Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pelan internet terbaik

8 Prepaid Plan Internet Terbaik (Unlimited Data) 2024

Pelan internet untuk semua dan semestinya murah!

Jika anda merupakan pengguna pelan prepaid, tentunya anda mencari pelan internet unlimited terbaik untuk dilanggan setiap bulan. 

Mestilah anda mahu coverage telco terbaik untuk memastikan anda mendapat rangkaian internet yang stabil.

Sekarang ni memang banyak tawaran pakej internet dari telco-telco di Malaysia, dan rata-rata menawarkan pelan internet unlimited.

Antara telco yang menawarkan pelan internet terbaik adalah Digi internet plan, Celcom atau Maxis.

Selain daripada tawaran pakej internet yang biasa, inisiatif dari kerajaan menawarkan pakej internet bagi golongan B40 turut membuahkan hasil dengan adanya pakej perpaduan.

Jadi di sini kami senaraikan prepaid plan terbaik dan juga pakej internet yang sesuai dengan keperluan anda. 


Senarai 8 Prepaid Pelan Internet Terbaik 

Pelan internet terbaik keseluruhan
Digi NEXT 40
mulai
RM47.89
Semak Digi NEXT 40 harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Tiada pecahan kuota
remove_circle Hotspot 10GB sahaja

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Digi NEXT 40 menawarkan kelajuan internet 6Mbps dengan had FUP sehingga 999GB tanpa pecahan kuota.

Ciri-ciri:

Pelan internet ini hadir dengan kuota internet tanpa had pada setiap bulan dengan harga mampu milik.

Digi NEXT 40 menawarkan kelajuan 6Mbps bersama dengan kuota 10GB untuk hotspot yang boleh digunakan bersama modem internet.

Jika kuota 10GB untuk hotspot tidak mencukupi, anda boleh upgrade ke unlimited hotspot hanya dengan RM5 sahaja.

Selain daripada panggilan tanpa had ke semua rangkaian, anda juga akan dapat FUP sehingga 999GB tanpa pecahan kuota.

Pakej ini juga boleh digunakan untuk menonton Netflix setiap hari tanpa risau kelajuan internet dikurangkan.

Review:

“Coverage bagus, internet pun laju memang puas hati dapat marathon K-Drama. Terbukti 10 kali lebih pantas dan tanpa had kelajuan.”

Pelan internet Celcom
Celcom Xpax Unlimited
mulai
RM50.00
Semak Celcom Xpax Unlimited harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Rangkaian telco yang luas
remove_circle Kurang laju

Ini merupakan pakej internet bulanan yang murah dan berbaloi dari Celcom dan ia merupakan sebuah pelan internet unlimited.

Dengan bajet bulanan sebanyak RM35, anda boleh dapatkan pelan unlimited internet dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Bagaimanapun, pakej internet dari Celcom ini menetapkan had kelajuan pada 3Mbps sekaligus menjadikan kurang laju berbanding pelan internet yang mahal sedikit.

Untuk FUP pula, Celcom menetapkan FUP sehingga 60GB untuk tempoh sebulan.

Walaupun tanpa had, sekiranya anda telah mencapai 60GB jumlah penggunaan internet, kelajuan internet anda akan dikurangkan selepas itu.

Pakej internet dari Celcom ini sesuai untuk anda yang mencari coverage telco terbaik dan juga mahu berjimat.

Pelan internet dengan add-ons
Yoodo Unlimited Plan
mulai
RM1.00
Semak Yoodo Unlimited Plan harga dibawah:
add_circle 20GB kuota PUBG
add_circle Guna line Celcom
remove_circle Hanya 6GB hotspot

Jika anda ingin mencari pelan internet yang lain daripada lain, anda boleh cuba gunakan Yoodo Unlimited Plan ini. 

Dengan pembelian sim kad yang murah, anda boleh dapatkan pakej internet semurah RM35 yang boleh digunakan untuk tempoh sebulan.

Had kelajuan yang ditawarkan pula adalah sebanyak 3Mbps, manakala panggilan telefon adalah terhad sehingga 100 minit sahaja.

Dengan prepaid Yoodo, anda tidak perlu risau tentang coverage telco kerana menggunakan coverage dari Celcom.

Apa yang menarik, anda boleh melakukan add-ons jika anda mahu menambah kelajuan internet, jumlah kuota hotspot atau tempoh panggilan telefon.

Pelan internet pakej perpaduan
ONEXOX Pakej Perpaduan
mulai
RM28.50
Semak ONEXOX Pakej Perpaduan harga dibawah:
add_circle Boleh guna sehingga 6 bulan
add_circle Add-on kuota murah
remove_circle Kuota internet terhad

Jika anda sedang mencari pelan internet yang betul-betul murah dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama, ONEXOX ada menawarkan internet pakej perpaduan.

Pakej perpaduan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan B40 agar mampu melanggan internet.

Dengan pembelian pakej perpaduan ini, anda akan dapat tempoh sah data selama 180 hari agar anda sentiasa ada perkhidmatan komunikasi asa.

Selain itu, data besar sebanyak 30GB juga cukup bagi aktiviti harian seperti berbual di WhatsApp atau melakukan pembelajaran atas talian.

Jika anda memerlukan data lebih, anda boleh dapatkan data kelajuan tinggi 20GB serendah RM18/bulan sahaja dan khas untuk pakej perpaduan.

Kelajuan internet yang akan anda terima adalah sebanyak 3Mbps, bagaimanapun anda tidak akan dapat panggilan telefon percuma dengan pakej ini.

Pelan internet unlimited terbaik 2023
Maxis Hotlink Unlimited Internet
mulai
RM55.00
Semak Maxis Hotlink Unlimited Internet harga dibawah:
add_circle Ada 5G
add_circle Hotspot tanpa had
remove_circle Internet laju 2am - 2pm sahaja

Bagi anda yang menggunakan telefon 5G, anda boleh dapatkan pelan internet murah dari Maxis ini.

Untuk mendapatkan sambungan ke rangkaian 5G, anda cuma perlu add-on RM5 sahaja.

Selain itu, dengan harga pakej internet mampu milik ini, anda akan mendapat tahap kelajuan internet 6 Mbps.

Bagaimanapun, FUP pakej internet Hotlink Unlimited ini terhad sehingga 80GB sahaja sebelum kelajuan internet dikurangkan. 

High-speed internet pada pakej ini pula dihadkan dan hanya boleh dinikmati dari jam 2 pagi hingga 2 petang.

Untuk hotspot pula, anda akan dapat hotspot tanpa had untuk digunakan bersama dengan peranti lain.

Pelan internet umobile
U Mobile Unlimited Prepaid U40
mulai
RM40.00
Semak U Mobile Unlimited Prepaid U40 harga dibawah:
add_circle Ada 5G
add_circle Hotspot tanpa had
remove_circle Kurang coverage di luar bandar

U Mobile menawarkan pakej internet tanpa had bersama dengan hotspot tanpa had untuk anda yang sering memerlukan hotspot semasa berada di luar rumah.

Apa yang menarik, hotspot yang disertakan sekali dalam pakej internet ini adalah tanpa had dan boleh digunakan untuk semua jenis peranti.

Selain itu, anda juga akan dapat menggunakan rangkaian 5G atau 4G pada hujung minggu tanpa had.

Kelajuan internet bagi penggunaan harian atau weekday adalah sebanyak 6Mbps dan bagi panggilan telefon pula adalah percuma ke semua rangkaian.

Bagaimanapun, coverage telefon U Mobile boleh dikatakan agak kurang di kawasan pinggir atau luar bandar.

Pelan internet Unifi
Unifi Prepaid Unlimited
mulai
RM42.99
Semak Unifi Prepaid Unlimited harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Pilihan add-ons yang pelbagai
remove_circle Kurang coverage di luar bandar

Satu lagi pelan internet dengan harga mampu milik yang anda boleh lihat dan buat perbandingan mengikut keperluan harian anda.

Dalam pelan ini, anda akan memperoleh kelajuan internet sebanyak 6Mbps dan juga panggilan percuma ke semua rangkaian.

Bagi FUP pula, anda akan mempunyai had penggunaan kuota sehingga 100GB sebelum kelajuan internet anda dikurangkan.

Selain itu, kredit yang ada dalam kad prepaid Unifi ini tidak akan luput selagi anda aktif menggunakan nombor prepaid Unifi ini.

Hotspot yang diberikan pula adalah sebanyak 5GB, dan jika tidak mencukupi anda masih boleh add-ons dengan harga yang rendah.

Namun, jika anda tinggal di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak, anda mungkin tidak dapat menikmati pelan internet dari Unifi ini kerana kekurangan coverage di kawasan tersebut.

Pelan internet murah
TuneTalk BestBasic 28
mulai
RM0.10
Semak TuneTalk BestBasic 28 harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Unlimited chat
remove_circle Tidak sesuai untuk gaming

Jika anda sekadar mahu menggunakan internet untuk chatting atau membuat carian internet yang mudah, TuneTalk BestBasic 28 merupakan pakej internet yang sesuai untuk anda.

Dengan harga RM28 sebulan, anda akan dapat unlimited internet pada kelajuan 3Mbps dan juga panggilan percuma ke semua rangkaian telefon.

Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat unlimited kuota untuk chat menggunakan WhatsApp atau WeChat. 

Untuk FUP pula, anda akan dapat menggunakan internet dengan kelajuan 3Mbps sehingga 30GB, manakala untuk chat sehingga 50GB sebelum kelajuan internet dikurangkan.

Disebabkan FUP pakej internet ini terhad sehingga 30GB, jadi pelan ini kurang sesuai digunakan untuk bermain game yang memerlukan kuota internet yang tinggi.


Pelan Internet Mana Yang Terbaik?

Untuk memilih pelan internet terbaik, anda perlu melihat terlebih dahulu keperluan penggunaan harian anda.

Jika anda sekadar mahu menggunakan WhatsApp atau WeChat, mungkin anda boleh dapatkan pelan internet paling murah seperti TuneTalk BestBasic 28. 

Untuk penggunaan internet yang pantas, anda perlu lihat pakej internet yang menawarkan had kelajuan internet yang tinggi seperti 6Mbps dan ke atas.

Terdapat juga pelan internet yang menawarkan add-ons kepada pakej sedia ada jika anda mahu upgrade pelan tersebut ke rangkaian 5G atau menambah kuota hotspot seperti Maxis Hotlink Unlimited.

Selain itu, jika anda dari keluarga B40 dan mahukan pelan internet yang mempunyai tempoh sah data yang panjang, boleh dapatkan pakej perpaduan dengan tempoh sah data 180 hari.

Apa-apa pun, pemilihan pelan internet haruslah mengikut bajet bulanan dan keperluan masing-masing.


Artikel Berkaitan

End of Article