Cuaca panas terik bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia dan sudah ada beberapa kes melibatkan strok haba sudah dicatatkan.
Jika berada di luar, tangan kita akan mula mengipas ke arah wajah untuk menghilangkan rasa panas badan ketika berada di bawah matahari.
Sudah ramai bawa kipas tangan mini atau kipas tangan bateri ke mana-mana agar peluh dapat segera dikeringkan.
Ada belum ada mini fan lagi? Jom lihat senarai kipas tangan elektrik terbaik atau kipas mini yang boleh anda dapatkan untuk kegunaan harian.
Penyunting
Table of Contents
Jenis Kipas Tangan
Di Malaysia, terdapat beberapa jenis kipas tangan yang biasa digunakan oleh orang ramai untuk memberikan keselesaan apabila berada di tempat yang panas.
Berikut adalah beberapa jenis kipas tangan yang popular di Malaysia.
- Kipas Tangan Kertas
Ini adalah jenis kipas tangan yang diperbuat daripada kertas lipat yang akan digamkan pada sebatang kayu atau plastik di bahagian bawahnya.
Kipas tangan kertas sering digunakan pada majlis perkahwinan, acara-acara sukan, atau acara-acara luar di Malaysia.
- Kipas Tangan Kain
Kipas tangan kain merupakan kipas yang terbuat daripada bahan kain seperti sutera, kain tenunan, atau kain tradisional Malaysia seperti batik.
Kipas ini sering dihiasi dengan corak printed atau sulaman yang indah dan sering juga digunakan sebagai aksesori fashion tambahan.
- Kipas Tangan Elektrik
Jenis kipas tangan ini akan menggunakan kuasa bateri atau dihidupkan dengan menghubungkannya ke sumber kuasa elektrik seperti USB.
Kipas tangan elektrik biasanya dilengkapi dengan bilah kipas yang berputar dan dapat memberikan kesejukan yang lebih kuat daripada kipas tangan tradisional.
- Kipas Tangan Lipat
Kipas tangan lipat diperbuat daripada bahan seperti plastik atau logam.
Kipas ini boleh dilipat menjadi saiz yang lebih kecil supaya mudah dibawa dalam beg kerana sering digunakan sebagai pilihan praktikal untuk kegunaan harian.
- Kipas Tangan Buloh
Kipas tangan bambu adalah jenis kipas yang menggunakan bilah-bilah dari buloh.
Kipas ini biasanya dihiasi dengan lukisan atau corak tradisional Malaysia dan juga merupakan aksesori budaya yang sering digunakan pada majlis-majlis tradisional atau sebagai cenderahati.
Kelebihan Kipas Tangan
Kipas tangan memiliki beberapa kelebihan di Malaysia yang membuatnya popular dan kerap digunakan lebih lagi kita di negara yang memiliki iklim tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia.
Jom lihat beberapa kelebihan kipas tangan sebelum anda dapatkannya.
- Portable
Kipas tangan mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiz ukurannya yang kecil dan ringan membolehkan seseorang untuk simpan dan gunakannya di mana .
- Kelegaan angin
Dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia, kipas tangan dapat memberikan kelegaan segera dengan hanya menghalakan angin kipas ke arah wajah atau tubuh.
- Jimat elektrik
Kipas tangan adalah salah satu alternatif yang lebih jimat tenaga dibandingkan dengan penggunaan penghawa dingin atau kipas angin siling.
- Aksesori fesyen
Kipas tangan juga merupakan salah satu aksesori fesyen tambahan yang popular di Malaysia.
Kipas tangan kain atau kipas tangan yang dihiasi dengan motif tradisional atau corak yang indah dapat menambahkan sentuhan gaya dan keanggunan pada penampilan seseorang.
- Tradisi dan budaya
Penggunaan kipas tangan, terutama kipas tangan kain atau kipas tangan tradisional seperti kipas tangan buloh, juga memiliki nilai budaya dan tradisi di Malaysia.
Kipas tangan sering digunakan dalam tarian tradisional, upacara, atau acara-acara budaya yang lain.
Cara Pilih Kipas Tangan
Berikut adalah beberapa tips untuk memilih kipas tangan yang sesuai digunakan di Malaysia.
- Pertimbangkan Jenis Kipas Tangan
Pertama sekali, anda perlu tentukan jenis kipas tangan yang diinginkan. Adakah anda mencari kipas tangan kertas, kain, elektrik, lipat, atau buloh? Pilihlah jenis kipas tangan yang sesuai dengan penggunaan.
- Kualiti bahan
Perhatikan kualiti bahan kipas tangan yang digunakan kerana anda perlu pastikan bahan yang digunakan memiliki kualiti yang baik dan tahan lama.
- Rekaan kipas tangan
Pilih kipas tangan dengan rekaan yang anda suka sebab terdapat banyak kipas tangan di Malaysia memiliki hiasan atau corak yang menarik, terutama pada kipas tangan kain atau tradisional.
- Kemudahan penggunaan
Pastikan kipas tangan mudah dibawa dan senang digunakan. Anda perlu juga periksa ukuran, berat dan kemudahan dalam on and off kipas tersebut.
- Harga
Tentukan anggaran bajet anda untuk membeli kipas tangan kerana ada pelbagai pilihan harga yang tersedia.
- Baca ulasan atau review
Sebelum membeli, luangkan waktu untuk membaca ulasan pengguna atau mencari recommedation dari orang lain untuk dapatkan informasi tambahan tentang kuali, keandalan dan kepuasan pengguna dengan kipas tangan tertentu.
13 Kipas Tangan Murah Terbaik
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Kipas mini jenama Gaaboor ini sesuai untuk kegunaan anda ketika bersantai di luar bersama teman atau keluarga kerana menghasilkan angin yang kuat dengan menggunakan kuasa 4.2 voltage.
Ciri-ciri;
Saiznya 95cm x 47cm x 177cm yang kecil seperti saiz telefon bimbit memudahkan anda untuk simpan di dalam beg tangan atau beg galas anak.
Dengan kuasa motor 5000rpm, kipas murah ini juga boleh dicaj dengan menggunakan plug, powerbank atau komputer riba.
Menariknya, bahagian depan kipas pula boleh ditanggalkan agar mudah dibersihkan jadi kipas tidak akan mengeluarkan angin yang kotor dan berhabuk.
Rekaannya yang menarik seperti arnab ini pasti akan membuatkan anak anda sukakannya.
Walaupun bunyinya sedikit kuat, tapi kuasa angin yang dihasilkan oleh kipas akan berikan keselesaan pada anak anda.
Review;
‘Barang kecil tapi mantap, angin terasa kuat & laju tapi tak bising, rekaan kipas pun cute’
Buat anda yang mahu kipas tangan murah, kami sarankan untuk dapatkan kipas mini yang boleh dicas semula ini kerana harganya sangat mampu milik dan memilikan kuasa voltage 3 hingga 7v.
Antara pilihan warna kipas yang tersedia ialah hitam, putih, biru dan hijau jadi anda boleh beli mengikut pilihan masing-masing.
Kipas ini juga sesuai juga dibeli untuk dijadikan kipas standby ketika ketiadaan elektrik di rumah.
Yang penting, dengan saiznya 10.6cm x21cm x11.2cm menjadikan kaki kipas ini cukup panjang dan tidak berat menjadikannya mudah dipegang dan tidak melenguhkan tangan.
Kipas tangan jenis ini sesuai dijadikan cenderahati atau door gift untuk tetamu kenduri kahwin, majlis hari jadi atau aqiqah.
Selain itu, anda juga boleh beli untuk kegunaan sendiri bagi memudahkan anda lakukan aktiviti luar seperti menghadiri acara sukan sekolah anak atau berjalan di taman.
Yang penting, saiz kipas ini kecil, ringan dan apabila dilipat, mudah dibawa ke mana-mana.
Kain corak batik ini daripada fabrik kapas yang ringan dan tidak memberikan bebanan yang berat pada tangan anda semasa mengipas nanti.
Ciri ini akan membolehkan kipas tangan ini disimpan dalam beg tanpa memakan ruang yang banyak.
Dengan harga yang cukup murah, anda boleh beli kipas ini secara bundle dan kongsi dengan keluarga dan kawan.
Dengan cuaca kini yang panas tidak menentu, kipas tangan mini berkuasa 4W ini wajib ada di dalam beg terutamanya ketika anda keluar bersiar-siar.
Ini akan bantu untuk kurangkan rasa haba dan boleh nikmati angin kipas yang sejuk di mana saja.
Kipas mini ini akan menjimatkan ruang untuk disimpan dalam beg dan ringan jadi beg anda tidak akan terbeban.
Selain itu, kipas ini juga direka dengan kuasa bateri 700mAH yang boleh dicas semula menggunakan kabel USB pada komputer riba, power bank atau plug.
Untuk penggunaan yang optimum, kipas mini memerlukan masa sekitar 1-2 jam untuk dicaj hingga bateri penuh.
Walaupun nampak kecil, namun kelajuan angin kipas ini mampu mengeringkan peluh anda dan buat anda rasa lega.
Kipas tangan yang hadir dengan pelbagai pilihan warna menarik seperti merah jambu dan biru ini sesuai untuk kegunaan di dalam atau luar rumah.
Selain boleh dipegang, kipas ini juga boleh diletakkan secara berdiri di atas meja semasa anda sedang melakukan kerja atau membaca buku.
