stainless steel
add_circle Pemasangan mudah
remove_circle Rak untuk simpan barang terhad

Sebab menjadi pilihan utama:

Produk ini dilengkapi dengan dua buah singki dimana dapat memudahkan kerja di dapur.

Ciri-ciri:

Apa yang menarik dengan singki ini adalah terdapat meja platform di sebelah singki.

Jadi boleh digunakan untuk memotong bahan masakan atau meletakkan pinggan mangkuk yang sudah dibasuh bagi menyenangkan kerja-kerja di dapur.

Dengan saiz 1200mm X 500mm X 800mm, singki ini sesuai untuk dapur sederhana besar.

Malah, terdapat juga rak penyimpanan di bawah singki yang boleh digunakan untuk menyusun peralatan dapur anda. 

Review: 

“Barang sampai dalam keadaan baik. Cepat utk dipasang tak sampai 10 minit. Mudah buka. singki sesuai utk rumah kecik jugak ya. Sangat berpuas hati. Tq”

Singki dapur stainless steel
TKTT Stainless Steel Double Kitchen Sink
mulai
RM245.00
Semak TKTT Stainless Steel Double Kitchen Sink harga dibawah:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Tak mudah berkarat
remove_circle Harga agak mahal

Hidangan lambat dimasak kerana singki dapur mempunyai satu bahagian saja?

Tidak lagi dengan design singki dapur mudah alih yang mempunyai dua besen ini kerana dapat bantu anda memudahkan kerja memasak.

Selain itu singki ini kuat untuk menampung beberapa buah periuk kerana direka dengan spek yang kuat, stabil dan teguh sekaligus menjadikan singki tidak mudah roboh.

Lagipun bahan yang digunakan untuk membina singki ini adalah jenis stainless steel dimana tidak mudah berkarat walaupun terkena air dan udara dalam tempoh yang lama.

Bagi mereka yang mempunyai barang dapur yang banyak, anda boleh letak di bawah singki ini kerana rekaannya dilengkapi dengan rak di bawah singki. 

Jangan risau. paip hos saluran keluar dan set penapis juga telah disediakan, jadi anda tak perlu ke kedai hardware untuk dapatkan barangan tersebut secara berasingan. 

Singki dengan dimensi L82cm x W48cm x H80cm ini memang muat untuk anda basuh pelbagai jenis periuk dan kuali.

Portable Balcony & Kitchen Sink
mulai
RM199.00
Semak Portable Balcony & Kitchen Sink harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Mudah dipindahkan
add_circle Boleh juga untuk basuh baju
remove_circle Material agak nipis

Singki dapur anda sempit dan ubah suai dapur pula menelan kos yang agak banyak? 

Singki mudah alih dengan pelbagai fungsi ini bakal jadi teman baik anda kerana saiznya kecil, panjang hanya 52cm sahaja. 

Jadi, bagi mereka yang mempunyai ruangan dapur yang kecil, singki ini adalah pilihan yang tepat.

Selain dari mencuci pinggan, buah atau sayur, singki ini juga boleh diguna untuk membasuh baju tapi dengan cara menyental.

Cara pemasangan pula cukup ringkas, hanya perlu ikut buku manual atau mengikut arahan dalam video yang diberikan.

Singki dapur dengan rak
KT Ware 3V Kitchen Rack with Sink
mulai
RM238.00
Semak KT Ware 3V Kitchen Rack with Sink harga dibawah:
add_circle Rekaan ringkas
add_circle Ada rak di bahagian atas & bawah
remove_circle Perlu dipasang sendiri

Jika anda masih tercari-cari singki yang sesuai untuk dapur basah anda yang terletak di luar rumah, jenis singki dapur dengan rak ini memang direka untuk anda.

Ini kerana terdapat tempat penyimpanan yang agak banyak. Jadi, memang sesuai untuk mereka yang mempunyai banyak koleksi periuk, pinggan dan mangkuk. 

Tambahan pula, harga singki dapur pula berpatutan di mana pengguna boleh dapatkannya di bawah harga RM300 sahaja. 

Dengan saiz singki dapur yang berdimensi L107 X W48 X H82 +70cm, singki ini mudah untuk dipindahkan kerana walaupun tinggi, masih lagi boleh diangkat tanpa sebarang masalah. 

Anda juga boleh menggantung kuali atau senduk di rak tergantung yang telah disediakan.

BRAVO 40x21 inch Single Sink Bowl Stainless Steel
mulai
RM450.00
Semak BRAVO 40x21 inch Single Sink Bowl Stainless Steel harga dibawah:
add_circle Mudah untuk dipasang
add_circle Ada rak penyimpanan
add_circle Penapis air & aksesori disediakan
remove_circle Lubang paip belum digerudi
remove_circle Tiada waranti

Singki dapur ini sesuai untuk anda yang memiliki ruang dapur basah di luar rumah atau outdoor kitchen

Kelebihan singki mudah alih ini adalah mempunyai meja platform di sebelah dimana anda boleh memotong bahan masakan atau meletakkan rak kecil untuk mengeringkan pinggan. 

Jangan risau, singki ini stabil dan kukuh dimana mampu menampung beban yang berat.

Tambahan pula, bahan pembuatannya diperbuat daripada stainless steel yang menjadikan singki ini ringan dan mudah dialihkan.

Sangat sesuai untuk mereka yang baru saja berkahwin, duduk di rumah bujang atau rumah sewa.

mulai
RM258.00
Semak Zirafah Stainless Steel Commercial Single Deep Bowl Sink With Stand harga dibawah:
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Ada kaki (stand)
add_circle Anti karat
add_circle Diperbuat daripada stainless steel
remove_circle Tinggi hanya 80cm, agak rendah jika diguna oleh individu tinggi

Singki dapur mudah alih jenama TKTT Zirafah ini bersaiz kecil kerana mempunyai satu singki sahaja. 

Ciri ini dapat memudahkan pengguna untuk memindahkan singki ini ke mana sahaja kerana bersaiz kompak. 

Untuk pengetahuan saiz bahagian dalam singki hanyalah L45cm x W45cm x H27cm

Ciri lain lagi, singki ini mampu menahan suhu yang tinggi, jadi tak ada masalah untuk letakkan singki ini di kawasan berdekatan dapur memasak atau di luar rumah. 

Ketebalan singki ini 1.0mm jadi mudah dialihkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Walaupun besi pembuatannya tidak tebal dan ringan, singki ini mempunyai ciri tahan karat yang menjadikan singki ini tahan lama. 

Jangan risau, singki ini hadir dengan hos saluran keluar jenis fleksibel dan lubang pemasangan paip. Kerja-kerja pemasangan boleh dibuat sendiri jika ingin menjimatkan kos.

TKTT 3V Stainless Steel Sink Set
mulai
RM213.00
Semak TKTT 3V Stainless Steel Sink Set harga dibawah:
add_circle Rak 2 tingkat multifungsi
add_circle Sesuai untuk dapur kering & basah
add_circle Boleh dipasang sendiri
remove_circle Sinki hanya ada 1

Jika anda belum memiliki kediaman sendiri dan kini menyewa rumah, singki jenis portable ini memang direka untuk anda.

Ini kerana  boleh dibawa bersama dengan anda jika berpindah ke rumah baru. Harganya juga murah dan berpatutan, bawah RM300 sahaja. 

Selain itu, bahagian rangka produk jenama Malaysia ini turut diperbuat daripada bahan anti karat Epoxy, jadi tak akan cepat berkarat walaupun sering terkena air. 

Diperbuat daripada besi tempa, memang tahan lama dan kukuh. Ulasan daripada para pengguna di Shopee juga memuaskan.

Anda tak akan menyesal dengan pembelian produk ini untuk dapur anda.

HOMEBY【GVW 9208】 Stainless Steel Kitchen Sink
mulai
RM75.65
Semak HOMEBY【GVW 9208】 Stainless Steel Kitchen Sink harga dibawah:
add_circle Ringan dan mudah dipasang
add_circle Sesuai untuk ruang kecil
remove_circle Nipis

Dengan harga yang murah, anda boleh peroleh singki, bersama rak bawah dan juga bahagian penggering.

Manakala untuk ukuran singki (L x W x H in mm) : 750 X 400 X 740, boleh dikatakan kecil jadi sesuai untuk ruangan dapur yang kecil.

Bahan pembuatan singki ini stainless steel menjadikan singki ini tidak mudah berkarat dan bagi yang duduk bujang, anda boleh kendali sendiri sebab mudah dipasang.

Paling penting, singki ini mudah dialihkan jika terdapat perubahan dekorasi pada ruangan dapur.

Singki ini memang dipercayai ramai pengguna. Tak percaya, cuba lihat link kat atas, sudah terjual sehingga 2.7k.

mulai
RM730.00
Semak Du Qin Stainless Steel Kitchen Cabinet 2 Doors with Single Sink Sink Cabinet harga dibawah:
add_circle Hadir dengan kabinet kayu
add_circle Tersedia dengan paip & aksesori singki
add_circle Kaki kabinet jenis anti gelincir
remove_circle Harga mahal

Untuk anda yang mempunyai bajet lebih untuk singki dapur, produk dengan kabinet dua pintu ini memang sesuai untuk rumah anda. 

Dengan saiz singki 49x33x17cm, direka khas untuk ruang dapur terhad tapi dalam masa yang sama, rekaannya masih lagi cantik terutama jika rumah anda berkonsepkan moden. 

Tambah pula, pembuatan singkinya diperbuat daripada bahan stainless steel di mana mampu tahan lama kerana tidak mudah karat.

Manakala bahagian kabinet dua pintu pula, dapat membantu anda menyimpan barangan dengan privasi dan kelihatan lebih kemas. 

Pengguna boleh pilih sama ada ingin kabinet dengan singki di sebelah kanan atau di sebelah kiri. 

Pemilihan ini menjadikan produk ini sesuai untuk semua termasuk untuk individu yang kidal.


Apa Itu Singki Dapur Mudah Alih? 

Singki mudah alih merupakan sebuah singki atau tempat mencuci yang boleh dipindahkan dari sesuatu tempat ke tempat yang lain. 

Ada yang perlu disambungkan ke paip air utama, manakala yang lain hanya perlu disambungkan ke tong sedia ada atau tangki air kecil.

Disebabkan rakyat Malaysia gemar menganjurkan majlis kenduri, singki seumpama ini memang diperlukan dan sangat berguna. 

Lazimnya, singki ini bersaiz sederhana besar dan mudah dipasang. Anda boleh membasuh pelbagai jenis sayuran atau pinggan mangkuk ketika majlis berlangsung. 

Paling best, singki dapur mudah alih ini juga boleh dibawa ke mana-mana sebab kebanyakannya merupakan jenis yang boleh dilerai dan dipasang semula.

Jadi, anda boleh mencuci kesemua barang keperluan di luar rumah, tapak perkhemahan atau di mana-mana lokasi yang anda mahukan. 


Tips Pilih Singki Dapur Mudah Alih

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian singki dapur jenis portable ini. 

Jika anda ingin menggunakan singki ini untuk kegunaan harian, dapatkan produk yang dilengkapi dengan tapak atau kaki anti gelincir.

Jadi tak akan mudah beralih walaupun lantai anda basah dengan air cucian. 

Selain itu, perhatikan juga jenis material yang digunakan oleh pengilang untuk membuat singki tersebut. 

Material yang terbaik ialah jenis stainless steel sebab mampu tahan lama dan tak mudah berkarat. 

Ada juga singki dapur jenis ini yang dilengkapi dengan rak, jadi anda boleh simpan dan susun kesemua periuk atau barang dapur anda di situ. 

Dapatkan singki dengan saluran khusus untuk mengalirkan air kotor jika anda mahu kerja anda lebih mudah.

Apa pun jom tengok video di bawah cara memilih saiz singki yang betul.


Artikel Berkaitan

End of Article