Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Mesin Waffle Terbaik di Malaysia 2024 - Harga & Jenama

Buat je waffle di rumah, cepat dan sedap!

Buat si penggemar wafel, tiada apa yang boleh menandingi bau waffle wangi yang dimasak dan dihidang dengan topping pilihan seperti jem strawberi, madu dan sirap mapple. 

Kini anda boleh realisasikan wafel kegemaran anda di rumah sahaja dengan hanya sebuah mesin waffle di rumah!

Cara buat waffle mudah sahaja, anda hanya perlukan adunan tepung yang baik, mesin waffle dan topping pilihan.  

Jom lihat senarai mesin waffle terbaik dan harga mesin waffle mengikut pilihan bajet anda!


Senarai 11 Mesin Waffle Terbaik

Waffle maker terbaik secara keseluruhan
PerySmith 3in1 Waffle Maker EasyCooking Series WM360
mulai
RM99.00
Semak PerySmith 3in1 Waffle Maker EasyCooking Series WM360 harga dibawah:
add_circle Diperakui SIRIM
add_circle Lapisan non-stick
add_circle Mempunyai pemegang
add_circle Sistem pemanasan yang cekap
remove_circle Bahagian klip mudah pecah

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Mesin buat wafel PerrySmith ini multifungsi di mana bukan sahaja boleh buat waffle, malah anda juga boleh buat sandwich, telur dadar serta wrap sihat dengan 1 mesin sahaja. 

Ciri-ciri;

Ini kerana mesin wafel ini ada 3 jenis bakeware atau plate yang boleh ditukar mengikut jenis makanan yang ingin kita masak. 

Bahagian bawah alat ini pula mempunyai kaki getah yang membuatkannya tidak mudah tergelincir, jadi tetap selamat digunakan oleh seisi keluarga. 

Hanya 3 minit sahaja yang diperlukan untuk masak sandwich atau wafel dengan alat portable ini. 

Paling menarik, mesin ini sangat mudah dibersihkan kerana anda tidak perlu basuh dengan tekanan yang kuat.

Review;

‘Warna lampu automatik bertukar hijau apabila siap masak. Boleh buat waffle dan takoyaki juga. Setakat ini acuan waffle tak melekat’

Belgium waffle maker
Russell Taylors
mulai
RM69.99
Semak Russell Taylors Belgian Waffle Maker WM-20 harga dibawah:
add_circle Waffle cepat masak
add_circle Harga mampu milik
add_circle Saiz kecil yang menjimatkan ruang
remove_circle Tidak sesuai digunakan untuk jualan

Teringin nak makan Belgium waffle yang lembut di dalam, rangup di luar? Dengan alat Russel Taylors ini, anda boleh buat sendiri waffle enak di rumah.

Dilengkapi lampu LED yang akan memberi petunjuk yang memudahkan anda mengetahui sama ada wafel sudah masak atau belum. 

Ciri ini akan memastikan waffle anda tidak akan hangit atau kurang masak. 

Selain itu, dengan pan non-stick pada alat ini, waffle akan lebih mudah untuk diangkat dari acuan tanpa meninggalkan sisa bancuhan tepung.

Kalau anda nak bersihkan pun mudah sebab tidak perlu mencucinya dengan tekanan yang kuat. 

Wafel yang siap dimasak akan ada 4 bahagian yang akan memudahkan anda untuk potong waffle kepada kepingan yang lebih kecil.

Mesin pembuat waffle bulat
mulai
RM744.00
Semak BREVILLE Waffle Maker Classic harga dibawah:
add_circle Adunan tidak tumpah ke luar mesin apabila ditutup
add_circle Haba tersebar sekata & konsisten
add_circle Lapisan non-stick
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga mahal

Apa yang membezakan waffle maker Breville dengan mesin lain ialah mesin ini mempunyai 7 pilihan browning controls.

Ciri menarik ini akan membolehkan anda customize warna dan kerangupan waffle kegemaran mengikut cita rasa anda.

Nak waffle yang perang keemasan dan crispy atau nak yang lembut, semuanya boleh dengan waffle maker Breville. 

Bukan itu sahaja, mesin ini juga mempunyai pan masakan yang lebih dalam agar waffle yang dimasak lebih tebal dan bulat berbanding biasa. 

Walaupun harga mesin waffle ini mahal, namun mesin ini menjanjikan kualiti rasa wafel yang premium untuk anda. 

Commercial Double Head Electric Commercial Waffle Maker
mulai
RM379.90
Semak Commercial Double Head Electric Commercial Waffle Maker harga dibawah:
add_circle Suhu & masa mudah dikawal dengan knob
add_circle Senang dibersihkan
add_circle Tidak melekat
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kabel wayar agak pendek

Bagi yang nak cuba jual waffle di kafe atau kantin sekolah, anda boleh beli mesin waffle maker elektrik khas untuk komersial ini. 

Pelanggan tidak perlu tunggu lama untuk waffle siap masak sebab alat ini mempunyai 2 plat, jadi boleh buat 2 keping waffle serentak. 

Turut dilengkapi dengan pemegang spiral jenis non-slip yang selesa dipegang untuk memudah anda keluarkan wafel daripada plat.

Yang penting, mesin ini diperbuat daripada stainless steel yang selamat digunakan untuk memasak makanan. 

Waffle yang telah masak boleh diangkat dengan mudah jadi sangat sesuai untuk mereka yang mahu buka kedai kecil.

Trio Flick Egg Waffle Maker TEW230
mulai
RM66.00
Semak Trio Flick Egg Waffle Maker TEW230 harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Diperakui SIRIM
add_circle Dilengkapi pemegang
add_circle Mempunyai lapisan non-stick
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 tahun

Gunalah waffle maker jenama Trio ini jika anda mengidam nak menikmati egg bubble waffle yang gebu dan ringan. 

Mesin wafel ini mempunyai lampu pada bahagian atas sebagai penanda untuk pengguna peka sama ada waffle sudah siap masak atau belum. 

Berbeza daripada waffle maker lain setelah adunan tepung dituangkan dan ditutup, alat ini boleh diterbalikkan 180 darjah.

Ciri ini untuk memastikan adunan waffle dapat diratakan ke seluruh pan agar adunan tepung masak sekata. 

Bahagian bawah mesin pula mempunyai kaki kukuh yang tidak mudah tergelincir ketika diletakkan di atas permukaan meja atau kabinet dapur.

Mini waffle maker
Electric Waffles Maker
mulai
RM20.57
Semak Electric Waffles Maker harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Saiz kecil
add_circle Makanan masak sekata
add_circle Mudah dibawa ke mana-mana
add_circle Menggunakan elektrik
remove_circle Tiada waranti

Teringin nak ada waffle maker sendiri di rumah tapi bajet tidak banyak? Usah risau, mesin yang menggunakan elektrik ini sesuai untuk anda. 

Bersaiz kecil, waffle maker ini mudah disimpan dan tidak akan mengambil ruang banyak apabila diletakkan di atas kabinet dapur. 

Selain wafel, anda juga boleh buat pancake atau lempeng atau sandwich panini dengan alat ini sepantas 5 minit sahaja. 

Walaupun kecil, namun rasa dan tekstur waffle yang dimasak tetap sedap dan rangup di luar. 

Sangat sesuai digunakan oleh pelajar kolej yang teringin nak makan waffle pada waktu malam.

Mesin waffle bulat
Khind Waffle Maker WFM1019
mulai
RM59.00
Semak Khind Waffle Maker WFM1019 harga dibawah:
add_circle Plat non-stick
add_circle Kawalan suhu automatik
add_circle Ringan, hanya 1.3kg
remove_circle Tidak sesuai digunakan untuk jualan

Anda boleh menikmati wafel yang enak dalam masa beberapa minit sahaja dengan mesin waffle Khind ini. 

Alat ini akan menghasilkan wafel berbentuk bulat yang bersaiz standard seperti dibeli di kedai. 

Secara keseluruhannya, mesin ini mudah dibersihkan dan dikendalikan kerana dilengkapi dengan plat jenis non-stick.

Turut direka dengan Cool-touch handle di mana pemegang mesin tidak panas apabila sedang digunakan.

Ciri menarik lain, mesin ini dilengkapi dengan lampu indikasi bagi mengelakkan waffle anda hangit akibat terlebih masak atau kurang masak.

Double Head Waffle Pan:Waffle Iron Maker
mulai
RM68.00
Semak Double Head Waffle Pan/Waffle Iron Maker harga dibawah:
add_circle Boleh masak 2 waffle sekali gus
add_circle Tidak menggunakan elektrik
add_circle Lapisan non-stick
add_circle Senang dicuci
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai digunakan dengan dapur induksi

Buat yang lebih gemar menggunakan dapur gas berbanding elektrik, waffle maker yang diperbuat daripada besi ini sesuai untuk anda. 

Mesin wafel ini mudah disimpan dan dikendalikan kerana tiada sambungan wayar yang berselirat diperlukan lagi.

Selamat digunakan di atas dapur gas, jadi anda boleh buat waffle di rumah atau untuk jualan di kiosk kecil-kecilan. 

Pemegang waffle maker ini pula panjang serta mudah dipegang dan bersifat penebat haba untuk melindungi tangan pengguna dari melecur. 

Yang penting, waffle akan masak sekata sehingga bewarna perang keemasan kerana alat ini boleh diterbalikkan ketika makanan sedang dimasak. 

Russell Taylors x Sanrio Hello Kitty Waffle Maker MW-25
mulai
RM89.99
Semak Russell Taylors x Sanrio Hello Kitty Waffle Maker MW-25 harga dibawah:
add_circle Sistem pemanasan dual-sided cekap
add_circle Rekaan kompak & ringan
add_circle Mempunyai pemegang
add_circle Jaminan 2 tahun
remove_circle Plat tidak boleh ditanggalkan
remove_circle Tidak boleh dicuci dengan air

Anak sukar makan sarapan gara-gara menu pagi yang tidak menarik? Usah pening kepala, anda cuba masak wafel guna waffle maker bentuk Hello Kitty yang comel. 

Selepas ini anak anda lebih berselera untuk habiskan breakfast sebelum ke sekolah atau boleh juga bawa ke sekolah sebagai bekal makan ketika waktu rehat.

Paling penting, pengguna hanya perlu tunggu sekitar 1-3 minit untuk panaskan mesin ini untuk dapatkan wafel yang rangup dan comel.

Apabila lampu indikator hijau mati, anda boleh mula masak waffle dan tunggu sehingga lampu merah menyala semula untuk keluarkan wafel anda.

Walaupun tidak boleh dicuci dengan air, anda boleh bersihkannya dengan tisu atau tuala basah sahaja. 

Jangan risau kerana tiada sisa yang akan melekat selepas waffle masak kerana plat yang digunakan adalah jenis non-stick.

Kenwood Sandwich Maker SMP84.C0WH With 3 Snacking Plates
mulai
RM147.80
Semak Kenwood Sandwich Maker SMP84.C0WH With 3 Snacking Plates harga dibawah:
add_circle Tidak melekat
add_circle Mudah disimpan
add_circle Pemegang ergonomik
add_circle Mendapat perakuan SIRIM
add_circle Mempunyai lampu indikator Cook and Keep Warm
remove_circle Kurang sesuai digunakan untuk berniaga

Waffle maker Kenwood ada tiga plate masakan yang boleh ditukar, bergantung pada hidangan yang anda nak buat. 

Selain boleh buat 2 sandwich dalam satu masa, mesin ini juga  boleh juga masak cheese toast, kebab, burritos atau sayuran serta buat waffle klasik berbentuk segi empat. 

Selain itu, pembelian mesin ini berbaloi kerana cara buat wafel senang, mudah disimpan dan ada lampu indikator Cook and Keep Warm.

Plat mesin ini juga mudah dicuci tanpa perlu menyental dengan kuat kerana bahagian dalam mesin mempunyai lapisan non-stick

Ciri tambahan lain pada sandwich maker ini ialah boleh dibuka sehingga 180 darjah untuk memudahkan pengguna memanggang pelbagai jenis makanan.

Trio waffle maker
Trio Waffle Maker TWM-85
mulai
RM128.00
Semak Trio Waffle Maker TWM-85 harga dibawah:
add_circle Waffle tebal 1 inci
add_circle Tidak mudah melekat
add_circle Boleh dipusing 180 darjah
add_circle Jimat ruang, boleh disimpan dalam keadaan berdiri
remove_circle Harga mahal

Mesin waffle Trio adalah pilihan terbaik untuk membuat waffle berbentuk bulat yang tebal dan lembut.

Lengkap dengan ciri browning control yang membolehkan anda pilih sama ada nak waffle berwarna perang keemasan atau coklat. 

Sangat mudah dibersihkan kerana mempunyai dulang khas yang boleh ditanggalkan. 

Jadi, anda tidak perlu risau jika adunan tumpah ke luar mesin apabila ditutup. 

Jangan lupa untuk pusing mesin 180 darjah selepas adunan dituang agar waffle akan masak sekata. 

Waffle juga tidak akan terlebih masak dengan adanya lampu Dual Pilot yang akan menyala apabila makanan siap.


Cara pilih waffle maker 

Dengan pelbagai jenama dan jenis waffle maker yang ada di pasaran, sudah tentu anda keliru macam mana nak pilih mesin wafel yang terbaik. 

Tidak mengapa, ikuti tips yang kami kongsikan ini. 

  • Pilih waffle maker yang mempunyai lapisan non-stick 

Lapisan non-stick pada alat ini akan memudahkan anda untuk keluarkan waffle dari mesin dengan mudah tanpa merosakkan permukaan waffle

Mesin ini juga akan jadi lebih crispy di bahagian luar. 

Cara nak bersihkan waffle maker pun senang sebab tidak perlu gunakan tekanan yang kuat untuk hilangkan sisa adunan waffle. 

  • Pilih mesin yang boleh dipusingkan (mempunyai ciri rotary function)

Ciri ini akan memastikan wafel jadi warna coklat keemasan pada kedua-dua permukaan atas dan bawah, jadi makanan jadi lebih enak. 

  • Pilih sama ada anda mahukan waffle maker yang menggunakan elektrik atau dapur gas 

Waffle maker jenis elektrik memang mudah tapi untuk peniaga yang menjual waffle di gerai tepi jalan atau pasar malam, lebih baik guna waffle maker yang guna gas. 

  • Pilih saiz dan bentuk waffle maker 

Ada sesetengah waffle maker boleh digunakan untuk buat dua wafel serentak, jadi untuk pemilik restoran atau kafe, lebih baik guna alat ini agar pelanggan tidak perlu tunggu lama.

Wafel dengan pelbagai bentuk yang comel seperti Mickey Mouse atau hati pula akan membuatkan kita lebih berselera untuk makan. 

Kalau anda mencari resepi wafel yang sedap dan rangup, jom lihat video di bawah! Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan

End of Article