Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
jenama minyak ikan malaysia

14 Jenama Minyak Ikan Terbaik di Malaysia 2024

Kekal bertenaga dan produktif dengan suplemen tambahan ini!

Untuk pengetahuan anda, minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan dan sering dikaitkan dengan kebaikan omega-3.

Kebiasaannya dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri dimana semua peringkat umur digalakkan untuk amalkan.

Ini kerana khasiat minyak ikan dapat membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit serta memberi kesihatan pada jantung.

Jadi untuk mencari minyak ikan terbaik untuk anda dan keluarga, kami bantu anda dengan senaraikan jenama minyak ikan terbaik di Malaysia.

Jangan risau, semua senarai jenama minyak ikan terbaik ini telah disahkan sebagai produk kesihatan yang diluluskan KKM.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Jenama Minyak Ikan Terbaik

Minyak ikan terbaik secara keseluruhan
Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg
Blackmores
From
RM24.88
Check Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg price below:
add_circle 100% bahan semula jadi
add_circle Tiada bau hanyir
add_circle Mudah didapati di farmasi
add_circle Bagus untuk kesihatan dalaman
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Minyak Ikan Blackmores merupakan sumber semula jadi asid lemak omega-3 marin.

Ciri-ciri:

Kandungan ini bagus untuk dijadikan makanan tambahan jika anda tidak dapat makan 2-3 hidangan ikan.

Malah, terdapat kandungan lain seperti EPA (Eicosapentaenoic acid) 180mg, DHA (Docosahexaenoic acid) 120mg]) dan Vitamin E.

Kandungan ini dapat membantu masalah sakit sendi, gout dan tinggi kolesterol bagi individu orang dewasa yang berisiko.

Selain itu dapat mengawal lemak didalam darah dan sedikit sebanyak mengekalkan kesihatan jantung, otak dan mata untuk umur yang semakin meningkat. 

Disebabkan minyak ikan ini diekstrak 100% dari ikan liar dan sudah terbukti secara klinikal bebas daripada merkuri, dioksin dan PCB, jadi anda boleh makan tanpa ragu.

Review:

"Makan minyak ikan ni sebab sakit lutut dan badan rasa lemah tapi lepas anak belikan, terus rasa lebih tenaga dan kurang sakit lutut."

Minyak ikan salmon terbaik
Kordel's Wild Alaskan Salmon Oil 30's
Kordel's
kordel alaskan salmon oil
From
RM31.88
Check Kordel's Wild Alaskan Salmon Oil 30's price below:
add_circle Minyak ikan salmon
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Sedikit berbau

Minyak ikan ini mengandungi 100% minyak salmon asli dengan asid lemak penting semulajadi daripada salmon liar Alaska. 

Tidak seperti minyak ikan lain, minyak salmon liar Alaska berwarna kemerahan, mempunyai kandungan asthaxanthin iaitu antioksidan semulajadi.

Malah bebas daripada pencemaran logam berat termasuk merkuri dan dijamin kualiti yang bersih dari bahan merbahaya. 

Anda juga akan menerima manfaat dari Astaxanthin dan vitamin D yang merupakan salah satu kompenan dalam fatty acid yang dapat meningkatkan daya ketahanan tubuh badan secara menyeluruh. 

Ingin diingatkan hanya perlu ambil 1-2 kapsul setiap hari untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular, organ seperti otak dan jantung. 

Minyak ikan terbaik untuk kolesterol
Bio-Life Fish Oil 1000mg 200's
Bio-Life
From
RM44.50
Check Bio-Life Fish Oil 1000mg 200's price below:
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk pengidap sakit jantung koronari
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Minyak ikan Omega-3 dari Bio-Life ini kaya dengan lipid dan diekstrak daripada lemak ikan air bilis, sardin dan mackerel yang rendah dengan kandungan merkuri .

Terdapat juga kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk mengawal kolesterol dalam badan, lemak dalam darah dan mengurangkan risiko sakit jantung. 

Pengambilan minyak ikan ini juga dapat mengekalkan fungsi otak, mata dan saraf, pengurusan keadaan radang serta rawatan kemurungan.

Bagi pengidap masalah jantung koronari, anda boleh cuba amalkan pengambilan minyak ikan Bio-Life ini.

Cuma ingin diingatkan ambil 3 kali sehari selepas makan dan pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum amalkan. 

Anda tidak perlu risau dengan produk ini kerana telah berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan sudah mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM.

Minyak ikan untuk ibu mengandung
Shaklee Omega Guard Fish Oil 90's
Shaklee
shaklee vitamin E
From
RM82.99
Check Shaklee Omega Guard Fish Oil 90's price below:
add_circle Untuk ibu mengandung & menyusu
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak
remove_circle Berbau hanyir

Supplemen minyak ikan Shaklee ini merupakan pilihan utama untuk para ibu mengandung atau menyusukan anak. 

Ini kerana mengandungi DHA yang dapat memastikan si ibu mendapat nutrien yang mencukupi dan mengurangkan kelahiran bayi pra-matang.

3 kapsul minyak ikan ini kaya dengan 999mg Omega-3 fatty acids, 546mg EPA dan 360mg DHA sekaligus dapat mengatasi masalah ekzema, sakit sendi dan meningktkan imunisasi badan. 

Hadir dalam betuk kapsul softgel sangat selesa untuk ditelan dan mudah dipecahkan untuk dicampur dalam makanan atau jus kegemaran anda. 

Minyak ikan untuk sakit lutut
StemLabs Omega 3 Fish Oil
StemLabs Omega 3 Fish Oil
From
RM30.00
Check StemLabs Omega 3 Fish Oil price below:
add_circle Bahan aktif; EPA & DHA
add_circle Mengurangkan sakit sendi
add_circle Meningkatkan kesihatan kulit
add_circle Mengurangkan bacaan kolestrol
remove_circle Dos EPA & DHA rendah

Produk minyak ikan dari jenama Steamlabs ini menggunakan nutrisi dari ikan sardin, bilis dan mackerel.

Setiap kapsul ikan ini mengandungi 1000mg minyak ikan bersamaan dengan 180mg EPA dan 120mg DHA.

Jadi, kapsul ini mampu mengurangkan sakit sendi, mengurangkan masalah kardiovaskular, memberi tenaga pada mata, menguatkan ingatan, mengekalkan kesihatan kulit dan macam-macam lagi.

Disebabkan dos EPA dan DHA rendah jadi cara pengambilan kapsul ini adalah 1-3 kali sehari bagi dewasa dan 1-2 biji untuk kanak-kanak selepas makan.

Anda tidak perlu risau dengan produk ini kerana telah berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan sudah mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM.

Minyak ikan terbaik untuk kanak-kanak
Nature's Way Kids Smart Omega 3 Fish Oil Trio
Nature's Way
Nature's Way Kids Smart Omega 3 Fish Oil Trio
From
RM89.90
Check Nature's Way Kids Smart Omega 3 Fish Oil Trio price below:
add_circle Mengandungi DHA, Omega 3 dan EPA
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Tidak sesuai untuk 1 tahun ke bawah

Nature's Way Kids Smart Fish Oil dirumus khusus untuk membantu membekalkan kanak-kanak dengan nutrien Omega-3 DHA dan EPA yang penting.

Campuran Minyak Ikan Omega-3 ini membantu beberapa kebaikan untuk kesihatan. Antaranya:

  • Menyokong dan mengekalkan fungsi otak yang sihat.
  • Memberikan tingkah laku yang sihat.
  • Meningkatkan sistem pembelajaran.
  • Mengekalkan kesihatan mata.
  • Memberi sistem saraf yang sihat.

Ini kerana Minyak Ikan Asli terbaik untuk kanak-kanak ini menyediakan 180mg Trigliserida Marin OMEGA-3, DHA 133mg dan EPA 28mg.

Malah terdapat kandungan lain seperti kacang soya, produk ikan, sucralose dan sulfit.

Cara pemakanan untuk kanak-kanak berusia 1 - 4 tahun adalah campurkan minyak tersebut dalam makanan.

Jika anak berusi 5 - 11 tahun, boleh diberi untuk dikunyah keseluruhan kapsul.

Minyak ikan terbaik untuk dewasa
Megalive Omega 600/300 Fish Oil
Megalive
Megalive Omega 600/300 Fish Oil
From
RM294.70
Check Megalive Omega 600/300 Fish Oil price below:
add_circle Dos EPA & DHA tinggi
add_circle Melindungi asid perut
add_circle Tidak berbau hanyir
add_circle Daftar bawah KKM
remove_circle Harga mahal

Minyak ikan dari jenama Megalive Omega 600/300 Fish Oil mengandungi 1200mg minyak ikan yang bersamaan 600mg EPA dan 300mg DHA.

Kalau nak tahu, kandungan EPA dan DHA agak tinggi berbanding jenama lain dan mungkin disebabkan itu harganya agak mahal.

Malah kandungan EPA dan DHA ini diekstrak dari ikan lain dari jenama lain iaitu ikan sardin, ikan kecil dari genus Poecilia dan ikan tuna.

Untuk pengetahuan, semua jenis yang mereka pilih ini mengandungi kandungan merkuri yang rendah kecuali ikan tuna.

Cara pengambilan adalah 1-2 biji sehari selepas makan dan pastikan telah mendapat nasihatdari doktor atau ahli farmasi sebelum amalkannya.

Minyak ikan terbaik untuk otak
VitaHealth VitaEPA Fish Oil 1000mg
VitaHealth
vita health
From
RM29.90
Check VitaHealth VitaEPA Fish Oil 1000mg price below:
add_circle Membekalkan 180mg EPA & 120mg DHA
add_circle Menyokong kesihatan kardiovaskular
add_circle Mengekalkan kesihatan mata
add_circle Meningkatkan fungsi otak

Diet sahaja tidak mencukupi, terutamanya jika anda tidak mengambil ikan berlemak yang mencukupi.

Jangan risau, anda boleh dapatkan omega-3 anda dari VitaHealth VitaEPA Fish Oil 1000mg.

Produk ini mengandungi 1000mg minyak ikan dan menyediakan 180mg EPA serta 120mg DHA. 

Bagaimanakah minyak ikan ini membantu? Produk ini akan menyokong kesihatan kardiovaskular, meningkatkan fungsi otak dan memelihara mata yang sihat.

Bagi orang dewasa, disyorkan untuk mengambil satu softgel sayuran tiga kali sehari selepas makan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Minyak ikan omega 3 terbaik di farmasi
HEALTHY CARE Fish Oil 1000mg Omega 3 (400 capsules)
HEALTHY CARE
healthy care fish oil
From
RM54.00
Check HEALTHY CARE Fish Oil 1000mg Omega 3 (400 capsules) price below:
add_circle Tinggi dengan DHA
add_circle Tiada bau hanyir

Healthy Care Fish Oil 1000mg adalah suplemen yang mengandungi asid lemak omega-3 penting, EPA dan DHA.

Menariknya, produk ini diuji secara berkala untuk kandungan merkuri.

Dibuat daripada ikan laut dalam yang berkualiti tinggi, bebas daripada bahan pengawet, pewarna, dan perisa tiruan.

Turut mengandungi 1000mg EPA dan DHA setiap kapsul dan mudah ditelan.

Antara kebaikan Healthy Care Fish Oil 1000mg ialah membantu mengurangkan keradangan dan bengkak sendi yang berkaitan dengan arthritis.

Membantu perkembangan mata dan penglihatan yang sihat dan meningkatkan fungsi sistem saraf, mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Bukan itu sahaja, juga boleh menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida, meningkatkan fungsi otak dan memori.

Minyak ikan terbaik untuk jantung
SWISSE Ultiboost Odourless Wild Fish Oil 1000mg (400capsules)
SWISSE
swiss minyak ikan
From
RM74.99
Check SWISSE Ultiboost Odourless Wild Fish Oil 1000mg (400capsules) price below:
add_circle Sesuai untuk wanita hamil & menyusu
add_circle Menyokong kesihatan jantung, otak, mata dan sendi
add_circle Mengandungi asid lemak omega-3

Produk ini menyokong kesihatan jantung, otak, mata dan sendi, serta menggalakkan sistem saraf yang sihat dan mood yang seimbang.

Minyak ikan ini mengandungi asid lemak omega-3 berkualiti premium EPA dan DHA.

Manfaat utama produk ini ialah menyediakan sumber semula jadi asid lemak omega-3, yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperolehi daripada diet. 

Mengekalkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular yang sihat.

Selain itu, EPA dan DHA membantu dalam mengawal tekanan darah normal dan paras trigliserida pada individu yang sudah sihat.

Membantu mengekalkan struktur sistem saraf yang sihat dan fungsi kognitif serta mengekalkan kesihatan mata.

Paling penting, sesuai untuk kanak-kanak berumur 1-12 tahun, wanita hamil dan ibu yang menyusui.

Minyak ikan terbaik untuk darah tinggi
Lifesenze Fish Oil 1400mg Plus
Lifesenze
Lifesenze Fish Oil 1400mg Plus
From
RM155.90
Check Lifesenze Fish Oil 1400mg Plus price below:
add_circle Mengawal paras kolestrol
add_circle Mengawal tekanan darah
add_circle Menyokong fungsi otak
remove_circle Kurang sesuai untuk kanak-kanak

Lifesenze Fish Oil 1400mg Plus merupakan suplemen berkualiti tinggi yang direka untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan anda secara keseluruhan. 

Diperoleh dari laut dalam di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, minyak ikan ini disuling secara molekul untuk menyingkirkan bahan tercemar yang berbahaya seperti merkuri dan dioksin, memastikan ketulenan dan keselamatan. 

Dengan kekuatan tiga kali ganda, setiap hidangan mengandungi 700mg EPA dan 350mg DHA, asid lemak Omega-3 penting yang terkenal dengan sifat anti-radang.

Lifesenze Fish Oil membantu mengawal paras kolesterol dan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung sambil menyokong fungsi otak, terutamanya bagi individu dengan ADHD atau kemurungan. 

Suplemen minyak ikan ini adalah pilihan terbaik untuk anda yang mencari suplemen Omega-3 yang berkhasiat tinggi, tulen, dan berkesan.

Minyak ikan kod terbaik
Naturalle Cod Liver Oil Value Pack
Naturalle
Naturalle Cod Liver Oil Value Pack
From
RM19.90
Check Naturalle Cod Liver Oil Value Pack price below:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Mengandungi Vitamin A dan D
add_circle Mengurangkan sakit-sakit sendi
remove_circle Kurang sesuai untuk bayi

Naturalle Cod Liver Oil adalah suplemen yang direka untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. 

Setiap kapsul gel lembut ini mengandungi 275mg minyak hati ikan kod berkualiti tinggi, yang merupakan sumber semula jadi vitamin A dan D. 

Vitamin ini menyumbang kepada kesihatan kulit, rambut, tulang, dan gigi. 

Naturalle Cod Liver Oil ini juga membantu menurunkan paras kolesterol, melegakan sakit sendi dan artritis, serta menggalakkan perkembangan otak dan penglihatan. 

Dengan tambahan Vitamin A untuk kesihatan kulit yang lebih baik dan Vitamin D untuk tulang yang kuat, suplemen ini adalah tambahan yang serba boleh untuk rutin kesihatan anda.

Sesuai untuk kanak-kanak atas 4 tahun dan orang dewasa, dan dos yang disyorkan ialah 1-2 kapsul diambil tiga kali sehari atau seperti yang dinasihatkan oleh pakar kesihatan.

Minyak ikan terbaik untuk bayi
Nordic Naturals Baby’s DHA 1050mg Omega 3 with Vitamin D3
Nordic Naturals
Nordic Naturals Baby’s DHA 1050mg Omega 3 with Vitamin D3
From
RM94.00
Check Nordic Naturals Baby’s DHA 1050mg Omega 3 with Vitamin D3 price below:
add_circle Membantu perkembangan otak
add_circle Membantu kesihatan mata
add_circle Mengandungi Vitamin D3
remove_circle Bukan untuk orang dewasa

Nordic Naturals Baby’s DHA 1050mg Omega-3 dengan Vitamin D3 adalah suplemen pemakanan premium yang direka untuk menyokong perkembangan otak, sistem saraf, dan penglihatan yang optimum bayi. 

Dihasilkan daripada 100% ikan kod liar Arctic, formula kaya DHA ini menyediakan asid lemak Omega-3 yang penting untuk pertumbuhan tisu otak pada tahun-tahun pertama bayi. 

Dengan 1050 mg Omega-3 dan tambahan Vitamin D3, ia memastikan sokongan menyeluruh untuk perkembangan bayi anda. 

Setiap penghasilan minyak ikan ini diuji oleh pihak ketiga untuk memastikan ketulenannya, bebas dari toksin alam sekitar dan sebarang logam berat. 

Selain itu, produk ini juga disahkan Non-GMO dan Friend of the Sea, menjadikannya sangat segar dan tulen. 

Mudah digunakan, suplemen bayi ini hadir bersama penitis untuk pengiraan dos yang mudah dan boleh ditambah dengan ke dalam susu formula atau makanan.

Minyak ikan untuk kulit
Pristin GOLD Omega 3 Fish Oil
Pristin
Pristin GOLD Omega 3 Fish Oil
From
RM48.50
Check Pristin GOLD Omega 3 Fish Oil price below:
add_circle Minyak ikan premium
add_circle Bebas dari sebarang radiasi
add_circle Tidak mengandungi pengawet tiruan
remove_circle Bukan untuk bayi

PRISTIN® GOLD Omega-3 Fish Oil menawarkan kepekatan tinggi manfaat Omega-3 dalam satu kapsul, menjadikannya pilihan premium bagi mereka yang mencari sokongan kesihatan yang optimum. 

Diperoleh dari EPAX AS di Norway, minyak ikan ini dikapsulkan dalam kapsul gelatin ikan oleh Eurocaps Ltd di UK, memastikan kesesuaian untuk semua rakyat Malaysia. 

Dengan teknologi OMATECH™, PRISTIN® GOLD menjamin minyak ikan yang bebas toksin secara 100%.

Ia diuji ke standard keselamatan tertinggi, menyingkirkan toksin, logam berat, dan merkuri hingga ke tahap per trilion. 

Setiap kapsul menyediakan dos Omega-3 yang kuat, memberikan manfaat maksimum dengan kos yang lebih rendah, bebas dari GMO, radiasi berbahaya, dan pengawet tiruan.


Apa Khasiat Minyak Ikan?

Secara am, kita semua tahu suplemen minyak ikan memberi kesihatan dalaman seperti jantung, mata, darah, buah pinggang dan otak.

Tapi sebenarnya terdapat kebaikan lain kepada tubuh antaranya mengurangkan sakit sendi dan juga menjadikan kulit lebih sihat.

Cuma keberkesanannya bergantung pada kandungan yang ada dalam sebiji pil minyak ikan jadi sebaiknya ambil tahu kandungannya terlebih dahulu.

Apa yang pasti, kebanyakan minyak ikan diekstrak daripada ikan tenggiri, ikan hering, ikan tuna, salmon, hati ikan kod, ikan paus dan sebagainya. 

Jadi terdapat dua jenis asid lemak Omega-3 yang penting terkandung dalam minyak ikan ini, antaranya asid Eicosapentaenoic (EPA) dan asid Docosahexaenoic (DHA).

Dua kandungan ini merupakan nutrisi yang paling penting untuk tubuh badan kerana....

  • Dapat membantu dalam menjaga kesihatan jantung.

  • Sangat baik dalam mencegah peningkatan kolesterol.

  • Mengawal tekanan darah.

  • Dapat mengurangkan risiko pembekuan darah.

  • Mampu mencegah dari risiko sakit strok.

Selain itu juga, supplemen dari sumber haiwan ini turut membantu dalam perkembangan otak khususnya untuk bayi dan kanak-kanak.

Bagi anak-anak yang mudah jatuh sakit, minyak ikan akan bantu meningkatkan imunisasi badan serta mengurangkan daripada masalah alergik dan ekzema. 

Jika anda risau tentang penyakit tiga serangkai, boleh cuba dapatkan minyak ikan sebagai diet tambahan. 

Kalau anda tidak mampu membeli suplemen minyak ikan, pastikan makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu.

Sebaiknya ambil ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 kerana mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Cuma, kami mahu anda sentiasa menerima nasihat pakar atau doktor sebelum mengambil mana-mana supplemen atau vitamin.

Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan seharian.

Anda boleh tonton video ringkas di bawah tentang manfaat omega 3 dalam kehidupan seharian kita.



Cara Pilih Minyak Ikan

Minyak ikan adalah suplemen yang popular kerana mengandungi asid lemak omega-3, yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. 

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih suplemen minyak ikan yang terbaik.

  • Pastikan produk tersebut mengandungi EPA dan DHA

EPA dan DHA adalah dua jenis asid lemak omega-3 yang paling penting untuk kesihatan.

Kebanyakan jenama minyak ikan mengandungi kedua-dua EPA dan DHA, tetapi ada juga yang hanya mengandungi salah satu daripadanya.

Pastikan untuk memilih produk yang mengandungi sekurang-kurangnya 100 gram EPA dan DHA per kapsul.

  • Ukuran kapsul

Kapsul minyak ikan yang besar agak sukar untuk ditelan bagi sesetengah individu. Jadi, pilihlah suplemen minyak ikan yang memiliki kapsul kecil, rasa menyenangkan dan mudah untuk ditelan.

  • Pilih produk yang telah diuji oleh pihak berkuasa

Semak sama ada minyak ikan yang anda pilih telah diuji oleh pihak berkuasa. 

Terdapat beberapa badan yang menguji dan menyelia kualiti suplemen makanan seperti Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NRA) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pastikan anda memilih minyak ikan yang mempunyai sijil yang sah untuk mengelakkan minyak yang palsu atau tidak berkualiti.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Minyak Ikan?

Minyak ikan mempunyai beberapa kelebihan, salah satunya adalah kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi, khususnya EPA dan DHA.

Nutrien ini penting untuk mengekalkan kesihatan jantung dan otak.

Omega-3 juga dapat menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Selain itu, boleh meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Demensia.

Bukti saintifik juga menunjukkan bahawa minyak ikan boleh membantu mengurangkan keletihan dan masalah mental.

Sifat anti-radang minyak ikan boleh membantu mengurangkan sakit sendi dan gejala penyakit kronik seperti arthritis.

Tambahan pula, pengambilan minyak ikan boleh meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit.

Tapi minyak ikan juga boleh menimbulkan risiko kepada mereka yang mengambil antikoagulan.

Ini kerana mempunyai kesan antiplatelet yang kuat yang boleh mengurangkan kepekatan darah dan membawa kepada pendarahan.

Oleh itu, individu yang menggunakan antikoagulan atau mengalami masalah pendarahan harus berunding dengan profesional perubatan sebelum mula mengambil minyak ikan.

Selain itu, minyak ikan boleh menjadi toksik apabila ia teroksida akibat pendedahan kepada udara dan cahaya yang berpotensi menyebabkan keracunan.

Jadi pilihlah minyak ikan yang berkualiti tinggi dan menyimpannya dengan betul untuk mengekalkan kesegarannya.

Rasa dan baunya juga tidak menyenangkan bagi sesetengah individu.


Fungsi Minyak Ikan

Minyak ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid), menawarkan pelbagai manfaat kesihatan penting.

Minyak ikan menyokong kesihatan jantung dengan menurunkan kadar trigliserida, meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik), dan mengurangkan tekanan darah, serta mencegah pembekuan darah yang tidak diingini dan mengurangkan risiko serangan jantung serta strok.

Selain itu, DHA dalam minyak ikan sangat penting untuk perkembangan otak dan fungsi kognitif, membantu meningkatkan daya ingatan dan prestasi mental sambil mengurangkan risiko gangguan neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer.

Sementara itu, Omega-3 menyokong kesihatan mata dengan mengurangkan risiko penyakit mata seperti degenerasi makula yang berkaitan dengan peningkatan usia.

Minyak ikan mempunyai sifat anti-radang yang boleh mengurangkan gejala arthritis, termasuk kesakitan dan kekakuan sendi, serta membantu mengatasi keradangan kronik yang berkaitan dengan pelbagai penyakit lain.

Tambahan lagi, minyak ikan dapat menyokong kesihatan mental dengan mengurangkan gejala kemurungan dan anxiety kerana Omega-3 berperanan dalam pengeluaran serotonin, neurotransmitter yang mengawal mood.

Omega-3 juga menggalakkan kesihatan kulit dengan mengekalkan kelembapan dan membantu mengurangkan gejala keadaan kulit seperti psoriasis dan dermatitis.

Secara keseluruhan, minyak ikan merupakan suplemen yang sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung, otak, mata, kulit, dan sistem imun.

Bagi anda yang mahu mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik, anda boleh mula amalkan pengambilan suplemen dalam diet harian anda.


Waktu Yang Tepat Untuk Makan Fish Oil

Waktu yang tepat untuk mengambil minyak ikan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk tujuan pengambilan dan toleransi individu terhadap suplemen ini. 

Berikut merupakan beberapa garis panduan umum untuk masa terbaik pengambilan minyak ikan:

Bersama Makanan

Adalah disyorkan untuk mengambil minyak ikan bersama makanan, terutama makanan yang mengandungi lemak. 

Ini kerana lemak dalam makanan membantu meningkatkan penyerapan asid lemak Omega-3 dalam minyak ikan, menjadikannya lebih berkesan.

Pagi atau Malam

Anda boleh mengambil minyak ikan pada waktu pagi atau malam, bergantung kepada keutamaan anda dan bagaimana ia mempengaruhi diri anda.

Sesetengah orang mengambil minyak ikan pada waktu pagi membantu kerana ia mudah untuk dijadikan rutin, manakala yang lain lebih suka mengambilnya pada waktu malam untuk diambil bersama suplemen lain.

Mengurangkan Ketidakselesaan Pencernaan

Jika anda mengalami ketidakselesaan pencernaan atau rasa ‘sendawa’ selepas mengambil minyak ikan, cuba ambilnya bersama makanan atau sebelum tidur. 

Ini dapat membantu mengurangkan sebarang ketidakselesaan yang mungkin berlaku.

Konsisten

Yang paling penting ialah konsistensi dalam pengambilan. Mengambil minyak ikan pada waktu yang sama setiap hari membantu memastikan anda mendapat manfaat sepenuhnya dari suplemen ini.

Natijahnya, waktu yang terbaik untuk mengambil minyak ikan adalah berlainan mengikut individu.

Paling penting, perlu jadikan ia sebagai rutin harian anda dan mengambilnya secara konsisten bersama makanan untuk penyerapan yang optimum.


Artikel Berkaitan

End of Article