Fesyen

10 Telekung Travel Terbaik Malaysia 2026 (Ringan & Kecil)

Lebih mudah ada telekung travel kalau pergi bercuti atau ke mall. Jom lihat senarai telekung travel lengkap dengan bag telekung yang best dan ringan.


Editor · 14 May 2024, 11:40am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Telekung Travel Terbaik Malaysia 2026 (Ringan & Kecil)

Sebagai seorang muslimah pasti akan ada masalah semasa pergi bercuti atau berjalan sebab perlu fikir pakaian yang sesuai untuk dibuat solat nanti. 

Jadi, kenalah sentiasa bawa telekung bila keluar rumah, cuma tak pasti telekung di rumah itu sesuai dijadikan telekung travel ataupun tidak.

Kandungan

Kadang-kadang tu rasa malas nak campur telekung cantik yang di pakai di rumah dengan telekung pakai di luar rumah.

Tak perlu pening-pening, kami bantu anda senaraikan telekung travel yang best dan siap datang bersama bag telekung sekali!


Senarai 10 Telekung Travel Terbaik

Imaana Telekung Travel Luna
Telekung travel terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Imaana Telekung Travel Luna
Dari RM45
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kain tak perlu gosok
Material bubble cotton
Pilihan warna banyak sold out
3 lagi
Kain sejuk
Tidak jarang dipakai
Beg telekung tebal

Sebab menjadi pilihan utama:

Telekung travel dari jenama Imaana ini sangat selesa dipakai kerana diperbuat daripada kain premium, tidak terasa panas dan ia juga tidak kedut.

Ciri-ciri:

Disebabkan ia tidak kedut, jadi kain ini tidak perlu digosok semasa anda ingin membawanya keluar atau simpan di dalam beg.

Kain yang digunakan adalah dari kain berkualiti iaitu jenis bubble cotton yang membuatkan ia terasa lembut.

Tambahan lagi, anda akan rasa lebih sejuk memakai tekelung ini dan ia tidak kelihatan jarang semasa memakainya.

Anda juga akan dapat beg travel yang premium dan juga tebal bagi setiap pembelian, jadi mudah untuk disimpan semasa keluar rumah.

Inilah telekung travel terbaik untuk anda, lengkap bersama beg untuk memudahkan anda membawa telekung semasa pergi bercuti atau keluar jalan-jalan di pusat beli belah.

HANNA Telekung Jubah Premium by Emerald Exclusive
Telekung jubah travel 2 daripada 10
HANNA Telekung Jubah Premium by Emerald Exclusive
Dari RM99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tekstur kain sangat lembut
Ringan dan tidak jarang
Kurang sesuai untuk ketinggian 173CM ke atas
2 lagi
Jatuh cantik di badan
Tidak mudah renyuk

Anda nak sepasang jubah yang boleh dijadikan telekung? Boleh dapatkan telekung jubah Hanna ini.

Telekung ini diperbuat daripada fabrik berkualiti Ultrafine Premium Cotton dan mempunyai tekstur yang amat lembut, ringan dan tidak jarang. 

Selain itu, ia terletak dengan cantik dan kemas pada badan, memastikan keselesaan terbaik dan rasa sejuk semasa solat.

Paling penting, telekung jubah ini tidak mudah renyuk, jadi boleh disimpan dengan selamat di dalam beg.

Sementara itu, bahagian tudung dan dagu dijahit dengan teliti daripada High Grade Korean Lycra, menawarkan keselesaan yang sempurna dan sesuai untuk semua bentuk muka.

Turut dilengkapi dengan zip tersembunyi pada bahagian dada, telekung ini menyediakan ruang simpanan tersembunyi untuk barang berharga anda.

Bagaimanapun, telekung ini lebih sesuai untuk muslimah berketinggian bawah 172CM dan berat bawah 100KG.

