Kecantikan

8 Produk Kecantikan Jenama Korea Wajib Ada Untuk Wajah Berseri

Kini terlampau banyak pilihan produk skin care yang terdapat di Malaysia, termasuklah produk kecantikan Korea untuk mencerahkan wajah dan mengecilkan pori-pori wajah. Berikut beberapa produk skincare Korea terlaris dari jenama terkenal seperti Innisfree, Etude House, dan Nature Republic yang boleh didapati di Malaysia.


Editor · 9 Jan 2019, 4:34pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Produk Kecantikan Jenama Korea Wajib Ada Untuk Wajah Berseri

Kini terlampau banyak pilihan produk kecantikan yang terdapat di pasaran Malaysia, termasuklah produk kecantikan Korea. Pastinya semua orang menginginkan kulit yang licin dan bersih seperti artis-artis Korea.

Tidak salah untuk membeli produk dari negara luar jika ia sememangnya terbaik untuk anda, lebih-lebih lagi harganya juga berpatutan dan sangat berkesan. Berikut beberapa produk kecantikan Korea yang berada di pasaran yang boleh anda cuba.

Kandungan
Facial foam Korea terbaik 1 daripada 8
INNISFREE Green Tea Foam Cleanser (150ml)
Partnership with INNISFREE
Dari RM48
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membersihkan wajah sehingga lubang pori.
Menggunakan bahan semulajadi.
Bergantung pada kulit individu.
1 lagi
Melembabkan kulit.

Pencuci muka ini diperkaya dengan teh hijau yang membantu untuk merawat kulit yang kering agar kekal lembap walaupun seharian di luar. Pembersih muka ini juga turut kaya dengan antioksidan bagi memberi kulit yang lebih cerah dan sihat. Rasai kehebatan pembersih muka ini dengan mengamalkan penggunaan dua kali sehari.

Produk Korea untuk mengecilkan pori-pori wajah
Produk Korea untuk mengecilkan pori-pori wajah 2 daripada 8
Tony Moly Egg Pore Silky Smooth Balm
Partnership with
Dari RM64.90
Lihat harga di Hermo Malaysia

Krim ini datang dalam bentuk tekstur balm yang kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan asid amino yang membantu untuk mengecilkan pori yang besar. Selain itu, ia juga turut mengawal minyak yang berlebihan dari muka anda dan mengelak dari kemunculan jerawat yang tidak diingini. Krim yang turut menjadikan kulit anda lebih licin dan lembut agar solekan harian anda nampak lebih menyerlah.

Face mask Korea terbaik untuk remaja berkulit jerawat
Face mask Korea terbaik untuk remaja berkulit jerawat 3 daripada 8
Etude House AC Clean Up Pink Powder Mask
Partnership with Etude House
Dari RM62
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dengan keberkesanan mask ini, ia mampu membantu anda dalam mengatasi masalah jerawat di muka. Ia mengandungi kolagen yang mempunyai sensasi sejuk bagi menyegarkan kulit yang iritasi. Mask merah jambu ini meresap jauh ke dalam kulit anda untuk memperbaiki kulit yang bermasalah dan menjadikan kulit tampil licin dan bebas dari jerawat.

Cleanser Korea untuk mencerahkan kulit
Cleanser Korea untuk mencerahkan kulit 4 daripada 8
The Face Shop Rice Water Bright Foaming Cleanser
Partnership with The Face Shop
Dari RM26.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Althea Malaysia

Pencuci muka yang dirumus dari air beras ini kaya dengan vitamin, asid amino dan nutrisi agar kulit anda kekal lembap dan turut membantu dalam mencerahkan kulit wajah anda. Ia membersih muka dengan menakjubkan agar terhapus semua kotoran dan menjadikan kulit wajah kelihatan muda, licin dan lembut. Setiap cucian dapat membuang sel kulit mati dan menjadikan wajah anda lebih cerah dan licin.

Produk Korea terbaik untuk anti-aging
Produk Korea terbaik untuk anti-aging 5 daripada 8
The Face Shop The Therapy Moisture Blending Formula Cream
Partnership with
Dari RM185.40
Lihat harga di Hermo Malaysia

Krim yang unik ini mempunyai dua lapisan iaitu atas dan bawah, atas dirumus dengan pati minyak ringan manakala lapisan bawah untuk memberi kelembapan yang mendalam agar kulit kekal hidrat. Ia juga berfungsi sebagai krim anti penuaan yang menegangkan kulit muka anda dan menghilangkan garis halus di muka agar wajah kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Anda pasti menyukai krim ini kerana ia sememangnya memberi kesan yang menakjubkan.

Moisturizer untuk kulit kering
Moisturizer untuk kulit kering 6 daripada 8
Innisfree Orchid Cream
Partnership with
Dari RM18.02
Lihat harga di Hermo Malaysia

Krim muka yang dirumus dari ekstrak orkid Jeju memberikan kelembutan luar biasa untuk kulit kering dan diperkaya dengan antioksidan. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan kedutan terutamanya di kawasan mata agar lebih tegang. Krim yang boleh membuat anda jatuh cinta kerana ia menawarkan kulit yang lebih muda dan sihat.

Produk korea untuk hilangkan jerawat dan kulit berminyak 7 daripada 8
NATURE REPUBLIC Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist
Partnership with
Dari RM42.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Mist semburan yang dirumus dari ekstrak lidah buaya ini sangat membantu dalam memberikan kelegaan dan mengurangkan jerawat di wajah kerana ia diperkaya dengan bahan yang dapat merawat segala jenis masalah kulit. Mist ini juga kaya dengan vitamin c dan vitamin e yang membantu menegangkan kulit dan melembutkan kulit muka anda.

Kulit juga akan terasa licin dan bebas dari kulit berminyak kerana ia membantu dalam penyerapan minyak yang berlebihan di wajah. Sembur di wajah 2 atau 3 kali sehari dan ia juga ringan dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja.

Milk cleanser yang bagus
Milk cleanser yang bagus 8 daripada 8
Peripera Milk Wash Cleansing Foam
Partnership with
Dari RM34.45
Lihat harga di Hermo Malaysia

Pencuci muka susu yang kaya dengan protein susu memberikan penghidratan dan nutrisi untuk muka. Ia juga diuji dan disahkan sesuai bagi yang hypoalergik dan mempunyai tiga perisa susu untuk setiap jenis kulit. Perisa pertama iaitu dewy and plain smooth menjadikan kulit licin di luar dan terhidrat.

Manakala, strawberry vital dan radiant menjadikan kulit cerah dan berseri. Dan perisa yang terakhir pore clearing mint chocolate membersihkan liang-liang pori anda menjadikan kulit yang bersih dan bebas masalah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation