Gaya Hidup

15 Idea Hadiah Buat Pengantin Baru Sebagai Kenangan Di Hari Bersejarah

Sudahkah anda membeli hadiah yang sesuai untuk pengantin baru? Jom pilih hadiah untuk pengantin baru lelaki & wanita tidak kira Cina, Melayu atau India.


Editor · Updated 22 Jan 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Idea Hadiah Buat Pengantin Baru Sebagai Kenangan Di Hari Bersejarah

Zaman kini, tidak kira samada musim cuti persekolahan ataupun tidak, pasti setiap minggu ada sahaja jemputan kenduri kahwin. Dan anda sudah tentu telah menerima beberapa kad undangan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka, bukan?

Kandungan

Apakah hadiah yang sesuai buat pengantin baru?

Jika terlalu banyak kenduri kahwin yang hendak dihadiri, pastinya anda beli sahaja yang sama. Tetapi kalau yang kahwin itu saudara-mara ataupun sahabat-handai, mungkin akan membuatkan anda buntu untuk memilih hadiah yang bersesuaian. Tips penting, pilihlah hadiah yang boleh digunakan oleh pasangan baru berkahwin ini selepas majlis nanti. 

Lebih baik lagi, jika anda hadiahkan sesuatu yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang dan tahan lama. Tambahan pula untuk pengantin yang akan menjalani kehidupan berkeluarga di rumah baru, hadiah seperti kelengkapan set pinggan mangkuk adalah terbaik untuk mereka. Ayuh lihat idea-idea hadiah yang boleh dijadikan rujukan buat anda;

15 Hadiah Untuk Pengantin Baru 

Khas untuk bekas kekasih – murah dan penuh nasihat 1 daripada 15
Buku “Why Men Can Do One Thing At A Time And Women Never Stop Talking”
Partnership with
Dari RM14.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Bekas kekasih menjemput anda ke majlis perkahwinannya? Pasti anda tidak mahu berbelanja besar membeli hadiah tetapi masih mahu memberi sesuatu yang bermakna agar dapat dimanfaatkan untuk mahligai cinta yang baru dibinanya. 

Buku ini menerangkan tentang perbezaan antara lelaki dan wanita yang perlu difahami oleh pasangan masing-masing agar rumah tangga kekal harmoni selamanya. Dengan perspektif dan pandangan yang berbeza di dalam buku ini, menarik untuk dibuat bacaan santai.

Set baju tidur untuk pengantin baru 2 daripada 15
Unisex Couple Pajamas Women & Men
Partnership with
Dari RM19.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika ada ahli keluarga yang terdekat seperti adik-beradik atau saudara-mara yang bakal berkahwin, elok juga berikan set baju tidur untuknya dan pasangan. Diperbuat daripada material satin silk, baju tidur ini memberi keselesaan untuk tidur malam tanpa membuatkan badan berpeluh. 

Terdapat 7 warna dan saiz daripada S sehingga 5XL pilihan anda. Pengantin baru dan pasangannya pasti akan gembira untuk menggunakan baju tidur ini.

Hadiah yang rare untuk pengantin baru hiasi kediaman 3 daripada 15
Fluffy Wool Rug for Home Deco
Partnership with
Dari RM27.77
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika bakal pengantin baru sukakan kelainan, inilah hadiah kahwin rare yang sesuai untuknya. Karpet ini bukan sahaja dapat menambah seri dalam dekorasi kediaman, malah selesa dijadikan ambal untuk bersantai bersama pasangannya nanti. Dengan bersaiz 100 X 50 cm dan ketebalan 3 cm ini diperbuat daripada bulu haiwan tiruan yang gebu dan lembut.

Warnanya yang gelap seakan-akan bulu beruang menjadikan karpet ini tidak mudah kotor. Bahagian belakang karpet ini pula diperbuat daripada fabrik suede yang lembut, tahan lasak dan tidak licin. Pengantin baru tentu sukakan hadiah ini!

Jadikan hadiah ini sebagai simbol persahabatan 4 daripada 15
LUXURIES Spices Jar
Partnership with
Dari RM38.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Bekas menyimpan rempah ratus ini, anda boleh memilih untuk dihadiahkan kepada sahabat sebagai simbolik pahit manis persahabatan yang dijalin bersama dengannya. Dilengkapi dengan 6 biji botol kaca berbentuk menarik dengan penutup yang diperbuat daripada besi logam tahan karat (stainless steel).

Disertakan dengan tray yang boleh dipusing 360 darjah agar mudah untuk sahabat anda menggunakannya. Hadiah yang menarik, pasti akan membuatkan sahabat anda tersenyum lebar.

