Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Mencari Pelan Internet Yang Sesuai? 7 Pilihan Pelan Internet Terbaik Untuk Anda

Ayuh buat pilihan untuk keperluan harian

  • Apabila membuat pilihan untuk perkhidmatan internet di rumah mahupun pejabat atau kedai, pertimbangan yang selalu digunakan oleh pengguna secara umumnya ialah pada harga, kelajuan dan kontrak. Perbezaan pada harga, kelajuan dan jangkamasa kontrak yang 'reasonable' menjadi antara penentu dalam keputusan yang dibuat oleh pengguna. Selain daripada itu, tawaran-tawaran serta nilai tambahan yang lain juga menjadi faktor yang mempengaruhi pembeliaan. Pengguna yang bijak juga akan meneliti faktor keperluan internet harian dalam membuat pertimbangan. Penggunaan internet yang biasa hanya memerlukan pelan yang sepadan dan begitulah sebaliknya.

Jadi, apa yang anda cari dalam pelan internet? Teruskan membaca untuk menilai senarai terbaik pelan internet di luar sana.

7 Pelan Internet Untuk Penggunaan Seharian

Pelan internet untuk seisi rumah
TIME Personal Fibre Broadband
mulai
RM99.00
Semak TIME Personal Fibre Broadband harga dibawah:

TIME dotcom ialah salah satu ISP (Internet Service Provider) 'underdog' yang semakin mendapat tempat dan perhatian di hati pengguna. Pelan 100Mbps untuk RM99 sebulan ini datang dengan potongan RM100 bagi bulan pertama sekiranya anda mendaftar untuk kontrak 24 bulan. Sebaliknya, anda perlu membayar RM400 wang pendahuluan atau upfront sekirannya memilih pelan tanpa kontrak atau 'no lock-in period'.

Pelan ini sesuai untuk keperluan internet anda seperti melayari sosial media, bermain PlayStation, menonton Netflix, Hulu atau Disney + dan sidang video. Pelan ini juga datang dengan router model Huawei HG8145V5.

Bagaimanapun, perkhidmatan TIME adalah terhad pada lokasi tertentu kerana ia menawarkan teknologi fibre optic yang belum meluas.

Pelan internet untuk Android box
unifi Fibre Broadband 100Mbps
unifi Fibre Broadband 100Mbps
mulai
RM189.00
Semak unifi Fibre Broadband 100Mbps harga dibawah:

Pelanggan mempunyai 2 pilihan untuk pelan berkelajuan 100Mbps dari unifi iaitu pelan dengan kombinasi 'Ultimate Pack'  dan 'unifi Plus Box' yang bernilai RM189 sebulan atau pelan tanpa kombinasi tersebut yang bernilai RM129 sebulan. Kedua-dua pelan ini datang dengan kontrak selama 24 bulan.

Pelan kombinasi 'Ultimate Pack'  dan 'unifi Plus Box' adalah sesuai untuk anda yang mementingkan hiburan dari Android box. Tambahan pula, anda boleh mendapat akses terus ke kandungan dari saluran-saluran TV unifi dan rakan kongsi mereka.

Dengan kemampuan download selaju 100Mbps dan upload selaju 50Mbps, pelan ini adalah antara yang terbaik diluar sana, ditambah pula dengan liputan perkhidmatan yang lebih luas.

Pelan internet untuk bisnes
Maxis ONEBusiness Fibre 100Mbps
Maxis ONEBusiness Fibre 100Mbps
mulai
RM139.00
Semak Maxis ONEBusiness Fibre 100Mbps harga dibawah:

Pelan internet untuk perniagaan ini disyorkan untuk syarikat yang mempunyai sehingga 20 orang pekerja. Bernilai RM139 sebulan untuk kontrak selama 24 bulan, ia datang dengan 1 talian suara IP (Internet Protocol) tanpa had untuk kelangsungan perniagaan anda. Pelan ini juga disertakan dengan router percuma untuk pelanggan.  

Kemampuan download dan upload pelan ini berkongsi kelajuaan yang sama iaitu 100Mbps. Antara kelebihan lain untuk pelan ini ialah pelanggan diberikan pengecualian dari dikenakan bayaran deposit atau wang pendahuluan; satu kelegaan untuk anda yang baru memulakan perniagaan. Selain itu, pelan dari syarikat komunikasi gergasi ini juga menawarkan khidmat percuma apabila anda membuat panggilan ke semua talian tetap dan mudah alih di seluruh negara.

Pelan internet untuk pekerja dan pelajar
Digi Fibre Broadband 100Mbps
digi
mulai
RM130.00
Semak Digi Fibre Broadband 100Mbps harga dibawah:

Pelan internet yang diberi nama Digi Internet Freedom 130 ini dikatakan ideal untuk isi rumah yang kecil dan untuk penggunaan internet yang ringan seperti online gaming yang sederhana dan video streaming HD. Bagi anda yang Work From Home (WFH) ataupun belajar secara Open and Distance Learning (ODL), bolehlah pertimbangkan pelan ini untuk kemudahan seharian. Selain itu, pelanggan juga diberikan langganan Amazon Prime Video selama 6 bulan bernilai RM162.

Menggunakan teknologi fibre optic,  pelan paling popular dari syarikat telekomunikasi yang satu ketika dulu terkenal dengan maskot 'yellow teletubby' or the Yellow Coverage Fellow (YCF) ini tersedia untuk pelanggan yang tinggal di lokasi terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah. 

Pelan langganan bernilai RM130 sebulan selama 24 bulan ini dilengkapi dengan pemasangan dan router percuma. Pelanggan yang berminat disarankan untuk memeriksa sama ada mereka berada di kawasan liputan melalui laman web Digi Internet Freedom.

Pelan internet untuk seisi keluarga
Astro 100Mbps + Family Pack
Astro 100Mbps + Family Pack
mulai
RM148.95
Semak Astro 100Mbps + Family Pack harga dibawah:

Lebih terkenal dengan perkhidmatan televisyen satelit, pelan internet dari Astro ini bernilai RM148.95 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan. Internet Service Provider (ISP) untuk perkhidmatan internet ini ialah Maxis. 

Selain internet, pelanggan juga dapat menikmati 60 saluran beserta lebih dari 20 saluran HD. Ia dikatakan pakej hiburan dan jalur lebar berkelajuan tinggi yang paling berpatutan untuk keluarga anda.

Sesuai dengan norma baharu, pelanggan bukan sahaja boleh Work From Home (WFH), malah boleh juga menonton dan streaming perlawanan langsung sukan kegemaran dengan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Pelanggan boleh dapatkan tawaran eksklusif iaitu broadband percuma selama 1 bulan jika mendaftar secara online.

Pelan internet untuk seisi keluarga
MaxisONE Go 4G WiFi
MaxisONE Go 4G WiFi
mulai
RM108.00
Semak MaxisONE Go 4G WiFi harga dibawah:

Produk dari syarikat telekomunikasi gergasi Maxis ini bernilai RM108 sebulan, eksklusif untuk pelanggan Maxis Postpaid dengan talian prinsipal RM98 dan keatas. Ia dikuasakan dengan rangkaian 4G. Pelanggan boleh memiliki Home Router dengan tambahan RM1 sebulan, untuk kontrak selama 12 bulan. Harga normal untuk pelan internet ini pula ialah RM138 sebulan.

Pelan internet ini tidak menyokong panggilan dan SMS keluar. Pelan ini juga datang dengan kontrak 12 bulan jika anda mendaftar dengan modem. Walau bagaimanapun, tidak ada tempoh kontrak jika anda membeli pelan SIM sahaja.

Antara kelebihan lain pelan ini ialah pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini semasa roaming di luar negara. Walaupun begitu, pelanggan perlu maklum bahawa harga adalah berbeza semasa roaming.

Pelan internet untuk laptop dan live streaming
TIME Fibre Home Broadband 500Mbps
TIME Fibre Home Broadband
mulai
RM139.00
Semak TIME Fibre Home Broadband 500Mbps harga dibawah:

Dikatakan pelan internet paling popular dari TIME, pelan bernilai RM139 sebulan ini adalah antara yang termurah di antara pelan yang berkelajuan sama oleh pesaingnya.

Pelan ini datang dengan potongan RM100 bagi bulan pertama sekiranya anda mendaftar untuk kontrak 24 bulan. Sebaliknya, anda perlu membayar RM400 wang pendahuluan atau upfront sekirannya memilih pelan tanpa kontrak atau 'no lock-in period'.

Pelan ini sesuai untuk keperluan internet anda seperti melayari sosial media, bermain PlayStation, menonton Netflix, Hulu atau Disney + serta sidang video atau video conference. Pelan ini juga datang dengan router model Huawei HG8145V5.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan TIME adalah terhad pada lokasi tertentu kerana ia menawarkan teknologi fibre optic yang belum meluas di Malaysia.

Artikel Berkaitan 

End of Article