Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
logitech webcam

9 WebCam Logitech Terbaik di Malaysia 2024

Video live streaming jadi lebih berkualiti & cantik dengan kamera Logitech!

Sejak dunia dilanda pandemik, semakin ramai yang beralih kepada dunia maya di mana meeting dan kelas pembelajaran dijalankan secara dalam talian. 

Jadi, penggunaan kamera yang jelas dan terbaik sememangnya diperlukan untuk memudahkan setiap tugasan sekolah dan pekerjaan. 

Kali ini kami senaraikan 9 webcam Logitech yang berkualiti tinggi di mana kebanyakannya telah mendapat review terbaik daripada pengguna.


Isi Kandungan


9 WebCam Logitech Terbaik di Malaysia

Webcam Logitech terbaik dengan stand
Logitech C922 Pro Stream Webcam
Logitech
Logitech C922 Pro Stream Webcam
mulai
RM379.00
Semak Logitech C922 Pro Stream Webcam harga dibawah:
add_circle Ada autofocus
add_circle 2 mikrofon omni-directional
add_circle Auto light correction
add_circle Hadir dengan tripod
remove_circle Kualiti autofokus sederhana

Kualiti video menggunakan webcam Logitech terbaik ini tak perlu dipertikaikan lagi kerana mempunyai dua kualiti streaming yang boleh dipilih iaitu sama ada HD penuh 1080p at 30fps atau 720p at 60fps

Ia juga dilengkapi dengan field of view 78° darjah yang boleh memuatkan dua orang streamer dalam skrin video. 

Yang paling best, anda boleh rekod dan sunting video streaming tersebut menggunakan aplikasi Capture dari Logitech. Tetapan untuk webcam juga boleh diakses menerusi app yang sama. 

Selain itu, webcam ini turut hadir dengan perincian dual-mic stereo sound yang mampu menangkap audio dan bunyi dari pelbagai arah, jadi suara anda dalam ketika rakaman video akan menjadi lebih jelas.  

Tak perlu risau juga jika pencahayaan anda sedikit gelap ketika merakam video kerana webcam ini masih boleh menghasilkan video yang bagus walaupun dalam pencahayaan rendah. 

Latar belakang video dan gambar juga boleh ditukar mengikut citarasa pengguna.

Webcam Logitech murah
Logitech C310 HD Webcam
Logitech
Logitech C310 HD Webcam
mulai
RM189.00
Semak Logitech C310 HD Webcam harga dibawah:
add_circle Mikrofon dengan fungsi noise-reducing
add_circle Video HD 720p
add_circle Ada klip universal
add_circle Reka bentuk mesra pengguna
remove_circle Perlu pencahayaan yang cukup
remove_circle Tiada autofokus

Kami amat mengesyorkan anda yang mempunyai bajet yang terhad untuk dapatkan webcam model ini kerana harganya cukup murah, setanding dengan kualiti yang tidak akan mengecewakan. 

Anda hanya perlu klip kamera dengan megapixel 1.2 ini pada PC atau komputer riba dan sambungkan kabel webcam pada port USB. Mudah dan menjimatkan masa, bukan?

Webcam ini juga mempunyai mikrofon mono yang dilengkapi dengan fungsi built-in noise-reducing yang akan mengurangkan bunyi bising di persekitaran anda. Jadi, pengguna tetap boleh berbual dengan jelas menerusi Skype walaupun di tempat yang ramai orang. 

Fungsi Auto-Light Corrections pula akan menyesuaikan kualiti video mengikut pencahayaan di setiap keadaan persekitaran, jadi video dan gambar yang terhasil akan tetap cerah walaupun berada di tempat gelap.

Webcam Logitech dengan autofocus
Logitech C920 HD Pro Webcam
Logitech
Logitech C920 HD Pro Webcam
mulai
RM358.00
Semak Logitech C920 HD Pro Webcam harga dibawah:
add_circle Video HD penuh 1080p untuk Skype
add_circle Field of view 78° darjah
add_circle Boleh diletak pada tripod
remove_circle Tripod perlu dibeli berasingan

Jika anda mahukan hasil video yang jelas, tidak kabur ketika bergerak. Model Logitech C920 antara yang wajib dibeli. 

Dilengkapi dengan dua mikrofon yang terdapat pada sisi kiri dan kanan kamera ini, webcam ini akan membolehkan suara anda terdengar lebih jelas dan realistik. 