Sesuai untuk pengantin lelaki – tiada masalah semasa bertukang 5 daripada 15
Jakemy 45-in-1 Precision Screwdriver Maintenance Tool Set (JM-8139)
Partnership with Jakemy
Dari RM77.10
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Anda buntu memikirkan hadiah yang sesuai untuk pengantin lelaki? Apa kata hadiahkan saja toolkit ini kepadanya. Dilengkapi dengan 45 jenis peralatan dalam 1 kotak yang mudah untuk dibawa kemana saja. Ianya sesuai digunakan untuk membaiki serta menyelenggara alatan kecil seperti jam dan kacamata.

Di samping itu, peralatan di dalam toolkit ini juga boleh digunakan untuk membaiki telefon bimbit, laptop, MP3 player dan pelbagai alat eletronik lain. Hadiah ini memang berbaloi untuk seorang bakal suami!

Terbaik buat sepupu yang bakal mendirikan rumahtangga 6 daripada 15
Midea Rice Cooker MG-GP18B (1.8L)
Partnership with Midea
Dari RM89
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kapasiti 1.8L
Senang dibersihkan
Tempoh jaminan hanya 1 tahun
3 lagi
Mempunyai pemegang
Penutup periuk diperbuat daripada stainless steel
Turut disertakan dengan senduk & cawan penyukat beras

Sepupu adalah insan yang paling rapat dengan kita selepas adik-beradik. Agak buntu juga memilih hadiah yang sesuai untuk sepupu sempena majlis perkahwinannya. Marilah pilih sesuatu yang dapat dimanfaatkannya selalu. Periuk nasi non-stick ini berkapasiti 1.8L dan disertakan dengan waranti selama 1 tahun.

Walaupun mampu memasak nasi untuk 10 orang, ia berbentuk kompak dan mudah dikendalikan dengan fungsi memasak yang automatik. Sepupu anda tentu gembira menerima hadiah ini.

Terbaik untuk pengantin berbangsa Cina hiasi kediaman 7 daripada 15
Water Fountain – 3350 Feng Shui Water Feature – Cai Shen Ye
Partnership with
Dari RM89.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Bagi pengantin baru berbangsa Cina, pasti anda juga harus memilih hadiah yang bersesuaian buat mereka. Hadiahkan water fountain ini untuk melegakan tekanan akibat kerja dan juga dapat menenangkan perasaan yang bercelaru. Bunyi air yang mengalir dapat memberi ketenangan pada fikiran dan hati mereka. 

Air juga dikatakan sebagai simbol pembawa rezeki. Ianya dapat memberi udara segar buat ruangan yang luas dan mengekalkan lembapan semasa musim panas. Jadi, tidak mudah terasa bahang semasa berada di dalam rumah.

Sesuai untuk pengantin baru berbangsa India 8 daripada 15
Peacock Hanging Clock European Style
Partnership with
Dari RM79
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Burung merak sangat sinonim dengan masyarakat India di serata dunia malah burung merak jantan telah dinobatkan sebagai Burung Kebangsaan negara India. Burung ini adalah simbol keanggunan, kemegahan dan kebahagiaan. Pilihlah jam dinding berbentuk burung merak ini untuk dihadiahkan kepada pengantin berbangsa India. 

Dilengkapi dengan fungsi jarum yang berdetik secara senyap, ianya direka dengan 3 warna berbeza iaitu emas (gold), hitam dan putih. Anda boleh memilih warna pilihan yang sesuai untuk kegunaan bakal pengantin.

Tanda ingatan buat pengantin baru bersarapan pagi 9 daripada 15
3-in-1 Breakfast Toaster Oven Electric Coffee Maker Machine
Partnership with
Dari RM99.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Oven toaster yang multifungsi ini dilengkapi dengan mesin pembuat kopi untuk memudahkan penyediaan sarapan pagi buat anda. Dilengkapi dengan non-stick coating frying pan dan removable crumb tray, anda boleh membakar roti anda bagaikan bersarapan pagi di hotel. 

Mesin pembuat kopi yang berkapasiti sehingga 400ml, anda boleh sediakan 5 cawan untuk sekali minum. Bukan hanya itu, toaster oven ini juga berguna untuk memanaskan makanan seperti roti dan pastries kegemaran.

Cuoco Grade 420 Stainless Steel Knife Set CKS003
Untuk pengantin baru memasak lauk kegemaran pasangan 10 daripada 15
Cuoco 420 Grade Stainless Steel Knife Set (CKS003)
Partnership with Cuoco
Dari RM149
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti karat
Anti-bakteria
Harga mahal
1 lagi
Pemegang ergonomik

Material set pisau ini diperbuat daripada gred stainless steel terbaik iaitu 420. Tidak mudah berkarat, tahan lasak dan anti-bakteria, pisau ini tidak perlu disteril setiap kali selepas anda menggunakannya. Hanya basuh dengan air dan sabun, bilahnya mudah untuk dibersihkan. 

Pemegang set pisau ini yang ergonomik, memudahkan anda memegang tanpa terasa licin. Hadiahkan set pisau 5-dalam-1 ini buat pengantin baru agar dapat memasak lauk kegemaran pasangan dengan lebih baik.

Hadiah perkahwinan untuk kakak yang suka memasak 11 daripada 15
Tefal Super Cook Plus Cookware Set Pots & Pans (4pcs)
Partnership with Tefal
Dari RM168
Lihat harga di Lazada Malaysia

Kakak kesayangan anda jenis seorang yang suka memasak dan akan berkahwin tidak lama lagi? Inilah hadiah yang sesuai untuknya. Set memasak non-stick dari jenama terkenal ini dilengkapi dengan kuali yang digunakan untuk menggoreng (24 cm), periuk kuah (18 cm) serta penutupnya dan disertakan  sebatang sudip.

Jaminan waranti selama 2 tahun daripada Tefal Malaysia, anda tidak perlu risau jika ada sebarang kerosakan. Percayalah, kakak anda tentu sangat menghargai hadiah ini!

Terbaik untuk pengantin Melayu buat hiasan dinding kediaman 12 daripada 15
Frame Canvas – Kufi / Khat (KF-508)
Partnership with
Dari RM199
Lihat harga di Shopee Malaysia

Frame tulisan khat dengan ayat Kursi ini sesuai dihadiahkan untuk pengantin baru berbangsa Melayu. Kanvasnya diperbuat daripada bahan PVC premium yang kalis air, tidak luntur dan cantik serta ‘glossy’. Frame pula diperbuat daripada kayu jelutong yang tahan lasak dan tidak mudah patah. 

Sangat sesuai untuk dijadikan dekorasi di dinding ruang tamu, pasti akan menarik perhatian tetamu yang mengunjungi ke rumah baru pengantin.

Ketuhar untuk membakar kek
Buat pengantin baru yang gemar ‘baking’ 13 daripada 15
Khind Electric Oven OT5205 (52L)
Partnership with Khind
Dari RM399
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Kapasiti besar - 52L
Mempunyai fungsi rotisserie 360º
Suhu hanya sehingga 230º C
2 lagi
Pilihan masa sehingga 120 minit
Jaminan unit 2 tahun dari Khind-Mistral Malaysia

Hadiah ini jarang sekali diberi kepada pengantin baru. Khas buat pengantin yang gemar ‘baking’, oven elektrik ini bersesuaian untuknya. Oven multifungsi ini boleh digunakan untuk memanas makanan, bake, broil dan roast. Kegunaan konvensional oven ini ialah kadar pemanasannya sama rata. 

Makanan anda akan membakar dengan sempurna. Dilengkapi dengan timer selama 120 minit untuk memberi isyarat bahawa makanan yang dibakar sudah pun siap.

Khas buat pengantin baru yang gemar mengemas rumah 14 daripada 15
Riino R8 Handheld Cordless Bagless Vacuum Cleaner
Partnership with Riino
Dari RM399
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Pembersih vakum jenis cordless dan handheld ini sememangnya pilihan ramai zaman kini. Ini kerana tanpa menggunakan wayar kabel, sistem operasinya menggunakan bateri yang dicas. Jadi anda tidak perlu mengubah vakum kepada plug yang berdekatan semasa memvakum bahagian kediaman berlainan. 

Dengan menggunakan kuasa Cyclone dan dual-speed, anda boleh membersih kawasan yang susah untuk dicapai seperti bawah sofa dan meja. Tidak menggunakan bag, vakum ini mudah ditanggal untuk dibersihkan.

Sesuai untuk pengantin wanita 15 daripada 15
Dyson Supersonic Hair Dryer Iron
Partnership with Dyson
Dari RM1,779
Lihat harga di Shopee Malaysia

Rambut adalah mahkota wanita. Jadi, wanita amat menitikberatkan penjagaan rambut supaya kekal cantik. Ada juga wanita inginkan stail yang berbeza untuk rambut mereka, maka pilihlah set stail rambut 9 dalam 1 ini untuk dihadiahkan kepada bakal pengantin wanita agar tampil menawan di hadapan suaminya nanti.

Walaupun harganya agak mahal tetapi kualiti pengering rambut ini tahan lama dan di datangi dengan waranti jika berlaku sebarang kerosakan. Usah risau, penggunaan pengering rambut ini pasti berbaloi dengan wang yang dilaburkan.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation