Bayi baru lahir memerlukan perhatian sepenuhnya dari kedua ibu bapa. Semuanya harus disediakan dari keperluan tempat tidur, penyusuan serta penggunaan lampin yang paling sesuai dengan bayi anda.
Adakah pemakaian lampin elok untuk bayi baru lahir?
Lampin yang sesuai dapat memastikan bayi baru lahir anda selesa dan nyaman sentiasa, agar tiada tangisan disebabkan ketidakselesaan. Dapatkan lampin terbaik untuk bayi baru lahir anda dengan seleksi yang telah kami pilih berikut.
Sebuah produk lampin pakai buang untuk bayi baru lahir yang dicipta khusus buat yang berkulit sensitif, Huggies Dry Newborn Diapers adalah pilihan ideal untuk melindungi kulit bayi. Produk ini terbukti secara klinikal dapat menghalang ruam dan perlbagai masalah kulit.
Ia memastikan kulit bayi sentiasa kering dan sihat melalui lapisan lampin yang membenarkan kulit bernafas serta mudah kering.
Bayi pramatang memiliki saiz yang lebih kecil dari bayi normal. Lampin mereka juga haruslah padan dengan saiz mereka. MamyPoko Preemie dihasilkan dari bahan lembut, yang mesra pada kulit serta memiliki saiz yang padan dengan badan bayi pramatang mengikut skala medikal.
Lampin ini juga ditampilkan dengan rekaan melengkung yang mengikut posisi bayi pramatang, membantu menambah keselesaan pada bayi.
Ruam akibat lampin yang tidak sesuai merupakan masalah utama yang dialami oleh bayi. Drypers Newborn merupakan lampin khusus untuk bayi baru lahir, yang menyediakan pengudaraan yang baik untuk mengekalkan keselesaan serta memastikan kulit bayi sentiasa nyaman dan segar.
Rekaan lampinnya sangat selesa dan tidak mudah terbuka, sesuai untuk bayi yang aktif.
Pilihan yang ideal dan berbaloi, lampin dari Petpet ini, bersesuaian untuk kegunaan bayi baru lahir. Dihasilkan dari material yang sangat lembut dan selesa, sempurna pada kulit bayi. Lapisan lampin juga memiliki pengudaraan yang baik untuk memastikan bayi selesa dan bahagian kulitnya sentiasa kering. Kulit si kecil tidak akan kemerahan akibat memakai pamper pada jangka masa lebih lama.
Lampin dari jenama Merries ini memberikan keselesaan berganda dengan 3 lapisan pengudaraan yang dapat menghapus bau kurang enak dan ketidakselesaan pada kulit bayi. Direka khusus untuk menampung najis si kecil agar tidak bocor jika terlalu banyak. Sistem penyerapan lampin ini juga sangat baik dan permukaannya kekal kering supaya pengunaan lampin boleh tahan lebih lama.
Material lampin ini lembut untuk bayi dan tidak akan menyebabkan iritasi atau kemerahan pada kulit si kecil.
Selain dari melindungi alam sekitar, terdapat pelbagai manfaat lain jika anda menggunakan lampin jenis pakai semula. Antaranya termasuk menghindari bahaya bahan kimia, merawat masalah alergik kulit, mengelak terjadinya ruam lampin dan penjimatan wang berganda.
Diperbuat dari kain polyester kalis air dan memiliki pengudaraan yang baik pada bahagian luar, manakala bahagian dalamnya adalah material bamboo charcoal yang lembut serta memiliki kuasa penyerapan yang unggul. Saiz lampin juga boleh dilaras mengikut kesesuaian.
Untuk bayi baru lahir, sudah pasti tali pusat yang baru sahaja tertanggal akan menyebabkan pemakaian pampers menjadi kurang selesa buat si kecil. Jenama Drypro ini mengurangkan kesan geseran pampers dibahagian pusat, mengelakkan bayi anda kesakitan semasa memakainya.
Material pampers ini 100% dari kain lembut yang membolehkan pengedaran udara di dalam lampin ini, beredar dengan sempurna agar kulit si manja kekal segar sepanjang hari. Tidak mudah bocor dan kering serta kulit si kecil tidak mudah menjadi iritasi atau kemerahan.