Adakah scrub baik untuk kulit muka?
Membasuh muka dengan hanya menggunakan pencuci muka tidak memberikan impak yang besar. Sebenarnya, ramai yang tidak menitik beratkan kepentingan menggunakan scrub muka. Untuk pengetahuan anda, scrub muka sangat penting digunakan kerana ia membuang kulit mati, mencerahkan wajah serta mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Selain itu, scrub muka dapat mencerahkan lagi kulit yang kusam.
Ingin kembalikan kulit wajah yang lebih sihat dan segar? Masih belum terlambat untuk membeli dan menggunakan produk scrub muka. Ini adalah beberapa senarai scrub muka terbaik yang berada dipasaran.
Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak.
Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar.
Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam.
Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
Jika mempunyai kulit kombinasi, gunalah scrub muka yang diperbuat daripada kunyit. Ia membantu memulihkan masalah muka “breakout” dan menghilangkan parut dimuka.
Scrub ini mengandungi kolagen dan vitamin E supaya kulit nampak lebih cantik, sihat, dan segar!
Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, anda patut cuba scrub muka yang dihasilkan daripada beras. Scrub ini membuat muka kelihatan awet muda kerana produk ini jenis anti-penuaan. Untuk orang yang memliliki kulit yang normal sehingga kulit kering, sangat sesuai untuk menggunakan scrub beras supaya kulit kelihatan segar.
Scrub kopi mampu memperbaiki masalah kulit kusam dengan aroma kopi dan kelapa yang menyegarkan. Ia menghilangkan daki dan kotoran di muka dengan 100% serbuk kulit walnut yang semulajadi.
Lebih best, ia adalah bebas paraben dan telah diuji secara klinikal.
Scrub muka ini menggunakan gula hitam untuk membuang sel kulit yang mati dan menaikkan seri muka. Anda pasti pernah mempunyai masalah makeup yang tidak sekata atau pecah kan?
Dengan menggunakan scrub muka ini, ia akan melembutkan kulit muka dan makeup juga akan nampak lebih sempurna.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!