Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pad wanita terbaik

12 Tuala Wanita (Pad) Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Bagus

Malangnya, masih ada lagi wanita di luar sana masih tidak tahu mana satu pad yang bagus.

Wanita dan pad tak dapat dipisahkan kerana setiap bulan pasti akan ‘menemani’ mereka.

Malangnya, masih ada lagi wanita di luar sana masih tidak tahu mana satu pad yang bagus.

Tapi perkara utama yang perlu ditekankan adalah tuala wanita tersebut mampu menampung darah kotor yang banyak selama berjam lamanya dan tidak mudah bocor.

Jadi, kami bantu anda senaraikan jenama tuala wanita terbaik untuk anda pilih.


Senarai 12 Jenama Tuala Wanita Terbaik

Pad terbaik secara keseluruhan
Libresse
Libresse Maxi Wing 24cm (3x16s)
mulai
RM13.50
Semak Libresse Maxi Wing 24cm (3x16s) harga dibawah:
add_circle Saiz 24cm
add_circle Mempunyai sayap
add_circle 48 keping pad dalam pek
add_circle Sesuai untuk aliran darah sederhana
remove_circle Tidak sesuai untuk penghujung tempoh period

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Direka berdasarkan bentuk badan wanita agar pad akan tetap di tempatnya dan tak bergerak walaupun aktif sepanjang hari.

Ciri-ciri:

Jenama tuala wanita terbaik di Malaysia ini direka dengan SecureFit di mana mempunyai bahagian depan yang lebih lebar agar muat dengan baik. 

Manakala bahagian tengahnya pula lebih sempit agar muat dengan elok di antara paha. Bahagian belakang juga ada belahan supaya rapat dengan punggung si pemakai. 

Hasilnya, tiada lagi masalah kebocoran malah terdapat sistem Deep Flow Channels yang menyerap darah dengan cepat.

Kemudian cecair yang keluar, akan disalurkan sebaik mungkin dan meresap dengan baik.

Review;

‘Memang jadi produk kegemaran saya sebab penyerapannya sangat terbaik. Pakai pun rasa kemas dan selesa. Beli bundle pack macam ni lagi murah,’

mulai
RM11.92
Semak The Hive Waterproof, Reusable, Washable Sanitary Pad Menstrual Period (1pcs) harga dibawah:
add_circle Tahan hingga 10 tahun
add_circle Tak mudah bocor
add_circle Lembut pada kulit
add_circle 3 pilihan saiz, liner, regular & large
add_circle Bebas daripada bahan kimia bahaya
remove_circle Tidak boleh dibasuh dengan pelembut fabrik & peluntur

Tuala wanita fabrik kalis air ini sesuai untuk anda yang nak menjimatkan wang sebab tak perlu beli pad setiap  bulan.

Ini kerana pada ini direka boleh digunakan semula selepas dibasuh dan lapisan atas diperbuat daripada material microfleece.

Malah boleh dilipat semula dan dilengkapi dengan butang untuk memudahkan anda pakai bersama seluar dalam. 

Jangan risau tentang bocor sebab bahagian dalamannya sangat menyerap. 

Sesuai untuk gadis yang memiliki kulit yang sensitif kerana pad The Hive ini jenis hypoallergenic

Dengan pad yang hadir dengan pelbagai corak dan warna menarik ini, sampah tuala wanita pakai buang boleh dikurangkan, jadi alam sekitar lebih terjaga.

Sofy Anti-Bacterial Body Fit Night Slim Wing (42.5cm)
mulai
RM7.70
Semak Sofy Anti-Bacterial Body Fit Night Slim Wing (42.5cm) harga dibawah:
add_circle Menyerap dengan pantas
add_circle Harga murah
add_circle Ada sayap
add_circle Pad sangat panjang, 42cm
remove_circle Tidak sesuai untuk darah sikit

Tidur tak selesa ketika datang haid sebab takut kebocoran pada tengah malam? 

Usah risau, tak akan ada masalah tersebut dengan adanya pad Sofy yang panjangnya hingga 42 cm ini. 

Jenama pad nombor 1 di Jepun ini direka dengan 360° Anti-Bocor, jadi anda boleh tidur atau bergerak dengan bebas tanpa risau tentang kebocoran. 

Paling best, diperbuat daripada lapisan anti bakteria tanpa pewangi di mana dapat mengurangkan pembiakan bakteria akibat darah kotor. 

Hasilnya, bau busuk juga dapat dihalang.

Bobble Organic Cotton Sanitary Pads - Heavy Flow
mulai
RM19.90
Semak Bobble Organic Cotton Sanitary Pads - Heavy Flow harga dibawah:
add_circle Hypoallergenic
add_circle Kulit boleh bernafas
add_circle Sangat menyerap
add_circle Bebas daripada klorin & pewarna
add_circle Menghalang pertumbuhan bakteria
remove_circle Harga mahal

Tuala wanita Bobble ini sesuai untuk anda yang suka guna produk bahan organik kerana diperbuat daripada 100% kapas organik. 