Dengan teknologi RightLight 2, model ini juga menyokong fungsi automatic light correction yang akan menyesuaikan pencahayaan anda mengikut tempat dan persekitaran, jadi tak banyak yang anda perlu ubah untuk dapatkan hasil akhir yang berkualiti. 

Sebarang bunyi yang boleh mengganggu ketika pengguna bercakap juga boleh ditapis menggunakan mikrofon ini.  

Malah, sebarang tetapan pada webcam ini seperti menetapkan fungsi fokus secara manual atau mengubah frame rate juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi Capture.

Webcam Logitech untuk PdPR
Logitech C270 HD Webcam
Logitech
Logitech C270 HD Webcam
mulai
RM114.00
Semak Logitech C270 HD Webcam harga dibawah:
add_circle Ada klip universal
add_circle Sesuai dengan pelbagai platform panggilan video
add_circle Mudah dipasang
remove_circle Kabel agak pendek jika disambung pada monitor
remove_circle Tiada autofokus

Dengan harga yang cukup murah dan tidak membebankan ibu bapa, kamera Logitech C270 HD ini pula sesuai untuk para pelajar yang sedang menjalani pembelajaran di rumah (PdPR) menggunakan Skype dan Zoom ketika musim pandemik ini. 

Jangan risau jika aktiviti pembelajaran secara online terganggu dengan suara ahli keluarga yang bising kerana built-in mic pada webcam ini boleh mengurangkan bunyi gangguan tersebut. 

Walaupun berada jauh dari kamera, kamera ini masih mampu merakam suara yang berada dalam lingkungan sehingga 1.5 meter. 

Selain itu, kamera web ini juga boleh disambung pada port USB komputer yang menggunakan perisian Windows 7, Windows 8, Windows 10, Chrome OS dan mac OS versi 10.10 dan ke atas.

Webcam Logitech untuk PC
Logitech C505 HD Webcam
Logitech
Logitech C505 HD Webcam
mulai
RM219.00
Semak Logitech C505 HD Webcam harga dibawah:
add_circle Kabel USB A panjang
add_circle Field of view 60° darjah
add_circle Resolusi video skrin penuh HD 720p
remove_circle Tiada autofokus

Webcam ini pula sesuai untuk mereka yang sering bekerja dari rumah kerana boleh digunakan pada PC atau laptop yang menggunakan perisian Windows 10, Windows 8, Windows 7, macOS 10.10 dan keatas dan Chrome OS. 

Cara pemasangan juga mudah, hanya perlu plug in kabel USB pada komputer riba atau PC. 

Selain itu, mikrofon webcam ini turut mampu merakam audio walaupun berada sejauh tiga meter dari kamera dan kabel USB A yang panjang juga membolehkan anda untuk meletakkan kamera ini jauh sehingga 2 meter daripada desktop

Bunyi gangguan ketika panggilan video juga dapat dikurangkan dengan bantuan mikrofon jenis omnidirectional yang turut dilengkapi dengan teknologi noise-reduction.

Webcam Logitech untuk laptop
Logitech Brio 4K Ultra HD Webcam 960-001105
Logitech
mulai
RM929.00
Semak Logitech Brio 4K Ultra HD Webcam 960-001105 harga dibawah:
add_circle Video 4K
add_circle Field of view boleh diubah mengikut kesesuaian
add_circle 5x HD Zoom
add_circle Ada autofokus
remove_circle Harga mahal

Walaupun harga webcam ini hampir mencecah ribuan ringgit, kualiti yang dihasilkan oleh model ini cukup memuaskan kerana mampu merekod video dengan resolusi 4K. 

Pengguna juga boleh menggunakan pelindung kamera (pelindung privasi) pada webcam ini, jadi, anda boleh menutupnya jika mahukan privasi ketika teleconference berlangsung. 

Selain itu, dengan teknologi pengesanan wajah pada Windows Hello pula, anda hanya perlu melihat webcam untuk log masuk pada komputer anda. Tak perlu susah-susah guna kata laluan pada perisian Windows 10. 

Paling menarik, webcam ini yang dilengkapi dengan RightLight 3 untuk memastikan wajah anda dapat dilihat walaupun ketika dalam cahaya malap.

