Mungkin sesetengah si ibu yang mengalami kesukaran untuk menyusukan si comel secara direct pada awal kelahiran.
Jalan penyelesaian adalah berikan susu formula untuk newborn sementara si ibu untuk belajar menyusu si anak.
Bukan sekadar tugas ibu, si bapa juga boleh berikan susu untuk baby newborn menggunakan botol susu newborn.
Apa yang menjadi masalah, mana satu susu newborn yang sesuai?
Jadi kami bantu anda senaraikan susu terbaik untuk newborn. Jom lihat senarai kami ini.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 14 Jenama Susu Newborn
Sebab menjadi pilihan utama:
Susu Enfalac A+ Step 1 direka khas untuk bayi baru lahir sehingga usia 12 bulan kerana mengandungi MFGM dan DHA+ARA yang bagus untuk tumbesaran mereka.
Ciri-ciri:
MFGM atau Milk Fat Globule Membrane ialah sumber semula jadi fosfolid dan sphingomyelin yang merupakan lapisan alami lemak susu yang kaya nutrisi, namun seringkali nutrisi ini hilang dalam proses pembuatan susu bubuk formula.
Turut mengandungi sumber protein untuk bantu perkembangan dan tumbesaran otak.
Terdapat juga kandungan lain seperti kalsium, vitamin D dan iron. Setiap nutrien ini mempunyai fungsinya tersendiri.
Antaranya kuatkan tulang dan gigi, membantu pembentukkan sel darah dan bantu badan menggunakan kalsium dan fosforus.
Review:
“Setakat ni memang anak tak ada masalah apa-apa minum susu ni. Aktif macam baby lain,”
Susu Morinaga BF-1 Infant ini mengandungi pelbagai khasiat penting seperti susu ibu.
Antaranya Nukleotida, Taurina, Beta-Karotena, dan banyak lagi nutrien penting, vitamin & mineral dalam nisbah seimbang.
Ingin diingatkan jika si kecil yang mengalami kerap cirit-birit, sangat disarankan beli susu ini untuk mereka supaya dapat membuang dengan bagus.
Tapi anda juga boleh bagi anak anda jika ingin mengelakkan dari mengalami masalah cirit-birit dari awal.
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), doktor menasihati agar ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang sentiasa memastikan bayi mereka mendapat jumlah kalori dan nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran.
Susu Pre NAN® merupakan susu formula khas untuk bayi pramatang yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu atau dilahirkan kurang daripada 2.5 kg.
Susu ini dapat dapat melengkapi keperluan untuk tumbesaran bayi sehingga 4 kg.
Kandungan protein dan karbohidrat untuk tenaga serta DHA, ARA dan minyak MCT adalah suplemen yang dapat memberi kesan positif kepada si kecil.
Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan agar merujuk paediatrician bagi tempoh yang ditetapkan untuk mendapatkan greenlight memberikan susu ini kepada si manja anda.
Susu jenama Karihome telah menjadi pilihan ramai ibu bapa dan juga merupakan antara susu kambing yang paling laris dijual di farmasi.
Ini kerana jenama Karihome Step 1 diformulasikan khas untuk bayi umur 0-6 bulan.
Susu ini juga bagus diminum jika mempunyai si kecil yang tidak boleh minum susu lembu.
Jangan risau, produk dari New Zealand ini telah disahkan halal oleh persatuan Islam negara.
Jadi para ibu bapa tidak perlu ragu-ragu untuk memberikan susu terbaik ini pada si comel.
Paling penting, susu ini turut menjadi pilihan utama kerana nutrisinya akan membantu sistem pencernaan anak-anak.
Malah produk susu kambing untuk bayi ini dirumuskan dengan nukleotida yang boleh membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh.
Selain dari kandungan nukleotida , terdapat juga bahan CLA yang akan meningkatkan kekuatan tulang anak-anak anda.
Kandungan Sn-2 Palmitat dalam jenama susu kambing terbaik di Malaysia ini pula boleh membuatkan bayi tidur lebih lama dan membantu bayi menyerap kalsium dengan lebih baik.
Semua kebaikan nutrisi yang ditawarkan oleh susu ini telah terbukti secara klinikal, jadi anda berilah susu ini pada si manja untuk mereka membesar dengan sihat.
Jangan lupa untuk ikut arahan yang terdapat pada pembungkusan produk untuk membancuh dengan betul.
Dupro Soy Rumusan Khas merupakan susu berasaskan protein soya dan bebas protein susu lembu dalam bentuk tepung.
Dupro Soy Rumusan Khas sesuai digunakan oleh bayi yang mengamalkan pemakanan bebas laktosa atau bebas susu lembu.
Dalam pada masa yang sama, susu ini sesuai untuk bayi yang mengalami masalah ekzema.
Ini kerana bahan utama adalah soya dan terdapat kadar nutrisi dan diet yang sesuai.