Telekung Travel Sulam Free Bag
Telekung travel murah 3 daripada 10
Telekung Travel Sulam Free Bag
Dari RM23.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga murah
Free size
Kain sedikit jarang
1 lagi
Sangat ringan

Buat para muslimah yang tidak mahu berbelanja lebih untuk beli telekung travel, bolehlah dapatkan telekung travel murah ini.

Anda boleh pilih pelbagai jenis warna menarik, ada maroon, pink, peach, emerald green dan pelbagai lagi.

Selain itu, kain ini sangat ringan dan tidak berat, membuatkan ia sesuai untuk dibawa ke mana sahaja.

Material kain adalah jenis cotton silk (mix cotton), jadi kainnya mungkin sedikit jarang semasa dipakai.

Anda juga akan dapat satu pouch bag yang cantik, dipadankan dengan warna telekung yang anda pilih.

Paling penting, telekung ini free size, jadi sesuai buat anda yang memiliki saiz badan S hingga XL.

Travel Telekung 2.0  Telekungtea
Telekung tea travel 4 daripada 10
Travel Telekung 2.0 | Telekungtea
Dari RM80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Material berkualiti tinggi
Ringan dan kecil
Sesuai ketinggian hingga 175CM sahaja
1 lagi
Headband mudah diguna

Telekung travel dari jenama Telekungtea ini diperbuat daripada Nylon Blend yang merupakan bahan berkualiti tinggi.

Ianya ringan dan juga boleh dilipat kecil sehingga boleh dimuatkan dalam beg tangan anda.

Reka bentuk telekung ini memaparkan corak bunga Daisy yang disulam.

Selain itu, ia juga mempunyai pengikat kepala jenis non-elastic yang memudahkan anda untuk ikatnya di kepala dan tanpa meninggalkan kesan pada tudung anda.

Telekung ini juga hadir bersama dengan beg yang dipadankan bersama dengan warna telekung yang anda pilih.

Telekung Aleena Travel
Telekung travel aleena 5 daripada 10
Telekung Aleena Travel
Dari RM42.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Selesa dipakai
Kemas pada dagu
Corak kosong
1 lagi
Jenis kain cotton

Dengan bajet tidak lebih daripada RM50, anda boleh beli telekung travel dari jenama Aleena ini.

Telekung ini menggunakan material cotton yang lembut, membuatkan anda selesa semasa solat.

Selain itu, bahagian muka telekung ini juga akan membuatkan anda terasa kemas pada bahagian dagu.

Anda boleh pilih pelbagai warna mengikut personaliti anda, ada warna emerald green, light turquoise, royal rose, dan pelbagai lagi.

Siti Khadijah Telekung Flair Arami Midi in Black (Top Only)
Telekung travel siti khadijah 6 daripada 10
Siti Khadijah Telekung Flair Arami Midi in Black (Top Only)
Dari RM168
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sangat ringan
Menjimatkan ruang simpanan
Hanya bahagian top sahaja
1 lagi
Permukaan kain kalis panas

Baik muslimin atau muslimah, tentu semua sudah mengetahui jenama muslimah Siti Khadijah ini.

Antara sebab ianya sangat dikenali dan diminati adalah kebanyakkan telekung yang dihasilkan mempunyai premium feeling, membuatkan anda rasa memakai kain terbaik.

Untuk telekung travel keluaran Siti Khadijah ini, ia dihasilkan daripada fabrik denim yang tidak rapuh dengan teknik cross-stitching, Flair Arami Midi.

Ia menawarkan gabungan yang unik antara gaya dan juga tawaran harga mampu milik.

Selain itu, bahagian permukaan kain adalah jenis tahan atau kalis haba, bersama dengan rasa lembut seperti sutera yang akan memastikan anda selesa.

Paling penting, kain ini ringan, mudah dilipat dan disimpan dalam ruangan kecil, menjadikan ia telekung paling sempurna untuk travel.

Bagaimanapun, telekung ini hanya menutupi bahagian atas sahaja (top only), jadi anda perlu pastikan pakaian anda sopan untuk dipadankan bersama dengan telekung travel ini.

Telekung Nabella Plain
Telekung travel ringan 7 daripada 10
Telekung Nabella Plain
Dari RM39.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tak melekat pada badan
Kain sejuk dan lembut
Tiada beg
1 lagi
Kain tak jarang

Telekung travel daripada jenama Nabella ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri, seperti kain lembut dan tebal, serta tidak melekat pada badan.

Selain itu, kain telekung ini juga sejuk, jadi membuatkan anda selesa memakainya walaupun dalam keadaan panas.

Kain telekung ini tidak berat, sangat sesuai untuk di simpan dalam beg dan dibawa travel.

Paling penting, kain telekung ini bergetah dan bertali untuk keselesaan, dan juga tidak jarang semasa anda memakainya.

Naelofar Naura Telekung
Tekelung travel mini pouch 8 daripada 10
Naelofar Naura Telekung
Dari RM279.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Elastik pada bahagian muka telekung
Mempunyai poket
Perlu dibasuh secara gentle
1 lagi
Dapat sekali beg telekung

Satu lagi jenama pakaian muslimah yang terkenal, naelofar yang mempunyai peminatnya tersendiri.

Antara kelebihan telekung travel naelofar ini adalah ia menggunakan material textured matte satin, memberikan kelembutan pada pemakai.

Selain itu, telekung ini elastik pada bahagian muka bersama dengan lace awning, membuatkan anda rasa kemas di bahagian muka.

Ia juga elastik pada bahagian pinggang untuk berikan anda rasa kemas yang lebih lagi semasa memakainya.

Paling menarik, telekung ini mempunyai poket pada satu bahagian sebagai tempat untuk anda menyimpan barang berharga.

Anda juga akan dapat satu beg telekung yang dipadankan bersama dengan warna telekung yang anda pilih.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa telekung ini hanya boleh dibasuh menggunakan tangan atau dimasukkan ke dalam laundry bag dan dibasuh secara gentle cycle menggunakan mesin basuh.

Zaahara Telekung Travel - Telekung Sofia
Telekung travel kecil 9 daripada 10
Zaahara Telekung Travel - Telekung Sofia
Dari RM159
Lihat harga di Shopee Malaysia
Bentuk yang padat
Kecil dan ringan
Tidak sesuai untuk muka lebar/besar
1 lagi
Sesuai untuk wanita tinggi

Rata-rata fabrik telekung travel yang diimport dari China terdiri daripada kain jenis parachute yang mudah terbang jika ditiup angin.

Namun, telekung travel dari Zaahara ini menggunakan material Chinese Cotton yang lebih lembut, selesa, dan tidak jarang.

Telekung ini juga tidak terlalu ringan, jadi ianya tidak mudah terbang jika ditiup angin kipas.

Selain itu, telekung ini mempunyai saiz yang kecil dan padat, sesuai untuk dimasukkan ke dalam beg tangan yang bersaiz sederhana.

Berat telekung travel ini pula hanyalah 400 gram, jadi anda tidak akan rasa terbeban semasa membawa telekung ini.

Kesimpulannya, telekung travel ini ringan, padat, mudah disimpan dan selesa dipakai.

Melysa Series  Telekung Rawdah
Telekung travel cotton 10 daripada 10
Melysa Series | Telekung Rawdah
Dari RM97
Lihat harga di Shopee Malaysia
Material premium cotton
Kain sejuk
Corak kosong
2 lagi
Sesuai pelbagai bentuk muka
Pelapik dagu yang selesa

Kalau anda suka telekung travel yang minimalist, anda boleh dapatkan telekung travel daripada Rawdah ini.

Telekung ini mempunyai reka bentuk bunga yang minimal, menjadikan ia kelihatan minimalist dan tidak serabut.

Material kain telekung ini adalah daripada Premium Cotton Polyester Flowy, jadi ia agak sejuk dipakai.

Paling penting, getah muka telekung ini sesuai dengan pelbagai bentuk wajah, serta pelapik dagunya selesa dan terletak kemas.

Bahagian pinggang juga adalah jenis elastik, membuatkan anda rasa lebih kemas semasa memakainya.

Telekung travel ini adalah free size, muat untuk saiz XS hingga 2XL.


Tips Memilih Telekung Travel

Sebelum membuat pembelian, tentulah kita mahu tips pembelian agar pembelian kita itu berbaloi dan tidak tersalah beli.

Begitu juga dengan pembelian telekung travel, dengan pelbagai pilihan di pasaran, tentu kita mahu tahu apa caranya untuk pilih telekung travel yang terbaik dan sesuai dengan kita.

Antara tips memilih telekung travel adalah:

  1. Pilih telekung yang diperbuat daripada bahan yang ringan dan mudah dibawa bersama semasa melancong. Fabrik yang nipis tetapi tahan lama seperti kain chiffon atau cotton yang ringan adalah pilihan yang baik.
  2. Pastikan telekung boleh dibentuk dengan mudah untuk disusun dalam beg atau beg tangan. Pilih telekung yang tidak mudah kedut dan mudah dilipat semula selepas digunakan.
  3. Pilih telekung saiz yang sesuai dengan saiz badan anda. Saiz yang sesuai akan memastikan keselesaan semasa digunakan dan memudahkan pergerakan semasa solat.
  4. Pilih telekung yang direka dengan cekap untuk kemudahan penggunaan semasa melancong. Cari yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti 'hidden zip' untuk penyimpanan barang kecil atau 'ring loop' untuk mengelakkan telekung daripada tergelincir semasa solat.
  5. Pastikan telekung mudah dijaga dan kemas semasa travel. Pilih bahan yang tahan kusut dan mudah dicuci dan dikeringkan.
  6. Pastikan bahagian tudung dan badan telekung mencukupi untuk menutup aurat dengan sempurna.
  7. Keselesaan semasa solat adalah penting. Pilih telekung yang memberikan keselesaan dan tidak mengganggu anda semasa solat, termasuklah dalam suasana yang panas atau sejuk.

Selepas anda pertimbangkan pelbagai faktor di atas, barulah anda boleh pilih telekung yang sesuai dan terbaik untuk anda.


Mengapa Anda Perlu Ada Telekung Travel

Telekung travel penting untuk membolehkan muslimah menjalankan ibadah solat dengan selesa dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan semasa berada dalam perjalanan atau melancong.

Jadi antara sebab kenapa perlu ada telekung travel adalah untuk memudahkan anda membawanya ke mana sahaja kerana telekung travel kebiasaannya direka khas bagi tujuan tersebut.

Selain itu, ia membolehkan muslimah untuk menjaga aurat mereka dengan lebih baik semasa dalam perjalanan. 

Ini penting kerana dalam agama Islam, menjaga aurat adalah satu daripada syarat yang perlu dipatuhi semasa solat.

Kemudian, telekung travel yang ringan dan mudah dibentuk menjadikannya pilihan yang selesa untuk digunakan semasa solat di tempat-tempat awam seperti lapangan terbang, stesen bas, atau hotel.

Dengan memiliki telekung travel, anda tidak perlu bimbang tentang kekurangan kemudahan untuk solat semasa melancong, jadi ini membantu untuk memastikan ibadah solat tetap dapat dijalankan tidak kira di mana sahaja.

Telekung travel juga biasanya direka untuk dijadikan sebagai telekung yang praktikal seperti mudah dilipat, kemas, dan boleh disimpan dalam beg yang sesuai semasa travel.

Inilah antara sebab kenapa anda sebagai muslimah perlukan telekung travel, memastikan anda dapat solat dalam keadaan yang selesa dan memastikan kepatuhan kepada ajaran semasa melancong.

Lagi daripada ProductNation