Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

24 Joran Pancing Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Berkualiti)

Ada joran untuk profesional dan beginner juga tau!

Mungkin ramai yang beranggapan memancing merupakan satu hobi yang tidak berfaedah tapi kalau fikir balik, sebenarnya ada bagus.

Kita dapat makan ikan segar cuma perlu memerlukan kesabaran tinggi, skill yang hebat dan juga pemilihan batang pancing yang bersesuaian.

Memang banyak jenama rod pancing terbaik dan murah, dan ada juga joran pancing terbaik di malaysia yang boleh anda pilih.

Tapi, memiliki batang pancing berkualiti dengan harga joran pancing yang berbaloi merupakan salah satu faktor dapat pancing ikan lebih cepat.

Jadi, kami ada senarai jenama rod pancing terbaik dan jenama joran pancing terbaik untuk kaki pancing.

Ada juga rod pancing laut dan rod pancing tahan lasak yang sesuai dengan bajet anda.

Jadi, pilih sahaja jenis joran pancing mengikut keperluan dan kehendak anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 24 Joran Terbaik Untuk Kaki Pancing

Joran pancing terbaik secara keseluruhan
Joran Seahawk Storm Chaser Spinning
SEAHAWK
SEAHAWK STORM CHASER Spinning Rod
mulai
RM40.00
Semak Joran Seahawk Storm Chaser Spinning harga dibawah:
add_circle Batang joran kuat
add_circle Tahan lama
add_circle Jenis spinning
remove_circle Bukan untuk memancing yang lasak

Sebab menjadi pilihan utama:

Siapa kata anda perlu berhabis banyak duit untuk hobi memancing? Dengan harga bawah RM50, kaki pancing boleh alami pengalaman memancing yang mantap dengan joran keluaran SEAHAWK ini.

Ciri-ciri:

Joran ini akan menyebabkan pemancing tak akan rasa lenguh tangan ketika memegang batang pancing kerana sangat ringan dan selesa. 

Jenama rod pancing terbaik ini hadir dengan beberapa pilihan warna joran iaitu biru, hijau muda dan hijau lumut.

Malah, terdapat tujuh pilihan saiz yang boleh anda pilih mengikut jenis ikan yang anda mahu pancing. 

Antara saiz yang ada 5’6”, 6’0”, 6’6”. Untuk dua saiz pertama ini, jorannya mempunyai aksi medium heavy manakala untuk saiz 6’6” hingga 9’0”, aksi joran ialah jenis heavy

Paling best, terdapat juga pilihan saiz joran pancing hingga 10 kaki jenis action heavy

Review:

"Mantap sangat joran, dah 2 kali repeat, warna pun cantik. Kualiti joran memang padan dengan harganya."

Joran ultralight terbaik
Joran UL (Ultralight)
UL Rod (Ultralight)
mulai
RM61.00
Semak Joran UL (Ultralight) harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Terdapat 2 bahagian
remove_circle Kurang sesuai untuk air tawar

Joran atau rod ultralight ini sangat disarankan untuk pemancing yang mempunyai bajet yang terhad.

Terdapat dua pilihan joran iaitu rod jenis spinning atau casting

Pilih sahaja mana-mana joran yang berkenan di hati yang paling sesuai dengan teknik pancing anda. 

Saiz joran yang ditawarkan juga pelbagai, antaranya 1.5m/4.9f, 1.68m/5.5f, 1.8m/5.9f dan 2.1m/6.5f.

Batang pancing ini sesuai digunakan di laut dan untuk tangkap ikan dengan teknik jigging dan mana-mana kawasan berair masin. 

Kami yakin lepas ni, anda boleh bawa balik ikan yang segar untuk keluarga dan rakan dengan joran ini.

Joran teleskopik
Joran Sougayilang Telescopic
Sougayilang Telescopic Fishing Rod
mulai
RM23.00
Semak Joran Sougayilang Telescopic harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Boleh dibawa ke mana-mana
add_circle Sesuai untuk kekili spinning
remove_circle Tak sesuai tangkapan berat

Nak memancing ketika pergi berkhemah pada hujung minggu tapi batang pancing sedia ada sekarang terlalu besar dan berat? 

Jom dapatkan joran pancing terbaik di Malaysia jenis telescopic dari Sougayilang ini. 

Antara ikan yang boleh ditangkap dengan joran ini ialah haruan, keli dan udang. 

Joran ini diperbuat daripada bahan EVA dan mempunyai cincin arah yang tidak mudah berkarat. 

Bahagian hulu joran atau handle pula sangat selesa dipegang kerana diperbuat daripada serat karbon tiga lapis. 

Terdapat dua pilihan saiz joran tersedia iaitu 1.8m/5.9 kaki dan 2.1m/7 kaki. 

Anda boleh panjangkan joran dengan menarik bahagian hujungnya sehingga habis.

Manakala untuk pendekkan joran, hanya perlu tolak batangnya masuk semula.

Joran pancing casting terbaik
Joran Sougayilang Casting M Power - Ikan Air Tawar
Sougayilang Fishing Rod Casting M Power For Freshwater Fishing
mulai
RM31.34
Semak Joran Sougayilang Casting M Power - Ikan Air Tawar harga dibawah:
add_circle 2 pilihan saiz, 1.8m & 2.1m
add_circle Joran 2 bahagian
add_circle Mudah dibawa kemana-mana
remove_circle Hanya ada 1 pilihan warna

Jika anda gemar memancing dengan joran jenis casting, batang pancing jenama Sougayilang dari China ini adalah pilihan terbaik. 

Produk ini mampu menahan umpan dari berat1/4-1oz (7 gram hingga kira-kira 28 gram). 

Joran ini agak panjang menjadikan sesuai untuk memancing ikan di tasik dan sungai.

Pemegang joran yang diperbuat daripada material EVA pula menjanjikan si pemancing keselesaan yang padu ketika sedang menunggu ikan termakan umpan.

Tambahan pula, berat keseluruhan alatan memancing ini pula sekitar 137g hingga 164g sahaja. Jadi, tidak akan terlalu membebankan anda untuk mengangkat rod pancing ini.

Joran udang terbaik
Joran Exori Hunter Stick - Pancing Udang
Exori Hunter Power Prawn Stick Rod
mulai
RM35.50
Semak Joran Exori Hunter Stick - Pancing Udang harga dibawah:
add_circle Joran udang tahan lasak
add_circle Ada guide ring
add_circle Harga murah
remove_circle Batang joran tak dapat dipisahkan
remove_circle Sukar dibawa ke mana-mana

Joran ini dihasilkan daripada bahan serat kaca yang tinggi sensitivitinya, jadi cukup kuat dan kental untuk mengendalikan pelbagai jenis kaedah memancing termasuklah yang kasar. 

Sangat sesuai digunakan untuk memancing udang, jadi boleh la anda bawa pulang udang yang segar-segar. 

Joran pancing ini tersedia dalam 4 pilihan saiz iaitu 4 kaki, 4’6”, 5 kaki dan 5’6”. 

Batang pancing ini merupakan jenis spinning rod dan ia mampu menahan berat dari 2-6 lb (900gram hingga kira-kira 2kg). 

Anda yang minat pancing udang dijamin tak akan menyesal dengan pembelian joran Exori Hunter ini.

Joran udang galah terbaik
Joran Sniper Super Tiny - Pancing Udang
New Sniper Super Tiny Prawn Fishing Rod
mulai
RM36.90
Semak Joran Sniper Super Tiny - Pancing Udang harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Saiz kecil
add_circle Sesuai memancing guna kaedah spinning
remove_circle Kurang sesuai untuk pancing ikan saiz besar

Dah bosan pancing ikan dan nak beralih kepada hobi memancing udang galah pula?

Kalau macam tu, joran ini memang patut dimiliki oleh kaki pancing udang. 

Terdapat beberapa pilihan saiz iaitu antaranya 4’0”, 4’6”, 5’0” dan 6’0”. 

Dengan saiz diberikan, jangan risau joran pancing ini mampu menahan berat dari 2-6lb. 

Dari segi penghantaran kerana setiap batang joran akan dibungkus dalam batang paip sebelum dipos, jadi dijamin tak akan patah atau rosak ketika dalam perjalanan.

Joran pancing mahal
Jorang KastKing Max Steel Rod Carbon Spinning Casting
KastKing Max Steel Rod Carbon Spinning Casting Fishing Rod
mulai
RM130.00
Semak Jorang KastKing Max Steel Rod Carbon Spinning Casting harga dibawah:
add_circle Sesuai pelbagai saiz & berat umpan
add_circle Sesuai untuk pancing ikan keli & trout
add_circle Boleh pancing ikan saiz panfish
remove_circle Harga agak mahal

Hadir dengan tempoh waranti selama 1 tahun, joran Kastking ini pula direka dengan teknologi KastFlex yang membalut 24 tan serat karbon di 4 sudut iaitu 0°, 45°, 90° dan 135° di mana ia akan memastikan kekuatan sentiasa ada pada joran. 

Ia turut mempunyai reel seat yang ringan dan SIC guides yang kuat.

Paling penting, bahagian pemegang joran yang diperbuat daripada bahan EVA yang sangat selesa dipegang walaupun pada tempoh yang lama. 

Mana-mana kaki pancing yang mahukan batang pancing yang kuat dan tinggi kualiti memang disarankan untuk dapatkan produk KastKing. 

Joran jigging terbaik
Joran Seahawk Jigmaster Spinning / Jigging
SEAHAWK JIGMASTER JM SpinningJigging Rod
mulai
RM205.20
Semak Joran Seahawk Jigmaster Spinning / Jigging harga dibawah:
add_circle Hulu joran selesa dipegang
add_circle Ringan tapi kuat & sensitif
add_circle Aksi lebih pantas
remove_circle Harga sedikit mahal

Untuk kaki pancing yang gemar memancing ikan dengan menggunakan teknik jigging pula, kami sarankan anda untuk beli joran jenama Seahawk.

Ini kerana diperbuat daripada 90% karbon dan 10% campuran kaca menggunakan teknologi pelbagai lapisan.

Menariknya lagi, joran ini lebih kuat daripada joran jenis karbon grafit lain. 

Dilengkapi juga dengan sistem panduan dengan guide daripada aluminium oxide

Joran itu turut direka dengan parabolik tinggi yang akan memberikan jig kelajuan dan aksi yang positif. 

Ada 3 saiz joran yang boleh si pemancing pilih iaitu 582MLB (aksi medium light), 632MLB (aksi medium light) dan 632MLS (aksi medium light).

Joran pancing puyu
Jorang Pancing Ikan Puyu
Puyu Pole Pancing
mulai
RM12.00
Semak Jorang Pancing Ikan Puyu harga dibawah:
add_circle Batang joran keras & padu
add_circle Kualiti bagus
add_circle Sesuai untuk pancing ikan puyu
remove_circle Tidak sesuai untuk laut

Untuk anak-anak atau remaja yang mempunyai hobi mengail ikan di tali air atau sawah pada waktu lapang, ibu bapa digalakkan untuk beli batang joran ikan puyu ini.

Harganya sangat murah dan boleh didapati serendah RM10 mengikut saiz kepanjangan joran. 

Pelbagai jenis saiz joran tersedia, antaranya 2 meter, 3 meter, 4 meter dan 5 meter. 

Pilihan warna batang pancing ini juga menarik kerana ada pelbagai warna iaitu hijau, biru, oren dan kuning. 

Memang sesuai dijadikan hadiah hari lahir untuk anak-anak yang gemar memancing.

Joran spinning terbaik
Joran Okuma Competition Spinning
Okuma Competition Spinning Fishing Rod
mulai
RM94.00
Semak Joran Okuma Competition Spinning harga dibawah:
add_circle Joran 2 bahagian
add_circle Diperbuat daripada graphite composite
add_circle Bingkai guide dari stainless steel
add_circle Keseimbangan joran telah ditambah baik
remove_circle Harga mahal

Alami pengalaman memancing yang mengujakan dengan joran pancing dari Okuma ini.

Produk ini hadir dengan beberapa pilihan ukuran seperti 5’6”, 6’0”, 6’6”, 8’0” dan 9’0”/

Saiz ini semua sesuai digunakan untuk aktiviti memancing di kawasan air masin. 

Saiz joran yang berbeza juga mampu menahan berat casting yang berbeza. 

Contohnya, joran yang bersaiz 8’0 mampu menahan berat casting sekitar 30g hingga 80g. 

Selain itu, mempunyai pemegang yang selesa dikendalikan kerana diperbuat daripada bahan EVA dan beratnya telah dikurangkan, jadi terasa lebih stabil apabila dipegang. 

Bahagian guide insert joran Okuma pula diperbuat daripada titanium oxide yang tahan lasak.

Joran pancing laut terbaik
Joran Shimano Cruzar Solid Spinning
Shimano Cruzar Solid Spinning Fishing Rod
mulai
RM60.00
Semak Joran Shimano Cruzar Solid Spinning harga dibawah:
add_circle Batang joran solid tahan lasak
add_circle Diperbuat dari bahan berkualiti
remove_circle Warna joran diberi secara rawak

Produk joran ini pula sesuai dimiliki oleh kaki pancing yang gemar memancing haiwan laut seperti ikan di air masin iaitu di pantai dan laut. 

Dengan pelbagai pilihan ukuran panjang iaitu 5.6 kaki, 6 kaki, 6.6 kaki, 7 kaki, 8 kaki dan 9 kaki, joran ini akan sesuai digunakan untuk pelbagai teknik pancingan. 

Tambahan pula, mampu menahan berat sekitar 15-25lb dan 10-20lb mengikut ukuran panjang joran. 

Harganya pula masih lagi dikira sebagai mampu milik kerana untuk saiz joran yang paling kecil, anda boleh dapati dengan harga serendah RM60. 

Tak hairanlah kalau joran jenama Shimano ini dah terjual hampir 2 ribu unit di Shopee.

Joran pancing untuk beginner
Joran Casting Full Set - Medium Light Power
set memancing
mulai
RM48.99
Semak Joran Casting Full Set - Medium Light Power harga dibawah:
add_circle Ada span pada pemegang
add_circle Batang joran keras & padu
add_circle Kualiti bagus
add_circle Sesuai untuk beginner
remove_circle Kurang sesuai untuk pancing ikan saiz besar

Jika anda baru sahaja mula meminati bidang memancing dan tidak tahu joran mana nak beli, anda boleh dapatkan joran ini. 

Dengan menggunakan Bait Casting yang agak berbeza daripada kebanyakan joran kerana tempat meletakkan kekili (reel) di hulu joran (pemegang joran) menyerupai seperti pemegang pistol. 

Selain diperbuat daripada bahan karbon dan FRP, joran jenis ini sesuai digunakan di sungai, kolam, memancing ikan kecil di laut atau tasik.

Joran ini juga tersedia dalam beberapa pilihan kepanjangannya iaitu 1.6m, 1.8m dan 2.1m jadi anda boleh pilih mengikut keselesaan penggunaan anda. 

Menarik lagi, dengan pembelian set joran ini anda akan dapat kekili pancing, pancing, tali pancing dan mata kail.

Dengan harga yang berpatutan, set joran ini juga tahan lasak dan pemegang batang joran mempunyai span lembut untuk memastikan tangan tidak sakit dan licin ketika menarik ikan keluar dari sungai atau kolam. 

Joran pancing kolam terbaik
Joran Artemis I Ultralight
Artemis
Artemis I Ultralight Rod
mulai
RM56.90
Semak Joran Artemis I Ultralight harga dibawah:
add_circle Ada serat karbon berkualiti
add_circle Ada 4 pilihan panjang joran
add_circle Sensitiviti tinggi
remove_circle Hujung joran halus

Joran pancing Artemis ini diperbuat daripada serat karbon padat yang akan memberikan kekuatan dan daya tahan lasak yang baik menjadikannya sesuai untuk memancing di kolam.

Selain itu, serat karbon digunakan dalam tongkat pancing berkualiti tinggi kerana joran ini ringan dan ada beberapa pilihan panjang joran iaitu 1.5m, 1.68m, 1.8m dan 1.98m.

Rekaan tongkat pancing ultralight seperti Artemis Ultralight Rod yang portable memudahkan anda bawa dan menggunakan tongkat dengan mudah.

Menariknya, joran pancing ini tegap dan dalam masa yang sama mempunyai sensitiviti yang tinggi apabila ada ikan makan umpan.

Anda akan merasakan getaran halus pada hujung tongkat untuk bantu anda meningkatkan peluang anda untuk response dengan cepat untuk tarik keluar ikan.

Joran pancing Berkley
Joran Berkley Cherrywood Hd One Piece / 2 Piece Spinning / Casting
joran pancing berkley
mulai
RM88.00
Semak Joran Berkley Cherrywood Hd One Piece / 2 Piece Spinning / Casting harga dibawah:
add_circle Ringan dan mudah dikendalikan
add_circle Pilihan casting dan spinning
add_circle Cengkaman yang lebih selesa
remove_circle Tidak sesuai untuk memancing ikan besar

Joran Berkley mempunyai ring guide dari 4 hingga 7 dan sesuai untuk menggunakan umpan yang sangat ringan hingga lebih berat.

Pemegangnya juga berbalut dengan grip cork untuk cengkaman yang lebih selesa.

Jika anda lebih suka spinning, terdapat 9 pilihan saiz dari 4.6m hingga 7m dengan aksi light, ultra light, medium dan medium heavy

Manakala untuk penggunaan casting, hanya ada 2 saiz iaitu 6m dan 6.6m dengan aksi medium dan medium heavy.

Pilih sahaja ingin satu atau dua bahagian joran mengikut kesesuaian gaya memancing.

Jangan risau, joran pancing ini sangat kuat tetapi ringan dan sesuai untuk penggunaan lasak.

Joran pancing surf terbaik
Joran Pioneer Power Graphite Spinning
Pioneer Emotion Power Graphite Rod & Emotion Xf Spinning Rod
mulai
RM89.00
Semak Joran Pioneer Power Graphite Spinning harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan saiz
add_circle Kualiti bagus

Joran pancing Pioneer hadir dalam pelbagai pilihan panjang dan berat tali pancing yang berbeza untuk memenuhi keperluan kaki pancing.

Dalam kategori spinning, terdapat pilihan 5.6m dan 6m dengan aksi medium light, serta 6.6m dengan aksi medium

Bagi yang lebih suka baitcasting, terdapat joran 5.6m dan 6m dengan aksi medium, dan juga 7m dengan aksi medium heavy serta heavy.

Sama ada anda mencari joran yang kuat untuk ikan yang lebih besar atau joran ringan untuk memancing sasaran ikan yang lebih kecil, boleh pilih sahaja mana-mana joran pancing ini. 

Joran pancing bc terbaik
Joran Ninja Solid Monster Sic Guide Spinning & Bc Jigging
Joran Ninja Solid Monster Sic Guide Spinning & Bc Jigging
mulai
RM530.00
Semak Joran Ninja Solid Monster Sic Guide Spinning & Bc Jigging harga dibawah:
add_circle Ada sic guide
add_circle Boleh menampung pelbagai saiz berat umpan
remove_circle Harga mahal

Joran pancing jenama Ninja ini direka khusus untuk jigging dengan berat 170 gram dan panjang 1.83m.

Ditawarkan dalam dua jenis iaitu spinning dan baitcasting dengan pilihan 1 bahagian rod atau 2 bahagian rod. 

Tambahan lagi, joran ini dilengkapi dengan 8 atau 10 guide ring dan mempunyai keupayaan maksimum daya tarik sehingga 26kg.

Bagi mereka yang mahir memancing, anda perlu dapatkan satu untuk hobi memancing di air tawar.

Joran pancing sungai
Joran Baitcasting / Tornado-X Spinning / Tornado Daiwa
DAIWA 19' & 23' TORNADO/ TORNADO-X SPINNING/ BAITCASTING FISHING ROD
mulai
RM152.00
Semak Joran Baitcasting / Tornado-X Spinning / Tornado Daiwa harga dibawah:
add_circle Boleh cabut kepada 2 bahagian
add_circle Binaan Braiding X
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga sedikit mahal

Joran pancing DAIWA TORNADO-X adalah joran serba boleh yang dihasilkan dari bahan blank graphite berkualiti tinggi dan digabungkan dengan binaan Braiding X.

Ciri-ciri lainnya termasuk mempunyai Fuji Aluminum Oxide "O" ring Concept Guides, hook keeper dan custom eva split grips.

Hadir dalam pelbagai saiz dan spesifikasi untuk teknik spinning dan casting yang sesuai untuk pelbagai jenis ikan.

Beratnya dalam lingkungan 110 hingga 125 gram bergantung pada jenis model. 

Gantikan joran set lama dengan joran pancing ini untuk kepuasan memancing di kawasan sungai!

Joran murah tapi kuat
Joran Abu Garcia Sonicmax Spinning Bc Casting Bait Hollow
abu_garcia fishing rod
mulai
RM55.00
Semak Joran Abu Garcia Sonicmax Spinning Bc Casting Bait Hollow harga dibawah:
add_circle Ringan dan mudah dikendalikan
add_circle Terdapat dalam 2 bahagian
remove_circle Ring mudah bengkok

Joran pancing Abu Garcia terkenal dengan reka bentuk ringan tetapi lasak. Terdapat dalam pelbagai saiz panjang daripada 5 hingga 7 kaki.

Direka bentuk dengan 2 bahagian dan dilengkapi 5 hingga 7 gelang cincin bergantung pada saiz serta boleh digunakan untuk tali pancing 4-10lb hingga 10-25lb.

Ia sesuai untuk pelbagai jenis memancing sama ada menggunakan teknik baitcasting atau spinning.

Joran ini turut popular dalam kalangan pemancing tempatan. 

Joran pantai terbaik
Joran Pancing Spinning Daiwa
daiwa_fishing_rod
mulai
RM42.90
Semak Joran Pancing Spinning Daiwa harga dibawah:
add_circle Hujung pemegang breathable
add_circle Pemegang non-slip
add_circle Guide ring dari seramik licin
remove_circle Tidak panjang

Joran pancing karbon Daiwa diperbuat daripada bahan Carbon + Frp dan hadir dalam fishing rod turning kelas M Power serta boleh ditanggalkan menjadi 2 bahagian. 

Terdapat dalam pelbagai ukuran panjang dari 1.65m hingga 2.7m dengan pilihan warna yang menarik iaitu merah, biru dan emas.

Salah satu ciri menarik joran ini ialah mempunyai lure hook ring dan guide ring dari seramik licin yang membantu dalam melepaskan tali pancing dengan lancar

Pemegang joran juga powerful dan non-slip, membolehkan anda mengawal joran dengan baik serta genggaman lebih selesa dengan hujung pemegang yang breathable.

Rod pancing tahan lasak
Joran Scimitar BX Spin 7' MB Shimano
scimitar fishing rod
mulai
RM180.00
Semak Joran Scimitar BX Spin 7' MB Shimano harga dibawah:
add_circle Boleh cabut kepada dua
add_circle Jenis spinning
remove_circle Harga sedikit mahal

Scimitar BX adalah joran pancing 2 piece dengan rekaan moden dan batang XT40+BIOFIBRE yang memberikan kemampuan melempar dan menangkap ikan dengan baik.

Pemegangnya diperbuat dari bahan Eva, manakala reel seat dan guides merupakan Shimano Original. Terdapat dalam dua model iaitu 7m MB dan BX CAST 6.6 inci.

Aksi joran ini juga cepat dan sesuai untuk teknik memancing umpan moden di mana pemancing perlu mengerakkan umpan untuk beri gerakan mengumpan. 

Malah, kelengkapan ini sesuai untuk hampir semua jenis predator fishing, dari UL (perch, trout) hingga XH (ikan haruan besar dan pemangsa besar lain).

Cuma jorannya agak panjang, iaitu sepanjang 7 kaki (269cm), tapi jorannya ringan. Suami anda pasti suka joran pancing ni!

Joran pancing yang bagus dan kuat
Joran Maguro Spinaza SG Giant Monster (Solid Carbon)
Maguro
MAGURO SPINAZA SG GIANT MONSTER
mulai
RM112.00
Semak Joran Maguro Spinaza SG Giant Monster (Solid Carbon) harga dibawah:
add_circle Joran jenis karbon
add_circle Kualiti premium
add_circle Boleh buat pancing di pantai
remove_circle Harga sedikit mahal

Menggunakan joran yang kuat sangat penting bagi memastikan ia dapat menampung beban semasa memancing, dan juga untuk tidak mudah patah jika tersangkut ikan besar.

Joran Maguro Spinaza SG Giant Monster menggunakan joran karbon yang kuat, jenis S-Spinning dan juga B-Casting pada bahagian bawah.

Selain itu, bagi setiap pembelian secara atas talian, joran ini akan dibungkus dalam paip PVC agar ia sampai kepada pembeli tanpa sebarang kerosakan.

Joran ini sesuai digunakan untuk memancing ikan air tawar juga.

Joran pancing portable
Joran Goture Xceed Fuji Guide Ring Selectable Spinning Casting
Fuji
Joran Goture Xceed Fuji Guide Ring Selectable Spinning Casting
mulai
RM217.80
Semak Joran Goture Xceed Fuji Guide Ring Selectable Spinning Casting harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa ke mana sahaja
add_circle Kuat dan tahan lasak
add_circle Pemegang yang selesa
remove_circle Tidak sesuai untuk laut dalam

Rasanya lebih mudah kalau ada joran pancing yang portable atau yang boleh disimpan dalam beg joran, lebih mudah untuk dibawa sambil menaiki motor.

Boleh dapatkan joran pancing dari Fuji ini, dilengkapi dengan creamic guide untuk membantu sesi memancing anda.

Joran ini dihasilkan dengan 30T carbon fiber blank pada bahagian bawah yang menjadikan joran ini lebih kuat dan sensitif secara keseluruhan.

Sementara itu, bahagian pemegang dihasilkan untuk berikan anda keselesaan, jadi boleh pegang joran anda untuk tempoh yang lama dengan selesa.

Dengan reka bentuk 4-section, ia mudah ditanggalkan untuk disimpan dalam beg yang disediakan bersama, dan mudah dipasangkan semula.

Joran pancing kecil
Joran Lemax Bombermax Graphite Hollow Spinning
Lemax
Lemax Bombermax Graphite Hollow Spinning Fishing Rod
mulai
RM65.80
Semak Joran Lemax Bombermax Graphite Hollow Spinning harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Kelihatan cantik
remove_circle Tak tahan lasak

Anda sebenarnya boleh dapatkan joran memancing pada harga mampu milik dan juga mempunyai kualiti yang bagus.

