Kebanyakan rakyat Malaysia gemar memulakan hari mereka dengan secawan kopi yang sedap. Namun kekangan masa untuk membancuh secawan kopi terutamanya buat mereka yang ingin berkejar ke tempat kerja, bagi mengelak kesesakan jalan raya atau waktu mesyuarat di awal pagi. Buat si penggemar kopi, jika mereka tidak mendapat kopi pertama pada hari itu, seolah-olah hari itu belum bermula. Disinilah kopi segera memainkan peranan yang amat penting.
Kopi segera atau kopi pracampur adalah kopi yang sudah tersedia didalam pek kecil. Kopi ini berbentuk serbuk dan sudah dicampur dengan gula, krimer dan lain-lain perasa yang dikehendaki. Berlainan dengan cara manual membancuh minuman yang lain, kopi segera sudah siap disukat kandungannya agar memudahkan anda membuat air minuman. Kopi segera semudah 1, 2, 3 dan siap! Jika anda seorang kaki kopi, anda harus mencuba kopi segera terbaik ini!
Rugi jika anda tidak mencuba kopi-O segera terbaik dari Penang ini. Ianya diperbuat dengan menggunakan biji kopi premium yang sudah tentu akan memberi rasa ‘kick’ dalam secawan kopi.
Kandungan gulanya juga di tahap yang ideal bagi mendapatkan kemanisan yang cukup pada kopi-O anda. Produk berasal dari Pulau Pinang ini juga dijamin berkualiti dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Diperbuat daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea yang memberikan nutrisi terbaik dalam kopi ini. Kopi yang dengan aroma wangi ini, kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium selain meningkatkan tahap HB dalam badan anda. Chlorogenic Acid dalam Min Kaffe boleh membantu menstabilkan gula dalam darah dan mengawal berat badan.
Walaupun mengandungi garam, rasa kopi ini tidaklah masin malahan ianya mempunyai rasa kopi susu yang lembut. Dengan meminum kopi ini anda boleh menjaga kesihatan smbil menikmati minuman kopi segera yang lazat.
Kopi Arabika adalah antara kopi yang terkenal dalam dunia. Dengan rasa hint coklat, kekacang dan karamel sudah tentu kopi ini ada peminatnya. Jika anda salah seorang pengemar kopi biji Arabika, anda harus mencuba kopi segera dari jenama Arabus ini. Ianya mempunyai dua perisa iaitu Original dan Espresso.
Kopi ini hanya menggunakan biji Arabika bermutu tinggi untuk memberikan rasa kopi yang lebih kaya. Berasal dari Thailand, setiap sachet kopi 3-in-1 Arabus ini sudah mempunyai serbuk kopi, gula dan krimer. Cuma tambah air panas dan rasai kelainannya.
Bagi anda yang tidak boleh mengambil kafein tetapi masih mahu merasai kelazatan kopi, cubalah Royal Dates Café. Ianya tidak mengandungi kafein dan dihasilkan 100% dari biji kurma. Kopi ini juga mengandungi ekstrak buah zaitun, buah tin, Habbatus Sauda dan safron. Kesemua bahan ini amat baik untuk meningkatkan kecergasan stamina dan minda, merawat masalah saraf dan otot, mengurangkan rasa mengantuk, merawat masalah usus dan menguatkan imuniti badan kita.
Kopi ini juga bebas gula dimana ianya menggunakan Stevia sebagai pengganti. Ianya mempunyai rasa yang sedap dan kaya dengan khasiat untuk ibu-ibu di luar sana.
Madu sudah terkenal dengan 1001 khasiat yang tersendiri antaranya ialah boleh membantu meningkatkan tenaga dan memperlahan proses penuaan. Gabungan bahan dalam minuman kopi segera Masad Café ini termasuklah kopi, madu, Habbatus Sauda, kismis dan badam. Siapa yang tidak mahu sambil menikmati minuman yang lazat sekaligus meningkatkan nutrisi dalam badan.
Jika anda menginginkan alternatif untuk mengatasi masalah kegemukan, menegangkan kulit dan meningkatkan kesihatan emosi, cubalah kopi madu dari Masad Café ini.
Nikmati rasa kopi yang beraroma dengan perisa kelapa. Rasa kopinya tidak pahit dan berkrim memberi keseimbangan di dalam minuman. Ianya diperbuat dari biji kopi yang terpilih dilengkapi dengan gula dan krimer.
Produk pertama seumpamanya di Malaysia ini sudah pasti akan menambat hati sesiapa saja dengan rasanya eksotik, tekstur kehalusan kelapa segar dan rasa kopi yang kaya. Belum cuba belum tahu! Cubalah sekarang dan nikmati pengalamannya.
Siapa sangka kopi dan durian boleh menjadi duo yang menarik? Dengan kopi segera Old City ini, anda boleh menikmati rasa unik raja buah di dalam minuman kopi putih anda. Kopi ini diperbuat dengan gabungan yang lazat serta perisa buah durian yang tersendiri. Campuran yang lembut dan sempurna ini memberi rasa lebih kaya, lemak dan wangi ketika diminum.
Ayuh cubalah hari ini dan bersedia untuk merasai kelainan yang akan membuatkan anda tersenyum.
Diperkaya dengan krimer yang sudah pasti akan membuat minuman kopi ini antara yang terbaik dipasaran. Kopiko hanya menggunakan biji kopi yang dipilih dengan teliti dan kemudiannya dipanggang dalam keadaan api terkawal agar rasa kopi tersebut terpelihara. Ianya dicampur pula dengan serbuk krimer yang lemak berkrim untuk memberi anda satu minuman yang lazat.
Kandungan gula dan krim sangat ideal untuk secawan kopi bagi memastikan minuman anda tidak terlalu manis mahupun pahit.
Anda penghidap kencing manis? Usah risau kerana anda masih boleh menikmati kopi kegemaran tanpa risiko terhadap tahap kesihatan dengan produk daripada EverSweett ini. Diolah daripada kopi putih dan menggunakan Stevia sebagai gula gantian. Pemanis semulajadi Stevia ini memberikan rasa manis tanpa menjejaskan kesihatan anda.
EverSweett menggunakan biji kopi yang dipilih untuk memberi anda aroma kopi yang wangi. Minuman 3-dalam-1 EverSweett datang dalam 2 variasi lain yang hebat iaitu Chocolate Malt dan Oat & Cereal (Vanilla). Cubalah hari ini! Kembalikan kemanisan dalam hidup anda.
Tidak lengkaplah ruangan dapur jika anda tidak mempunyai kopi putih jenama nombor 1 ini. Apa yang membuatkan kopi putih ini istimewa? Ianya diperbuat dengan menggabungkan biji kopi premium termasuk kopi Arabika, Robusta dan Liberica. Setiap hirupan akan menjamin rasa kopi yang halus, beraroma dan kaya berkrim.
OldTown White Coffee menawarkan pelbagai variasi perisa. Setiap orang pasti mempunyai taste yang berbeza dan OldTown ingin memberikan setiap pengguna mempunyai kopi yang ngam. Anda pasti terpikat!