Toner ataupun penyegar merupakan sesuatu cecair yang diaplikasikan pada wajah untuk mengurangkan sebum pada kulit wajah dan meningkatkan keadaan kulit untuk menjadi lebih sihat. Negara Korea amat terkenal dengan kulit wajah mereka yang cerah, halus serta berseri-seri membuatkan ramai ingin menggunakan produk-produk dari Korea.
Salah satu produk yang menjadi faktor orang Korea mendapatkan kulit yang cerah dan halus ialah melalui produk penyegar mereka.
LANEIGE Essential Power Skin Refiner Light ini sangat bagus untuk kulit yang kelihatan berkilat dan membosankan serta kulit yang kering. Produk ini mampu melembabkan kulit wajah sehingga ke bahagian dalam kulit. Tekstur toner ini ialah jenis pelembab, susu dan likat yang mampu melembabkan kulit yang kering secara perlahan-lahan. Air mineral di dalam penyegar ini mampu memberikan proses yang pantas bagi melembabkan kulit wajah.
Kandungan Dervatif Vitamin B3 di dalam toner ini menggalakkan kulit menjadi lembab di dalam dan kekal matte di luar dan bertindak secara berkesan bagi membuang kulit-kulit mati pada wajah.
Yadah Anti-Trouble Toner ini merupakan produk bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat dan bermasalah. Ekstrak akar Rubus Coreanus membantu untuk mengawal sebum pada kulit wajah dan mempunyai antibiotik yang berlebihan dan mempunyai kesan anti-radang untuk menghilangkan jerawat pada wajah. Organic Opuntia dan Aloe Vera membantu untuk menenangkan kulit wajah dari masalah dan meninggalkan kulit kaya dengan nutrisi untuk melembutkan kulit wajah.
Penyegar yang menyenangkan dan mengembalikan serta memulihkan penghidratan bagi kulit kusam, iaitu Klairs Supple Preparation Toner. Toner ini mampu memberi penghidratan dan menenangkan kulit yang sensitif serta membersihkan tekstur kulit wajah untuk menjadi licin, dalam masa yang sama mengimbangkan suhu PH kulit dalam keadaan optimal.
INNISFREE Jeju Volcanic Pore Toner merupakan toner yang mampu mengawal sebum berlebihan di kulit wajah. Kluster gunung berapi Jeju dengan penyerapan sebum yang bertindak secara efektif, mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Penyegar ini amat sesuai untuk jenis kulit biasa dan kulit berminyak.
MIZON Dust Clean Up AHA Daily Peeling Toner merupakan penyegar harian yang membersihkan kulit wajah secara lembut dari kulit mati. Produk ini diformulasikan dengan AHA yang mampu menghilangkan kulit mati secara berkesan dan melembutkan kulit yang kasar.
Benton Aloe BHA Skin Toner ini diformulasikan dengan bahan-bahan natural yang tidak mengandungi alkohol. Sodium Hyaluronate dan Glycerin sayuran membantu untuk memberikan kelembapan pada kulit. Kandungan BHA Aloe Vera mampu menyingkirkan Blackhead dan kulit mati. Aloe Vera juga mampu untuk mengecilkan liang-liang pori.
Etude House Wonder Pore Freshner Toner ini merupakan penyelesaian bagi mereka yang mempunyai masalah liang-liang pori. Toner ini sangat berkesan untuk membersihkan sehingga ke dalam liang-liang pori kulit wajah dan luar dengan esktrak peppermint. Malah, mampu memberikan kelembutan pada kulit wajah seperti kulit bayi dan mencegah kulit dari sebarang masalah pH tidak seimbang.
Selain itu, ia juga sangat bagus bagi membersihkan kulit secara mendalam, mengawal sebum, mengecilkan liang-liang pori, untuk mendapatkan kulit yang bersih dan lembab.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!