Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Pencuci/Pembersih Wanita Terbaik di Malaysia 2024

Penting untuk anda gunakan sabun pencuci wanita yang mempunyai pH seimbang.

Penjagaan kebersihan faraj ataupun Miss V merupakan salah satu penjagaan yang amat penting bagi setiap wanita.

Kesedaran dalam hal ini perlu dipupuk sedari awal usia remaja bagi mengelakkan iritasi, masalah bau, masalah keputihan dan banyak lagi.

Terdapat beberapa faktor yang boleh jadi punca vagina berbau, antaranya gangguan pH yang menyebabkan jangkitan kuman, luka pada bahagian faraj, aktiviti harian serta pemakanan.

Untuk pengetahuan, stress atau tekanan yang tinggi juga boleh buat faraj berbau!

Tapi jangan risau, dengan adanya pelbagai pilihan pembersih wanita atau pencuci Miss V terbaik di pasaran mungkin boleh bantu anda.

Anda boleh dapatkan sabun pencuci vagina yang selamat atau pencuci alat sulit wanita gatal secara online

‌Jom lihat senarai pencuci wanita terbaik untuk memudahkan anda belinya secara atas talian.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 Pencuci Wanita Terbaik

Pencuci wanita terbaik secara keseluruhan
Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
From
RM15.83
Check Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash price below:
add_circle Membantu mencerahkan kulit di bahagian faraj
add_circle Mengandungi 99% Manjakani
add_circle Memberi rasa ‘cooling’
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Sukar didapatkan di pasaran

Sebab menjadi pilihan utama:

Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash merupakan pencuci intim wanita dengan 99% Manjakani dan ekstrak herbal tradisional, mampu berikan ketahanan wangian berpanjangan dan rasa cooling selepas penggunaan.

Ciri-ciri:

Harga produk ini dalam lingkungan harga mampu milik, jadi ia tidak membebankan anda untuk membelikan dan juga restock pada masa akan datang.

Setiap pemakaian anda akan rasa lebih segar dan bersih walaupun selepas seharian menjalani aktiviti lasak. Sangat bagus!

Selain itu, penggunaan yang konsisten juga dapat bantu anda mencerahkan dan memberikan kelembutan kulit di bahagian intim. 

Menarik lagi, antara bahan yang terkandung dalam sabun pencuci wanita ini ialah Labisia Pumila atau Kacip Fatimah.

Bahan ini secara tradisinya digunakan untuk membantu sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan wanita. 

Tambahan lagi, ia turut membantu mencerahkan kulit celah peha serta melicinkan kulit, jadi kewanitaan anda akan lebih terserlah dan memukau pasangan.

Review:

"Best pakai sebab rasa sejuk je. Bau pun wangi, rasa ringan dan bersih je. Harga pun berbaloi memang akan repeat lagi."

Pencuci wanita untuk kulit sensitif
Sebamed Feminine Intimate Wash pH 3.8 (Sensitive)
Sebamed
From
RM28.90
Check Sebamed Feminine Intimate Wash pH 3.8 (Sensitive) price below:
add_circle Tekstur gel
add_circle Kurangkan rasa gatal
add_circle Mengandungi Aloe Barbardensis dan Bisabolol
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering

Sebamed Feminine Intimate Wash antara sabun pencuci wanita yang popular kerana 100% bebas sabun, pewarna and mempunyai nilai pH 3.8.

Dengan paras pH ini akan melindungi kawasan faraj dengan mengekalkan keseimbangan ekologi mikroflora supaya bahagian peribadi anda tidak mudah berbau dan mengalami masalah keputihan yang teruk.

Sifat antibakteria Alpha Bisabolol akan membantu sebarang kerengsangan manakala kandungan Chamomile pula akan memberi rasa lembut pada bahagian intim. 

Sabun pencuci wanita ini sangat disyorkan untuk digunakan terutamanya semasa kitaran haid berlaku kerana boleh mengurangkan bau haid dan anda akan rasa selesa ketika memakai pad.  

Paling penting, Sebamed Feminine Intimate Wash telah diuji secara dermatologi, ginekologi dan juga secara klinikal, jadi selamat untuk digunakan. 

