Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tilam terbaik malaysia

16 Jenama Tilam Terbaik di Malaysia 2024 (Single, Queen, King)

Tilam yang elok buat tidur lebih nyenyak dan bangun pagi segar!

Semestinya pemilihan jenama tilam terbaik dan jenis tilam yang bagus dapat menjanjikan kualiti tidur yang lebih baik. 

Cuba bayangkan kalau tilam keras rasa spring besi, bangun pagi rasa sakit-sakit belakang terus rasa tidak bersemangat nak mulakan hari dengan senyuman.

Jadi, untuk memiliki tilam yang selesa ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti harga tilam, jenis tilam terbaik, atau perlu cari tilam terbaik untuk kesihatan dengan kualiti tilam terbaik.

Sekarang pun ada banyak jenama tilam yang bagus dan murah, jadi tidak semestinya perlu beli tilam mahal untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

Jangan risau, kalau anda tidak sempat pergi kedai tilam, ini senarai jenama tilam terbaik anda boleh dapatkan secara online.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 16 Jenama Tilam Terbaik

Tilam spring queen terbaik
Vono SpinePro 800 & 800 Plus Mattress
Vono
Vono SpinePro 800 & 800 Plus Mattress
mulai
RM951.00
Semak Vono SpinePro 800 & 800 Plus Mattress harga dibawah:
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle Menyokong leher dan tulang belakang
add_circle Jaminan sehingga 15 tahun
remove_circle Stok terhad

Sebab jadi pilihan utama:

Tilam Vono SpinePro 800 & 800 Plus menawarkan keselesaan dan sokongan pada bahagian belakang badan anda.

Ia dicipta untuk memberikan anda keseimbangan yang sempurna dan mengekalkan rasa lembut sepanjang malam anda tidur.

Ciri-ciri:

Dengan penarafan kekekalan 7/10, ia menawarkan sokongan yang mencukupi untuk badan anda serta jaminan sehingga 15 tahun penggunaan tilam ini.

Diperbuat dengan bahan premium serta dipadankan dengan PU foam berketahanan tinggi dan sokongan ultra lumbar, tilam ini mengikut bentuk semula jadi badan anda.

Ia memberikan rasa lega pada titik tekanan dan menggalakkan penyelarasan tulang belakang yang betul.

Selain itu, Tilam Vono SpinePro 800 & 800 Plus ini mempunyai fabrik SilverGuard™ yang eksklusif, menyediakan permukaan tidur yang bersih dan antimikrobial. 

Paling penting, tilam ini tidak perlu diterbalikkan bagi memastikan tahap kebersihan dan ketahanan dapat dikekalkan kerana ia menggunakan panel EuroTop.

Setiap pembelian tilam ini, anda akan dapat dua bantal Vono dan satu pelindung tilam Vono untuk saiz Queen dan King.

Review:

"Suka sangat, tiada lagi sakit belakang. Dapat tidur dengan selesa, dan rasa hampir tiada pergerakan di bahagian katil yang lain. Rasa firm katil ni memang sempurna, dan dapat sekali sarung katil dan bantal yang diberikan percuma. Saya syorkan jenama ini!"

Tilam terbaik untuk baby
Getha Baby Latex Mattress- 60 (24") cm x 120 (48") cm x 12cm
Getha
Getha Baby Mattress
mulai
RM602.10
Semak Getha Baby Latex Mattress- 60 (24") cm x 120 (48") cm x 12cm harga dibawah:
add_circle 100% getah berkualiti
add_circle Kalis air
add_circle Mempunyai aliran udara - sejuk & selesa
add_circle Bebas toksik - terbaik untuk alahan
remove_circle Harga mahal

Jenama Getha memperkenalkan sebuah tilam khusus untuk si comel anda.

Dihasilkan daripada bahan getah asli yang dijamin tidak berbahaya dan bebas daripada hama dan serangga tilam, produk ini sesuai untuk mereka yang menghidap asma dan mempunyai alahan.  

Tilam getah asli yang lembut ini membantu mengurangkan tekanan dan kepenatan tubuh badan serta ada sistem menyokong kepala, bahu, leher dan belakang badan bayi anda. 

Jangan risau dengan isu susu tumpah atau lampin bocor, tilam Getha ini kalis air bagi memudahkan untuk ibu bapa membersih. 

Selain itu, juga memiliki ciri pengudaraan yang baik agar anak kecil anda tidak panas dan berpeluh ketika tidur.

Tilam angin terbaik - single
Intex Single Size Inflatable Air Mattress With Pump
Intex
Tilam travel terbaik
mulai
RM36.90
Semak Intex Single Size Inflatable Air Mattress With Pump harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Boleh dikempiskan - mudah disimpan
add_circle Kalis air
add_circle Sesuai untuk aktiviti indoor & outdoor
add_circle Tahan berat sehingga 150kg
remove_circle Senang rosak

Tilam ini pernah viral suatu ketika dahulu kerana sangat mudah digunakan, selesa dan paling penting dijual pada harga yang murah.

Pilihan tilam angin dari jenama Intex sangat berbaloi dengan ciri ketahanan, kalis air dan sangat selesa bila baring dan tidur. 

Walaupun tanpa memory foam dan getah seperti tilam lain, tilam ini dapat menampung berat pengguna sehingga 150 kilogram jadi sesiapa pun boleh guna tilam ini. 

Senang dipasang, hanya isi angin dan anda terus boleh guna dimana-mana sahaja termasuklah aktiviti luar bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Tilam lipat terbaik - single
DREAMLAND Latex Foldable Mattress
DREAMLAND Latex Foldable Mattress
mulai
RM188.00
Semak DREAMLAND Latex Foldable Mattress harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Anti bakteria, anti kulat, anti hama
add_circle Material foam tahan lama
remove_circle Hanya ada tilam single

Untuk anda yang lebih gemarkan tilam yang diperbuat daripada latex, ini pilihan tepat. 

Tilam lipat setebal 8cm ini dilengkapi dengan High Density Latex Feel Foam supaya tubuh berasa selesa, lembut dan paling penting untuk kegunaan yang lama. 

Tilam ini mempunyai fabrik berkait untuk memberi pengudaraan yang baik pada kulit jadi cuaca panas atau sejuk, tilam akan memberi rasa yang seimbang untuk tidur yang nyaman. 

Mudah dilipat dan disertakan dengan beg khas membuatkan tilam ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tilam balik kampung, berkhemah atau sleep over di pejabat. 

Tilam sofa bed terbaik
Cassa Mimo Foldable Queen 6 Inch Thick Foam Mattress
Cassa
mulai
RM306.30
Semak Cassa Mimo Foldable Queen 6 Inch Thick Foam Mattress harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat - sofa bed
add_circle Jenis fabrik quilt - sejuk & selesa
remove_circle Tidak termasuk bantal

Siapa suka lepak dan tidur di sofa memang wajib bawa pulang tilam sofa dari kedai Cassa Mimo ini. 

Tilam ini diperbuat dari rubber foam berkualiti tinggi dengan ketebalan 6 inci, jadi waktu tidur, duduk dan melepak memang selesa dan keanjalan tilam sofa turut tahan lama.

Sofa bed ini boleh dilipat untuk dijadikan tilam tidur dan ruang duduk bagi dua orang. 

Rekaan sofa bed sesuai diletakkan di ruang tamu atau bilik tetamu rumah anda supaya mereka lebih selesa menginap di rumah anda.

Menariknya, corak dan warna pilihan juga serasi dengan apa jua tema rumah anda.

Tilam single terbaik
Dunlopillo Single 5 Inch StayFresh Mattress
Dunlopillo Single 5 Inch StayFresh Mattress
mulai
RM219.90
Semak Dunlopillo Single 5 Inch StayFresh Mattress harga dibawah:
add_circle Anti habuk & hama
add_circle Premium fabrik
add_circle Tahan lama
remove_circle Pilihan warna terhad
remove_circle Berat

Ada bajet ekstra nak dapatkan tilam single yang selesa? Kami cadangkan tilam single dari jenama Dunloppilo ini. 

Ketebalan tilam 5 inci menjanjikan tidur yang selesa dan prestasi tilam tahan lebih lama, jadi bangun tidur juga tiada lagi rasa sakit belakang atau sengal-sengal.  

Malah juga bebas dari sebarang pembiakan hama dan dilapik dengan fabrik satin jadi tidak menggatalkan kulit bahkan tidak memberi kesan berwap/peluh ketika tidur.

Tidak salah kalau belanja lebih untuk katil single Dunloppilo sebab ada jaminan ketahanan tilam selama 5 tahun. 

Tilam queen terbaik
VONO Slumberland 10” Ortho Shield Coconut Fibre Mattress
VONO Slumberland 10” Ortho Shield Coconut Fibre Mattress
mulai
RM1,210.00
Semak VONO Slumberland 10” Ortho Shield Coconut Fibre Mattress harga dibawah:
add_circle Anti habuk-hama
add_circle Material kukuh dan tahan lama
add_circle Jenis fabrik rajut - dua belah bahagian
add_circle Ketebalan tilam 10 inci
add_circle Jaminan selama 15 tahun
remove_circle Tilam agak keras bagi sesetengah orang

Tilam kelamin untuk dua orang ini antara yang terbaik dihasilkan oleh jenama Vono. 

Turut mempunyai ketebalan tilam 10 inci berserta material bebas dari hama penyebab kegatalan dan alahan. 

Diperbuat dari fiber kelapa menjadikan tempat berehat yang sangat nyaman dan baik untuk bahagian tulang belakang anda.

Paling penting, akan menyokong tulang belakang supaya bangun pagi anda lebih segar kerana mendapat tidur yang nyenyak.

Menariknya lagi, tilam Queen Vono boleh digunakan pada dua bahagian, jadi akan memberi penjimatan berganda pada pengguna.

Selepas ini anda tidak perlu beli tilam yang baru, hanya alih pada bahagian bawah. Nikmatnya tetap sama seperti beli tilam baru!

Tilam terbaik untuk slip disc
The Joey Mattress
The Joey Mattress
mulai
RM1,595.00
Semak The Joey Mattress harga dibawah:
add_circle Anti habuk-hama
add_circle Tiada spring
add_circle Jaminan selama 10 tahun
remove_circle Hanya dijual secara atas talian

Tilam bebas hama dan habuk ini diperbuat daripada tiga bahan berkualiti tinggi dan setiap sudut tilam mempunyai perbezaan material

Bahagian luar atas tilam 68% polyester, 32% viscose, bahagian keliling tilam pula dari 100% furniture-grade polyester.

Fabrik bahagian bawah dijamin 100% polyester dan truktur memberi daya tahan tilam lebih lama. 

Bagi konsep keselesaan pula, mempunyai comfort layer iaitu teknologi 8cm J-Foam Comfort bagi melegakan bahagian tubuh yang stress.

Manakala pada sudut support layer, kepadatan 15cm J-Foam Support sesuai untuk kegunaan yang lasak. 

Saiz tilam king dari The Joey Mattress 183cm x 190cm x 23cm dan berat 35kg, memang terbaik untuk pasangan suami isteri dan anak kecil. 

Tilam tidak terlalu lembik atau keras, memang sangat selesa untuk tidur atau sekadar lepak berbaringan dalam jangka masa yang panjang.

Tilam terbaik untuk tulang belakang
Dr.Alstone Gabriel Chiropractic Spring Mattress
Dr.Alstone Gabriel Chiropractic Spring Mattress
mulai
RM668.00
Semak Dr.Alstone Gabriel Chiropractic Spring Mattress harga dibawah:
add_circle Tebal tilam 12 inci
add_circle Bagus untuk kesihatan tulang belakang
add_circle Anti bakteria, anti habuk-hama
add_circle 100% fabrik kapas asli
add_circle Jaminan selama 10 tahun
remove_circle Harga agak mahal

Buat anda yang menderita sakit tulang belakang, sebaiknya memilih tilam yang khas mempunyai sokongan tulang belakang seperti tilam dari Dr.Alstone Gabriel. 

Tilam ini khas dengan sistem Chiropractic Spring Coil iaitu dipasang 6 bahagian spring Titanium Alloy untuk penjagaan tulang belakang.

Selain itu, tilam diperbuat daripada 2 lapisan gentian fiber kelapa dimana membantu menstabilkan tilam. 

Tiada lagi tidur malam yang panas atau berpeluh kerana tilam tebal 12 inci ini mempunyai sistem pengudaraan yang baik. 

Walaupun tilam ini dipakai lama, tetap tidak akan memberi kesan alahan atau sebarang pembiakan hama.

Bahagian luar tilam dikhaskan dengan fabrik kapas organik yakni lebih sejuk, elastik dan bijak mengawal lembapan. 

Jaga tulang belakang anda dengan memilih tilam yang mempunyai sokongan gegelung spring untuk tidur yang berkualiti.

Tilam terbaik untuk orang tua
SleepMatics Astra Support Lumbar Pocket Spring Mattress
SleepMatics Astra Support Lumbar Pocket Spring Mattress
mulai
RM849.00
Semak SleepMatics Astra Support Lumbar Pocket Spring Mattress harga dibawah:
add_circle 100% getah semulajadi
add_circle Menyokong seluruh tubuh badan
add_circle Anti bakteria, anti habuk-hama
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Hanya terdapat jenis - medium firm

Ingin hadiahkan tilam baru untuk orang tua anda? Kami syorkan tilam dari jenama SleepMatics kerana bukan sahaja beri sokongan pada tulang belakang, malah pada leher sehinggalah hujung kaki. 

Tilam digabungkan dengan pocket spring dan SleepMatics foam untuk mengurangkan tekanan dan bunyi, jadi tidur anda tidak akan terganggu dengan tabiat tidur lasak pasangan. 

Menariknya tentang tilam model Astra Support, direka dengan 3 bahagian khas untuk menjaga keselesaan seluruh tubuh badan.

Bahagian atas dan bawah lebih lembut berbanding bahagian bawah yang tegang. 

Lain-lain ciri yang buat tilam ini terbaik untuk orang tua, kekal pada suhu seimbang, tidak menyimpan kotoran habuk dan tidak memberi sebarang sakit belakang. 

Tilam latex terbaik
Sonno Original Mattress
Sonno Original Mattress
mulai
RM1,999.00
Semak Sonno Original Mattress harga dibawah:
add_circle Material tahan lama
add_circle Jaminan 10 tahun
add_circle 100% memory foam diiktiraf CertiPUR-US®
remove_circle Harga mahal

Tilam best Sonno ini memperkenalkan tilam dengan tiga lapisan bahan natural latex (getah), memory foam dan support foam. 

Tujuan tiga lapisan ini untuk memberi keselesaan dan sokongan pada tulang belakang ketika tidur.

Memang, sangat sesuai mereka yang sering bekerja yang melibatkan tulang belakang

Tebal tilam Sonno 9 inci bagi memberikan kedudukan posisi tubuh badan dalam keadaan selesa ketika baring sekaligus tidak memberi tekanan kepada titik sensitif tulang belakang. 

Selain itu, fabrik tilam ini sejuk, mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan material getah yang bagus untuk mengimbangi berat badan ketika tidur. 

Bagi mereka yang nak keselesaan ketika tidur tanpa ada rasa spring, kami syorkan beli tilam tanpa wayar spring dari Sonno Original Mattress.

Tilam Origin
Origin Hybrid Mattress
Origin Hybrid Mattress
mulai
RM1,225.00
Semak Origin Hybrid Mattress harga dibawah:

Tilam jenama Origin jenis Hybrid Mattress ini mempunyai ketebalan 10 inci dan mempunyai kualiti yang sangat baik kerana mempunyai ciri hypoallergenic, anti-parasit dan anti-mikrob.

Tilam ini juga dapat memberi keselesaan badan ketika tidur kerana mengandungi cooling gel memory foam, spring poket dan lateks semula jadi yang dibahagikan kepada 6 lapisan.

Setiap bahan di atas mempunyai fungsinya sendiri dimana lateks semula jadi dapat mengurangkan sakit belakang dan sendi.

Bahagian spring poket mampu memberi keselesaan ketika anda tidur dan tidak akan menyebabkan sakit badan pada bangun waktu pagi.

Manakala cooling gel memory foam dimana dapat melegakan ketegangan sendi apabila baring atas katil ini.

Malah tilam ini juga mempunyai pensijilan CertiPUR-US® dan CeriOEKO-TEX®  dimana telah diuji oleh makmal dan ia bebas daripada bahan berbahaya.

Pengesahan ini sekaligus menjadikan tilam ini selamat digunakan untuk semua peringkat umur dari bayi, dewasa dan kanak-kanak.

Selain itu, tilam ini dilengkapi Origin CloudCool Memory Foam, yang merupakan satu-satunya teknologi penyejukan pertama yang ada pada tilam yang diperkenalkan di Malaysia.

Bahan ini juga menjadikan struktur dalam tilam terbuka supaya dapat melepaskan haba yang nyaman untuk badan agar anda dapat tidur berkualiti sepanjang malam.

Butiran terperinci:

  • Lapisan tilam mempunyai CloudCool Memory Foam + Natural Latex + Pocket Springs
  • Mempunyai teknologi Zero Motion 
  • Mempunyai ketebalan 10 inci.

Paling best, anda boleh cuba tilam ini secara percuma selama 120 hari untuk anda sendiri merasai jaminan keselesaan dari tilam Origin Hybrid Mattress.

Jangan risau, tilam akan hantar ke rumah anda secara percuma kemudian anda akan diberi jaminan selama 15 tahun!

Tilam anti pepijat tilam
ECO-LEX Chiro Rest 9" Mattress
tilam terbaik
mulai
RM1,099.00
Semak ECO-LEX Chiro Rest 9" Mattress harga dibawah:
add_circle Anti alergi
add_circle Anti habuk
add_circle Anti bakteria
add_circle Sokongan leher & belakang
remove_circle Harga mahal

Jika anda sedang mencari tilam yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan keselesaan tidur, beli sahaja tilam ECO-LEX CHIRO REST.

Tilam ini mempunyai pelbagai ciri-ciri yang membuatkan ia berbeza dari tilam-tilam biasa.

Contohnya, anti-alergik, anti-bakteria, dan anti-dustmite, jadi anda tidak perlu risau tentang alahan dan jangkitan semasa tidur.

Selain itu, tilam ini mempunyai sokongan leher dan belakang yang terbaik untuk memastikan bahagian tulang belakang anda sentiasa dalam kedudukan yang betul.

Diperbuat dari bahan sintetik lateks, memberikan rasa selesa untuk tubuh anda ketika tidur sepanjang malam.

Tencel fabrik pula memberikan kelembutan pada tilam dan memastikan kualiti udara yang terbaik.

Tersedia dalam saiz Single sehingga King, tilam ini mempunyai ketebalan 9 inci, membuatkan anda selesa untuk tidur pada posisi apa pun.

Bukan itu sahaja, tilam ini juga dilindungi dengan jaminan selama 5 tahun.

Selain itu, tilam ini mempunyai ventilasi udara yang baik, membantu mengelakkan kesan kelembapan pada tilam.

Tilam cuckoo
Cuckoo A Series Mattress [Tilam A Grade]
CUCKOO
ORIGINAL CUCKOO A Series Mattress
mulai
RM99.00
Semak Cuckoo A Series Mattress [Tilam A Grade] harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk pesakit tulang belakang
add_circle Jaminan 10 tahun
add_circle Teknologi 5 Zone Pocket Spring
add_circle Ada perkhidmatan pembersihan tilam
remove_circle Tilam sewa beli

Adakah anda pernah mengalami salah satu daripada masalah seperti rasa tegang di tengkuk apabila bangun tidur, sakit tulang belakang, gatal-gatal apabila berbaring di atas tilam anda, atau rasa tidak selesa?

Jika ya, cuba tilam jenama Cuckoo ini untuk kurangkan masalah tidur anda.

Tilam A Series dari Cuckoo x Napure ini tersedia dalam tiga saiz, iaitu Super Single, Queen dan King jadi anda boleh pilih mengikut kesesuaian.

Selain itu, tilam ini sesuai untuk pesakit tulang belakang dan juga sesuai untuk meraka yang mempunyai anak kecil yang tidur bersama.

Tilam ini menggunakan material terbaik, iaitu Natural Latex untuk memberikan keselesaan dan sokongan yang optimal.

Tambahan lagi, turut dilengkapi dengan teknologi terkini 5 Zone Pocket Spring yang memberikan sokongan yang tepat pada setiap bahagian tubuh anda.

Anda akan mendapat perkhidmatan pembersihan tilam setiap 4 bulan sekali dan boleh menukar topper tilam dengan pilihan kelembutan yang anda suka iaitu soft atau firm

Dengan bayaran serendah RM5 sehari, anda boleh menikmati pengalaman tidur sekelas hotel 6 bintang.

Tilam murah terbaik
Dr. Macio Spinopedic Mattress with Spina Support
Dr. Macio
dr macio
mulai
RM238.00
Semak Dr. Macio Spinopedic Mattress with Spina Support harga dibawah:
add_circle Mempunyai teknologi cooling
add_circle Anti bakteria
add_circle Tahan lama
remove_circle Tidak mempunyai cover

Jika anda ingin memberikan keselesaan kepada tetamu, ibu bapa, atau diri sendiri semasa tidur, kami syorkan tilam daripada jenama Dr. Macio. 

Ini kerana tilam ini mempunyai ciri-ciri yang sangat baik, terutamanya dalam mencegah sakit belakang kerana ia direka khas untuk menyokong tulang belakang. 

Salah satu ciri utamanya adalah Sokongan Tulang Belakang, menggunakan gulungan spring berkualiti tinggi dari Jerman. 

Tilam ini benar-benar memberikan keselesaan ketika berbaring dan tidur sepanjang malam, dengan menyelaraskan tulang belakang secara semula jadi.

Jangan risau, tilam ini tahan lama kerana menggunakan high density synthetic latex foam dan menggunakan teknologi cooling bagi memastikan kesejukan sepanjang malam.

Tilam king terbaik
SpinaRez Spina S Mattress
SpinaRez
SpinaRez Spina S Mattress
mulai
RM322.00
Semak SpinaRez Spina S Mattress harga dibawah:
add_circle Anti-alahan dan anti-bakteria
add_circle Menyokong bahagian belakang badan
add_circle Pengudaraan yang baik
remove_circle Jaminan hanya 10 tahun

Tilam SpinaRez Spina S dihasilkan dengan inovasi dan kualiti yang tinggi, direka untuk meningkatkan pengalaman tidur anda ke tahap yang lebih tinggi.

Fabrik Aloe Vera Fiber tidak hanya memberikan anda rasa mewah tetapi juga membantu melepaskan statik dari badan anda dan menggalakkan tidur yang lebih nyenyak. 

Dengan kombinasi 2 inci foam Euro top yang tinggi dan satu lapisan fiber kelapa, tilam ini menawarkan keselesaan dan sokongan yang lebih baik.

Selain itu, ia turut diilengkapi dengan Sistem 6-turn Bonnell Spring, menyediakan sokongan yang sangat baik kepada badan anda dan melegakan titik tekanan serta menggalakkan penyelarasan tulang belakang yang betul. 

Penambahan Fabrik 4D Mesh meningkatkan lagi pengudaraan tilam dan menjaga tilam agar sentiasa segar dan sejuk sepanjang malam.

Dengan ketebalan 10 inci dan penarafan sederhana 3/5, tilam ini mencapai keseimbangan yang sempurna antara keselesaan dan sokongan badan anda.


Jenis Tilam

Secara ringkasnya, terdapat beberapa jenis tilam yang biasa digunakan di rumah dan setiap jenis tilam ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Tilam Bonnell Spring

Tilam ini menggunakan spring Bonnell yang terdiri daripada rangkaian spring berbentuk heliks. Ia menawarkan sokongan yang baik dan berbaloi dari segi harga.

Tilam Pocket Spring

Setiap spring dalam tilam ini terletak dalam poket kain berasingan. Ini membolehkan setiap pegas bergerak secara bebas, menyediakan sokongan yang lebih tepat mengikut bentuk badan.

Tilam Foam

Antara tilam yang popular, tilam ini diperbuat daripada pelbagai jenis foam seperti poliuretan (PU) atau memory foam. Ia menyediakan keselesaan dengan menyesuaikan bentuk badan.

Tilam Latex

Diperbuat daripada getah asli atau sintetik, tilam latex menawarkan sokongan yang baik dan tahan lama. Tilam ini juga mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-alergi.

Tilam Hybrid

Tilam ini menggabungkan beberapa teknologi, antaranya kombinasi spring poket dan lapisan foam untuk menyediakan sokongan yang optimal dan keselesaan.

Pemilihan jenis tilam bergantung kepada keperluan peribadi, seperti sokongan pada badan anda atau keperluan kesihatan dan juga bajet yang ada.


Cara Memilih Tilam Yang Bagus

Memilih tilam yang terbaik dapat memberikan perbezaan besar dalam kualiti tidur anda.

Pertama sekali, pertimbangkan jenis tilam yang sesuai dengan gaya tidur anda.

Jika anda tidur dengan posisi mengiring ke kanan atau kiri, tilam yang empuk dan berbentuk lebih sesuai untuk anda.

Manakala, jika anda tidur dengan posisi terlentang, tilam yang lebih padat dan mempunyai sokongan lebih sesuai.

Selain itu, beli tilam yang mempunyai ketebalan yang sesuai dengan berat badan anda.

Tilam yang terlalu nipis boleh menyebabkan ketidakselesaan dan sakit badan selepas anda tidur.

Sekiranya anda mempunyai masalah sakit belakang, pilihlah tilam yang memberikan sokongan tambahan pada bahagian pinggang dan tulang belakang anda.

Tambah lagi, pastikan anda memilih saiz tilam yang sesuai dengan saiz katil anda untuk menyokong badan dan beri keselesaan semasa tidur.

Jadi kami nasihatkan anda untuk mencari tilam yang berkualiti supaya dapat tahan lama dan tidak mudah rosak.


Antara Kelebihan dan Kekurangan Tilam

Tilam antara kelengkapan terpenting dalam menjaga kualiti tidur tapi sebelum anda membuat keputusan untuk membeli tilam baru, sebaiknya ketahui kelebihan dan kekurangan tilam.

Dengan menggunakan tilam yang bagus, secara tidak langsung tidur anda lebih nyenyak pada sebelah malam dan bangun dengan segar pada keesokan paginya.

Kedua, tilam terbaik dapat mengurangkan keletihan dan membantu meringankan sakit belakang, bahu, leher dan sendi.

Dalam masa yang sama dapat memberi keselesaan maksimum semasa tidur serta membantu mengekalkan posisi tidur yang betul untuk mengelakkan sakit kepala, migrain dan masalah tulang belakang.

Cuma salah satu kekurangan tilam terbaik adalah kos yang tinggi, terutama untuk tilam yang berkualiti tinggi.


Apakah Tips Memilih Tilam Terbaik?

Jangan ambil mudah ketika membeli tilam kerana akan memberi kesan pada kualiti tidur, keselesaan suhu tubuh dan paling penting kesihatan tulang belakang. 

Mari kami kongsikan beberapa tips untuk memilih tilam yang elok dan tahan lama. 

  • Kenali jenis tilam

Belajar dahulu tentang jenis-jenis material tilam yang anda suka kerana mungkin anda lebih selesa dengan tilam jenis kapas, getah, spring atau memory foam

Kini ada banyak lagi tilam yang diubah suai bahannya supaya dapat mengikut keperluan dan bajet pengguna. 

  • Ukuran/saiz tilam

Anda harus tahu ukuran katil anda sebelum membeli tilam supaya tilam dapat diletakkan pada katil dengan baik, tidak terlalu kecil atau besar. 

Selain itu juga, pilih saiz tilam mengikut kegunaan anda. Jika masih bujang boleh pilih tilam super single, single atau queen.

Bagi keluarga yang masih tidur dengan anak kecil atau tubuh agak besar beli tilam saiz king untuk keselesaan berpanjangan. 

  • Pilih kategori tilam

Tilam Soft & Medium - sesuai untuk tubuh kurus dari berat 70 kilogram hingga 80 kilogram atau bagi tubuh berisi dapatkan tilam spring untuk sokongan tambahan. 

Tilam Firm & Extra Firm  - tilam untuk berat badan 120 kilogram ke atas atau mengalami sakit tulang belakang. 

Namun begitu, ia bergantung pada material tilam dan teknologi pada setiap jenama tilam berbeza-beza. Ini sekadar rujukan asas. 

  • Jaminan & tempoh percubaan 

Jangan lupa dengan tempoh jaminan tilam yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar kerana ada juga kedai yang menyediakan tempoh percubaan untuk pelanggan. 

Jadi jika tilam yang dibeli tidak menjamin keselesaan atau tidur yang baik, anda boleh pulangkan atau ganti tilam yang lain.  


Artikel Berkaitan

End of Article