Penggunaan mask sememangnya penting untuk penjagaan kulit wajah anda. Ia membantu memberi kesegaran pada kulit wajah. Bukan sahaja itu, tahukah anda bahawa mask juga dapat mencerahkan kulit, mengatasi masalah dan memberi nutrisi yang diperlukan untuk kulit?
Penggunaan mask boleh dilakukan satu atau dua kali dalam seminggu bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Tetapi anda juga harus mengetahui manfaat mask yang anda beli. Berikut beberapa jenis mask yang disyorkan untuk kulit berminyak.

Mask dari bahan Jeju volkanik ini terdapat banyak kebaikannya, salah satu daripadanya adalah ia membantu membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengurangkan minyak yang keluar berlebihan dari muka. Selain itu, bahan mineral yang terdapat di dalam mask ini juga akan menyerap ke dalam kulit muka anda menjadikan kulit lebih licin dan bersih.
Ia adalah mask yang memberi kelembapan yang berpanjangan tanpa mengeringkan kulit anda. Anda akan terasa kulit lebih lembut dan licin selepas pemakaian mask ini.

Mask dari bahan asli tanah liat ini mempunyai keajaiban dan keberkesanannya yang tersendiri. Ia membantu dalam membuang sel kulit mati dan turut membersihkan kulit muka anda yang terdedah akibat kotoran dari pencemaran. Selain itu, dengan formulanya yang berkrim ia tidak mengeringkan kulit anda tetapi mengawal kulit muka dari minyak yang berlebihan.
Dengan pemakaian mask ini kulit anda juga akan menjadi 10 kali ganda lebih cerah dan berseri.

Freeman mask sememangnya sangat mudah untuk digunakan dan tidak comot. Anda hanya perlu mengupas setelah ia kering. Mask ini dapat membantu dalam penyerapan minyak pada kulit wajah dan memberikan kesegaran pada kulit yang letih.
Dengan bahan yang terkandung di dalam mask ini seperti buah teh dan buah lemon, ia semestinya bagus untuk kulit anda kerana kaya dengan antioksidan bagi memberikan wajah anda kekal segar dan pastinya menenangkan.

Himalaya Herbal Almond dan Cucumber Peel Off Mask adalah mask yang memanjakan kulit dan membantu membersihkan liang pori yang tersumbat tanpa mengeringkan kulit. Bahan semulajadi yang terdapat di dalam mask ini menjadikan kulit wajah anda lembut dan memberi sensasi penyejuk ketika memakainya. Bagi yang kulit berminyak, ia membantu untuk mengawal minyak yang berlebihan dan mengurangkannya.
Mask ini dari bahan semulajadi dan dijamin kebaikannya.
Yadah Anti-T Mask Pack 10pcs (With Pouch)
RM 59.00 (10 keping)
Mask Yadah ini mengandungi ekstrak portulaca oleracea dan bahan herba yang membantu dalam mengatasi kulit bermasalah. Sementara bahan-bahan semulajadi yang lain membantu mengurangkan kemerahan dan juga mengawal minyak berlebihan. Bahan seperti minyak teh pokok yang terdapat di dalam mask ini juga turut membantu dalam melembutkan dan melicinkan kulit wajah anda.
Ia dijamin selamat untuk digunakan kerana tiada bahan kimia yang terkandung di dalam mask ini.

Manjakan kulit anda dengan mask dari jenama ini. Ia membantu dalam mengatasi masalah kulit kusam dan membuang sel kulit mati dari wajah anda. Selain itu, pemakaian yang berterusan akan menjadikan kulit anda lebih cerah dan sekata.
Bukan hanya mencerahkan kulit, ia juga membantu mengatasi masalah bagi kulit berminyak dan melindungi kulit akibat seharian terdedah dengan udara yang kotor. Cuba rasai sendiri, anda pasti jatuh hati selepas memakainya.

Mask yang terbaik kerana ia membantu dalam pengawalan minyak yang berlebihan dari muka anda. Bukan sahaja itu, ia memberikan sensasi sejuk dan menenangkan bagi yang mempunyai kulit jenis sensitif. Mask ini dijamin menggunakan 92% lidah buaya dan ekstrak tumbuhan semulajadi untuk melembapkan kulit wajah. Atasi masalah anda dengan mencubanya sendiri.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!