Selain boleh dipakai ketika haid, juga boleh digunakan lepas bersalin terutamanya ketika 2 minggu selepas melahirkan kerana lembut pada kulit. 

Direka dengan sayap dan bahagian belakang yang lebar agar tak mudah bocor. 

Terdapat jalur arang buluh pada pad bersaiz 330mm yang akan mengawal bau busuk akibat darah kotor. 

Sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai aliran darah yang banyak setiap kali datang bulan. 

Bagaimanapun, hanya terdapat 10 keping pad dalam setiap bungkusan.

Kotex Proactive Guard Overnight Wing 41CM (12S x 1 Pack)
mulai
RM11.90
Semak Kotex Proactive Guard Overnight Wing 41CM (12S x 1 Pack) harga dibawah:
add_circle Cepat menyerap
add_circle Bahagian belakang pad lebih lebar
add_circle Sesuai juga dipakai pada waktu siang

Jadikan pad Kotex ini sebagai teman baik setiap kali datang bulan kerana memiliki saiz 41cm.

Kepanjangan pad ini boleh mengelakkan masalah kebocoran terutamanya pada waktu malam. 

Malah tuala wanita overnight ini mempunyai sayap lembut pada bahagian sisi pad yang akan naik dengan sendirinya apabila terkena darah supaya tak bocor. 

Selain itu, lembut pada kulit, jadi memang selesa dipakai. Tidur anda akan jadi lebih nyenyak lepas ni.

Tuala wanita yang sesuai selepas bersalin
mulai
RM16.80
Semak Lunavie Premium Maternity/Overnight Pads (36cm) harga dibawah:
add_circle Anti-bocor
add_circle Hypoallergenic
add_circle Lembut pada kulit
add_circle Diperbuat daripada 100% kapas
add_circle Mempunyai sayap
remove_circle Harga mahal

Bagi wanita yang baru bersalin, amat disarankan untuk guna jenis pad wanita terbaik ini.

Saiznya sangat besar dan panjang iaitu 36cm akan menghalang kebocoran daripada berlaku.

Malah mempunyai permukaan jenis anti-bakteria yang akan melindungi miss V daripada menghadapi masalah kulit akibat kuman atau gatal-gatal. 

Walaupun nipis, tapi  mampu menyerap darah kotor dengan baik. 

Jadi sesuai juga dipakai oleh wanita yang datang haid dengan aliran darah yang banyak.

mulai
RM7.90
Semak BEESON Maxicare Maternity Loop Pad harga dibawah:
add_circle 10 keping dalam 1 pek
add_circle Sangat menyerap
add_circle Lembut & berkusyen agar selesa
add_circle Sesuai untuk selepas bersalin
remove_circle Tiada sayap

Produk jenama Beeson ini direka untuk anda gemar memakai tuala wanita jenis bertali. 

Jadi, sesuai dipakai oleh ibu melahirkan yang memiliki aliran darah yang banyak dan normal. 

Memang disarankan untuk kegunaan ibu melahirkan di hospital. Bukan itu sahaja, mempunyai penutup yang nipis dan kering.

Saiznya agak panjang iaitu 230mm yang akan mengurangkan masalah kebocoran. 

Cara pemakaiannya sangat mudah, sama seperti pakai pad biasa, cuma tali di kiri dan kanannya perlu diikat pada pinggang dengan kemas. 

Blossom Day Use Ultra Thin Wing Cottony Surface (20PCS)
mulai
RM14.99
Semak Blossom Day Use Ultra Thin Wing Cottony Surface (20PCS) harga dibawah:
add_circle Panjang 245mm
add_circle Tak mudah bocor
add_circle Untuk kegunaan siang hari
add_circle Direka dengan jalur pelekat
remove_circle Kurang sesuai dipakai waktu malam

Walaupun nipis, tuala wanita Blossom ini mempunyai lapisan unik yang akan menyebarkan cecair idengan rata agar kebocoran tidak berlaku. 

Lagi menarik, permukaannya mempunyai daya serap dan daya simpan darah kotor yang tinggi. 

Ini kerana diperbuat daripada permukaan kapas yang lembut dan ada aliran udara yang khas agar sesuai dengan kulit wanita yang halus.

Selain itu, anti-bakteria, jadi kulit anda tak akan mudah gatal kerana pembiakan bakteria dapat dihalang manakala bau yang tidak enak juga boleh dihapuskan.

Korea Organic Cotton Sanitary Pad Sojunghanday
mulai
RM14.80
Semak Korea Organic Cotton Sanitary Pad Sojunghanday harga dibawah:
add_circle Diperbuat dari 100% kapas organik
add_circle Tak mudah bocor di sisi
add_circle Ada sayap lembut
add_circle Anti geseran
remove_circle Harga mahal

Pad terbaik dari Korea ini pula ada banyak pilihan saiz. Antaranya 24cm, 28cm dan 32cm untuk kegunaan waktu malam.  

Sangat sesuai dipakai oleh wanita yang memiliki kulit sensitif kerana tidak menyebabkan kegatalan atau bau busuk. 

Jangan risau, boleh dipakai dengan selesa walaupun ketika hari aliran darah yang banyak. 

Malah, mampu menyerap cecair kotor dengan baik dan bahagian belakangnya memberikan aliran udara kepada si pemakai. 

Initimate Nitelong Maxi Wing SF 3x14’s
mulai
RM15.99
Semak Initimate Nitelong Maxi Wing SF 3x14’s harga dibawah:
add_circle Boleh dibasuh
add_circle Untuk kegunaan waktu malam
add_circle Permukaan pad lembut bak kapas
add_circle Memerangkap cecair di dalam supaya tak keluar semula

Inginkan pembelian tuala wanita yang berbaloi, kami sarankan untuk dapatkan pad Intimate 280mm yang dijual dalam value pack ini. 

Sesuai dipakai ketika siang hari terutamanya pada hari pertama dan kedua datang bulan ketika aliran darah masih banyak. 

Direka dengan sayap berbentuk seperti rama-rama yang akan mengekalkan pad pada kedudukan asalnya.

Mala geseran juga berkurangan walaupun anda aktif bergerak. Sesuai untuk gadis aktif.

Turut ada lubang-lubang mini yang akan menyerap cecair dengan sempurna. 

Malah terdapat ciri Fold Swift Channel pada pad yang bertindak sebagai penyekat kebocoran.

Enya Premium Organic Cotton Sanitary Pads Mix Box
mulai
RM20.90
Semak Enya Premium Organic Cotton Sanitary Pads Mix Box harga dibawah:
add_circle Ada sayap
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Ada saluran U untuk elak bocor
add_circle Pelekat yang kuat agar pad tak bergerak
add_circle Bebas daripada pewangi, paraben & klorin
remove_circle Harga mahal

Apa salahnya berbelanja lebih untuk keselesaan ketika datang bulan kan? 

Jadi dapatkan pad jenama Enya yang dihasilkan daripada bahan premium ini. 

Memang harganya mahal tapi anda akan dapat 6 keping tuala wanita saiz 24cm untuk kegunaan siang dan 6 pad bersaiz 28.5cm untuk waktu malam. 

Bahagian lapisannya diperbuat daripada 100% kapas organik tanpa dioxin, memang lembut dan selesa dipakai dan tiada iritasi. 

Walaupun nipis tapi mempunyai kadar penyerapan yang tinggi iaitu 80ml untuk pad siang dan 120ml untuk pad malam.

Laurier Ultra Slim Wing (22cmx36s)
mulai
RM11.50
Semak Laurier Ultra Slim Wing (22cmx36s) harga dibawah:
add_circle Menyerap 2X lebih cepat
add_circle Ada 36 keping pad dalam pek
add_circle Mempunyai sayap nipis
add_circle Rekaan permukaan berlian
remove_circle Tidak sesuai untuk awal period

Untuk yang sedang mencari pad yang bagus dan mudah digunakan, boleh dapatkan tuala wanita Laurier yang senang dicuci ini. 

Selesa dipakai dalam tempoh yang lama walaupun saiznya sepanjang 22cm.

Saiz ini sesuai digunakan oleh wanita yang memiliki aliran darah normal atau sikit. 

Bagaimanapun telah direka dengan sistem Quick Lock dan mempunyai daya serap ekstra agar kebocoran tak mudah berlaku.


Perbezaan Antara Tuala Wanita Dan Pad Bersalin? 

Tuala bersalin atau maternity pad dipakai oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak kerana darah nifas. 

Manakala tuala wanita atau sanitary pad pula dipakai oleh wanita atau gadis setiap bulan ketika datang haid. 

Dari segi rekaan luarannya, kedua-dua pad ini adalah sama dan fungsinya juga serupa iaitu menyerap darah kotor. 

Tapi selalunya, maternity pad lebih lembut, lebih panjang dan lebih tebal berbanding tuala wanita biasa.

Ini kerana untuk menyerap lebih banyak darah nifas yang keluar. 

Selain itu, maternity pad juga direka khas lembut agar tidak akan merengsakan bahagian jahitan selepas bersalin. 

Apa pun, jom tonton video di bawah untuk mengetahui jenis tuala wanita.


Artikel Berkaitan

End of Article