Sejak kita semua ‘diajar’ duduk di rumah untuk elakkan penyakit berbahaya di luar, kiniterdapat banyak mesin yang ditransformasikan untuk digunakan di rumah.
Antaranya mesin pembuat aiskrim, ha siapa je tak suka aiskrim kan? Ramai suka, lagi-lagi kalau makan masa cuaca panas, memang ngam habis!
Jadi kami mudahkan anda dengan senaraikan alat dan mesin buat aiskrim yang ada jual di atas talian. Jom kita lihat!
Penyunting
Table of Contents
Senarai 11 Mesin Aiskrim Murah & Mudah
Sebab menjadi pilihan utama:
Brand Milux mengeluarkan mesin buat aiskrim dan ada jual di Shopee jadi pilihan yang boleh dipercayai.
Ciri-ciri:
Walaupun terdapat banyak aksesori untuk dipasang sebelum memproses aiskrim tapi mudah untuk dibersihkan dan selamat.
Mesin ini hanya menggunakan satu butang untuk menghidupkan dan menghentikan motor mesin aiskrim.
Untuk peringatan, anda perlu menyimpan mesin ini dalam peti sejuk beku terlebih dahulu selama 24 jam sebelum menggunakannya.
Mangkuk penyejuk aiskrim ini didatangkan dengan 2 bekas untuk menghasilkan tekstur aiskrim yang sempurna.
Kuasa elektrik yang digunakan untuk mesin ini tidak tinggi, hanya 12.5W saja.
Review:
“Senang nak buat aiskrim. Bancuh-bancuh terus boleh makan sambil tengok movie kat Netflix,”
Mesin aiskrim jenis soft serve ini mempunyai mesin bersaiz besar yang memuatkan 1.8 liter aiskrim silinder dan 2 bekas sebesar 1.5 liter untuk bahagian campuran.
Saiz ini menjadikan sesuai untuk dibuat jualan atau digunakan semasa majlis besar.
Terdapat 3 jenis pengepam aiskrim dimana salah satunya mengeluarkan aiskrim berbentuk putar.
Mesin buat aiskrim ini mampu menghasilkan sebanyak 250 aiskrim soft serve.
Jangan risau, mesin ini mempunyai warranty selama setahun jadi anda tidak perlu risau jika terdapat kerosakan.
Dengan saiz 1 liter, anda dapat bancuh aiskrim dengan kuantiti yang banyak dalam satu masa.
Anda boleh buat dengan anak kecil kerana mudah dan selamat digunakan bersama mereka.
Jangan risau, material bahan yang digunakan mesin ini anti karat jadi jika anda basuh dan biarkan kering, mesin tidak akan karat.
Pengendalian juga mudah kerana hanya menggunakan satu sistem untuk membancuh ais krim.
Malah dengan rekaan dua bekas, anda boleh letakkan dua perasa berbeza dalam satu masa.
Dengan saiz bekas 1 liter, kami jamin anda dapat hasilkan perisa aiskrim kesukaan anda.
Ditambah pula bilahan pengadun aiskrim berpusing secara penuh dalam bekas dengan kelajuan rendah menjadikan tekstur aiskrim dihasilkan sempurna.
Bahagian penutup bekas mesin pengadun aiskrim ini jenis lutsinar, jadi anda boleh lihat keadaan tekstur bancuhan dari luar lembut atau keras.
Anda juga boleh ajak si kecil membancuh aiskrim bersama kerana suis mesin direka sesuai untuk kegunaan kanak-kanak
Dengan penggunaan kuasa elektrik 20w, anda boleh membuat aiskrim selama 15 minit saja.
Jangan risau, mesin ini boleh mengeluarkan aiskrim hanya guna satu butang, tak perlu susah nak korek-korek.
Mesin buat aiskrim ini harganya agak mahal tapi merupakan pembelian yang sangat berbaloi.
Ini kerana saiz yang kecil menjadikan mudah disimpan dan pengendaliannya mudah.
Hanya menggunakan satu butang saja untuk memproses aiskrim dan butang tersebut boleh menghentikan dan menghidupkan motor mesin.
Mesin aiskrim ini mempunyai sistem Triple Refrigeration System untuk proses penyejukkan yang efektif.
Selain itu, mesin aiskrim ini tidak menggunakan elektrik yang banyak, hanya 12W saja.
Anda boleh buat aiskrim ketika si kecil tidur kerana mesin ini tidak mengeluarkan bunyi bising.
Mesin ini tidak menggunakan elektrik pun, hanya perlu ikut panduan manual untuk memasang peralatan mesin ini.
Kemudian, anda sudah membuat aiskrim sendiri dan paling best, anda tidak perlu bancuh aiskrim.
Hanya perlukan buah kegemaran anda yang sudah dikeraskan pada bahagian penyejuk beku.
Cara penggunaan mesin ini juga mudah, sejuk bekukan apa-apa saja jenis buah kegemaran anda.
Kemudian, masukkan ke dalam bekas pembuat aiskrim ini dan tekan dengan batang yang disediakan.
Mesin in sesuai untuk kanak-kanak berseronok merasa membuat aiskrim sendiri di rumah.
Ini kerana mudah digunakan, tidak memerlukan apa-apa butang untuk memproses aiskrim.
Hanya perlu simpan piring aiskrim ini ke dalam peti sejuk beku selama 10 jam.
Kemudian keluarkan untuk membuat aiskrim atau yougurt di atas permukaan. Anda boleh mencampur buah atau kisaran kacang ke dalam bancuhan.
Usai membuat bancuhan aiskrim dengan pengikis yang diberikan, anda boleh basuh dan simpan semula piring ke dalam sejuk beku.
Selain boleh membuat aiskrim, sobet, gelato atau yogurt beku, piring ini juga sesuai untuk hidangan sejuk seperti buah atau salad segar.
Jangan risau, bahannya diperbuat daripada gred makanan jadi selamat digunakan dan dibasuh.
Aiskrim popsicle ini agak popular kerana mereka boleh makan aiskrim ala-ala beli di kedai.
Mempunyai dua pilihan saiz kecil dan besar. 6 bekas untuk saiz kecil dan 8 bekas untuk saiz besar.
Jangan risau tidak memakan ruang yang banyak untuk menyimpan dalam peti sejuk beku.
Ini kerana bentuk bekas aiskrim popsicle ini Cone Shaped Mould dimana lebar di atas dan meruncing ke bawah.
Jadi anda boleh sediakan bahan aiskrim mengikut kesukaan anda atau menyediakan aiskrim tanpa gula atau pewarna untuk si comel.
Dengan mesin ini, anda tidak perlu terhadkan makanan pencuci mulut si kecil.
Pilih mana-mana buah dan yogurt untuk bancuh menjadi aiskrim untuk mereka.
Jadi, aiskrim yang anda hasilkan di rumah bebas pewarna, gula dan perasa tambahan.
Bukan saja baik untuk anak tapi untuk dewasa juga untuk membuat aiskrim yang sihat.
Cara penggunaan mesin ini mudah saja, masukkan semua bancuhan aiskrim ke dalam bekas.
Kemudian, pusingkan pemutar menggunakan butang knob yang disediakan dan anda boleh tentukan kelajuan motor.
Tunggu sehingga bancuhan bertukar menjadi tekstur aiskrim. Jangan risau, aksesori mesin ini mudah dibersihkan.
Aiskrim goyang asalnya dari negara Thailand dan kini popular di negara kita.
Selalunya anda akan nampak mesin aiskrim ini di pasar malam atau mana-mana pasar.
Peniaga hanya masukkan apa-apa perasa minuman gas atau air manis ke dalam lubang dan tutup bersama batang pemegang.
Kemudian mengocak bekas tersebut selama beberapa minit untuk mengeras menjadi aiskrim.
Tapi sebelum tu, anda perlu masukkan ais bersama garam dengan nisbah yang betul supaya penghasilan aiskrim yang sempurna.
Dengan saiz yang besar, ice cream tube ini sangat sesuai untuk digunakan ketika membuat majlis bersama saudara yang besar.
Mesin aiskrim cuisinart ini dapat menghasilkan 2 liter aiskrim atau yogurt beku buatan sendiri dalam masa 25 minit saja.
Sangat mudah dikendalikan, hanya tuang bancuhan aiskrim ke dalam bekas, set menggunakan butang knob ddan biarkan mesin ini berfungsi memproses aiskrim.
Anda boleh melihat bancuhan yang cair bertukar menjadi aiskrim kerana bahagian penutup mempunyai ciri lutsinar.
Bekas yang digunakan untuk memproses aiskrim menggunakan bahan bebas BPA.
Bestnya lagi, setiap pembelian mesin aiskrim ini akan mendapat buku resepi aiskrim yang pelbagai dan warranty selama setahun.
Fungsi Mesin Aiskrim
Dulu aiskrim batang hanya boleh didapati di kedai. Kalau nak buat aiskrim sendiri pun, paling kuat pun dapat aiskrim batang yang diikat mati pada hujungnya.
Jadi, selari dengan peredaran masa dan teknologi, transformasi telah berlaku dengan mesin-mesin yang ada.
Ditambah pula apabila berada di fasa dimana semua orang perlu duduk di rumah, jadi mesin teknologi telah dicipta bagi memudahkan orang ramai.
Antaranya mesin aiskrim yang kini sudah pun ada saiz sesuai untuk digunakan di rumah.
Dengan kewujudan mesin aiskrim bersaiz kecil, anda dan keluarga boleh meluangkan masa bersama untuk menghasilkan aiskrim untuk makan bersama.
Malah, bagi ibu bapa yang masih ada anak kecil berusia 2 tahun ke bawah, boleh hasilkan aiskrim khas yang tidak mempunyai gula dan pewarna tiruan.
Bagi yang ingin mencari pendapatan lebih, mereka boleh hasilkan aiskrim dalam kualiti yang banyak dan jual di kawasan rumah.
Erti kata lain, bukan saja dapat menyejukkan tekak ketika cuaca panas tapi banyak sebenarnya fungsi mesin aiskrim ini.
Pastikan rumah korang ada satu mesin aiskrim okay?