Webcam Logitech untuk conference
Logitech C925e Webcam
Logitech
Logitech C925e Webcam
mulai
RM361.00
Semak Logitech C925e Webcam harga dibawah:
add_circle Ada pelindung privasi
add_circle Kualiti video HD penuh 1080p
add_circle 2 mic omni-directional
remove_circle Zoom hanya 1.2x

Untuk mereka yang sering berkomunikasi menerusi panggilan video Skype menggunakan laptop atau PC, masukkan produk ini dalam wishlist anda. 

Tak perlu muat turun sebarang software, hanya plug in sahaja kabel USB pada komputer anda. 

Selain itu, ia boleh juga diletakkan pada tripod kerana dilengkapi dengan klip boleh laras yang boleh diletakkan pada skrin komputer riba atau desktop

Webcam dengan fungsi autofocus ini juga hadir dengan teknologi RightLight2 yang akan menyesuaikan kualiti video atau gambar mengikut persekitaran pengguna. 

Malah, sokongan H.264 pula akan menghasilkan video streaming yang jelas dan lancar. 

Pastikan anda pilih kamera ini untuk memudahkan kerja kerana tetapan webcam seperti fokus secara manual boleh diubah menggunakan aplikasi desktop Logi Tune.

Webcam Logitech dengan mic dan speaker
LOGITECH ConferenceCam Connect Webcam
LOGITECH
mulai
RM1,999.00
Semak LOGITECH ConferenceCam Connect Webcam harga dibawah:
add_circle Dilengkapi alat kawalan jauh
add_circle Bateri boleh dicas semula
add_circle 4X digital zoom
add_circle Ada speaker
remove_circle Harga mahal

Masih tercari-cari portable webcam yang mudah dibawa kemana-mana untuk panggilan video ketika bekerja? 

Kami syorkan anda untuk dapatkan kamera Logitech ConferenceCam Connect ini kerana ia mempunyai dua mikrofon jenis omni-directional dan turut menyokong fungsi speakerphone

Paling best, speakerphone yang boleh disambung menggunakan Bluetooth ini juga boleh digunakan untuk menjawab atau tamatkan panggilan dan mengubah kelantangan audio.

Malah, audio wideband 360 darjah pada webcam ini juga akan membolehkan suara semua orang didengari dengan jelas. 

Resolusi video pula bukan biasa-biasa iaitu video HD penuh 1080p dan 720p manakala field of view kamera ini juga hebat iaitu sehingga 90° darjah dengan fungsi autofokus.

Webcam Logitech untuk streamer
Logitech StreamCam
Logitech
Logitech StreamCam
mulai
RM499.90
Semak Logitech StreamCam harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan dalam mod potret & landskap
add_circle Dilengkapi auto-framing
add_circle Ada autofokus & mikrofon
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kabel USB-C, perlu adapter jika komputer tiada port USB-C

Untuk mereka yang gemar membuat live streaming di platform seperti YouTube atau Facebook, webcam ini lengkap dengan resolusi video HD 180p!

Sepanjang live streaming, video cantik dan kemas dengan memastikan subjek sentiasa berada center kamera walaupun sedang bergerak sisi kiri atau kanan kamera. 

Khuatir dengan pencahayaan ketika rakaman video tak begitu cerah? Model ini mempunyai sistem intelligent exposure yang akan menyesuaikan aperture mengikut suasana persekitaran. 

Video yang telah dirakam menggunakan model ini pula dapat disunting menggunakan perisian Logitech Capture pada komputer Windows dan macOS.

Jadi anda boleh tambah transisi atau teks dalam video tersebut.


Cara guna webcam Logitech 

Bergantung kepada model atau jenis webcam Logitech, lazimnya pengguna hanya perlu untuk meletakkan kamera tersebut pada komputer riba atau PC mengikut posisi yang diinginkan sama ada di tengah-tengah skrin monitor, pada tripod atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai.

Kemudian, plug kabel USB webcam tersebut pada port USB pada komputer dan perisian Logitech akan dimuat turun secara automatik. 

Namun, jika perisian Windows pada laptop anda adalah versi lama, lazimnya anda perlu memuat turun perisian atau aplikasi yang diperlukan secara manual menerusi laman web Logitech Webcam. 

Seterusnya, buka aplikasi kamera pada laptop atau PC dan jika anda boleh nampak wajah anda pada skrin, itu bermakna webcam itu sudah berfungsi.  

Jangan lupa juga untuk set up penggunaan built-in microphone pada webcam tersebut.


Artikel Berkaitan 

End of Article