Pencuci wanita yang selamat
Dr. Wolff's Vagisan Intimate Wash Lotion
Dr. Wolff's Vagisan Intimate Wash Lotion
From
RM29.93
Check Dr. Wolff's Vagisan Intimate Wash Lotion price below:
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
add_circle Mengandungi ekstrak chamomile
add_circle Sesuai untuk kulit kering
remove_circle Ada bahan pewangi

Dr. Wolff's Vagisan Intimate Wash Lotion berbau wangi, mempunyai tekstur yang lembut dan boleh berikan anda kesegaran yang berpanjangan.

Pencuci wanita ini sesuai untuk kegunaan harian untuk kurangkan rasa tidak selesa pada bahagian intim anda dan elakkan iritasi.

Cucian yang konsisten akan memberi kesegaran dan perlindungan acid mantle di bahagian faraj anda. 

Jadi, anda tidak perlu risau tentang bau yang kurang menyenangkan terutamanya ketika datang bulan.

Dengan ekstrak Chamomile, pencuci wanita ini akan membantu melembutkan kulit pada bahagian faraj dan memastikan faraj anda di paras tidak lebih daripada pH 5.

Pencuci wanita organik
Sumber Ayu Triple Whitening Feminine Wash
Sumber Ayu Triple Whitening Feminine Wash
From
RM7.90
Check Sumber Ayu Triple Whitening Feminine Wash price below:
add_circle Mengandungi ekstrak Bengkoang dan Chamomile
add_circle Formula pH 3.5
add_circle Halal
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Sumber Ayu Ramuan Kayu Rapet Manjakani adalah pembersih wanita yang diformulasikan dengan ekstrak daun sirih semula jadi.

Pencuci wanita ini bertindak sebagai anti bakteria yang merawat dan melindungi bahagian intim wanita. 

Anda tidak perlu risau kerana sabun pencuci wanita ini mempunyai formula pH 3.5 yang sesuai dengan paras semula jadi bahagian intim wanita.

Mengandungi bahan semula jadi seperti ekstrak Bengkoang dan Chamomile yang akan beri kesegaran dan keselesaan yang berkekalan.

Turut membantu mencerahkan kulit di sekitar area kewanitaan yang menggelap akibat gesekan dengan kulit dan pakaian.

Selain membersihkan bahagian faraj, sabun pencuci wanita ini juga mengurangkan bau hamis akibat keputihan yang dikeluarkan oleh faraj.

Pencuci wanita untuk ibu hamil
EVAS PEDISON Maternity Pure Feminine Cleanser
PEDISON Maternity Pure Feminine Cleanser
From
RM31.90
Check EVAS PEDISON Maternity Pure Feminine Cleanser price below:
add_circle Bau wangi herba
add_circle Sesuai untuk penjagaan intim yang sensitif
add_circle Seimbangkan paras pH
remove_circle Wangian herba mungkin tak disenangi sesetengah orang

EVAS PEDISON Maternity Pure Feminine Cleanser telah mempunyai lebih 40 tahun pengalaman di Korea dan terbukti memberi iritasi yang rendah dengan ujian klinikal!

Diformulasikan dengan ekstrak brokoli, alfalfa, gandum dan lobak putih, pencuci wanita ini mengutamakan penjagaan intim yang sensitif. 

Turut mempunyai paras pH yang optimum antara 3.5 hingga 4.5, EVAS PEDISON Maternity Pure Feminine Cleanser bantu mengawal keseimbangan bakteria baik dan sel yis di faraj.

Sabun pencuci wanita ini juga bantu untuk mengurangkan bau, rasa gatal akibat keputihan dan elak kekeringan kulit akibat geseran antara kulit dan seluar dalam.

Anda juga boleh gunakan sabun ini untuk mengurangkan rasa tidak selesa ketika datang haid yang mungkin mengubah paras pH bahagian intim anda. 

Pembersih wanita bebas sabun
Betadine Feminine Wash Foam Fresh and Active Lemon Verbena
Betadine Feminine Wash Foam Fresh and Active Lemon Verbena
From
RM14.60
Check Betadine Feminine Wash Foam Fresh and Active Lemon Verbena price below:
add_circle Bebas sabun, paraben & pewarna
add_circle Mengandungi probiotik
add_circle Hypo-allergen
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil

Betadine Feminine Wash Foam Fresh and Active Lemon Verbena telah diuji secara dermatologi, ginekologi dan klinikal, jadi selamat untuk digunakan. 

Sabun pencuci wanita ini sesuai untuk mereka yang aktif bersukan yang boleh menyebabkan peluh yang banyak, terutamanya di bahagian intim yang menyebabkan rasa tidak selesa.

Betadine Feminine Wash Foam Daily Use Fresh and Active Lemon Verbena ini dirumus khas untuk kesan kesegaran yang lebih lama sambil memastikan paras pH anda stabil.  

Pencuci wanita ini juga bebas sabun, paraben dan pewarna menjadikannya sesuai digunakan oleh anda yang memiliki kulit sensitif. 

Turut mengandungi probiotik yang juga dipercayai dapat membantu menstabilkan pH faraj anda dengan mendorong pertumbuhan bakteria sihat. 

Pencuci wanita selepas bersalin
Tanamera Feminine Herbal Wash
Tanamera Feminine Herbal Wash
From
RM47.30
Check Tanamera Feminine Herbal Wash price below:
add_circle Aroma pelbagai herba
add_circle Didapati dalam bentuk sachet
add_circle Ada 2 cara penggunaan
remove_circle Bau herba kuat

Tanamera terkenal di kalangan wanita dalam pantang untuk bantu menggalakkan penyembuhan luka dan jahitan serta mengurangkan bengkak dalaman dan luar.

Dalam setiap sachet ini ada minyak pati yang kaya dengan campuran herbal aromatik yang akan memulihkan dan menyahbau pada bahagian intim. 

Tanamera Feminine Herbal Wash juga mempercepatkan proses mengecutkan tisu serat dan menggalakkan pengukuhan otot di bahagian intim. 

Jika digunakan semasa berpantang, anda boleh segarkan kembali bahagian intim untuk jadikannya lebih bersih, kurang bengkak dan tidak berbau.

Menariknya, ada 2 cara penggunaan, pertama anda rendamkan sachet selama 10 minit dengan air panas dan terus bilas bahagian faraj menggunakan air rendaman tadi.

Cara kedua pula, anda didihikan 1 sachet selama 10 minit, tuang air didihan tadi ke dalam 1 liter air dan rendamkan bahagian faraj anda di dalam takungan air herba tadi.

Pencuci wanita terbaik Watsons
Good Virtues Co. Feminine Hygiene Wash
Good Virtues Co. Feminine Hygiene Wash
From
RM6.99
Check Good Virtues Co. Feminine Hygiene Wash price below:
add_circle Mengandungi ekstrak tea tree oil dan Habbatussauda
add_circle 100% tanpa sumber bahan dari haiwan
add_circle Bebas dari SLE, ALE, parabens, Triclosan dan pewarna sintetik
remove_circle Tekstur cair

Pencuci wanita ini diformulasikan dengan minyak Habbatussauda organik yang akan membersihkan kawasan faraj secara mendalam.

Pencuci wanita ini juga bantu untuk mengekalkan nilai pH yang seimbang untuk kesegaran yang berpanjangan.

Ekstrak aloe vera dan calendula pula akan merawat kulit yang sensitif dan gatal untuk memastikan kulit bahagian faraj tidak mudah iritasi.

Ekstrak Himalaya semula jadi pula akan membantu mencerahkan kulit di sekitar kulit bahagian intim dengan lebih baik.

Paling penting, sabun pencuci wanita ini bebas paraben, SLES dan pewarna tambahan menjadikannya sesuai digunakan untuk kulit sensitif. 

Menarik lagi, dengan penggunaan yang konsisten akan membersihkan bahagian faraj tanpa mengeringkan kulit anda dan mengurangkan masalah keputihan yang berbau.

Pencuci wanita terbaik untuk gatal
Libresse SensitiV Wash
Libresse SensitiV Wash
From
RM14.60
Check Libresse SensitiV Wash price below:
add_circle Bebas pewangi dan pewarna
add_circle Diuji secara dermatologi
add_circle Hypoallergenic
add_circle Botol bersaiz besar
remove_circle Harga sedikit mahal

Libresse SensitiV Wash memiliki tekstur gel yang lembut pada kulit dan bebas pewangi dan pewarna tambahan. 

Dengan haruman yang tidak berlebihan, sabun pencuci wanita ini baik untuk kulit sensitif dan memastikan paras pH seimbang selepas penggunaan. 

Ini merupakan sabun pencuci wanita Hypoallergenic yang terkenal di Malaysia dan paling penting telah diuji secara dermatologi. 

Untuk pengetahuan, Hypoallergenic ialah untuk menyatakan bahawa kandungan bahan yang terdapat dalam produk ini tidak menyebabkan liang pori tersumbat, tidak mengalami masalah reaksi alergi atau iritasi kulit. 

Walaupun harganya sedikit mahal, tetapi dengan saiz botolnya yang besar berbanding jenama lain menjadikannya berbaloi untuk anda cuba.

Pencuci herba
Dherbs Perawan Herbal Feminine Foam
Dherbs Perawan Herbal Feminine Foam
From
RM28.00
Check Dherbs Perawan Herbal Feminine Foam price below:
add_circle Bau wangi
add_circle Rasa sejuk berangin sepanjang hari
add_circle Memelihara pH dan keseimbangan Miss V
add_circle Diformulasikan dari bahan semula jadi
add_circle Miss V lebih segar, lembut dan gebu
remove_circle Sukar didapatkan di pasaran

Pencuci wanita Dherbs dihasilkan dengan formulasi form terbaru yang mengandungi kacip fatimah, daun sireh dan manjakani.

Ia membantu mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual.

Daun sireh berkhasiat menghilangkan bau badan yang ditimbulkan oleh bakteria.

Manjakani mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin.

Tambahan pula, pencuci Miss V membantu menghilangkan keputihan dan kegagalan pada bahagian Miss V serta menyingkirkan bakteria.

Sesuai untuk anak dara, mak dara & wanita mengandung yang alami masalah derita keputihan yang terpaksa pakai panty liner 24 jam.

Pencuci wanita dermatologis
Lactacyd Odor Fresh 24 Hours
Lactacyd Odor Fresh 24 Hours
From
RM28.75
Check Lactacyd Odor Fresh 24 Hours price below:
add_circle Dengan ekstrak susu semula jadi
add_circle Diuji secara dermatologi
add_circle Bau wangi
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
remove_circle Sukar didapatkan di pasaran

Ingin kekal segar dan bersih sepanjang hari? Cuba je pencuci wanita Lactacyd Odor Fresh.

Diperkaya dengan 10% pelembap susu tambahan yang mengunci kelembapan empat kali ganda dan memastikan kawasan intim lembut.

Dengan ekstrak susu semula jadi seperti asid laktik dan laktoserum, produk ini melindungi daripada kerengsaan dan mengekalkan keseimbangan pH di bahagian intim.

Turut mengandungi pati herba tambahan untuk aroma wangian herba dan perlindungan tahan lama.

Terbukti secara dermatologi selamat untuk kawasan paling intim dan hypoallergenic sehingga boleh digunakan setiap hari, walaupun semasa haid.

Sesuai untuk wanita aktif yang sentiasa dalam perjalanan dan ingin kekal segar tanpa rasa tidak selesa, gatal-gatal atau bau tidak menyenangkan.

Pencuci wanita dewasa
HH Intimate Wash + Soothing Spray + Serum
HH Intimate Wash + Soothing Spray + Serum
From
RM357.00
Check HH Intimate Wash + Soothing Spray + Serum price below:
add_circle Antibakteria dan anti-gatal
add_circle Wangian menyenangkan
add_circle Rasa sejuk yang menyegarkan
add_circle Sebagai pengganti gel mandian
remove_circle Harga mahal

Bagi mereka yang ingin membersihkan kawasan intim dan menangani masalah gatal-gatal, bau, jangkitan, atau keputihan berlebihan, beli je pencuci wanita HH Herb & Health ini.

Produk ini mengandungi bahan antibakteria yang memberikan lapisan perlindungan tambahan dan mengelakkan bakteria memasuki kawasan intim.

Ditambah lagi, minyak pati semula jadi untuk wangian tahan lama dan bahan pemutih yang diluluskan.

Ia berkesan melawan bakteria, mengurangkan keputihan, memutih dan menegangkan kulit serta memberikan rasa sejuk yang menyegarkan.

Selepas itu, gunakan soothing spray yang bersifat anti-bakteria dan anti-gatal yang boleh menghilangkan bau dan memberikan haruman segar selama 24 jam.

Spray sahaja selepas keluar membuang air, berenang, mandi, bersenam atau semasa period.

Hadir dalam tujuh pilihan feminine wash termasuk Citrus Cool, Fresh Floral, Woody, Freesia, Lavender, Rose dan Woodland Breeze.

Setiap pembelian akan menerima pencuci wanita, soothing spray dan whitening firming serum.

Walaupun harganya agak mahal, tetapi ia mendapat banyak ulasan yang positif daripada pengguna.

Pencuci wanita untuk hilangkan gatal
Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash.jpg
From
RM18.97
Check Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash price below:
add_circle Murah
add_circle Aroma wangian bunga
add_circle Bersifat antiseptik dan anti-kulat
add_circle Menenangkan kulit dan meredakan iritasi
remove_circle Produk cepat habis

Kepada gadis di luar sana yang mengalami masalah kulit gatal di bahagian intim, pencuci wanita Cosmoderm adalah pilihan yang bagus untuk anda.

Diformulasi dengan bahan semula jadi seperti ekstrak aloe vera, tea tree oil dan chamomile.

Dengan formula yang lembut dan nyaman, pembersih wanita ini sesuai untuk setiap peringkat umur.

Selain itu, mempunyai sifat antiseptik dan anti-kulat yang mempunyai sensasi penyejuk, boleh seimbangkan kadar pH, lembut pada kulit serta bebas paraben.

Produk ini akan mengelakkan kekeringan dan meredakan iritasi yang diakibatkan oleh kegatalan pada kawasan intim anda.


Apakah pH Yang Sesuai Untuk Pencuci Wanita? 

Anda tertanya berapakah jumlah pH yang sesuai untuk pencuci wanita? Paras pH yang seimbang adalah sekitar 3.5 hingga 4.5 sahaja. 

Ini kerana bahagian intim wanita memiliki paras keasidan semula jadi yang lebih rendah daripada bahagian tubuh lainnya. 

Oleh itu, pH yang lebih rendah akan bantu menjaga keseimbangan flora bakteria sihat di bahagian intim dan mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya atau infeksi.

Pencuci wanita dengan pH sekitar 3.5 hingga 4.5 akan bantu menjaga paras pH semula jadi bahagian intim wanita.

Selain itu, dapat bantu mencegah iritasi atau ketidakseimbangan pH yang dapat menyebabkan masalah seperti keputihan abnormal atau infeksi. 

Penting untuk anda gunakan pencuci wanita yang diformulasi khas untuk bahagian intim dan mengandungi bahan-bahan yang lembut dan tidak menyebabkan iritasi.

Bagaimanapun, setiap wanita memiliki sensitiviti kulit yang berbeza, jadi jika anda memiliki kulit yang sangat sensitif atau ada alergi tertentu, disarankan untuk dapatkan konsultasi daripada doktor.


Cara-cara Memilih Jenama Pencuci Wanita Terbaik

Berikut beberapa panduan untuk memilih feminine wash terbaik:

  1. Pilih jenama yang menggunakan bahan semula jadi yang lembut pada kulit seperti sireh, ekstrak susu, aloe vera, manjakani atau ramuan herba lain. Elakkan bahan kimia keras.
  2. Berikan tumpuan pada produk yang direka khas untuk mengekalkan keseimbangan pH.
  3. Pilih pencuci wanita tanpa pewangi, glycerin, paraben, SLS, pewarna dan bahan pengawet tambahan. Ini dapat mengelakkan kerengsaan dan alahan.
  4. Baca label dengan teliti untuk pastikan tiada bahan yang boleh mengeringkan atau iritasi pada kulit sensitif di kawasan intim.
  5. Pertimbangkan produk yang telah disahkan selamat dan diuji dermatologis.
  6. Berikan tumpuan pada jenama yang telah lama bertapak dan mendapat ulasan positif.

Nasihat kami, rujuk doktor atau pakar perubatan sebelum menggunakan feminine wash.


Apakah Fungsi Pencuci Wanita?

Salah satu fungsi pencuci wanita ialah menjaga kesihatan bahagian keintiman wanita. 

Produk ini boleh menyingkirkan sel kulit mati, membersihkan kotoran, keputihan dan bau yang tidak diingini di bahagian faraj atau Miss V. 

Selain itu, ia turut membantu mengekalkan pH pada kadar yang sesuai dan seimbang. 

Ini penting untuk mencegah jangkitan bakteria jahat yang mengakibatkan kegatalan atau bau yang tidak enak.

Sesetengah pencuci vagina mengandungi bahan yang mencerahkan kulit, antioksidan dan menghilangkan bakteria.

Akhir sekali, ia turut berfungsi menghilangkan masalah bau dan ketidakselesaan, serta mengembalikan keyakinan wanita dan rasa segar sepanjang hari.


Boleh Ke Guna Pencuci Wanita Setiap Hari?

Menggunakan pencuci wanita setiap hari tidak digalakkan kerana boleh merengsakan kulit sensitif di bahagian intim dan mengganggu keseimbangan pH.

Namun, jika terpaksa membersihkan diri setiap hari seperti ketika haid atau masalah ketidakselesaan, lebih baik gunakan pencuci wanita bersifat organik, formula lembut dan mengandungi ramuan herba atau bahan semula jadi.

Elakkan pencuci wanita yang mengandungi paraben, alkohol atau bahan kimia yang boleh mengeringkan kulit.

Pastikan membilas bersih selepas menggunakan pencuci untuk mengelakkan rasa terbakar atau gatal-gatal.

Malah, hanya basuh kawasan intim dengan air paip sudah memadai.

Jom lihat video di bawah untuk penerangan lebih lanjut.


Tips Mencuci Vulva Dengan Selamat Menggunakan Feminine Wash Terbaik

Sebelum membersihkan kawasan intim, anda perlu tahu perbezaan antara vulva dan vagina.

Vulva merujuk bahagian luar berdekatan vagina termasuk klitoris dan labia yang perlu dibersihkan.

Vagina pula bahagian dalam yang tidak sepatutnya disentuh kerana mempunyai mekanisme pembersihan sendiri yang tidak memerlukan pencucian.

Berikut adalah beberapa tips untuk mencuci vulva dengan selamat menggunakan feminine wash terbaik:

  1. Basuh hanya di luar kawasan vulva sahaja. 
  2. Gunakan feminine wash yang mengandungi bahan semula jadi atau air suam.
  3. Basuh dengan lembut menggunakan jari dan bilas dengan air bersih sehingga tiada sisa feminine wash selepas basuhan. 
  4. Keringkan menggunakan tisu atau tuala lembut. 
  5. Berhenti guna produk jika rasa pedih atau gatal berterusan.
  6. Elak membasuh vulva terlalu kerap dalam sehari. 2-3 kali sehari sudah memadai untuk kebersihan diri. 
  7. Pastikan pembersih wanita belum tamat tempoh dan tutup dengan ketat selepas digunakan untuk mengelakkan bakteria asing.

Selain mencuci bahagian intim, anda juga perlu gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada cotton dan elakkan memakai pakaian ketat.

Tambah lagi, tukar pakaian secepatnya jika berpeluh atau rasa basah.

Jangan sesekali menggunakan tisu basah, minyak pati atau menyembur sebarang produk yang mempunyai pewangi pada bahagian intim.


Artikel Berkaitan

End of Article