Penggunaan drone yang bagus semakin popular di kalangan rakyat Malaysia kerana mampu mengambil gambar atau video dari ruangan udara.
Sekaligus drone murah Shopee menjadi satu kelebihan baru bagi videographer untuk rekod video dalam bentuk sudut pandangan yang lain.
Terdapat banyak kedai yang jual drone murah dengan jenama drone terbaik dan harga drone di Malaysia mampu milik yang anda boleh dapatkan dengan review drone murah terbaik.
Buat yang baru ingin mencuba menggunakan drone, jom lihat senarai drone yang bagus.
Jom kami kongsikan jenis drone murah terbaik untuk anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Jenama Drone Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Jenama drone terbaik yang sesuai untuk beginner dan aerial photography lagi mudah dengan berat kurang 249g serta muat dalam tapak tangan anda.
Ciri-ciri:
DJI Mini 2 SE menyokong penghantaran video HD sehingga 10 km (FCC) & 6 km (CE) dan keupayaan anti-gangguan untuk penerbangan yang lebih jauh.
Dengan gabungan GNSS, penglihatan ke bawah dan sensor inframerah, drone boleh berlegar dengan stabil di udara.
Kamera CMOS 1/2.3 inci pula mampu menghasilkan gambar 12MP dan video sehingga 2.7K.
Boleh guna aplikasi Dji Fly untuk tutorial fotografi udara yang lengkap serta ciri zoom 4x semasa merakam video HD.
Cipta gambar yang memukau dengan mod panorama dan quickshots lima pilihan pergerakan kamera - dronie, helix, rocket, circle dan boomerang.
Pilih dari sphere, wide-angle dan panorama 180° untuk karya panorama terbaik dalam satu klik.
Dengan masa penerbangan maksimum 31 minit dan rintangan angin sehingga 38kph (Tahap 5), anda boleh merakam memori terbaik dalam pelbagai keadaan termasuk di pantai dan gunung.
Review:
“Video Pixel 2.7k sangat menakjubkan, dron sangat stabil untuk merakam gambar dan video yang sangat bagus. Tempoh penerbangan antara 22-30 minit bergantung pada mod & gaya penerbangan. Drone yang sangat bagus untuk pemula.”
Drone E88 Dual Cam dilengkapi dengan kamera dual yang dapat menghasilkan gambar dan video berkualiti tinggi dalam resolusi 2.0MP 720P.
Jadi dengan bahagian kamera yang mempunyai sudut lebar, anda dapat menangkap gambar dengan view yang luas.
Selain itu, drone ini juga hadir dengan mod Altitude Hold yang membolehkannya kekal pada ketinggian yang dikehendaki.
Anda juga dapat mengaktifkan mod Headless untuk memudahkan pengendalian drone.
Lebih menarik, drone ini juga dilengkapi dengan ciri One Key Return yang membolehkan drone kembali ke tempat mula penerbangan dengan mudah.
Dalam kategori drone murah terbaik, Drone E88 Dual Cam merupakan salah satu jenama drone terbaik yang dapat anda jadikan pilihan.
Sangat sesuai digunakan untuk aktiviti fotografi udara, pengambilan video dan untuk tujuan explore ruang udara pada sudut pandangan yang unik.
P12 WIFI Drone merupakan sebuah drone yang dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik yang boleh membuatkan pengalaman bermain drone lebih menyeronokkan.
Dengan jarak kawalan jauh hingga 100 meter, membolehkan anda merakam pemandangan dari langit dan mengambil gambar yang menakjubkan.
Drone ini bersaiz padat iaitu 25 x 25 x 5.5 cm dan reka bentuk lipatannya menjadikan mudah dibawa ke mana sahaja.
Selain itu, dilengkapi dengan bateri Lithium 3.7V 1800mAh yang membolehkannya terbang dalam tempoh 10-15 minit dan masa cas diperlukan selama 90 minit sahaja.
Drone ini juga mempunyai sistem kamera dua berkeupayaan yang membolehkan anda mengambil gambar dan video berkualiti tinggi dari pelbagai sudut.
Ciri-ciri menarik P12 WIFI Drone yang lain termasuk kawalan isyarat, penerbangan atau pendaratan satu kunci dan penerbangan secara Trajektori.
Fungsi penerbangan secara Trajektori membolehkan anda menetap laluan penerbangan dalam aplikasi yang tersedia dan akan terbang secara automatik mengikut laluan yang ditetapkan.
Semua ciri ini menjadikan sangat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak.
i3 Pro Drone dilengkapi dengan kamera 4K yang mantap dan merupakan pilihan terbaik untuk penggemar drone yang mencari kombinasi prestasi yang hebat dan harga yang berpatutan.
Dengan kamera dwi-pekaan 4K berkualiti tinggi, i3 Pro Drone mampu menghasilkan gambar dan video yang jelas dan tajam.
Selain itu, drone ini dilengkapi dengan penentuan kedudukan optik dan ciri Avoidance Obstacles untuk penerbangan yang stabil dan selamat.
Ingin diingatkan masa pengecasan lama iaitu selama 80 minit dan boleh diterbangkan bagi tempoh 18 minit.
Bagi penggemar aktiviti fotografi, i3 Pro Drone adalah antara drone yang bagus untuk merakam gambar permandangan dari langit.
Anda dapat menggunakannya untuk tujuan rekreasi, fotografi landskap atau untuk menghasilkan video kreatif.
Dengan harga drone yang berpatutan di Malaysia ini, Drone E99 Pro2 menawarkan spek drone terbaik dan bagus.
Drone E99 Pro2 dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menjadikannya pilihan yang baik dalam kategori drone murah.
Dilengkapi dengan kamera dual 4K yang memberikan gambar dan video berkualiti tinggi.
Anda juga boleh memilih kualiti kamera dengan pilihan 720P, 1080P, atau 4K.
Reka bentuk yang compact, boleh dilipat, diperbuat daripada bahan tahan lasak dan ringan menjadikan drone ini mudah dibawa ke mana sahaja.
Dengan teknologi 2.4GHz, drone ini menawarkan kestabilan penerbangan dan perlindungan daripada sebarang gangguan.
Mod kekal ketinggian pula membolehkan penerbangan yang stabil, sementara mod Headless memudahkan pengendalian drone.
Drone E99 Pro2 juga menawarkan pelbagai fungsi terbang yang serba guna, termasuk penerbangan Trajectory, kawalan dan 3 pilihan kelajuan penerbangan.
Ini merupakan sebuah drone yang hadir bersama dengan sistem GPS yang tepat dan menawarkan fungsi yang canggih dan terbaik dengan harga mampu milik.
Apa yang menarik tentang drone ini adalah berupaya untuk elak dari sebarang halangan dan penentuan lokasi GPS serta penentuan lokasi aliran optik.
Ciri ini dapat memberikan anda satu pengalaman mengawal penerbangan yang lebih stabil dan selamat.
Paling menarik, drone ini turut dilengkapi dengan dua kamera yang boleh menghasilkan gambar dan video berkualiti tinggi.
Ini kerana bahagian kamera resolusi mencapai 8K dan kemampuan penyesuaian hingga 90 darjah.
Maksudnya, anda boleh mengambil gambar dengan sudut pandang yang lebih luas.
Selain itu, drone ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri canggih seperti mod Hold Altitude untuk penerbangan yang stabil.
Turut mempunyai fungsi Smart Avoidance Obstacles dan mampu mengoptimumkan penggunaan bateri semasa bateri pada tahap rendah.
Tidak cukup dengan itu, anda juga dapat menikmati transmisi gambar definisi tinggi melalui jaringan 5G.
Ciri ini akan bantu anda melihat dunia dari perspektif drone semasa di langit secara real-time.
Drone S118 Brushless Motor ini menawarkan kualiti terbaik dengan ciri-ciri canggih yang membuatnya menjadi pilihan ideal bagi penggemar fotografi dan videografi udara.
Dengan resolusi video 8K UHD, drone ini mampu menghasilkan gambar dan video yang tajam dan jelas.
Terdapat juga 2-Axis Gimbal pada drone ini pula boleh memastikan gambar yang stabil sehingga membuatkan hasil tangkapan kelihatan profesional.
Tambahan lagi, drone ini juga dilengkapi dengan teknologi GPS Positioning dan Optical Flow Positioning, yang membolehkan kawalan penerbangan yang stabil dan tepat.
Drone S118 memiliki kemampuan menghindari sebarang halangan dengan laser 360° Omnidirectional, membuatkan penerbangan drone lebih selamat.
Paling menarik, bahagian kamera terdapat ciri Dual Camera Switching dan kamera boleh bergerak 90 darjah menjadikan sesuai untuk anda mengambil gambar dari pelbagai sudut.
Drone ini turut mempunyai kemampuan 50x zoom, yang membolehkan anda mendekati objek dan mengambil gambar secara dekat. Power!
Untuk anda yang mencari sebuah drone yang terbaru, anda boleh dapatkan E88 PRO Drone Professional 4K ini.
Dengan reka bentuk elegan dan moden, drone E88 Pro ini beroperasi pada frekuensi 2.4GHz yang stabil dan boleh dikawal sejauh 150 meter.
Selain itu, turut mempunyai 6 Axis Gyroscope bagi menjamin penerbangan yang lebih stabil. Manakala channel 4CH menawarkan kawalan yang lebih menyeluruh.
Drone ini dilengkapi dengan bateri modular 1800mAH berkuasa 3.7V. Jika dicas penuh, drone ini mampu terbang dalam tempoh masa 10 ke 15 minit.
Untuk mengecas, anda boleh menggunakan USB yang disediakan dan mengambil masa sehingga 60 minit untuk dicas penuh.
Disebabkan ia merupakan drone yang boleh lipat, jadi anda boleh dengan mudah membawa drone ini ke mana sahaja.
Untuk kualiti kamera pula, drone murah terbaik ini menawarkan resolusi 4K yang memukau dengan kamera dwi.
Anda boleh rasakan sendiri pengalaman First Person View (FPV) menerusi drone ini.
4K Mini Folding Drone ini merupakan drone mini murah terbaik dengan saiz 9.5 X 9.5 X 3CM semasa ia dibuka, dan 5 X 5 X 3CM semasa ia dilipat.
Drone ini hadir dengan bateri 700mAh dan dikatakan boleh bertahan selama lebih kurang 15 minit tempoh penerbangan.
Selain itu, drone murah terbaik ini juga turut dilengkapi dengan 6 Axis Gyroscope bagi memastikan drone dapat diterbangkan dengan stabil walaupun pada jarak 50-80 meter.
Drone ini juga turut mempunyai ciri pemindahan imej berdefinisi tinggi secara langsung.
Maknanya, anda dapat melihat gambar yang diambil drone secara real-time menerusi aplikasi di telefon anda.
Bukan itu sahaja, drone ini juga turut mempunyai kelebihan mengambil gambar secara automatik dengan hanya memberi isyarat sahaja.
Jika anda mencari drone yang ringan, kecil dan mempunyai kamera berkualiti, anda boleh dapatkan 4K Mini Folding Drone ini.
Drone mini ini agak kecil dan mudah disimpan dalam beg, terutama untuk mereka yang suka merakam video pandangan udara ketika melancong.
Terdapat mod kecemasan untuk menghentikan drone, mod altitude maintenance untuk memastikan drone terapung dengan stabil, dan ciri optical flow positioning untuk mengekalkan drone di tempat yang sama.
Headless mode membolehkan anda terbangkan drone tanpa perlu tetapkan arah terlebih dahulu.
Teknologi 2.4GHz memastikan tiada gangguan walaupun digunakan oleh beberapa orang pada masa yang sama dan boleh memuat naik gambar serta video 4K yang dirakam semasa drone terbang secara wireless.
Selain itu, anda boleh draw flight path dan drone akan terbang ikut laluan tu secara automatik.
Drone ini turut mempunyai 4 saluran untuk terbang naik, turun, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan dan berputar 360°.
Badan drone pula tahan lasak kerana diperbuat daripada aloi yang kuat dan tahan hentaman.
Jadi, tak perlu risau jika drone terjatuh.
Sama ada ingin mengambil gambar dari sudut tinggi ataupun dari atas kepala, guna drone ini.
Salah satu ciri menarik ialah fungsi follow me yang membolehkan drone mengikut pergerakan pengawal secara automatik.
Dilengkapi Double GPS positioning untuk penerbangan lebih tepat dan boleh melaraskan sudut kamera sehingga 90 darjah.
Kapasiti bateri 3800mAh membolehkan anda menjelajah kawasan yang lebih luas.
Jangan risau tentang halangan, Drone 45 dilengkapi dengan inframerah di hadapan, kiri dan kanan untuk mengelakkan halangan.
