Automotif

Kilatkan Automobil Kesayangan Anda Dengan 10 Wax Kereta Ini

Terdapat pelbagai wax dipasaran, anda tidak perlu lagi menghantar kereta untuk digilap. Ini senarai wax terbaik untuk cermin, dashboard & juga tayar kereta.


Editor · Updated 11 Jun 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Kilatkan Automobil Kesayangan Anda Dengan 10 Wax Kereta Ini

Kereta yang kilat dan bersinar pastinya lebih bergaya dan menonjolkan imej yang kemas. Pemanduan seharian sudah pasti mendedahkan kereta anda kepada hujan, habuk, debu, lumpur serta pelbagai kotoran yang akan membuatkan warna kereta anda menjadi kusam dan tidak menarik. Bagi penggemar automotif pula, sudah tentu anda memerlukan produk wax yang terbaik untuk menggilap kereta agar ia kelihatan baru dan sentiasa berkilat.

Namun, tahukah anda bahawa anda boleh menggilap kereta dengan sendiri di rumah? Terdapat pelbagai lambakan produk dipasaran, anda tidak perlu lagi menghantar kereta untuk digilap pada mana-mana car centre. Dapatkan produk wax berikut, khusus untuk kereta kesayangan anda dengan seleksi produk yang telah kami pilih.

Kandungan
Wax kereta terbaik untuk menghilangkan kesan calar 1 daripada 10
WAXCO New Tech Nano Metallic – Colour Scratch Remover (150ml)
Partnership with
Dari RM17.01
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika badan kereta anda terdapat banyak kesan calar halus, produk Waxco ini mungkin ada penyelesaiannya terbaik. Khusus untuk menghilangkan kesan calar halus pada badan kereta, produk ini juga berkesan dalam menghakis kesan tar. Lebih sesuai digunakan pada cat jenis metallic, ianya mampu mengembalikan kilauan pada kereta anda dan hilangkan kesan calar dengan lebih sempurna.

Untuk kesan tahan lebih lama, wax ini sesuai untuk anda 2 daripada 10
CYBER High Gloss Car Wax (500ml)
Partnership with
Dari RM16.90
Lihat harga di Lazada Malaysia

Gilapkan kereta anda seminggu sekali, kesan kilatnya akan kekal bersinar dan tahan lama sehingga sepanjang tahun. Formulasi unik wax dan penggilap yang mudah digunakan, produk ini berfungsi dengan memudarkan kesan calar halus serta meratakan permukaan cat pada badan kereta untuk hasil lebih kemas dan sempurna. Produk ini juga diciptakan khusus untuk menepati cuaca panas (humid) di negara ini.

Bersihkan cermin kereta dengan lebih sempurna 3 daripada 10
3M Glass Cleaner 19 Oz
Partnership with
Dari RM32.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Tahukah anda bahawa cermin kereta juga perlu digilap agar ia sentiasa bersih dan tiada kotoran yang menghalang pandangan ketika pemanduan? Wax jenis spray ini berfungsi menanggalkan kotoran degil pada permukaan cermin dan cermin hadapan kereta anda akan kelihatan bersinar tanpa tompokan yang mengganggu.

Produk ini mudah digunakan dengan hanya beberapa semburan, cermin kereta anda sudah kembali bersih berkilat. Bersihkanlah selalu supaya cermin kereta anda tidak tampil bertompok dengan kotoran.

Dalaman kereta juga haruslah dijaga – sesuai untuk dashboard 4 daripada 10
ASTONISH Car Care Vinyl Trim & Dashboard Cleaner
Partnership with
Dari RM36.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Bahagian dalaman kereta juga penting untuk dijaga agar ia kelihatan kemas dan sentiasa tampak bersih. Produk khusus untuk membersih bahagian dashboard kereta ini berfungsi menanggalkan kesan kotoran dan habuk, hasilnya akan lebih cantik berkilat.

Formulasi istimewanya juga bersifat anti-statik, menghalang pembentukkan habuk pada permukaan dashboard. Wax dari jenama Astonish ini boleh membersih dan melindungi bahagian dalam kereta anda tanpa perlu lagi ke kedai dan bayar dengan mahal.

Sesuai untuk kereta yang bercat hitam 5 daripada 10
TURTLE Wax Jet Black Black Spray Wax 16 FL.OZ
Partnership with
Dari RM89
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kereta yang berwarna gelap memerlukaan penjagaan yang teliti agar warnanya kekal cantik dan menawan justeru produk jenama Turtle Wax ini pasti dapat membantu. Formulasi produk ini yang mengandungi shine polymers dan carnauba untuk menghasilkan efek kilat dan melindungi permukaan badan kereta dari sinaran UV.

Produk wax ini adalah sesuai digunakan utuk semua jenis cat kereta bewarna hitam.

Lampu kereta menjadi malap? Gunakan wax ini! 6 daripada 10
Waxco Clear Light Lens Restorer & Treatment
Partnership with
Dari RM28.75
Lihat harga di Shopee Malaysia

Kesan kotoran dan kusam pada lampu kereta boleh menghalang cahaya dan menyebabkan lampu kelihatan malap. Produk ini berkesan menanggalkan kesan calar halus pada permukaan lampu serta kotoran degil yang menghalang pembiasan cahaya semasa anda menghidupkan lampu kereta di waktu malam.

Tingkatkan keselamatan pemanduan dan pastikan permukaan lampu anda sentiasa bersih agar cahaya yang disuluh lebih efisyen.

Polish dan wax – 2 dalam 1, wax murah dan berkualiti 7 daripada 10
STAR99 Premium Carnauba 2K Metalic Wax
Partnership with
Dari RM9.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Seleksi produk pada harga mampu milik, produk wax premium ini memiliki fungsi dan ciri yang berkesan untuk menggilap kereta. Wax kereta ini menjanjikan perlindungan menyeluruh dari kerosakkan akibat sinaran UV dan hujan asid. Produk ini berkesan menanggalkan kotoran, kesan karat dan kesan calar. Sesuai digunakan pada semua jenis permukaan cat kereta, lakukan sahaja sendiri dapat menjimatkan wang.

Wax kereta jenis spray, mudah untuk anda 8 daripada 10
AEROPAK Cleaning Wax (12.3oz)
Partnership with
Dari RM27.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Untuk lebih memudahkan pengguna, wax kereta kini terdapat dalam bentuk spray. Hanya beberapa semburan dan sedikit gilapan, kereta anda akan menjadi kilat serta bersinar. Semburan produk pada permukaan kereta juga menghalang habuk dan kotoran daripada terus melekat dan melindungi permukaan badan kereta dari kerosakan.

Gilapkan tayar kereta sehingga berkilat 9 daripada 10
GETSUN High Tire Gloss G-7108A
Partnership with
Dari RM11.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Selain permukaan badan kereta dan bahagian dalaman, tayar juga perlu digilap dengan sempurna. Permukaan tayar dan bahagian sport rim boleh digilap agar ia kelihatan bersih dan kemas. Kesan seperti lumpur dan tanah yang melekat boleh dihilangkan dengan formulasi khusus yang mengandungi polymer kalis air ini.

Produk ini juga boleh melindungi tayar dari merekah dan rosak agar ia bertahan dengan lebih lama dengan harganya mampu milik.

Berasaskan air, water wax terbaik untuk kereta 10 daripada 10
3M PN39034 Quick Wax 16 Oz
Partnership with
Dari RM46.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Wax kereta yang dihasilkan dari bahan berasaskan air, produk jenama 3M ini berkesan untuk mengekalkan kilat pada permukaan badan kereta. Dihasilkan dari bahan Carnauba yang tulen, wax ini dapat menghasilkan sentuhan yang sempurna, hanya dengan beberapa semburan. Produk ini lebih sesuai digunakan untuk mengekalkan wax yang sedia ada sahaja pada cat kereta anda.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation