Tidur merupakan satu aktiviti yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Tapi terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti.
Salah satunya adalah penggunaan bantal kepala atau bantal tidur terbaik yang menggunakan bahan serta reka bentuk terbaik.
Bukan apa, tanpa bantal terbaik atau bantal peluk, kualiti tidur akan terganggu dan ini akan menjejaskan aktiviti atau mood seharian kita.
Jom lihat senarai jenama bantal tidur terbaik dan harga bantal yang boleh membantu anda dalam mendapatkan tidur yang berkualiti dan nyenyak.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 16 Bantal Tidur Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Bantal yang sangat empuk dan selesa digunakan untuk tidur berkualiti serta menjaminkan keselesaan tengkuk dan tulang belakang anda.
Ciri-ciri:
The Sultan merupakan salah satu jenama bantal premium yang telah digunakan di beberapa buah hotel di Malaysia seperti Royale Chenang Resort dan Intekma Resort Shah Alam.
Apa yang unik tentang bantal ini adalah material yang digunakan adalah bulu itik sintetik di mana menjadikan bantal jenama ini sangat lembut dan tidak berbau.
Malah bantal ini juga anti-bakteria, anti-habuk dan anti-hama habuk jadi anda boleh gunakannya dengan selamat dan tidak perlu risau tentang kesihatan anda.
Proses pencucian juga amat mudah kerana bantal The Sultan boleh dibasuh menggunakan mesin basuh biasa dan juga mesin dryer.
Review:
“Jujur cakap bila guna bantal ni memang sedap tidur dan susah nak bangun!”
Bantal ini telah mendapat pengesyoran dari ramai pakar Kiropraktik kerana mampu membantu anda dapat tidur berkualiti dan lebih nyenyak.
Bukan itu saja, bantal ini mampu memberikan sokongan bahagian tengkuk dan tulang belakang.
Material yang digunakan adalah dari fabrik gentian buluh dan kapas dimana dapat memberikan kelembutan yang luar biasa.
Bantal ITATA ini juga mempunyai reka bentuk ergonomik dan harganya sama sahaja seperti bantal biasa di luar sana.
Tempur Neck Pillow merupakan bantal yang diimport dari Denmark dan bantal ini telah terbukti dapat mengurangkan dengkuran sebanyak 75%!
Tidak kiralah anda tidur mengiring atau secara normal, bantal ini dapat membantu selarikan semula tulang belakang anda ketika baring.
Bantal ini juga akan melembung secara semula jadi bagi memastikan otot leher dan bahu anda berehat sepenuhnya.
Apa yang lebih menarik, jenama Tempur adalah antara brand bantal yang diiktiraf oleh NASA dan disahkan oleh The Space Foundation.
Sonno merupakan jenama bantal yang terkenal dalam memastikan pengguna mendapat tidur yang selesa dan berkualiti.
Ini kerana bantal ini jenis memory foam dan telah diperakui 100% CertiPUR-US dimana mampu melengkung mengikut bentuk leher dan kepala bagi memastikan anda boleh berehat dengan selesa.
Malah dapat memberikan sokongan bahagian tulang belakang agar selari ketika tidur.
Bantal Sonno juga mempunyai bahan yang dapat menghalang hama, habuk dan kulat, jadi tiada lagi kerisauan terhadap kebersihan bantal anda.
Bantal ergonomik yang menggabungkan memory foam dan gel penyejuk dalam satu bantal memberikan keselesaan optimal.
Memory foam bakal membuai kepala, bahu, dan leher anda sekaligus melegakan tekanan serta mengurangkan ketegangan ketika tidur.
Bantal ini juga mampu mengekalkan suhu sekata kerana terdapat lubang kecil bahagian terasnya yang membolehkan udara bergerak untuk menghilangkan kelembapan.
Gel penyejuk pula memberikan permukaan tidur yang sejuk walaupun cuaca panas.
Jangan risau bantal ini mudah dibersihkan, anda hanya buka lapisan sarung bantal saja.
Bantal R-Royal Thailand Elephant mengandungi 80% lateks semula jadi yang memberikan sokongan tambahan bagi memanjakan anda ketika tidur.
Design bantal ini direka menepati lekuk kepala, leher, dan bahu supaya waktu rehat anda lebih selesa.
Aroma lateks semula jadi juga dapat dihidu ketika menggunakan bantal ini jadi jangan risau sebab bau getah tersebut tidak mengandungi toksik, anti-hama habuk, antik-bakteria, dan anti-kulat.
Memory foam bantal ini juga menggalakkan postur tidur yang betul dengan memberikan tindak balas lembut apabila meletakkan kepala di atasnya.
Walaupun harga murah, tapi Hilton Down Quilt Sleeping Pillow merupakan bantal yang bagus, berkualiti dan tahan lama.
Bantal ini dipenuhi dengan fiber berkualiti premium yang menjadikan tekstur bantal sangat gebu dan elastik.
Sarung kain kapasnya pula sangat lembut kepada kulit dan memberikan pengudaraan yang baik supaya anda tidak terasa panas dan berpeluh ketika berehat.
Untuk penyucian, bantal ini boleh dicuci menggunakan mesin basuh (mengikut arahan yang diberikan).
Sangat mudah untuk dijaga dalam tempoh masa yang lama.
Bantal KingKoil menggunakan 100% pelindung kapas sisir yang membuatkan permukaan bantal menjadi lebih sejuk.
Terdapat juga jaringan Garnet yang mencipta jutaan poket udara untuk menjadikan permukaan bantal sangat selesa ketika digunakan.
Anda juga tidak perlu risau bantal ini akan kemek setelah lama digunakan kerana mempunyai rawatan silikon yang membantu mempercepatkan proses dari mampat ke gebu.
Seperti bantal berkualiti yang lain, bantal Kingkoil juga boleh dibasuh di dalam mesin basuh dan cepat kering.
Bantal yang direka secara ergonomik bagi membantu dalam membetulkan kedudukan kepala dan leher ketika tidur.
NeckPro juga mampu melegakan sakit sendi, lenguh, dan titik tekanan di badan dan melaraskan tulang belakang.
Dijamin 100% anti habuk dan mempunyai teknologi keseimbangan suhu dan kelembapan, jadi anda tidak akan rasa panas ketika menggunakan bantal ini.
Bantal ini telah mendapat pengiktirafan dari Global Trade Leader’s Club untuk anugerah International Trophy For Quality 2016.
Ibu hamil boleh berehat dengan selesa dengan Bantal Ibu Mengandung yang memberikan sokongan kepada pinggang, pinggul dan belakang anda.
Dalam masa yang sama, bantal U-shape ini dapat memastikan postur badan lebih baik semasa tidur tidak kira gaya tidur yang macam mana.
Sarung luar untuk bantal ini boleh ditanggal dan dibasuh bagi memastikan kebersihan terjamin dan tiada hama, kuman atau bakteria melekat pada badan.
Bantal ini turut menggunakan tekstur linen lembut dan selamat pada kulit bagi mengelakkan kulit terkena ruam atau gatal-gatal.
Material dalaman bantal ini diisi dengan kapas lembut untuk keselesaan maksimum pada ibu dan bayi dalam perut!
EZYLITTLES Anti Flat Head Baby Shaping Pillow with Bolster menggunakan fabrik kapas tulen yang tidak mempunyai sebarang bau yang kuat untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
Bantal bayi berbentuk cekung di tengah ini direka untuk memastikan kepala, leher dan tulang belakang si kecil berada dalam tempat yang betul.
Dengan ketinggian yang sesuai untuk kepala, bantal bayi yang baru lahir ini memberikan keselesaan dan sokongan yang diperlukan untuk tidur yang tenang dan lebih lama.
Dengan saiznya 45cm x 68xm, anda boleh gunakan bantal bayi ini untuk tidur di dalam buaian, bouncer atau stroller semasa berjalan di luar.
Paling penting, bantal bayi ini boleh dibasuh sepenuhnya dengan mesin, jadi anda boleh basuh dengan kerap bagi memastikan bantal bayi anda kekal bersih dan segar.
Bantal AKEMI Sleep Essentials Cottonfil ini diisi dengan 100% kapas tulen berkualiti tinggi, memberikan sokongan optimum untuk tidur yang nyenyak sepanjang malam.
Ia diperbuat daripada serat kapas organik dengan kekuatan seratnya menyerap secara semula jadi dan tahan terhadap bakteria dan alergen.
Bantal ini menjadi pilihan yang ideal untuk anda yang mencari persekitaran tidur yang lebih bersih dan bebas bakteria.
Tambahan lagi, bantal ini direka untuk memberi sokongan yang kukuh dan pernafasan yang baik, serta menggalakkan aliran udara untuk memastikan anda terasa nyaman sepanjang malam.
Pembinaannya yang tahan lama memastikan prestasi yang berpanjangan, memberikan anda keselesaan yang boleh dipercayai malam demi malam.
Anda mahukan bantal yang benar-benar lembut untuk tidur yang lebih nyenyak sepanjang malam? Anda boleh cuba bantal Jean Perry Ultra Luxe ini.
Bantal ini diperkemas dengan teknologi baru (DOWN-LIKE Fibers) dan diperbuat daripada fabrik halus untuk beri rasa lembut yang selesa.
Anda akan rasa seperti terbenam semasa baring di atas bantal yang lembut dan bouncy ini, jadi anda dapat keselesaan maksimum sepanjang malam.
Selain itu, ia juga direka untuk memudahkan tugas membersihkan bantal ini dengan hanya masukkan ke dalam mesin basuh sahaja.
Jadi, tidak perlu basuh secara manual untuk menjaga kesegaran serta kebersihan bantal anda.
Disebabkan bantal ini begitu lembut, ia juga ideal untuk anda yang mempunyai masalah bahu, dan ia juga anti-alahan dan bebas hama bagi anda yang mempunyai kulit sensitif.
Bantal Kapas Living Down Feather ini berbeza dengan bantal konvensional yang lain kerana ia mempunyai reka bentuk unik dan juga rasa selesa seperti baring di atas awan.
Dicipta dengan reka bentuk dual-core, bantal ini mempunyai ruang dalam yang diisi dengan bulu burung untuk sokongan yang kukuh.
Sementara itu, ruang luar dilapisi dengan nisbah bulu 75:25 untuk sensasi yang lembut dan gebu.
Penambahan gusset 3cm memberikan sokongan tambahan pada leher anda, memastikan keselesaan yang konsisten tidak kira posisi tidur.
Untuk lebih beri rasa yakin, bantal ini mempunyai pensijilan OEKO-TEX® dan RDS, dijamin bebas daripada bahan berbahaya, jadi anda boleh tidur menggunakan bantal ini dengan selesa dan selamat.
Bantal The Joey direka khusus untuk menyediakan sokongan leher dan tulang belakang yang optimum, hasil daripada reka bentuk unik yang berbentuk melengkung.
Tidak kira panjang leher atau ketinggian bahu anda, bantal ini direka untuk memenuhi keperluan semua orang, memastikan pengalaman tidur terbaik untuk setiap individu.
Sama ada anda lebih suka tidur mengiring, tidur pada bahagian sisi atau tidur secara meniarap, bantal ini dapat disesuaikan dengan semua posisi tidur.
Ia meningkatkan keselesaan anda dan mampu beri tidur yang lebih nyenyak sepanjang malam.
Diperbuat daripada 100% lateks semula jadi Grade-A, bantal The Joey menawarkan daya tahan dan ketahanan yang luar biasa, memastikan keselesaan dan ketahanan yang berpanjangan.
Selain itu, bantal ini juga mempunyai pengaliran udara yang baik, menjadikan anda sejuk dan selesa sepanjang malam.
Apakah Jenis Bantal Yang Ada Di Malaysia?
Terdapat beberapa jenis bantal yang ada di pasaran dan perbezaan antara bantal tersebut adalah bahan yang digunakan.
Antara bantal yang terkenal adalah bantal memory foam di mana bantal ini akan mengikut bentuk kepala dan badan anda.
Bantal ini juga lambat untuk mengembang semula dan dapat menyimpan posisi tidur anda sebelum ini.
Selain itu, terdapat juga bantal bamboo yang diperbuat dari bahagian buih di dalam buluh dan bahan ini sekaligus memberi kesejukan serta selesa ketika digunakan.
Seterusnya bantal Polyester, bantal jenis ini sangat popular kerana harga sangat murah.
Malangnya, bantal ini cepat menyerap haba dan senang berketul.
Akhir sekali, bantal latex yang sangat terkenal kerana mempunyai tekstur yang keras, lembut, dan tinggi sekali gus menjadikan bantal paling best untuk orang berbadan besar.
Berbaloi ke beli bantal mahal? Jom lihat video di bawah!
Cara Atasi Sakit Tengkuk Akibat Salah Bantal
Jika anda tersalah pilih bantal dan tidur dalam posisi yang tidak betul, anda pasti mempunyai kemungkinan untuk sakit tengkuk.
Sakit tengkuk ini sangat mengganggu aktiviti harian anda, tapi ada cara ringkas untuk mengurangkan ketidakselesaan sakit tengkuk akibat salah bantal ini.
Antara caranya adalah:
- Rehatkan bahagian leher dan bahu anda, serta hindari pergerakan atau aktiviti yang boleh tambah rasa sakit.
- Lakukan urutan kecil pada bahagian yang sakit untuk meredakan ketegangan otot dan membantu meningkatkan peredaran darah.
- Sebelum tidur pada malamnya, pastikan posisi tidur anda dalam keadaan yang betul denga bahagian leher diletakkan pada bantal. Elak guna bantal yang terlalu tinggi atau rendah.
- Anda juga boleh cuba lakukan terapi panas atau sejuk dengan meletakkan tuala panas atau sejuk pada tengkuk anda, atau boleh juga cuba berendam dalam air panas untuk meredakan ketegangan otot.
- Lakukan pergerakan ringan atau renggangan yang lembut untuk meningkatkan fleksibiliti otot leher dan bahu. Hindari pergerakan yang terlalu kuat atau kasar.
- Jika perlu, anda boleh ambil ubat yang disarankan oleh doktor bagi mengurangkan rasa sakit.
- Paling penting untuk elakkan masalah salah bantal berulang kembali, pastikan anda pergi dapatkan bantal yang terbaik dan sesuai dengan anda.
Bagaimanapun, kalau rasa sakit masih lagi tak hilang atau semakin teruk selepas anda mencuba langkah di atas, anda disarakan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Berapa Lama Ambil Masa Untuk Salah Bantal Sembuh
Tempoh masa untuk sembuh selepas terkena salah bantal bergantung pada tahap kesakitan yang dialami, tahap kesihatan dan kecergasan fizikal anda dan langkah yang diambil untuk merawat sakit salah bantal.
Secara lazimnya, rasa sakit akibat salah bantal boleh hilang selepas beberapa hari dengan mengikuti rawatan yang betul, namun ia juga boleh mengambil masa sehingga beberap minggu mengikut keadaan semasa anda.
Jika anda sudah mengambil langkah yang sepatutnya seperti mendapatkan rehat yang cukup, membuat urutan ringan, menuam atau meletakkan ubat pada bahagian tengkuk yang sakit itu, anda mungkin akan dapat rasa selepas beberapa hari.
Tapi jika sakit tengkuk anda itu adalah serius, masa yang lebih lama diperlukan untuk sembuh.
Apa-apa pun, jika rawatan sendiri masih lagi tidak dapat merawat rasa sakit tengkuk dalam tempoh yang agak lama, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan lanjut.