Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Lip Balm Terbaik di Malaysia 2024 - Review & Jenama Terbaik

Tiada lagi kesan bibir kering dan merekah.

Bibir sentiasa kering dan merekah? Di sinilah pentingnya kegunaan lip balm untuk mengekalkan kelembapan pada bibir anda agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya. 

Berbeza dengan jenis gincu yang lain, antara fungsi lip balm atau pelembap bibir adalah untuk memberikan perlindungan dari sinar UV serta memperbaiki kulit bibir anda.

Bibir yang sihat melalui pemakaian lip balm dapat memberikan tampilan wajah yang lebih berseri sekaligus meningkatkan keyakinan diri dengan senyuman yang mempersonakan. 

Lip balm yang bagus tidak semestinya jenama lip balm Watsons atau dari bahan semula jadi seperti Aloe vera lip balm.

Ingin tahu info lebih lanjut tentang lip balm yang bagus di pasaran? Jom lihat senarai lip balm terbaik yang anda boleh beli.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Lip Balm Terbaik 2023

Lip balm terbaik secara keseluruhan
Vaseline Lip Therapy Rosy Balm
Vaseline Lip Therapy Rosy Balm
From
RM15.90
Check Vaseline Lip Therapy Rosy Balm price below:
add_circle Kelembapan berpanjangan
add_circle Melindungi bibir daripada calar
add_circle Bau dan warna semula jadi
remove_circle Hanya dua pilihan

Sebab menjadi pilihan utama:

Penggemar bau-bauan rose pasti akan menyukai lip balm daripada Vaselin ini, bukan hanya kerana melembapkan kulit dalam jangka panjang, tetapi juga krimnya 100% diperbuat daripada Vaseline Petroleum Jelly yang bertindak sebagai pelindung bibir. 

Ciri-ciri:

Dengan perlindungan ini, akan berkurang kesan calar atau jangkitan pada bibir dan beri tekstur bibir yang lebih sihat.

Ia juga tidak melekit atau berminyak membuatkannya mudah disapu dan diratakan, jadi selesa dipakai.

Memberikan bibir anda kelembapan dengan kesan berkilau dan warna semula jadi. 

Warna lip balm ini juga akan memberikan bibir anda natural look, jadi anda akan kelihatan lebih cantik dan menawan.

Review:

"Saya sangat suka gunakan lip balm Vaseline ini kerana ia melembapkan bibir dengan baik. Warna lip balm ini juga berikan natural look pada bibir."

Lip balm 4 dalam 1
The Beauty Street 4 in 1 NICOR Lip Balm
The Beauty Street 4 in 1 NICOR Lip Balm
From
RM18.40
Check The Beauty Street 4 in 1 NICOR Lip Balm price below:
add_circle Penyerapan pantas
add_circle Mudah digunakan
add_circle Harga murah
remove_circle Sedikit berminyak

Bagi sesiapa yang menginginkan kelainan setiap kali mengenakan lip balm, anda boleh mencuba lip balm daripada jenama ini. 

Datang dengan empat perisa unik iaitu madu, sakura, avocado dan perisa asli, anda tidak akan merasa efek lembap pada bibir dengan wangian yang berbeza-beza. 

Selain melembapkan bibir, ia juga boleh digunakan sebagai base sebelum mengenakan gincu atau sebagai superimposed matte lipstick.

Sapukan sahaja pada bibir, anda akan merasai teksturnya yang lembut dan tidak melekit. 

Dengan bantuan lip balm ini, pasti akan bertambah keserian wajah anda. 

Lip balm yang ada rasa
Nivea Naturally Caring Lip Balm Shine
Nivea Naturally Caring Lip Balm Shine
From
RM19.00
Check Nivea Naturally Caring Lip Balm Shine price below:
add_circle Tekstur lembut dan berkrim
add_circle Banyak pilihan warna
add_circle Sesuai untuk bibir gelap
remove_circle Harga sedikit mahal

Bosan asyik kering bibir terutamanya pada hari panas terik? Gunakan lip balm keluaran jenama kecantikan Nivea ini. 

Ia berfungsi melembapkan bibir supaya bibir tidak mudah pecah dan sentiasa sihat.

Setiap perisa yang ditawarkan mempunyai khasiat dan manfaat mereka yang tersendiri yang pastinya membuatkan anda rambang mata untuk memilih. 

Menarik lagi tentang perisa-perisa ini, setiap satunya memiliki warna masing-masing yang sesuai dengan pelbagai jenis warna bibir yang ada. 

Daripada warna cerah peach sehinggalah gelap blackberry, lip balm ini pilihan yang pelbagai boleh disesuaikan dengan personaliti anda.

Lip balm untuk bibir kering
Sebamed Lip Defense Balm
Sebamed Lip Defense Balm
From
RM14.25
Check Sebamed Lip Defense Balm price below:
add_circle Melindungi daripada serangan sinar UV
add_circle Melegakan bibir merekah
add_circle Datang dengan dua perisa
remove_circle Tiada perisa lain

Jika anda mahu mendapatkan lip balm yang juga bersifat melindungi, mungkin lip balm Sebamed ini yang anda tercari-cari. 

Diformulasikan oleh pakar dermatologi, ia membantu menghilangkan kekeringan bibir, melembutkan bibir dan melindungi bibir daripada hidrasi dan serangan sinar UV.

Selain itu, ia juga diperbuat daripada formula yang mengandungi Vitamin E dan minyak Jojoba yang mampu memulihkan bibir dan melegakan bibir merekah. 

Lebih daripada sebuah chapstick, lip balm ini adalah benteng pertahanan kepada bibir anda. 

Hanya sapu sebanyak tiga kali sehari dan anda akan mendapatkan pertahanan maksimum sepanjang hari.

Lip balm dengan spf
Dior Lip Balm
Dior Lip Balm
From
RM49.90
Check Dior Lip Balm price below:
add_circle Dilengkapi SPF 10
add_circle Ada fungsi colour reviver
add_circle Bibir lebih menyerlah
remove_circle Bau tidak tahan lama
remove_circle Harga mahal

Tingkatkan kecantikan semula jadi anda dengan lip balm yang berwarna dan unik ini. 

Diformulasikan oleh fungsi colour reviver, lip balm lembut ini bertindak balas dengan bibir anda untuk mencipta shade istimewa yang kekal sepanjang hari.

Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan SPF 10 yang melindungi melindungi bibir anda daripada sinaran UV. 

Bukan sekadar melembapkan, sari mangga dan petola yang terkandung dalam formulasi ini membantu mencantikkan dan menyerlahkan lagi bibir anda. 

Tinggal pilih sahaja tona warna yang anda gemari iaitu cerah atau gelap dan anda akan merasai perubahannya sendiri.

Lip balm dengan kesan berangin
Mentholatum Therapy Lip Balm
Mentholatum Therapy Lip Balm
From
RM12.73
Check Mentholatum Therapy Lip Balm price below:
add_circle Ada kesan berangin
add_circle Dilengkapi SPF 15
add_circle Sesuai digunakan sepanjang hari
remove_circle Tidak memiliki warna

Tidak semua lip balm fungsi utamanya adalah mencantikkan kerana ada juga antara kita yang hanya mahukan kesan yang melegakan. 

Sebagai contoh, lip balm daripada Mentholatum ini, walaupun tidak memiliki warna, ia memiliki perlindungan SPF 15 dan kesan berangin yang berpanjangan.

Perlindungan SPF 15 menghadang serangan sinar UV manakala kesan berangin memberikan keselesaan berganda dan menjamin bibir tidak mudah kering. 

Apa yang menarik lagi tentang lip balm ini ialah kesannya tidak terlalu berkilau.

Sesuai untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, termasuk kaum lelaki.

Lip balm untuk bibir menggelupas
Silky Girl Silky Lips Multi-Vitamin Lip Balm
Silky Girl Silky Lips Multi-Vitamin Lip Balm
From
RM7.95
Check Silky Girl Silky Lips Multi-Vitamin Lip Balm price below:
add_circle Mempunyai banyak vitamin
add_circle Terdapat perlindungan UV
add_circle Penyerapan pantas
remove_circle Hanya satu perasa

Jika kesihatan bibir adalah keutamaan anda, maka lip balm daripada jenama Silky Girl ini mungkin apa yang anda perlukan.

Mengandungi Vitamin A, B, C, E dan juga SPF 15, ia bukan sahaja melembapkan bibir tetapi juga menyihatkan dan melindungi bibir daripada ancaman sinar UV.

Hanya dengan sekali calitan, lip balm ini mengunci kelembapan sekurang-kurangnya 8 jam di samping menjamin bibir yang lembut dan licin.

Sesuai dengan namanya, ia datang dalam tiga warna pilihan iaitu sweet pink, candy pink and rose pink, memenuhi cita rasa feminin anda.

Lip balm buatan semula jadi
GENUINE Burt's Bees Lip Balm
GENUINE Burt's Bees Lip Balm
From
RM9.90
Check GENUINE Burt's Bees Lip Balm price below:
add_circle Diperbuat daripada bahan semula jadi
add_circle Ada kesan berangin
add_circle Tidak berminyak
remove_circle Tidak banyak di pasaran

Sesetengah bibir memerlukan penjagaan yang lebih baik jadi apa kata kalau anda mencuba lip balm buatan semula jadi ini?

Dihasilkan dengan shea butter and botanical waxes yang bersifat melembapkan, ia bertindak menghidrasikan dan melembutkan bibir kering.

Lip balm ini ada bau tetapi tidak terlalu kuat, cukup-cukup untuk mengharumkan bibir anda.

Apa yang ekstra lagi tentang lip balm ini adalah ia juga mempunyai kesan berangin dan tidak berminyak.

Sememangnya memberi keselesaan kepada bibir anda yang berseri-seri. 

Lip balm untuk bibir sensitif
Eucerin Lip Active Lip Balm
Eucerin Lip Active Lip Balm
From
RM20.70
Check Eucerin Lip Active Lip Balm price below:
add_circle Penyerapan pantas
add_circle Kurang risiko alergi
add_circle Melegakan kegatalan
remove_circle Harga sedikit mahal

Anda mempunyai kulit bibir sensitif? Cuba sahaja lip balm Eucerin ini. 

Ia memiliki licorice extract yang berupaya melegakan bibir cepat kering dan merekah. 

Selain itu, lip balm ini juga bebas daripada formula pewangi yang membantu mengurangkan reaksi alergi atau iritasi kepada kulit bibir. 

Paling menarik, lip balm ini mampu menambah kepekatan melanin pada bibir.

Dengan peningkatan kepekatan melanin pada bibir, anda akan dapat perlindungan tambahan daripada sinar UV, membantu mencegah kerosakan kulit pada bibir akibat sinar matahari.

Lip balm untuk bibir merekah
Laneige Lip Sleeping Mask EX
Laneige Lip Sleeping Mask EX
From
RM39.00
Check Laneige Lip Sleeping Mask EX price below:
add_circle Membuang sel-sel kulit mati
add_circle Wangian yang menenangkan
add_circle Datang dengan spatula kecil
remove_circle Tiada kesan mencerahkan

Dapatkan bibir yang segar dengan lip sleeping mask daripada Laneige. 

Rangkaian mineral asid hialuroniknya membentuk lapisan pelembap yang membantu kulit menyerap khasiat serta mengekalkan kelembapan sepanjang malam.

Apa yang bagus lagi tentang produk ini, ia dibuat dengan ramuan khas Vitamin C-rich Berry Mix Complex yang lengkap dengan sari buah rasberi, strawberi, cranberry dan blueberry.

Kesemua sari buah ini bertindak menghilangkan kekeringan bibir selain membuang sel-sel kulit mati, membuatkan bibir anda segar dan sihat pada keesokan harinya. 

Direka dalam bentuk bekas dan berat 8g, anda boleh berkongsi lip sleeping mask ini dengan sesiapa saja tanpa perlu risau akan kehabisannya dengan cepat.

Lip balm untuk ibu hamil
INNISFREE Dewy Tint Lip Balm
INNISFREE Dewy Tint Lip Balm
From
RM46.00
Check INNISFREE Dewy Tint Lip Balm price below:
add_circle Dijamin selamat
add_circle Pigmen warna baik
add_circle Kesan berkilau
remove_circle Harga mahal

Kadang-kala risau juga hendak belikan lip balm untuk ibu-ibu kerana pada masa ini, mereka amatlah sensitif dengan apa yang mereka pakai.

Jika itu menjadi kerisauan anda, mungkin boleh cuba lip balm daripada Innisfree ini.

Untuk pengetahuan anda, lip balm ini diperbuat daripada minyak biji Camelia Jeju dan Camelia Ceramide memberikan kelembapan mendalam secara semula jadi. 

Tidak hanya itu, ia juga telah dibuktikan selamat oleh pakar dermatologi dan bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti paraben, talc, polyacrylamide, surfactant dan triethanolamine.

Ini membolehkan penggunaan yang selamat dan selesa tanpa bimbang mengenai kesan sampingan.

Lip balm bentuk tube
Carmex Lip Balm
Carmex Lip Balm
From
RM12.00
Check Carmex Lip Balm price below:
add_circle Kecil dan mudah dibawa
add_circle Tidak berminyak dan melekit
add_circle Ada kesan berangin
remove_circle Perlu kerap pakai

Lip balm berjenama Carmex ini sebenarnya ada fungsi dua dalam satu.

Di samping memastikan bibir anda sentiasa lembap dan tidak mudah mengelupas, lip balm ini juga memberikan kesan berangin yang cukup menyegarkan. 

Lebih melegakan apabila teksturnya tidak berat jadi mudah untuk anda ratakan tanpa mengalami masalah bibir melekit atau krim terlalu tebal pada bibir.

Paling penting, ia juga cukup wangi dengan haruman buah ceri dan strawberi. 

Dengan saiz kecil berbentuk tube, anda boleh memakainya di mana-mana sahaja.

Lip balm yang halal
Wardah Everyday Fruity Sheer Lip Balm
Wardah Everyday Fruity Sheer Lip Balm
From
RM9.82
Check Wardah Everyday Fruity Sheer Lip Balm price below:
add_circle Penyerapan pantas
add_circle Tekstur tidak terlalu tebal atau nipis
add_circle Diiktiraf halal
remove_circle Cepat kering

Apabila hendak membeli lip balm, mestilah kita nak yang boleh menambahkan seri wajah kan?

Untuk itu, apa kata anda dapatkan lip balm daripada jenama Wardah ini?

Tidak terlalu tebal atau nipis, ia memberikan keseimbangan yang sempurna untuk anda yang sentiasa ingin cepat dan sibuk sepanjang hari.

Walaupun ia cepat kering, tekstur yang baik dan penyerapannya yang pantas memudahkan pemakaian.

Bagi menyakinkan anda, lip balm ini juga diiktiraf halal maka anda boleh menikmati manfaatnya tanpa sebarang keraguan.

Lip balm tahan lama
Maybelline Baby Lips Balm
Maybelline Baby Lips Balm
From
RM12.90
Check Maybelline Baby Lips Balm price below:
add_circle Lembap sehingga 12 jam
add_circle Ada perlindungan daripada sinar UV
add_circle Memberikan kesan berkilau
remove_circle Sedikit melekit

Bagi bibir yang memerlukan kelembapan lebih lama, Baby Lip Balm ini memberikan formulasi yang khusus untuk mengekalkan kelembapan secara berpanjangan.

Ia tahan selama sekurang-kurangnya 12 jam dan untuk perlindungan dua kali ganda, terdapat SPF20 yang melindungi kulit bibir daripada sinar UV. 

Padan dengan namanya, lip balm ini memiliki pilihan warna yang mirip warna bibir bayi yang lembut dan manis mata memandang.

Sama ada sebelum mengenakan lip gloss atau lipstick, lip balm ini boleh memberikan sentuhan akhir dengan warna neutral dan kesan berkilau yang anda idam-idamkan. 


Perlukah Anda Menanggalkan Lip Balm?

Adalah sebaiknya anda tidak menanggalkan lip balm setelah menggunakannya.

Lip balm secara umum diformulasikan untuk memberikan kelembapan dan perlindungan pada bibir dalam jangka waktu yang cukup lama.

Maka, menanggalkan lip balm dengan cepat setelah penggunaan secara tidak langsung akan mengurangkan keberkesanannya.

Namun, perlu diingatkan bahawa pemakaian lip balm yang berlebihan juga tidaklah selalu lebih baik. 

Gunakan pada kadar yang secukupnya dan sesuai dengan keperluan anda. 


Bagaimana Nak Tahu Lip Balm Mana Yang Bagus?

Secara amnya, tidak sudsah untuk mencari lip balm yang bagus, terutamanya apabila anda tahu jenis lip balm bagaimana yang anda mahukan. 

Pun begitu, jika anda masih sahaja baru menggunakannya, berikut ialah panduan ciri-ciri lip balm yang bagus:

1. Bahan-bahan aktif

Lip balm yang bagus mengandungi bahan-bahan aktif yang baik untuk kesihatan bibir.

Bahan-bahan seperti shea butter, minyak neutral (seperti minyak biji camellia atau minyak argan), Vitamin E, dan asam hialuronat biasanya bagus untuk memberikan kelembapan dan perlindungan pada bibir.

2. Faktor Perlindungan Matahari (SPF)

Jika anda selalu berada di luar rumah dan inginkan lip balm dengan perlindungan matahari, pilihlah yang memiliki SPF.

Ia berfungsi membantu melindungi bibir dari ancaman sinar UV yang mudah menyebabkan bibir kering dan mengelupas.

3. Tekstur dan Konsistensi

Lip balm yang baik seharusnya mudah digunakan dan memberikan rasa nyaman pada bibir. 

Pilihlah tekstur dan konsistensi yang sesuai dengan kehendak anda – sama ada lebih ringan, tebal, atau bahkan memberikan sedikit kesan berkilau. 

4. Aroma dan Rasa

Beberapa lip balm memiliki aroma atau rasa tertentu.

Pilihlah yang sesuai dengan cita rasa peribadi anda atau jika anda memiliki sensitiviti yang tinggi terhadap apa-apa bauan, pilihlah yang bebas aroma supaya tidak berlaku alahan yang teruk. 

Semestinya, anda tidak akan selalu menjumpai pilihan lip balm yang memiliki semua faktor di atas.

Pun begitu, anda boleh membuat pertimbangan lebih cermat dengan memikirkan faktor mana yang lebih utama untuk anda. 

Jika anda mempunyai keperluan kesihatan yang khusus, adalah dinasihatkan untuk berjumpa ahli dermatologi bagi mendapatkan saranan yang lebih spesifik.


Bolehkah Anda Menggunakan Lip Balm Tiap Hari?

Ya, anda boleh menggunakan lip balm pada setiap hari.

Lip balm direka khas untuk memberikan kelembapan dan perlindungan pada bibir, terutamanya jika anda memiliki kecenderungan bibir kering atau pecah-pecah.

Penggunaan lip balm secara teratur dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan bibir anda.


Artikel Berkaitan

End of Article