Dilengkapi juga dengan tiga pilihan kelajuan - weak, medium dan strong, tiupan udara alat ini lembut tapi kuat akan bertahan hingga 72 jam!
Untuk kapasiti kipas tangan ini pula ialah 1200mAH dengan menggunakan voltage 3.7 dan kuasa 1.3-4.5W semasa digunakan.
Ciri ini akan berikan anda pilihan mengikut keselesaan kelajuan angin dan anginnya pula tidak menyakitkan wajah jika dipegang berdekatan muka.
Paling menarik, kipas ini mempunyai tempat letak telefon agar anda boleh guna kipas dan tonton video kegemaran dalam masa yang sama.
Tidak seperti kipas mini lain, kipas ini mempunyai bilah yang lembut dan akan berhenti automatik apabila disentuh.
Jadi, penggunaan kipas tangan ini tidak akan membahayakan atau mencederakan jari terutamanya kepada anak kecil.
Selain sangat membantu untuk mengeringkan peluh ketika beraktiviti luar, kipas ini juga boleh diletakkan di atas meja ketika anda bekerja dan boleh berfungsi selama 4 hingga 6 jam sehari.
Dengan saiz 113.5 cm x 35.8cm x 37.4cm, rekaannya juga comel serta sesuai untuk gadis dan kanak-kanak untuk bawanya ke sekolah.
Untuk penggunaan yang optimum, kipas ini hanya memerlukan masa selama 2-4 jam untuk bateri kipas dicaj penuh kerana kapasiti bateri untuk kipas ini ialah 1200mAH.
Untuk anda yang ada anak kecil, kami sarankan untuk guna kipas mini yang bukan sahaja boleh dipegang, malah boleh juga dibengkokkan untuk digantung pada katil bayi dan stroller.
Dengan saiznya 25.4cm X 9.6cm, kipas mini ini sangat berguna untuk mengelakkan bayi anda cranky atau tidak selesa akibat cuaca panas ketika bersiar-siar di luar.
Menariknya, walaupun kipas comel ini sedikit berbunyi, kepala kipas ini boleh dipusingkan dan dilaras mengikut keperluan dan keselesaan anda.
Ciri tambahan lain, kipas ini juga boleh diletakkan di atas meja secara berdiri untuk berikan angin sejuk ekstra ketika bekerja.
Kipas tangan dengan corak bendera Malaysia ini pula sesuai digunakan oleh murid sekolah ketika sambutan hari Kemerdekaan.
Selain itu, anda yang bekerja sebagai guru juga boleh dapatkannya untuk hiasan kelas agar lebih ceria terutamanya ketika pertandingan keceriaan kelas.
Yang penting, kipas ini ringan dan mudah digunakan untuk mengurangkan rasa panas ketika berada di bawah terik matahari.
Walaupun kipas ringan ini tidak tahan lasak, anda boleh beli dan hadiahkan kepada anak dan rakan mereka pada hari kemerdekaan untuk disimpan sebagai kenangan.
Ibu bapa perlu beli kipas angin mini ini untuk anak-anak ke sekolah sebab cuaca sekarang sangat panas dan sehingga boleh menyebabkan strok haba.
Dengan ciri mudah dipegang, kipas mini ini mempunyai tiga pilihan tahap kelajuan angin yang anda boleh laras mengikut keselesaan penggunaan.
Untuk kapasiti bateri 800mAH ini membolehkan anak anda gunakannya separuh hari di sekolah manakala saiznya pula 78cm x 27cm x 138cm.
Jangan risau, cara nak caj pun mudah kerana boleh dicaj dengan kabel USB yang turut tersedia.
Review pengguna mengatakan angin kipas tangan mini ini agak kuat terutamanya untuk kegunaan direct pada wajah.
Menariknya, rekaannya yang comel seperti telinga haiwan sudah tentu akan menarik perhatian kanak-kanak.
Kipas angin mini yang boleh dicaj semula menggunakan kabel USB ini multfungsi kerana boleh mengeringkan peluh dan berfungsi sebagai power bank.
Dengan kapasiti baterinya 3000mAh, anda tidak perlu risau jika telefon habis bateri sebab ada bekalan kuasa tambahan untuk peranti pintar anda yang dah tersedia dengan kipas 2 dalam 1 ini.
Selain boleh dipegang, kipas ini juga boleh digantung pada leher jika tangan mula rasa lenguh dan anda nak lipat untuk letak atas meja pun tiada masalah.
Turut mempunyai 3 tahap kelajuan angin yang mudah dilaras, anda boleh gunakan 4 hingga 12 jam penggunaan.
Saiznya 162m x 80cm x 17cm kecil dan compact memudahkan anda menyimpan di dalam poket seluar atau beg dengan baik.
Anda seorang yang sibuk atau malas nak caj kipas dengan kerap? Usah pening kepala, kipas tangan jenis manual ini sesuai untuk anda.
Ini kerana kipas ini akan bergerak secara manual tanpa penggunaan bateri dan anda hanya perlu menekan tuil pada bahagian pemegangnya dan bilah kipas akan berpusing.
Dengan menggunakan material plastik ringan, menjadikannya sesuai digunakan oleh kanak-kanak kerana mereka akan menganggap kipas ini seperti mainan.
Saiznya 21.5cm x 8.9cm dan rekaan yang comel dan saiz kepala kipas yang besar membolehkan angin yang dihasilkan sejuk dan dapat dirasai dengan baik.
Jika anda mencari kipas mini untuk anak bawa ke sekolah, anda mungkin boleh dapatkan Cute Mini Fan LD9064 ini!
Mempunyai 3 mod kelajuan kipas, anda boleh pilih dan pasang mengikut keselesaan penggunaan dengan mudah dan paling penting mudah di pegang.
Dengan saiz kecil dan compact, berukuran 2.1cm x 3.1cm x 9cm membolehkan anda gantung kipas ini pada tali beg atau landyard anak dengan mudah.
Selepas dicaj 2 hingga 3 jam, kipas mini ini boleh digunakan selama 50 hingga 110 minit sepanjang hari kerana kapasiti baterinya 500mAH dan menggunakan kuasa output 2watt.
Menariknya, kipas mini ini turut mempunyai lampu yang kecil tapi terang untuk ada gunakan ketika kecemasan.
Portable USB Mini Fan Adjustable antara pilihan kipas tangan mudah alih untuk anda yang mahukan bateri besar dan tahan lama.
Ini kerana kipas ini menggunakan kapasiti built-in bateri berkuasa 3000mAh yang perlu dicaj selama 3 hingga 5 jam menggunakan wayar USB C yang disediakan untuk penggunaan seharian.
Selain ada 5 pilihan mod kelajuan kipas, ia juga boleh didirikan di atas permukaan leper seperti meja, mempunyai pemegang dan ada tali yang disediakan untuk anda gantungkan kipas di leher anda.
Dengan saiznya berukuran 18.8cm x 9cm x 46 cm, kipas ini mempunyai skrin digital display yang akan menunjukkan peratusan bateri dan jangan risau kerana kipas ini tidak mengeluarkan bunyi kipas yang kuat.
Menariknya, pentutup luar kipas boleh ditanggalkan supaya mudah untuk anda bersihkan dan anda juga boleh titiskan essential oil fragrant tablets yang disediakan untuk bauan yang lebih tenang dan wangi.
Apakah Fungsi Kipas Tangan?
Kipas tangan adalah alat yang digunakan untuk menciptakan aliran udara dengan mengayunkan bilahnya.
Fungsi utama kipas tangan adalah memberikan rasa dingin dan sejuk pada penggunanya dengan menghasilkan kitaran angin.
Berikut beberapa fungsi kipas tangan.
- Pendinginan: Fungsi utama kipas tangan adalah memberikan pendinginan pada pengguna.
Dengan memusingkan bilahnya, kipas tangan dapat menciptakan aliran udara yang membantu mengurangi rasa panas dan memberikan sensasi kesejukan.
- Mengurangkan kelembapan: Kipas tangan juga dapat membantu mengurangkan kelembapan pada tubuh.
Ketika kita berpeluh, penggunaan kipas tangan dapat membantu mengeringkan peluh lebih cepat dan memberikan sensasi kesejukan.
- Menghilangkan bau tidak sedap: Kipas tangan juga dapat membantu menghilangkan bau tidak sedap atau mengalihkan bau yang tidak diinginkan.
Dengan menciptakan aliran udara, kipas tangan dapat membantu mengurangkan bau-bauan tersebut jauh dari pengguna.
- Membantu melawan serangga: Kipas tangan juga boleh digunakan untuk mengusir serangga.
Aliran udara yang dihasilkan oleh kipas tangan dapat membuat serangga terganggu dan terbang pergi dari pengguna.
- Aksesori fashion: Selain fungsi-fungsi di atas, kipas tangan juga dapat digunakan sebagai aksesori fashion.
Di beberapa budaya, kipas tangan dihiasi dengan rekaan yang cantik, menarik dan digunakan sebagai aksesori tambahan peribadi.
Namun, perlu diingat bahawa kipas tangan memiliki keterbatasan dalam memberikan pendinginan dibandingkan dengan kipas angin siling atau aircond.
Walaupun kipas tangan dapat memberikan sensasi kesejukan sementara, kesannya tidak bertahan lama dan bergantung pada seberapa kuat dan kekerapan kipas tangan digunakan.