Joran daripada jenama Lemax ini mempunyai reka bentuk yang cantik, boleh pilih antara warna biru atau merah dan anda akan dapat bersama dengan beg memancing.

Namun, joran ini dikatakan tidak tahan lasak, jadi boleh digunakan untuk pancing di kolam kecil, memancing ikan puyu atau di sungai-sungai kecil.

Sesuai juga dijadikan sebagai joran kecil untuk memancing secara santai.

Joran pancing laut dalam
Joran Laut Dalam Solid Fiberglass Ajiking Seagame GT Extreme
Ajiking
Joran Laut Dalam Solid Fiberglass Ajiking Seagame GT Extreme
mulai
RM400.00
Semak Joran Laut Dalam Solid Fiberglass Ajiking Seagame GT Extreme harga dibawah:
add_circle Khas untuk laut dalam
add_circle Tampung beban sehingga 50KG
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga mahal

Anda lebih suka memancing di laut dalam? Inilah joran paling sesuai untuk anda dari jenama Ajiking.

Antara ciri menarik joran ini adalah ia dihasilkan daripada solid fiberglass bagi memberi ketahan terbaik pada joran dan membuatkan ia lebih kukuh.

Selain itu, ia mempunyai tetapan mata kail yang hebat dan juga sensitif, membuatkan anda lebih mudah untuk mengesan ikan di laut.

Pada bagian pemegang pula ia menggunakan premium grade EVA, memastikan anda dapat grip yang selesa dan tidak mudah terlepas untuk menangkap ikan besar di laut.

Joran ini boleh menampung beban sehingga 50KG, jadi anda tidak perlu risau jika tertangkap ikan yang besar, boleh tarik ikan dengan yakin.

Kalau nak lebih moden, joran ini juga sesuai digunakan bersama dengan reel elektrik.


Apakah Jenis Joran Pancing?

Bagi yang baru sahaja berjinak-jinak dalam hobi memancing ikan atau udang, mesti masih keliru lagi tentang jenis-jenis joran pancing.

Menjadi persoalan juga yang mana patut anda miliki sebelum keluar memancing.

Mari layan penerangan dari video berikut.

Mungkin ada yang ingin lebih terperinci, jom ikuti senarai jenis-jenis joran yang kami kongsikan ini. 

  • Spinning rod 

Difahamkan, joran jenis ini sering menjadi pilihan ramai pemancing kerana membenarkan pengguna untuk memegang joran dengan tangan.

Teknik ini menjadikan pengguna menjadi dominan dan lebih stabil untuk mengangkat joran. 

Struktur joran ni juga hampir sama dengan joran-joran lain. 

Reel atau kekilinya terletak di bahagian bawah menjadikan sesuai digunakan untuk memancing di atas bot, tasik dan sungai. 

  • Casting rod 

Joran casting pula mempunyai kekili yang terletak di bahagian atas dan merupakan salah satu joran yang paling mudah untuk dikawal dan digunakan. 

Sebab itulah sesuai digunakan oleh pemancing beginner atau untuk kanak-kanak dan remaja.

Secara lazimnya, ia juga tidak akan mudah berbelit kerana kekilinya jenis tertutup. 

  • Telescoping rod 

Joran pancing ini merupakan sebuah produk yang direka khas untuk mereka yang gemar berkhemah dan memancing di sungai atau tasik dalam hutan. 

Ini kerana saiznya kompak dan mudah dibawa ke mana-mana. 

Joran ini juga boleh dipanjangkan dan dipendekkan mengikut situasi.

Sangat ringan, jadi tak ada masalah kalau nak memancing seberapa lama yang anda mahukan. 

  • Pole rod 

Joran ini ialah joran yang tidak menggunakan kekili dan cincin (guide). 

Sering digunakan untuk memancing ikan bersaiz kecil seperti di kolam pancing. 

Antara ikan yang boleh dipancing dengan joran ini ialah ikan puyu, ikan sepat dan juga udang galah. 


Bagaimana Memilih Joran Pancing Yang Sesuai?

Terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian sebelum membeli joran pancing .

Pertama, tentukan lokasi memancing sama ada di tasik, sungai atau laut dalam. Ini penting untuk menentukan panjang joran yang ideal. 

Misalnya, jika memancing di laut dalam memerlukan joran pancing yang panjang dan kuat, manakala jika memancing di tasik boleh menggunakan joran yang ringan dan pendek.

Kedua, fikirkan jenis ikan sasaran yang hendak ditangkap. Sama ada ikan air tawar atau laut, setiap jenis ikan memerlukan saiz joran, kelonggaran tali kail dan berat joran yang berbeza.

Ketiga, pertimbangkan bajet untuk membeli joran. Ini kerana joran pancing berkualiti tinggi dan mampu bertahan lama menggunakan bahan terbaik tetapi memerlukan perbelanjaan yang lebih. 

Bagi pemancing permulaan, rod yang lebih murah dan mudah digunakan sudah memadai. 

Seterusnya, dapatkan joran pancing yang sepadan dengan kekuatan fizikal supaya mudah dikendalikan dan beri tumpuan kepada reka bentuk pemegang joran agar selesa digenggam.

Akhir sekali, dapatkan nasihat daripada penjual atau rakan kaki pancing yang berpengalaman sebelum membuat keputusan. 


Bagaimana Untuk Menjaga Dan Menyelenggara Joran Pancing?

Antara tips penjagaan joran pancing yang disyorkan termasuklah:

  1. Membersihkan joran selepas setiap sesi memancing. Gunakan kain lembap untuk mengelap sebarang kotoran dan keringkan sebelum disimpan.
  2. Selepas dibersihkan, sapukan sedikit minyak grease pada bahagian bergerak seperti reel, gears, ball bearing dan line roller untuk melancarkan pergerakan komponen dan mengelakkan karat.
  3. Simpan joran dalam keadaan menegak dan elakkan joran daripada terdedah cahaya matahari atau suhu terlampau sejuk terlalu lama. 
  4. Periksa untuk sebarang kerosakan dan buat pembaikan segera jika perlu.
  5. Elakkan menarik atau menggulung tali kail terlalu kuat pada joran kerana ia boleh menyebabkan joran patah.

Apakah Perbezaan Antara Joran Pancing Satu Keping Dan Dua Keping?

Perbezaan utama antara kedua-dua joran pancing ini adalah dari segi struktur dan cara pemasangan.

Joran satu keping diperbuat daripada hanya satu batang joran tanpa sebarang sambungan dari hujung hingga pemegang. 

Manakala joran dua keping pula terdiri daripada dua bahagian berasingan iaitu batang joran utama dan pemegang yang boleh ditanggalkan.

Joran satu keping lebih mudah dibawa dan disimpan. Ia juga lebih ringan sesuai untuk memancing ikan kecil hingga sederhana. Namun, ia kurang tahan lasak berbanding joran dua keping.

Sebaliknya, joran dua keping lebih panjang dan kuat menangkap ikan besar seperti siakap. Tetapi ia lebih berat dan perlu disambung semula sebelum digunakan.


Apa Jenis Rod Yang Terbaik Untuk Memancing Di Air Tawar?

Memancing di air tawar seperti tasik atau sungai sememangnya menyeronokkan. Terdapat banyak jenis ikan air tawar yang boleh ditangkap seperti ikan kelah, ikan sepat, ikan toman, dan banyak lagi.

Rod atau joran pancing yang paling popular dan sesuai untuk memancing di air tawar ialah rod jenis spinning.  Rod spinning biasanya diperbuat daripada fiberglass atau graphite yang ringan dan mudah dikendalikan.

Ia mempunyai spring action yang baik untuk melemparkan umpan dengan lebih tepat dan amat sesuai untuk pemancing beginner

Selain itu, rod jenis baitcasting juga sesuai digunakan untuk memancing air tawar kerana mampu melempar umpan pancing jauh ke dalam.

Berbeza daripada spinning rod, baitcasting rod biasanya diperbuat daripada bahan graphite yang lebih berat dan kukuh.

Ia direka khusus untuk teknik baitcasting di mana pemancing akan melempar umpan dengan bantuan reel khas yang dipanggil baitcasting reel.

Memandangkan reka bentuk baitcasting rod dan reel yang spesifik untuk teknik ini, ia sesuai untuk pemancing yang sudah mahir dalam kawalan dan ketepatan melempar umpan. 

Akhir sekali, jenis rod fly fishing juga semakin mendapat tempat dalam kalangan kaki pemancing air tawar di Malaysia.

Seperti namanya, fly fishing rod direka khusus untuk digunakan dalam teknik fly fishing di mana umpan yang dipanggil 'fly' dilemparkan di permukaan air untuk menarik perhatian ikan.

Rod pancing ini biasanya panjang, ringan dan mempunyai spring action yang baik untuk melempar fly dengan tepat pada jarak jauh.

Walaupun sedikit mencabar dan memerlukan pembelajaran, rod pancing ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan.


Artikel Berkaitan

End of Article