Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 WiFi Range Extender untuk Mempercepatkan Kelajuan Internet Anda

WiFi booster mengambil signal tanpa wayar dan menggandakannya untuk menghasilkan kelajuan internet yang lebih pantas. Cara ia berfungsi apabila setiap denyutan yang dihasilkan memenuhi ruang kosong pada ‘jambatan’ menghasilkan ping yang lebih rendah dan penghantaran data yang lebih pantas.

Kami tahu bertapa menjengkelkan apabila sambungan internet anda sungguh perlahan sehingga tidak mampu untuk streaming lagu. Oleh itu, di sini kami mengesyorkan pilihan WiFi booster atau WiFi range extender terbaik untuk anda. Katakan lagi tidak pada buffering dan loading yang membosankan selepas ini.

WiFi booster sambungan terus ke komputer
Xiaomi Mi Amplifier 2
From
RM41.00
Check Xiaomi Mi Amplifier 2 price below:

Xiaomi Mi Amplifier 2 mampu mengesan kehadiran signal sambungan tanpa wayar dengan mudah dan dapat menyelesaikan masalah liputan dengan lebih cekap. Beratnya hanya 30g sesuai untuk dibawa bersama ketika travel serta menggunakan sambungan USB 2.0 sesuai untuk disambungkan terus pada komputer. Cip yang digunakan iaitu Ralink menghasilkan penggunaan yang lebih cekap tanpa mudah panas.

Menghasilkan kelajuan internet sehingga 300Mbps tanpa memerlukan tetapan khas. Pengguna juga hanya perlu mencucuknya pada laptop atau peranti yang mempunyai sambungan USB 2.0 dan hidupkannya, tanpa memerlukan driver! Ia juga boleh dicas semula untuk kegunaan On The Go.

Xiaomi Wifi Amplifier Pro
From
RM69.90
Check Xiaomi Wifi Amplifier Pro price below:

Xiaomi Wifi Amplifier Pro hanya perlu diplug dan dihidupkan suis untuk meningkatkan kelajuan dan menambah jarak liputan sambungan wifi. Saiznya yang kecil dan ringan sesuai untuk penggunaan soket yang tinggi dan mengurangkan penggunaan ruang.

Terdapat dua antena bertujuan untuk menghasilkan liputan yang lebih luas dengan prestasi yang sangat baik. Boleh menyokong 64 peranti serentak tanpa menyebabkan lagging. Pengguna juga boleh melalukan tetapan untuk WiFi booster ini melalui aplikasi Mi WiFi APP. Ia juga boleh meingkatkan prestasi dengan sendirinya tanpa memerlukan setting.

TP Link TL-WA850RE
From
RM95.00
Check TP Link TL-WA850RE price below:

TP Link WA850RE mampu memenuhi dan meningkatkan kelajuan internet di kawasan yang tanpa signal seperti kawasan yang berdinding, kawasan yang sukar untuk membuat sambungan wayar atau kawasan yang sempit. Pengguna hanya perlu menyambungkannya pada soket elektrik dan hidupkan suis, ia akan dengan sendirinya mencari signal WiFi dan melajukannya.

Liputan internet juga akan bertambah lebih besar, sesuai untuk mereka yang mempunyai rumah yang besar dan penggunaan pejabat. Bentuknya yang mini juga memudahkan penyimpanan dan membawanya bersama.

Aztech WL593USB
From
RM134.88
Check Aztech WL593USB price below:

Aztech WL593USB mampu meningkat kelajuan internet anda sehingga 867 Mbps pada 5GHz dan 300 Mbps pada 2.4 GHz. Tambahan pula, 5 GHz dan 2.4 GHz boleh beroperasi dengan serentak untuk menghasilkan kelajuan internet yang lebih tinggi. Menggunakan 3.0 USB port menghasilkan penggunaan tenaga yang rendah dan penghantaran data yang lebih cekap. Menggunakan IEEE 802.11ac/a/b/g/n yang standard.

Antenanya boleh dicabut dan dipisahkan memberikan peluang kepada pengguna untuk menambah baik radius dan kelajuan dengan penggunaan antena yang lebih baik. Ia sangat-sangat universal!

WiFi booster yang mempunyai soket
TP-Link PA4010PKIT
From
RM182.55
Check TP-Link PA4010PKIT price below:

Dua-dalam-satu, boleh bertindak sebagai WiFi booster dan menjimatkan penggunaan soket elektrik rumah anda. TP-Link PA4010PKIT mempunyai soket AC yang membenarkan arus elektrik dialirkan dengan selamat. Kadar transmisinya juga boleh sehingga 500 Mbps sesuai untuk streaming video-video. Menggunakan soket 3 pin versi Malaysia, sesuai untuk penggunaan rakyat Malaysia!

Pengguna hanya perlu memasangnya pada soket dan hidupkannya, ia akan dengan sendirinya mencari signal internet dan melajukannya. Pada masa yang sama, penggunaan elektrik juga 85% lebih jimat dan pengguna boleh menggunakan soket yang disediakan untuk kegunaan peranti lain.

TP-Link RE650
From
RM422.55
Check TP-Link RE650 price below:

TP-Link RE650 menggunakan teknologi Beamforming di mana signal akan dihantar secara individual kepada peranti-peranti bertujuan untuk menghasilkan sambungan internet yang sangat kuat dan pantas. Juga terdapat lampu pengesan yang pintar dimana ia akan mengesan kawasan tersebut sesuai untuk menggunakannya atau tidak bertujuan untuk mendapatkan liputan WiFi yang menyeluruh. Teknologi Beamforming juga dapat menghasilkan liputan yang luas berhampiran peranti yang sedang menggunakan signal tersebut.

Terdapat 4 antena padanya bertujuan untuk menghantar signal dan menerima signal dengan lebih cepat dan cekap. Tambahan pula, dapat menyokong sejumlah besar peranti yang menggunakan sambungannya.

WiFi booster yang paling laju
Apple Airport Extreme
From
RM1,090.00
Check Apple Airport Extreme price below:

Apple Airport Extreme menawarkan kelajuan WiFi 3 kali ganda lebih laju berbanding generasi sebelumnya dan WiFi booster lain. Mempunyai WiFi 802.11ac yang merupakan generasi WLAN yang tercanggih dan terbaru. Antena Beamformingnya yang tegak dan unik ini dapat memberikan liputan sambungan internet yang besar dan kelajuan yang tersangat-sangat tinggi iaitu 1.3Gbps. Wesuai untuk kegunaan pejabat, rumah dan kedai.

Mempunyai 3 port LAN gigabait ethernet dan 1 port WAN gigabait ethernet seperti booster biasa. Yang menakjubkannya, terdapat NAT Firewall di mana mampu menjaga peranti elektronik pengguna daripada dibolosi spyware atau virus daripada internet. Pengguna boleh mengubah tetapan WiFi booster ini dengan menggunakan aplikasi AirPort Utility App di App store.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Related articles

End of Article