Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
rak pinggan mangkuk malaysia

13 Rak Pinggan Mangkuk Moden & Berkualiti di Malaysia 2024

Susun atur pinggan lebih teratur, kemas dan mudah diambil

Kaum wanita dan ibu-ibu sememangnya sinonim dengan rekaan dapur yang cantik dan memiliki pelbagai koleksi pinggan mangkuk. 

Rak pinggan pula sudah semestinya menjadi keutamaan untuk menampakkan dapur lebih kemas dan tersusun. 

Buat anda yang masih tercari-cari pelbagai jenis rak dapur untuk menyusun kesemua pinggan, mangkuk dan periuk anda.

Jangan risau, kami kongsikan dengan anda pilihan rak pinggan mangkuk daripada pelbagai jenama yang boleh anda dapatkan untuk kediaman masing-masing;


Isi Kandungan


13 Rak Pinggan Mangkuk Moden & Berkualiti di Malaysia 2024

Rak pinggan mangkuk sinki
NETEL
rak pinggan netel
Semak NETEL Dish Rack Stainless Steel Sink harga dibawah:
add_circle Jimat ruang
add_circle Mampu menahan berat sehingga 60kg
add_circle Ada ruang untuk letak papan pemotong
remove_circle Tak begitu sesuai untuk saiz sinki yang kecil

Anda memiliki keluarga yang besar dengan anak-anak yang ramai? Rak pinggan mangkuk terbaik ini bakal menjadi kesayangan para wanita di luar sana kerana ia hadir dengan pelbagai jenis saiz dan kepanjangan yang boleh dipilih mengikut saiz sinki anda.

Kelebihan rak ini perlu diletakkan di atas sinki, ia akan menjimatkan ruang dan dapur anda akan kelihatan lebih kemas. Selain untuk menyusun pinggan dan mangkuk basah, ia juga mempunyai ruang khas untuk pisau, senduk dan chopstick.

Malah, bahagian kakinya pula jenis tak mudah tergelincir, jadi memang selamat diletakkan berdekatan sinki walaupun ruang itu sering basah dengan air cucian.

Sabun pencuci pinggan dan tangan juga boleh diletakkan di bakul kecil yang tersedia di bahagian bawah rak ini yang bakal memudahkan anda untuk mencapainya ketika membasuh tangan atau periuk.

Air daripada pinggan yang basah pula akan terus menitis dalam singki ketika dikeringkan, jadi tak akan ada istilah basah kuyup di kawasan sinki dapur anda.

Jika anda mahir menyusun barang dan masih terdapat ruang kosong pada rak pinggan mangkuk ini. Ia turut boleh digunakan untuk meletakkan botol-botol rempah pada tingkat atasnya kerana produk lengkap dengan pelbagai ruang penyimpanan.

Rak pinggan mangkuk stainless steel
HIGHTUNE
hightune rak
Semak HIGHTUNE Plate Rack With Drain Tray harga dibawah:
add_circle Drain tray diperbuat daripada bahan PP yang mesra alam
add_circle Boleh memuatkan sehingga 15 pinggan
add_circle Ada ruang untuk letak pisau di bahagian sisi
remove_circle Perlu dipasang sendiri

Jika rak pinggan mangkuk yang dimiliki anda sekarang sudah mula berkarat, ini lah masanya untuk anda menukar rak yang baru dari jenama HIGHTUNE ini.

Hadir dengan pilihan rak 2 atau 3 tingkat, aksesori dapur ini mempunyai drain tray di setiap tingkatnya. Jadi, air daripada pinggan atau mangkuk selepas dibilas tidak akan mengotorkan kabinet dapur anda.

Selain itu, kaki rak ini juga tidak mudah tergelincir dan paling penting, ia tidak akan mencalarkan bahagian atas kabinet anda. Pengguna boleh menyimpan papan pemotong di sisi rak ini.

Uniknya lagi, rak ini diperbuat daripada stainless steel di mana ia tak akan mudah berkarat jika dijaga dengan baik.

Tempat letak pinggan pula direka dengan bentuk gerbang yang menegak, jadi pinggan anda akan tersusun dengan lebih stabil.

Rak pinggan mangkuk dalam kabinet
ELITACO
rak pinggan
Semak ELITACO Kitchen Built In Dish Rack Cabinet harga dibawah:
add_circle Ada drain tray jenis stainless steel
add_circle Kalis air
remove_circle Perlu pemasangan sendiri

Rak pinggan jenis stainless steel ini pula direka khas untuk anda yang memiliki kabinet dapur kerana ia perlu dipasang dalam kabinet.

Walaupun ianya bersaiz sederhana, ia mampu memuatkan sehingga 20 buah pinggan dan 40 mangkuk.

Hadir dengan empat saiz model iaitu 600, 700, 800 dan 900, pastikan anda membeli rak yang sesuai dengan saiz kabinet rumah.

Tambahan pula, dulang pengeringnya pula boleh ditanggalkan dan ini akan memudahkan anda untuk membuang air bilasan pinggan dan mangkuk yang bertakung di situ.

Walaupun rak ini perlu dipasang sendiri, anda tak perlu risau kerana cara pemasangannya cukup mudah, hanya perlu drill lubang sebesar 9mm dengan alat gerudi tangan.

Rak pinggan mangkuk beroda
3v rak
Semak Rak Pinggan Besi Beroda 3V harga dibawah:
add_circle Rak 4 tingkat
add_circle Boleh dialihkan
add_circle Mudah dipasang
remove_circle Harga agak mahal

Kami syorkan anda yang sedang menyewa rumah atau sering berpindah-randah untuk memiliki rak pinggan jenis beroda ini kerana mudah untuk dibawa bersama jika berpindah ke kediaman baharu nanti.

Dengan dimensi sebesar L95cm x H168cm x W43cm, rak ini bukan sahaja muat untuk menyusun pinggan mangkuk, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan periuk dan kuali.

Malah, rak ini turut dilengkapi dengan cangkuk untuk anda meletakkan cawan atau gelas, jadi barangan dapur anda akan tampak lebih kemas di mata tetamu. Yang penting, jenama 3V ini terkenal dengan produknya yang tahan lama.

Selain itu, ia yang diperbuat daripada keluli tembaga ini memang bersaiz besar, jadi anda boleh simpan koleksi pinggan dan mangkuk tanpa halangan.

Rak pinggan mangkuk bertutup
SEOKO
Semak SEOKO Anti Dust Covered Dish Rack 2 Layer harga dibawah:
add_circle 2 tingkat
add_circle Ada dulang pengering air (drain tray)
add_circle Diperbuat daripada bahan PP & ABS
remove_circle Tidak sesuai untuk peralatan dapur besar

Rak dengan penutup ini pula bakal melindungi pinggan dan mangkuk kesayangan anda daripada habuk dan serangga kecil.

Reka bentuknya yang ringkas juga sesuai untuk dapur yang minimalis kerana gabungan warna putih dengan sedikit sentuhan biru ini memang cantik.

Rak bertutup ini juga akan menjimatkan wang anda kerana ia turut dilengkapi dengan ruang khas untuk penyimpanan kutleri seperti penyepit, sudu dan garfu.

Bahagian tingkat atas boleh digunakan untuk meletakkan mangkuk manakala tingkat bawah pula sesuai untuk pinggan kerana dimensi produk ini ialah 38 x 25 x 45cm.

Uniknya lagi, dengan berat hanya 2.30kg, ia boleh dipindahkan ke tempat lain dengan mudah.

Rak pinggan mangkuk 3 tingkat
rak pinggan 3
Semak 3-Tier Stainless Steel Dish Rack harga dibawah:
add_circle Dilengkapi rak kutleri
add_circle Bahan stainless steel
add_circle Anti gelincir
add_circle Ada drain tray di setiap tingkat
remove_circle Perlu pemasangan sendiri

Selain rekaannya yang ringkas, rak ini akan membantu anda untuk mengoptimumkan ruang di atas kabinet dapur kerana ia mempunyai tiga tingkat. Paling bagus, ia juga tak mudah berkarat dan tahan kakisan (corrosion).

Produk ini memang direka khas untuk pemilik rumah yang pentingkan warna yang cantik pada peralatan memasak dan rak dapur sebab anda boleh pilih sama ada mahukan rak berwarna hitam atau emas dengan sedikit sentuhan hitam.

Rak ini sudah semestinya akan menampakkan dapur anda seperti lebih moden. Tambahan pula, bahagian samping rak pinggan ini pula boleh anda gunakan untuk letakkan sehingga dua keping papan pemotong, pisau dan beberapa senduk masakan.

Material jenis stainless steel rak ini turut diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan kuat berbanding produk jenama lain.

Jika anda takut pinggan anda jatuh, tak perlu risau kerana rak dapur ini dilengkapi dengan bracket penyambung yang juga lebih tebal, jadi ia sudah pasti stabil untuk penyimpanan pinggan mahupun mangkuk.

Rak pinggan mangkuk gantung di dinding
NETEL
rak mangkuk
Semak NETEL Kitchen Dish Rack Hanging harga dibawah:
add_circle Bahagian tingkat paling bawah multifungsi
add_circle Ketinggian boleh dilaras
add_circle Pemasangan mudah
remove_circle Harga agak mahal

Dapur anda bersaiz kecil dan kini semakin kesuntukan ruang untuk menyimpan koleksi terbaru pinggan mangkuk anda?

Rak dari NETEL jenis wall mount ini bakal menjadi kesayangan seisi keluarga anda. Hadir dengan dua model iaitu rak 2 tingkat atau 3 tingkat, anda boleh pilih mana-mana rak yang sesuai dengan jumlah pinggan di rumah.

Faktor utama yang menyebabkan rak ini menjadi pilihan ramai di Shopee dan Lazada sudah tentulah ia hadir dengan tiga cangkuk yang boleh disangkut pada sisi rak ini, justeru anda boleh gantung senduk mahupun mug kesayangan di ruang tersebut, ikut kreativiti masing-masing.

Uniknya juga, rak stainless steel ini boleh menampung beban sehingga 60 kilogram di mana secara puratanya, ia boleh menyimpan 15 biji pinggan dan 15 biji mangkuk.

Setiap slot pinggannya pula cukup dalam di mana penyimpanan pinggan akan menjadi lebih selamat dan stabil.

Produk ini juga senang dipasang semula untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan rak secara berkala.

stoneline rak
Semak STONELINE 2 Level Lady Dish Rack With 360 Swivel Spout harga dibawah:
add_circle Mudah dicuci
add_circle Ringan, senang dipindahkan
add_circle 2 tingkat
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tak begitu sesuai untuk peralatan dapur bersaiz besar

Rekaan rak pinggan mangkuk dari Korea Selatan ini, tak perlu diragui lagi. Hadir dengan warna putih dan perincian material daripada ABS dan stainless steel, anda yang gemarkan konsep minimalis patut dapatkan rak dengan berat hanya 2.7 kg ini.

Dengan dimensi saiz 54 x 37 x 39 cm, ia boleh diletakkan di mana-mana ruang dapur yang anda mahu termasuklah di sisi sinki.

Bekas pemegang sudu dan garfu pula boleh dipasang sama ada di kanan, kiri, tingkat atas atau bawah rak ini, mengikut kreativiti anda. Yang paling penting, pastikan ia mudah dicapai.

Selain itu, rak pinggan mangkuk putih ini turut dilengkapi dengan muncung khas 360° supaya air bilasan daripada pinggan dapat mengalir terus ke sinki anda.

Jadi, kabinet dapur tak akan mudah kotor dan basah. Paling best, kepanjangan muncung tersebut boleh dilaraskan mengikut saiz sinki anda.

Rak pinggan mangkuk plastik
TOYOGO
toyogo rak
Semak TOYOGO 2 Tier Dish Rack Kitchen Storage harga dibawah:
add_circle Dibuat di Malaysia
add_circle Saiz kecil
add_circle Pelbagai fungsi
remove_circle Tidak begitu sesuai untuk alatan dapur yang berat

Reka bentuk rak jenama TOYOGO ini sangat ringkas, sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang mampu milik.

Kelebihan utama rak dua tingkat ini juga sudah semestinya terletak pada cara pemasangannya yang cukup mudah, pasang seorang diri pun tiada masalah. Tak perlu tunggu suami, adik-beradik atau ayah balik rumah untuk memasang rak ini.

Rak jenis bertingkat ini juga tak mudah berkarat sebab ia diperbuat daripada plastik. Walaupun tak ini jenis plastik, ia masih mampu menahan beban seperti pinggan dan mangkuk anda dengan baik.

Cara nak bersihkannya pula tak akan menyebabkan anda penat kerana boleh dibasuh menggunakan air dengan sedikit sabun biasa atau cukup sekadar dengan lemon.

Rak pinggan mangkuk besar
rak pinggan kampung
Semak 4-Tiers Dish Plate Rack harga dibawah:
add_circle Ada 4 tingkat
add_circle Ketebalan besi 16mm
remove_circle Kurang sesuai untuk penyimpanan alat dapur berat & terlalu besar

Dengan penjagaan yang baik dan penggunaan yang berhati-hati, struktur rak yang diperbuat daripada besi ini mampu bertahan lama.

Ia akan menjadi pilihan ramai wanita di luar sana kerana mudah dipasang dan ditanggalkan semula, jadi ia sesuai untuk anda yang sering berpindah rumah atau bilik sewa.

Tambahan lagi, produk ini hadir dengan empat roda di bahagian kakinya di mana fungsi ini akan memudahkan penggunanya untuk memindahkan rak ini kemana sahaja.

Ulasan di Shopee mengatakan anda tak perlu susah-susah atau berpeluh ketiak untuk mengangkat rak ini. Mudah bukan?

Roda rak ini juga dilengkapi dengan brek, jadi pinggan, mangkuk dan gelas anda tidak akan berisiko untuk jatuh atau pecah. Untuk pengetahuan semua juga, rak ini diperbuat di Malaysia sepenuhnya.

Rak pinggan mangkuk murah
rak pinggan buluh
Semak Rak Pinggan Buluh 2 Tingkat harga dibawah:
add_circle Diperbuat dari bahan semulajadi
add_circle Mudah dibersihkan & dipasang
remove_circle Tidak sesuai untuk peralatan dapur besar

Mungkin ada yang beranggapan produk yang diperbuat daripada kayu dan buluh ini tidak mampu untuk menampung beban pinggan dan mangkuk di dapur.

Namun sebenarnya, rak jenis ini juga telah menjadi pilihan ramai dan rata-rata ulasan pengguna produk ini di Shopee dan Lazada tidak mengecewakan.

Rak pinggan mangkuk ini memang sesuai diletakkan di dapur yang mengetengahkan konsep alam.

Hadir dengan dua tingkat, anda boleh letakkan pinggan pada bahagian atas manakala tingkat bawahnya pula boleh digunakan untuk menyusun mug, cawan, piring kecil atau gelas. Harga produk ini pula tak akan membebankan poket anda.

Dengan rekaannya yang boleh dilipat juga, ia akan menjimatkan ruang dapur jika anda sudah tidak mahu menggunakannya lagi.

Review ada juga mengatakan jika mahu rak ini tahan lama, pastikan anda menjauhkannya daripada sebarang percikan atau titisan air.

Rak pinggan mangkuk kayu
wood plate rack
Semak Wood Plate Holder Rack 5 & 7 Cells harga dibawah:
add_circle Diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi
add_circle Pemasangan tanpa alat gerudi & paku
add_circle Boleh digunakan juga untuk susun penutup periuk
remove_circle Tidak begitu sesuai untuk peralatan besar

Rak pinggan jenis pemegang ini merupakan produk kayu terbaik yang perlu didapatkan jika anda mahukan rak dengan kualiti bagus untuk diletakkan di kabinet dapur.

Diperbuat daripada kayu pain (pine wood) yang memang terkenal dengan kelebihannya yang mampu bertahan daripada cuaca panas dan sejuk, anda tidak akan menyesal dengan pembelian rak ini.

Malah, warna kayunya yang cerah dan semula jadi dari alam sesuai untuk pelbagai jenis konsep dapur. Sama ada dapur anda direka dengan tema industrial atau moden, rak ini tidak akan kelihatan janggal di ruang memasak anda.

Paling best, ia hadir dengan dua pilihan saiz iaitu lima sel atau tujuh sel untuk penyimpanan pinggan.

Jadi, lepas ini, pinggan mangkuk anda bukan sahaja terletak cantik di atas kabinet dan mudah untuk dicapai oleh anak-anak yang mahu makan tengah hari, ia juga akan menampakkan dapur anda lebih kemas.

Rak pinggan mangkuk bertingkat
LOCAUPIN
rak locaupin
Semak LOCAUPIN Folding Dish Rack 2/3 Tier Dish Rack harga dibawah:
add_circle Jimat ruang
add_circle Hadir dengan 2 pilihan, rak 2 tingkat & 3 tingkat
add_circle Ada drain tray di setiap tingkat
add_circle Rekaan kaki anti gelincir
remove_circle Harga agak mahal

Anda sering tak cukup ruang untuk mengeringkan pinggan mangkuk ketika menganjurkan majlis rumah terbuka pada musim perayaan? Tak perlu pening kepala lagi sebab rak bertingkat dari Locaupin ini memang direka untuk menyelesaikan masalah anda.

Fungsinya yang boleh dilipat telah menjadi faktor utama rak ini diminati oleh pemilik rumah di seluruh Malaysia.

Jadi, setelah tamat majlis keramaian di rumah dan semua pinggan yang digunakan oleh tetamu telah siap dibasuh dan dikeringkan, anda boleh lipat rak ini dan simpannya di mana-mana ruang yang sempit seperti di sebalik pintu dan sebagainya.

Tambahan pula, ia hadir dengan tempat letak kutleri, pisau dan papan pemotong.

Selain itu, produk ini turut dilengkapi dengan cangkuk untuk memudahkan anda menggantung mug, cawan atau kain lap dapur.

Rekaan rak yang elegan dengan warna hitam ini memang sesuai dengan semua jenis tema dapur.


Tips Simpan & Susun Pinggan Mangkuk

Untuk memudahkan kerja, anda boleh letakkan atau susun pinggan yang sering digunakan setiap hari di rak pinggan mangkuk di luar atau di atas kabinet dapur supaya mudah dicapai oleh seisi keluarga.

Manakala koleksi pinggan mahal yang jarang-jarang digunakan pula seeloknya diletakkan di dalam kabinet atau almari khas


Cara Bersihkan Rak Pinggan Mangkuk

Mungkin ada yang beranggapan rak pinggan tak perlu dibersihkan dengan kerap sebab ia tak mudah kotor.

Namun jika anda perhatikan betul-betul, rak pinggan sebenarnya cepat berhabuk dan kalau tak dicuci secara berkala, habuk akan menebal dan ia akan menjadi lebih sukar untuk dibersihkan.

Untuk membersihkan rak seperti ini juga cukup mudah, ia boleh dicuci dengan sabun pencuci pinggan dan span.

Pastikan anda guna span yang berasingan dengan span basuh pinggan sebab dikhuatiri bakteria daripada rak akan berpindah ke pinggan atau kutleri anda yang lain.

Nak lagi mudah, anda juga boleh cuci rak tersebut dengan berus gigi yang tak digunakan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan di ruang rak yang sempit dan sukar dicapai dengan berus biasa.

Bilas dengan air paip biasa atau yang sederhana panas dan biarkan kering.

Bagi rak jenis besi, sebaiknya keringkan dengan tuala terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah karat di kemudian hari.


Artikel Berkaitan

End of Article