Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pelihara Kulit Wajah Anda Dengan 9 Jenis Pelembap Dibawah RM 50

Adakah moisturizer merupadakan kelperluan?

Kulit merupakan aset yang penting untuk kita menjaga dan membelai dengan baik. Penting untuk anda melakukan penjagaan yang lebih rapi untuk memelihara serta mencegah kulit terutamanya kulit wajah daripada pelbagai ancaman akibat pencemaran udara atau radikal bebas.

Pelembap bertindak sebagai krim pelindung kulit wajah daripada sinaran cahaya matahari dan akan menyebabkan penyakit kulit. Kini, terdapat bermacam jenis pelembap di pasaran yang dapat memenuhi keperluan kulit berbeza. Ingin memakai moisturizer (pelembap) tetapi tidak tahu produk dengan harga mampu milik dibawah RM 50? Nah, dibawah ini penulis sediakan 10 jenis pelembap yang bersesuaian mengikut jenis kulit anda.

Moisturiser terbaik untuk mencerahkan dan atasi kulit berminyak
Moisturiser terbaik untuk mencerahkan dan atasi kulit berminyak
mulai
RM16.44
Semak NANOWHITE Fresh Mattifying Moisturiser (50ml) harga dibawah:

Nanowhite Fresh Mattifying moisturiser dirumus khas untuk mengatasi masalah kulit berminyak sambil mencerahkan kulit. Kandungan Vitamin C, Tea Tree oil dan alga laut, ianya mampu melembab serta mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata.

Dengan tekstur ringan dan mudah menyerap, ia juga diperkaya dengan bahan aktif yang mengawal minyak serta penghasilan sebum berlebihan pada permukaan kulit muka. Sesuai untuk semua jenis kulit berminyak, pelembap ini menjadikan kulit anda kekal bermaya sepanjang hari.

Terbaik untuk kulit kombinasi cenderung berjerawat
Cosmoderm
Krim terbaik untuk digunakan pada waktu siang
mulai
RM13.79
Semak Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jerawat & parut
add_circle Mengawal penghasilan sebum berlebihan
add_circle Perlindungan matahari (UVA & UVB)
add_circle Bebas paraben & pewangi
remove_circle Lebih sesuai kulit berjerawat

Pelembap ini adalah salah satu produk yang ideal untuk mereka yang mempunyai kulit bermasalah cenderung jerawat. Dengan kandungan Tea Tree Oil yang berfungsi sebagai antiseptik dan anti-radang, dapat membantu mengurangkan kemerahan dan jerawat. Ekstrak Chamomile pula dapat membantu memberi keselesaan dan melembutkan kulit.

Ekstrak Willow Bark, ianya mampu bertindak sebagai penghapus bakteria yang menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Pelembap ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi cenderung untuk berjerawat. Murah dan berbaloi!

Moisturiser waterbase terbaik dari Korea
Moisturiser waterbase terbaik dari Korea
mulai
RM62.00
Semak COSRX Natural BHA Skin Returning Emulsion (100ml) harga dibawah:

Jenama terkenal dari Korea, Cosrx mengeluarkan rangkaian pelembapnya yang tersendiri iaitu Natural BHA Skin Returning Emulsion adalah pelembab berasaskan air yang dirumus

khas dengan bahan-bahan semulajadi menggunakan molekul BHA organik yang mampu menembusi lapisan kulit paling dalam. Ianya bertujuan untuk memberikan keselesaan, melicin, melembapkan serta memelihara kulit daripada radikal bebas.

Diperkaya dengan asid Hyaluronik dan Centella Asiatica yang memberi kelembapan berpanjangan pada kulit. Paling penting, pelembap ini bebas dari bahan pengawet, pewarna dan pewangi tiruan.

Pelembap yang mengandungi Hyaluronic acid
DR. MORITA
Mencegah penuaan dengan (pelembap mengandungi asid Hyaluronik)
mulai
RM37.90
Semak DR. MORITA High Purity Hyaluronic Acid Moisturising Cream (90ml) harga dibawah:

Moisturiser dari jenama Dr. Morita ini melembapkan kulit, boleh digunakan sewaktu tidur serta  keberkesanannya dapat dilihat dalam semalaman. Dirumus khas dengan 4 bahan utama iaitu Sodium Hyaluronate, Natural moisturizing factor PCA-NA, Hyaluronic acid hydrolysis dan air mawar.

Pelembap yang mengandungi bahan berkualiti ini diterbangkan khas dari Jepun, bertindak sebagai agen pelembap yang mengekalkan kelembapan sepanjang hari, memperbaiki kulit kasar, mengembalikan keanjalan, melicinkan garis halus serta mencegah penuaan pada kulit. Anda akan kelihatan awet muda dari jauh!

Moisturiser untuk atasi masalah kulit kering dan kusam
Organic Aid
Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
mulai
RM46.90
Semak Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream harga dibawah:
add_circle Menyerap ke akar kulit tanpa rasa melekit
add_circle Mengandungi vitamin E
add_circle Melembutkan kulit kasar
remove_circle Tekstur tebal

Pelembap ini mempunyai tekstur krim yang sangat ringan dan lembut pada kulit wajah. Tidak akan menyebabkan iritasi dan kepedihan pada kulit, sesuai dipakai untuk anda yang mengalami masalah kulit wajah kering. Mengandungi asid amino dan Vitamin E, ianya dapat membantu kulit anda agar kekal lembap sepanjang hari dengan satu sapuan.

Dua kombinasi terbaik untuk memperbaiki masalah kulit yang menjadi kusam akibat kekeringan adalah Gliserin dan Vitamin E. Ianya dapat mengelak kulit wajah anda dari merekah serta kemerahan. Tidak melekit dan berminyak membuatkan anda kelihatan bermaya setiap masa.  

Kembalikan keremajaan kulit dengan moisturiser anti-aging terbaik
MINAKAWAII
Kembalikan keremajaan kulit dengan moisturiser anti-aging terbaik
mulai
RM48.00
Semak MINAKAWAII Anti Aging Face Cream  harga dibawah:

Minakawaii Anti Aging Face Cream adalah salah satu produk dari jenama penjagaan kulit baru dari Jepun. Produk ini dirumus khas dengan kandungan molekul rendah dari kolagen ikan dan stearate untuk melembap serta mengekalkan keremajaan kulit. Ia juga bertindak sebagai pelindung kulit dari sinar matahari sambil mencerahkan. Tekstur pelembap ini jenis tidak melekit sesuai digunakan semasa anda tidur kerana ianya dapat memperbaiki lapisan kulit agar anda bangun dengan kulit yang lebih segar pada keesokkannya.

Moisturiser sunscreen dengan SPF dari drugstore untuk remaja 
Moisturiser sunscreen terbaik dengan SPF untuk remaja dari drugstore
mulai
RM16.60
Semak CLEAN & CLEAR Fairness Moisturizer (50ml) harga dibawah:

Clean & Clear Clear Fairness Moisturizer SPF 30 adalah pelembap kulit, sesuai untuk remaja yang berfungsi memberi perlindungan UV dan mengawal keseimbangan minyak semulajadi ada kulit. Diperkaya dengan ekstrak vitamin dari buah ceri dan minyak beras yang dapat menaikkan keserian wajah serta mengembalikan tona kulit anda menjadi lebih sekata. Bagi remaja yang selalu berjemur di luar menjalani aktiviti outdoor, krim ini sesuai untuk anda untuk menghapuskan sel kulit mati, penyebab kulit tampak kusam.

Moisturiser dari bahan Aloe Vera sesuai untuk kulit sensetif 
Moisturiser dari bahan Aloe Vera sesuai untuk kulit sensetif 
mulai
RM19.90
Semak DERMA Health Skinlabs Aloe Vera Gel (200ml) harga dibawah:

Derma Health's Skinlabs Moisturizing Aloe Vera Gel mengandungi 100% Aloe Vera tulen, diperkaya dengan Betaine semulajadi yang berfungsi sebagai pelembap untuk menyembuh kulit yang tidak selesa. Ia meningkatkan status penghidratan kulit dan menghalang penembusan bahan berbahaya seperti alergen dan pencemaran dari kawasan sekeliling ke dalam kulit.

Dengan mengandungi ekstrak lidah buaya atau Aloe Vera, gel pelembap ini mempunyai ciri-ciri anti-radang, melembab dan manfaat untuk menyembuhkan kulit bermasaalah serta sensitif seperti ekzema dan kulit rosak akibat sinaran matahari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article