Selain itu, susu ini mengandungi 5 nutri iaitu DHA, ALA, LA, Kalsium, FOS, 14 vitamin & mineral yang penting untuk tumbesaran optimum si manja.
Susu premium S26 SMA Gold Step 1 ini mengandungi alpha-lactalbumin yang diperkaya dengan protein Whey dari lembu yang baik untuk tumbesaran bayi.
Diformulasi dengan pelbagai nutrisi tambahan yang berkhasiat seperti AA dan DHA.
Khasiat ini sangat diperlukan untuk perkembangan otak serta lutein dan choline untuk tumbesaran bayi.
Walaupun mahal tapi sangat bagus untuk kesihatan dalam tempoh panjang untuk si comel.
Adakah anda seorang ibu atau bapa baru yang sedang mencari susu formula yang bagus untuk bayi anda? Dapatkan Nestle Lactogen Step 1 ini!
Susu formula dengan DHA ini direka khas untuk bayi yang berusia antara 0 hingga 12 bulan.
Mengandungi 100 juta kultur probiotik setiap 100g, susu ini membantu meningkatkan fungsi usus dan membantu menjaga kesihatan saluran pencernaan bayi anda.
Susu ini juga mengandungi kalsium yang akan bantu perkembangan tulang dan gigi si manja menjadi lebih kuat.
Tambah lagi, susu Latogen mengandungi kandungan zat besi yang juga penting untuk membantu pembentukan sel darah merah.
Susu Similac LF merupakan susu berasaskan lembu dan dikhaskan untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan.
Malah susu ini sesuai untuk si comel yang mengalami masalah intoleransi laktosa kerana susu ini bebas laktosa.
Selain itu, susu ini diformulasi dengan kandungan DHA & AA yang bagus untuk tumbesaran mereka.
Terdapat juga Linoleic & Linolenic Acid, Lutein dan Nucleotide yang cukup untuk badan dan otak si kecil yang nak membesar.
Susu formula Frisolac Comfort sesuai untuk bayi berusia 0-12 bulan.
Jadi jika anda mempunyai masalah susu badan pada awal kelahiran si kecil, sebaiknya guna susu ini untuk elak anak terkena sembelit.
Bukan itu saja, susu ini dapat mengatasi masalah penghadaman seperti kolik, muntah dan sembelit.
Ini kerana susu formula ini mengandungi nutrien penting seperti Linoleic Acid, 5 jenis nucleotides dan carob bean (serat tebal).
Untuk pengetahuan anda, serat tebal ini mampu membantu bayi yang mengalami masalah penghadaman untuk proses nutrisi susu dengan baik.
Rumusan susu bayi ini mengandungi nutrien bagus untuk si bayi, antaranya;
- Asid Lemak Perlu (EFA: Omega-3 dan Omega-6).
- DHA (Asid Dokosaheksanoik).
- Gangliosida dan SA (Asid Sialik)
Untuk pengetahuan anda, SA merupakan komponen paling penting untuk tisu otak.
Manakala Bifidobacterium lactis (DR10) dapat membantu meningkatkan mikroflora usus dan membantu mengurangkan kejadian cirit birit.
Rumusan susu ini juga mengandungi vitamin serta mineral yang diperlukan oleh bayi anda untuk tumbesaran dan perkembangan.
Antaranya Nukleotida, Kalsium, Zink, Vitamin A,C, D3, Zat Besi and Iodin.
Susu Novalac I merupakan antara jenama susu formula yang dapat memenuhi keperluan harian terbaik untuk si comel.
Sekaligus dapat mengekalkan nutrisi yang berkualiti tinggi serta dapat memastikan sistem penghadaman lebih lancar dan baik.
Malah dengan kandungan nisbah whey/kasein 60:40 dengan campuran protein yang ideal juga dapat membantu penghadaman.
Dengan nisbah 2:1, kalsium dan fosforus yang seimbang ini dapat memastikan penyerapan kalsium tinggi untuk mengelakkan pembentukkan najis yang keras.
Ditambah pula dengan kandungan magnesium yang tinggi dapat membantu untuk menarik air dalam usus supaya dapat menghasilkan najis yang lembut.
Susu ini juga mengandungi 34% tinggi susu karbohidrat untuk merangsang pergerakan usus.
Dengan kandungan campuran semua khasiat ini si comel pun boleh mengelakkan masalah sembelit.
Nutrien yang terkandung dalam susu ini sesuai untuk bayi berusia setahun ke bawah.
Menurut Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Chiew Xin Yee, kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia, akan mengalami alahan makanan bermula dengan pengambilan susu lembu seawal usia bayi.
Tahukah anda Dermatitis adalah merupakan salah satu simtom Alergi Protein Susu Lembu (CMPA)?
Jadi kami syorkan pengambilan susu formula jenis Novalac Novarice Infant Formula untuk bayi yang mengalami alahan susu lembu atau soya.
Ini kerana kandungan nutrisi susu formula ini lengkap dan sesuai untuk bayi dari baru lahir hingga 12 bulan.
Susu ini diformulasi berasaskan protein beras yang lengkap dengan nutrisi dan sesuai untuk umur mereka pada tahap ini.
Novarice sesuai untuk kanak-kanak CMPA, kerana mengandungi protein beras dengan nutrisi lengkap, yang sesuai untuk bayi 0-12 bulan.
Formulasi khas ini menjadikan susu formula ini sangat bagus untuk si comel yang mempunyai masalah alahan makanan seperti protein susu lembu atau soya.
Lagipun Novarice sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami CMPA kerana mengandungi protein beras yang lengkap dengan nutrien.
Cara bancuhan mudah saja, hanya masukkan satu sudu susu dan campurkan bersama 30 mL air suam.
Jika anda mempunyai masalah alahan, besar kemungkinan anak anda juga akan mengalami masalah alergi.
Jadi, susu Nestle Nan HA 1 ini sangat bagus sekiranya bayi anda sensitif terhadap susu atau kandungan protein dalam susu.
Ini kerana protein susu yang terkandung dalam susu ini diurai sehingga menjadi halus dan mudah dihadam untuk usus bayi.
Selain itu, Nestle Nan HA 1 mempunyai bifidobacterium lactis, yang menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus bagi mengurangkan masalah cirit-birit.
Jika anda mahu mencuba dahulu susu ini, anda anda boleh beli saiz kecil 400g dahulu.
Antara punca bayi kuning atau jaundice adalah bayi lahir tidak cukup bulan, kurang breastfeed, atau berpunca dari kandungan susu ibu sendiri.
Jadi jika anda mencari susu bagi merawat masalah demam kuning pada bayi, atau menghindarinya, anda boleh dapatkan susu Neo Baby Step 1 dari jenama Snow.
Selain itu, susu ini juga boleh menjadi alternatif untuk ibu yang kekurangan susu.
Bayi anda juga pasti suka akan susu ini kerana rasanya sama macam susu ibu.
Bilakah Susu Formula Boleh Digunakan Sebagai Alternatif Susu Ibu?
Sebenarnya susu ibu adalah susu terbaik untuk si kecil supaya tumbesarannya sempurna.
Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan untuk berikan penyusuan susu badan selama 6 bulan pertama kehidupan si comel.
Ini kerana penyusuan susu ibu menawarkan beberapa kebaikan bukan sahaja kepada bayi dan ibu sendiri.
Tapi, jika si ibu mengalami beberapa masalah, perlulah diberikan susu formula.
Antara masalah yang boleh dialami oleh si ibu adalah;
- Bayi mengalami nipple confuse.
- Si ibu mengalami masalah kesihatan.
- Susu si ibu tidak mampu menampung demand si kecil.
- Si ibu perlu makan ubat yang tidak sesuai untuk proses penyusuan demi kesihatan.
- Bayi dan si ibu perlu duduk berasingan selepas tempoh berpantang atas beberapa faktor.
Cuma ingin diingatkan, pastikan susu formula yang diberikan sesuai untuk si comel.
Breastfeeding Vs Susu Formula, Mana Lebih Murah?
Kalau nak diikutkan, beri si comel susu badan dapat menjimatkan banyak kos cuma mungkin pada permulaan perlu perbelanjaan yang banyak.
Nak sediakan breast pump, milk collector, bekas simpan susu, beg susu dan ais beg.
Tapi ini untuk jangka masa panjang, anda tidak perlu fikirkan lagi untuk kos perbelanjaan susu.
Cuma perlu perah dan simpan dan memastikan si ibu makan makanan berkhasiat untuk beri pada si kecil.
Lain pula bagi perbelanjaan susu formula dimana setiap bulan anda perlu beli untuk si comel.
Jadi, pilihan di tangan anda sendiri, tiada masalah untuk menyusu badan dan formula.
Ingin diingatkan, jika ingin menyusu badan perlu menimba ilmu terlebih dahulu bagaimana membuat demand susu supaya susu cukup untuk si kecil walaupun anda seorang ibu bekerjaya.
Anda boleh rujuk video di bawah jika anda inginkan beri susu badan pada awal kelahiran.
Apakah Cara Beri Susu Formula Kepada Bayi Newborn?
Minggu pertama: Bayi dalam tempoh ini mengambil 2 ke 3 auns (60-90 mL) setiap kali menyusu.
Kemudian, perlu disusukan setiap 3 ke 4 jam secara purata sepanjang beberapa minggu pertama.
Tapi lain bagi bayi yang menyusu susu ibu yang kebiasaannya si comel mengambil sukatan yang lebih kerap kerana susu ibu mudah kenyang dan mudah di hadam.
Minggu ke empat: Jika bayi anda tidur lebih lama daripada 4 ke 5 jam sehingga tertinggal untuk menyusu, bangunkan bayi dan susukannya.
MInggu ke empat ke atas: Pengambilan susu akan meningkat kepada 4 auns (120 mL) sekali susuan, setiap 4 jam.