Cara Drone Berfungsi
Drone merupakan pesawat tanpa pemandu yang boleh terbang secara automatik atau melalui remote control.
Berikut cara drone berfungsi:
1. Motor dan Kipas
Setiap dron mempunyai sekurang-kurangnya empat motor dan setiap satunya dilengkapi kipas sendiri.
Dua kipas berputar mengikut arah jam, dan dua lagi berputar lawan arah jam. Ini membantu dron kekal stabil semasa terbang.
Kipas dron berfungsi seperti sayap kapal terbang. Ia mencipta daya angkat yang membolehkan dron terbang.
Apabila kipas berputar, ia mendorong udara ke bawah.
Akibatnya, udara yang didorong ke bawah akan menolak dron ke atas.
Inilah yang dipanggil daya angkat.
2. Sistem Kawalan Penerbangan
Sistem ini diibaratkan sebagai "otak" drone.
Ia menerima arahan daripada operator melalui alat kawalan jauh, dan mengawal kelajuan motor bagi mengubah arah serta ketinggian drone.
Justeru, jika anda mahu drone terbang lebih tinggi, sistem kawalan penerbangan akan meningkatkan kelajuan semua motor supaya mencipta lebih banyak daya angkat.
3. Penderia dan GPS
Drone moden dilengkapi dengan pelbagai jenis penderia bagi membantu penerbangan yang selamat dan cekap.
Selain itu, sistem GPS membolehkan dron mengetahui kedudukannya dengan tepat.
4. Bateri
Kuasa enjin drone diperoleh daripada bateri, biasanya bateri litium-polimer yang ringan dan boleh dicas semula.
Bateri ini membekalkan tenaga elektrik kepada motor dan sistem lain pada drone.
Apa Tips Beli Drone?
Masih buntu memikirkan cara nak pilih drone?
Jangan risau! Jom lihat senarai beberapa tips ringkas untuk anda tahu sebelum membeli drone idaman yang berbaloi.
-
Harga
Perkara paling penting sekali ialah untuk mengukur baju di badan sendiri, jadi pastikan bajet anda bersesuaian dengan harga drone idaman.
Harga sebuah drone bergantung kepada jenama, fungsi, saiz dan kelebihan sampingan yang ditawarkan.
Namun harus diingatkan, semakin banyak ciri tambahan menarik pada drone tersebut, semakin banyak wang yang perlu anda belanjakan.
Bagi mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia drone, memadailah jika hanya membeli drone bersaiz kecil dengan harga yang jauh lebih murah terlebih dahulu.
-
Alat kawalan jauh
Setiap drone dilengkapi dengan alat kawalan jauh atau remote control.
Jangan hanya fokus kepada drone sahaja namun ambil tahu juga tentang frekuensi alat kawalan jauh itu juga.
Ada sesetengah drone yang alat kawalannya hanya menyokong kawalan dalam jarak yang pendek, rugi jika anda tersilap langkah membeli drone sebegini.
Tambahan bonus yang perlu dititikberatkan ketika memilih drone termasuk memeriksa jika drone anda mampu dikawal menggunakan telefon pintar.
Namun anda mesti pastikan, aplikasi kawalan drone tersebut boleh digunakan pada kedua dua telefon, Android dan juga iOS.
-
Bateri
Bukan itu sahaja, kapasiti bateri drone juga perlu diambil kira kerana semakin tinggi ketahanannya semakin berbaloi pembelian anda.
Ini kerana ada sesetengah drone yang mengambil masa yang panjang ketika proses pengecasan tapi hanya bertahan beberapa minit ketika diterbangkan. Sungguh tidak berbaloi!
Pastikan tempoh pengecasan dan tempoh penerbangannya bersesuaian demi kepuasan anda sebagai pengguna.
Sejauh Mana Drone Boleh Terbang?
Seperti yang umum diketahui, drone merupakan pesawat terbang ringkas yang dikawal menggunakan alat kawalan.
Drone mempunyai kemampuan terbang yang bergantung kepada jenis atau rekaan drone itu sendiri.
Pada akhir-akhir ini terdapat keluaran jenis drone yang mampu terbang sehingga pada ketinggian 3400 meter di atas permukaan tanah, cukup hebat bukan?
Namun ketinggian tersebut sebenarnya tidak dibenarkan kecuali untuk pesawat komersial.
Jom lihat video di bawah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih teliti dalam penggunaan drone.