Perkakas Rumah

10 Jenama Bread Maker Terbaik di Malaysia 2026

Menyediakan pelbagai jenis juadah roti lebih mudah dan pantas dengan bantuan mesin bread maker dari jenama Sharp, Tesco, SKG, Russel Taylors dll.


Editor · Updated 3 Dec 2021

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Jenama Bread Maker Terbaik di Malaysia 2026

Hidangan kek atau roti hasil air tangan sendiri adalah lebih bermakna, terutama jika seisi keluarga anda menikmatinya dengan penuh selera.

Mujurlah kini, anda boleh menyediakan pelbagai jenis juadah roti dan kek kesukaan seisi keluarga dengan bantuan mesin yang menjadikan keseluruhan proses lebih mudah dan pantas.

Kandungan

Ekspresi bakat anda dalam menghasilkan roti dan kek yang enak dengan pilihan mesin buat roti berikut;


Isi Kandungan


10 Jenama Bread Maker Terbaik di Malaysia

giselle bread maker
Sesuai untuk jumlah ahli keluarga yang sederhana besar 1 daripada 10
Giselle Bread Maker Size L Dual Blades
Partnership with Giselle
Dari RM279.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Saiz roti 1.5kg
Paparan LCD
Penggunaan elektrik agak tinggi, 850w
1 lagi
Mempunyai 15 pilihan set menu

Jika anda sekeluarga memang suka roti dan dalam rumah wajib ada stok roti, kami cadangkan mesin pembuat roti dari jenama Giselle ini. 

Mesin serba baru ini mempunyai 15 program menu untuk anda cuba dan bukan sekadar membuat roti sahaja. Anda juga boleh membuat kek dan pelbagai lagi pastri kesukaan. 

Selain itu, anda boleh menghasilkan warna kerak roti mengikut 3 warna dari terang hingga gelap. Ia semua bergantung pada citarasa masing-masing. 

Menariknya lagi, bread maker dari Giselle dilengkapi dengan dua bilah pemukul doh bagi memastikan bahan-bahan doh serata dan diuli dengan efisien. 

rusell taylors breadmaker review
Sesuai untuk membuat roti, dessert kegemaran anda 2 daripada 10
Russell Taylors Bread Maker Large (2.0LB) BM-10
Partnership with Russell Taylors
Dari RM249.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jaminan selama 2 tahun
Mempunyai 19 set program
Bentuk rekaan kurang menarik
2 lagi
Mesra pengguna
Sesuai untuk roti bebas gluten

Apa jua jenis roti atau manisan yang anda inginkan dari bakeri kini hanya boleh dibuat dirumah sahaja menggunakan bread maker dari Rusell Taylors ini. 

Ia dilengkapi dengan 19 program pilihan untuk memudahkan proses membuat roti. Malah anda juga boleh menanak beras pulut, menumis bahan masakan dan juga defrost makanan sejuk beku. 

Penggunaan elektrik dari mesin ini rendah hanya 600w dan anda boleh set kan masa membuat selama 15 jam. Jadi bangun sahaja tidur, anda terus dapat hasil roti yang baru siap dibakar. 

mmx breadmaker malaysia
Mesin pembuat roti automatik terbaik 3 daripada 10
MMX Bread Maker Size XL
Partnership with MMX
Dari RM259.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Fungsi keselamatan - anti-panas
Mempunyai 3 pilihan saiz roti, 1kg - 1.5kg
Penggunaan elektrik agak tinggi, 850w
1 lagi
2 lapisan coating - Diamond Fluorine

Ini antara pilihan bread maker terbaru di Shopee dan Lazada. Mesin pembuat roti dari jenama MMX beri pilihan kepada anda untuk membuat saiz roti dari 1kg, 1.25kg dan 1.5kg. 

Malah ia dilengkapi dengan bilah pemukul/pembancuh yang kuat bagi memberi hasil doh yang cantik. Sama seperti bread maker yang lain, ia turut mempunyai variasi program kekunci sehingga 15 butang pilihan. Jika anda mahukan warna kerak roti yang berbeza, jangan risau mesin ini boleh buatkan.

Selain itu, mesin MMX disertakan program delay timing untuk 15 jam dan 60 minit fungsi pemanasan berkala. Ia cukup memudahkan anda untuk menguruskan proses memasak. 

biolomix breadmaker
Pembuat roti stainless steel – tahan karat dan tidak mudah rosak 4 daripada 10
Biolomix Stainless Steel Bread Maker
Partnership with Biolomix
Dari RM341.25
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mempunyai 17 pilihan set program
Tahan lasak & karat
Saiz mesin berat
2 lagi
Mempunyai 'smart nuts & fruits dispenser'
Saiz roti sekadar 1kg

Cukup eksklusif apabila melihat mesin pembuat kek serba berkilat dari Biolomix ini. Bada mesin ini dari besi tahan karat, dimana khusus untuk penggunaan yang lasak dan aktiviti luar. 

Fungsi mesin roti sama sahaja seperti mesin roti yang lain iaitu dilengkapi 17 set program, paparan LCD, tetingkap dan pilihan warna kerak roti. 

Namun uniknya tentang bread maker Biolomix ia mempunyai sistem penyejukkan motor dan bekas khas untuk resepi roti tambahan kekacang dan buah-buahan. 

Jika anda mahu aksesori dapur yang elegan dan berbeza dari yang lain, dapatkan bread maker ini dengan harga tawaran yang cukup berbaloi. 

Mesin pembuat roti murah terbaik - stir fry 5 daripada 10
Electrova HomeBaker Series Bread Maker 2.0LB
Partnership with Electrova
Dari RM199
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh menumis
Mempunyai 19 pilihan set program
Saiz roti hanya 1kg
1 lagi
Jaminan selama 2 tahun

Bread maker dari jenama Electrova ini cukup mengagumkan pengguna mereka kerana mempunyai sehingga 19 program pilihan sehingga anda boleh menumis masakan didalamnya!

Bekas pembakar roti ini diperbuat daripada material non-stick yang memudahkan anda untuk membersihkannya selepas setiap kali penggunaan. Sebarang kerak roti, bekas minyak atau jangkitan kulat tidak akan berlaku dan tertinggal. 

Selepas roti siap dimasak, anda boleh tinggalkan sahaja roti tersebut di dalam mesin ini kerana ianya dapat mengekalkan sistem pemanasan haba selama 60 minit untuk roti anda agar sentiasa kekal segar dan rasa seperti baru dibuat.

Pembuat roti berkapasiti kurang dari 1kg 6 daripada 10
Khind Bread Maker Ceramic Coasted Barrel (BM750)
Partnership with Khind
Dari RM256
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai 14 pilihan set program
Jenis non-stick
Jaminan 1 tahun sahaja
1 lagi
Harga murah

Sebut sahaja Khind, siapa yang tidak kenal dengan jenama yang terkenal dalam perkakas elektrik terbaik di Malaysia.

Ianya dilengkapi dengan 14 pre-set menu yang boleh anda tetapkan terlebih dahulu sebelum mula membuat roti dan kawal suhu pembakaran roti diingini samada light atau dark crust.

Pembuat roti non-stick ini disalut dengan seramik, bebas daripada PFOA dan selamat digunakan serta bebas bahan kimia merbahaya.

Sesuai untuk kegunaan peniaga roti secara online 7 daripada 10
PerySmith 3.0LB Bread Maker (PS3500)
Partnership with PerySmith
Dari RM277
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mempunyai 3 pilihan saiz roti, 1kg - 1.5kg
15 pilihan set program
1 lagi
Fungsi keselamatan - anti-panas

Zaman sekarang segala kemudahan hanya dihujung jari sahaja. Termasuklah meniaga makanan secara online.

Jika anda peniaga online, lebih baik gunakan pembuat roti yang berkapasiti sederhana besar bagi memudahkan anda untuk melaksanakan tempahan pelanggan. 

Dilengkapi dengan 15 program digital yang boleh anda setkan sebelum mula mengadun roti dan paparan LCD agar anda dapat lihat timer untuk roti tersebut siap dimasak.

Skrin sentuhnya memudahkan anda mengawal tahap roti yang anda inginkan.

Buat jam dengan bread maker ini 8 daripada 10
Morgan Bread Maker (MBM-1020)
Partnership with Morgan
Dari RM420
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Boleh membuat jam
Mudah dibersihkan
1 lagi
Mesra pengguna

Pan pembuat roti ini diperbuat daripada bahan non-stick yang boleh membakar roti dengan pantas. Material pembuat roti ini diperbuat daripada plastik dan lengkap dengan paparan LCD untuk memudahkan anda mengawal proses pembuatannya. 

Terdapat 12 program digital yang boleh anda pilih samada membuat roti sandwich, asas, French, Whole Wheat, Gluten Free, doh, jam, kek dan sebagainya.

Sesuai untuk membuat roti bun 9 daripada 10
Trio Twin Blade Bread Maker (TBM-222)
Partnership with Trio
Dari RM309
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai 15 pilihan menu
Mesra pengguna
Hanya untuk saiz roti 1.5kg
2 lagi
Sesuai juga untuk membuat jam & yogurt
Jaminan 1 tahun sahaja

Kadangkala tekak tu pasti teringin hendak makan bun yang gebu dan masih panas, bukan?

Nah, pembakar roti ini sesuai untuk membuat roti bun kerana berkapasiti besar 1.5kg. Anda boleh melihat proses membuat roti anda melalui 2 tingkap yang terdapat pada mesin ini. 

Kawal proses pembuatannya dengan panel paparan LCD mengikut kemahuan anda. Bukan hanya sesuai untuk roti, anda juga boleh membuat kek, jam dan yogurt menggunakan bread maker ini.

Pelbagaikan saiz roti anda dengan pembuat roti ini 10 daripada 10
Pensonic Bread Maker (PBM2000)
Partnership with Pensonic
Dari RM553.41
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Harga murah
Mempunyai 19 pilihan set menu
1 lagi
Didatangi dengan aksesori memasak

Istimewa pembuat roti dari jenama Pensonic ini ialah ianya lengkap dengan 19 pre-set menu program yang boleh anda pilih jika ingin membuat roti kegemaran anda.

Saiz loaf roti anda juga boleh dipilih samada 1.0lb, 1.5lb atau 2.0lb dan ia turut menyediakan kemudahan 15 jam program delay-timing supaya anda dapat merancang masa memasak. 

Material pan pembuat roti ini diperbuat daripada bahan non-stick agar ianya mudah untuk dibersihkan.


Tips Hasilkan Roti Yang Lembut?

Beli tempat membuat roti, sudah. Apa yang tinggal kini adalah untuk mencari resipi membuat roti yang lembut dan terbaik untuk hidangan anda sekeluarga?

Sebelum membuat roti, anda harus mengenali cara-cara memproses dan menggunakan bahan yang bersesuaian untuk mendapatkan roti lembut serta gebu.

Bahan-bahan yang digunakan semasa membuat roti adalah;

  • Tepung
  • Gula
  • Yis / Yeast (ibu roti)
  • Bread improver
  • Marjerin / mentega / shortening (lemak sayuran)
  • Susu tepung
  • Telur
  • Air

 Proses membuat roti dengan betul haruslah mengikut urutan seperti;

  • Campurkan bahan-bahan
  • Menguli
  • Tunggu sehingga bahan-bahan tersebut kembang
  • Buang gelembung angin pada doh
  • Selepas bahagi kepada bahagian lebih kecil, kembangkannya untuk kali ke-2
  • Gris
  • Bakar
  • Simpan

Senang bukan cara untuk membuat roti ini?


Cara Guna Bread Maker

Siapa sangka kini dengan adanya mesin pembuat roti atau bread maker, kerja-kerja menguli doh dan membakar hanya menggunakan satu butang! Buat anda yang masih baru untuk menggunakan bread maker, mari kami ajarkan dengan pelbagai tips ringkas dibawah;

Baca arahan penggunaan bread maker sebaiknya. Ada mesin yang boleh membuat kek hanya untuk saiz 500 gram atau sehingga 1.5kg. Pastikan resepi yang digunakan bertepatan dengan saiz mesin. 

Turutan isian bahan pula, mulakan dengan bahan-bahan kering terdahulu seperti tepung, yis, gula dan garam. Kemudian, anda boleh masukkan bahan basah seperti minyak, telur dan sebagainya. Jangan risau, anda boleh guna pelbagai tepung mengikut resepi masing-masing. 

Pilih bread maker jenis non-stick supaya proses membersih mesin senang dan paling penting saat untuk anda keluarkan roti juga tidak melekat pada bekas pembakar. 

Selain itu, anda boleh hanya menggunakan bread maker sebagai alat penguli doh. Mungkin anda mahu kerak, warna dan hasil roti yang masak lebih lama. Setelah siap menguli doh, anda boleh keluarkan doh dan bakar didalam ketuhar seperti biasa. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation