Fesyen

Senarai 12 Jenama Tudung Bawal Terbaik Malaysia 2026

Jenama tudung bawal terbaik: ZOE ARISSA dari RM21 (Shopee, disemak 11 Sep 2026). 12 jenama tudung bawal Malaysia merangkumi printed, satin, cotton dan sulam.


Editor · Updated 11 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Senarai 12 Jenama Tudung Bawal Terbaik Malaysia 2026

Jawapan ringkas: antara jenama tudung bawal terbaik di Malaysia, pilihan kami ialah ZOE ARISSA Tudung Raya Bawal Printed Bidang 45, RM21.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 11 September 2026), sesuai untuk gaya harian dengan corak floral yang pelbagai. Untuk bidang lebih besar (tudung labuh), pilih jenama dengan bidang 60 dalam senarai di bawah.

Wanita berhijab dan tudung memang tidak dapat dipisahkan kerana ia wajib dipakai untuk menutup aurat

Kandungan

Ramai kaum Hawa yang lebih gemar menggayakan tudung bawal berbanding selendang kerana tudung bawal lebih mudah dibentuk. 

Lagi pun, banyak style tudung bawal terkini dan juga design tudung bawal yang boleh didapati secara online sekarang.

Jom kami kongsikan dengan anda jenama tudung bawal yang cantik dan dijamin terbentuk elok pada kepala dan wajah. 


Senarai 12 Jenama Tudung Bawal Terbaik

ZOE ARISSA Tudung Raya 2024 Bawal Printed Bidang 45
Tudung bawal terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
ZOE ARISSA Tudung Raya 2024 Bawal Printed Bidang 45
Dari RM12.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Murah
Kain tidak panas
Saiz kecil, bidang 45
3 lagi
Corak menyerlah
Mudah dibentuk & digayakan
Tidak sesuai untuk wanita yang pakai tudung labuh

Sebab menjadi pilihan utama:

Tudung bawal ZOE ARISSA ini hadir dalam pelbagai corak floral dan warna yang menarik untuk kaum hawa, antaranya latte, choco, bluegrey, pink, black (tulip), white tulip, green molly dan banyak lagi. 

Ciri-ciri:

Tudung yang diperbuat daripada kapas (cotton voile) ini lembut, flowy dan senang dibentuk agar hijab anda sentiasa on point.  

Selain itu, fabrik tudung ini juga sejuk dan ringan, jadi leher anda tak mudah berpeluh meskipun cuaca panas. 

Paling penting, ia tidak berbulu meskipun dicuci dengan mesin basuh. 

Review:

“Awning senang terbentuk walaupun tak digosok.  Design pun lawa-lawa dan material kain sesuai dengan cuaca di Malaysia. Harga juga murah.”

Zulaykha Collection By TUDUNGRUFFLE
Tudung bawal printed 2 daripada 12
Zulaykha Collection By TUDUNGRUFFLE
Dari RM59
Lihat harga di Shopee Malaysia
Bawal printed
Saiz 46”x46”
Harga agak mahal
2 lagi
Kain tidak panas
Jahitan kemas

Jenama TUDUNGRUFFLE memang tak perlu diperkenalkan lagi kerana telah bertahun-tahun menjadi pilihan ramai wanita berhijab di Malaysia. 

Koleksi Zulaykha dari TUDUNGRUFFLE pasti membuatkan anda lebih menyerlah kerana tudung bawal printed ini mempunyai corak yang sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis busana.

Hadir dalam warna nude dan cerah seperti Albi Rose, Omri Sienna, Mahabba Neutral, Taj Bisque, Habb Sapphire dan Rouhi Midnight. 

Diperbuat daripada material Premium Cotton Voile, tudung bawal jenama ini dijamin mudah dibentuk dan tidak mudah penyek. 

Paling best, setiap pembelian tudung dari koleksi Zulaykha akan mendapat beg kecil eksklusif selagi stok masih ada.

Bidadarihouse Ezra Iki 140cm (Bidang 60) Bawal Chiffon Aritachi Voile
Tudung bawal bidang 60 3 daripada 12
Bidadarihouse Ezra Iki 140cm (Bidang 60) Bawal Chiffon Aritachi Voile
Dari RM39
Lihat harga di Shopee Malaysia
Senang digosok
Tidak jarang
Tudung tidak bercorak
2 lagi
Jahitan kemas
Lembut & flowy

Bagi anda yang lebih gemar untuk menggayakan tudung bawal labuh bidang 60, anda boleh pilih tudung jenama Bidadarihouse ini. 

Dengan lebih 25 warna pastel yang cantik seperti Pale Mauve, Contessa, Cloudy, Sand dan Flint Gray, tudung bawal yang diperbuat daripada Chiffon Aritachi voile (100% polyester) ini memang senang dibentuk, sejuk dan selesa dipakai. 

Meskipun labuh di depan dan belakang, ia tetap mudah digayakan. 

Bukan sahaja draping tudung akan sentiasa kemas dan cantik, malah awning tudung juga akan sentiasa on point!

Ariani Square Popsicle Embroidery Diamond
Tudung bawal sulam 4 daripada 12
Ariani Square Popsicle Embroidery Diamond
Dari RM54.95
Lihat harga di Shopee Malaysia
Pelbagai warna
Jahitan sulam kemas
Harga mahal
1 lagi
Dihias dengan batu Swarovski

Tudung yang diperbuat dari fabrik Chiffon jenama Ariani ini sesuai untuk anda yang mahu kelihatan mewah kerana bahagian tepi tudung bawal ini dihias dengan sulaman dan berlian. 

Merupakan tudung yang mudah digosok dan warnanya juga tak mudah luntur, jadi anda boleh basuh dan pakai berulang kali. 

Yang penting, anda perlu mencuci tudung ini dengan tangan kerana ia boleh rosak jika dicuci dengan mesin basuh. 

Memang sesuai untuk anda yang gemar tudung tidak bercorak.

SHAWLPUBLIKA SP GIRL Printed Satin Square
Tudung bawal satin 5 daripada 12
SHAWLPUBLIKA SP GIRL Printed Satin Square
Dari RM69
Lihat harga di Shopee Malaysia
12 pilihan corak
Saiz tudung 45x45
Corak abstrak
2 lagi
Selesa dipakai
Tidak jarang & tak panas

Walaupun diperbuat daripada bahan satin Gulgary premium, tapi tudung bawal printed SHAWLPUBLIKA tidak bergerak kerana tidak licin dan tidak menyebabkan telinga kurang mendengar apabila dipakai. 

Sesuai untuk wanita yang mahukan gaya elegan kerana design tudung bawal ini abstrak dan menonjol. 

Pelbagai gaya tudung boleh dibuat dengan hijab ini, jadi sesuai dipakai ke mana-mana  terutamanya ke tempat kerja kerana sepadan dipakai dengan blazer. 

Namun, disarankan untuk mencuci tudung bawal satin ini dengan tangan dan elakkan dari masukkannya ke dalam mesin basuh.

ALYSS Tudung Bawal Exclusive Printed Premium Cotton Voile Bidang 50 & 60
Tudung bawal bidang 50 6 daripada 12
ALYSS Tudung Bawal Exclusive Printed Premium Cotton Voile Bidang 50 & 60
Dari RM35
Lihat harga di Shopee Malaysia
Diperbuat dari fabrik tidak berbulu
Tudung anti gelembung
Harga agak mahal
1 lagi
Tidak perlu pakai innerneck

Tudung bawal bidang 50 jenama ALYSS ini direka untuk wanita yang mahukan hijab labuh bercorak printed

Jenama ini menjanjikan tudung yang mudah dibentuk dan awning yang on point tanpa kesan gelembung, jadi tak perlu guna kanji tudung atau hijab spray pun! 

Selain itu, tudung yang diperbuat dari bahan premium cotton voile lembut ini juga tidak panas dan anti-pekak, jadi tetap selesa dipakai sepanjang hari. 

Terdapat 13 corak dan warna yang boleh dipilih untuk dipadankan dengan baju harian anda.

Tudung Bawal AMEERA ZAINI
Tudung bawal cotton 7 daripada 12
Tudung Bawal AMEERA ZAINI
Dari RM65
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tidak panas
Senang digosok
Harga agak mahal
3 lagi
Kain tidak jarang
Pelbagai corak anggun
Dijahit kemas pada bahagian tepi

Ramai pengguna tudung bawal Ameera Zaini menyatakan bahawa tudung ini mudah dibentuk kerana diperbuat dari kapas lembut (soft cotton voile), sekali gus akan membuatkan anda kelihatan mewah ketika menggayakannya. 

Penggunaan corak dan motif floral pada setiap koleksinya memudahkan si pemakai untuk padankannya dengan setiap jenis pakaian. 

Ukuran saiz tudung ini pula ialah 119cmx119cm di mana ia tidak singkat dan tidak terlalu labuh, jadi senang untuk digayakan tak kira anda nak pin tudung dengan apa cara sekali pun. 

Anda turut akan mendapat pouch bag khas AZ untuk simpan tudung ini atau letak barang make up.

TOP HIJAB Bawal Shawl Cotton
Tudung bawal shawl 8 daripada 12
TOP HIJAB Bawal Shawl Cotton
Dari RM39
Lihat harga di Shopee Malaysia
Bahagian depan tudung senang drape
Labuh tudung boleh disesuaikan ikut gaya
Perlu pakai inner jika digayakan stail labuh
2 lagi
Harga berpatutan
Tak panas

Nak pakai selendang tapi takut wajah tak sesuai dengan stail shawl? Jangan risau, jom dapatkan tudung bawal shawl daripada TOP HIJAB ini. 

Material daripada kain kapas akan memastikan style tudung bawal ini senang dibentuk mengikut bentuk muka. 

Paling menarik, bahagian depan tudung nampak flowy apabila dililit ke bahagian kepala. 

Sesuai juga dipakai oleh kaum Hawa ketika majlis bertunang atau akad nikah kerana terdapat pelbagai warna menarik yang boleh dipilih seperti pure white dan taupe.   

Memang dijamin nampak lebih ayu, manis dan anggun ketika hari bahagia anda.

HEEJAB Bawal Instant ELYSS
Tudung bawal instant 9 daripada 12
HEEJAB Bawal Instant ELYSS
Dari RM29
Lihat harga di Shopee Malaysia
Awning boleh dibentuk ikut muka
Lebih 15 pilihan warna
Kesan berpeluh mungkin kelihatan
2 lagi
Mudah dipakai
Harga murah

Tudung bawal instant jenama HEEJAB ini pula direka khas untuk anda yang sibuk kerana ia tak perlu digosok.

Diperbuat daripada material moscrepe yang lembut dan boleh diregangkan, tudung bawal terkini ini sejuk apabila dipakai, jadi tetap selesa meskipun panas sepanjang hari. 

Bawal instant ini sangat mudah untuk dipadankan dengan mana-mana warna baju terang atau pastel kerana ia tidak bercorak. 

Sesuai dipakai oleh kaum Hawa yang berkerjaya, ibu suri rumah tangga yang sering sibuk dan pelajar kolej untuk ke kelas.

FAREHA Chiffon Plain Special Edition (JET BLACK)
Tudung bawal hitam 10 daripada 12
FAREHA Chiffon Plain Special Edition (JET BLACK)
Dari RM1.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Bidang 45
Kain ringan
Tidak sesuai untuk wanita yang suka tudung bercorak
2 lagi
Harga murah
Kepala tak terasa berat

Tudung bawal hitam Jet Black dari FAREHA ini sesuai dipakai oleh anda yang gemarkan hijab yang ringkas namun mahu tetap kelihatan elegan kerana ia kosong dan tidak bercorak. 

Lebih mudah untuk dipadankan dengan mana-mana warna baju.  

Hijab dari kain Chiffon Korea ini juga merupakan bawal anti kedut dan senang dibentuk.

Paling penting, bahagian kelim tudung telah dijahit kemas, jadi ia tidak berbulu atau tertarik benang. 

Turut dihias dengan signature Fareha pada tudung agar nampak lebih eksklusif.

ANDREA Bawal Bride (OFF-WHITE)
Tudung bawal putih 11 daripada 12
ANDREA Bawal Bride (OFF-WHITE)
Dari RM39.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tidak berbulu
Senang dibentuk
Bukan bawal instant
2 lagi
Jahitan tepi kemas
Kain kapas mewah premium & lembut

Bakal pengantin yang sedang mencari tudung putih untuk dipakai ketika majlis akad nikah nanti disyorkan untuk dapatkan tudung bawal ANDREA off white jenama MyPuteri ini. 

Warna off white lebih sesuai dengan kulit wanita asia kerana warna putihnya ada campuran sedikit warna krim. 

Tudung putih bidang 45 ini merupakan hijab 4 segi namun ia mempunyai 1 bucu yang melengkung. 

Jadi, anda boleh buat gaya depan bentuk curve agar lebih kemas dan menawan, barulah pengantin nampak lebih menyerlah dari pengapit. 

Tudung dijamin akan terletak sepanjang majlis dan tidak rasa panas atau melekit walaupun majlis hingga ke petang.

Euniescarves Bawal Tabur
Tudung bawal tabur 12 daripada 12
Euniescarves Bawal Tabur
Dari RM25
Lihat harga di Shopee Malaysia
Direka dengan metal tag eksklusif
Awning tudung terletak
Perlu pakai anak tudung
2 lagi
Diperbuat dari cotton voile
Ada 51 warna

Euniescarves menyediakan tudung bawal plain dengan tatahan batu ala berlian Swarovski yang ditabur pada fabrik tudung sebagai daya penarik. 

Sesuai untuk wanita yang mahukan gaya hijab ringkas namun masih kelihatan cantik. 

Diperbuat daripada bahan fabrik premium cotton voile yang dijamin mudah dibentuk pada wajah dan tidak menggelembung. 

Terdapat 51 pilihan warna menarik yang boleh anda pilih untuk disesuaikan dengan warna seluar atau baju kurung seperti ash brown, vanilla, dusty purple, army green dan bluegrey.


Perbezaan Tudung Bawal Dan Tudung Shawl 

Tudung jenis shawl dan tudung bawal sememangnya mempunyai peminat mereka yang sendiri.

Tudung bawal merupakan hijab yang berbentuk segi empat sama. 

Ada wanita yang lebih gemar pakai tudung bawal kerana tekstur bawal yang lebih mudah digayakan dan dibentuk, tidak kira bentuk muka. 

Tudung bawal perlu dilipat dua untuk menjadi segi tiga sebelum dipakai pada kepala dan diletakkan pin pada dagu. 

Untuk gayakan tudung bawal juga mudah, cara paling ringkas ialah pin sebelah di bahu dan sebelah lagi di atas kepala. 

Manakala shawl atau selendang pula ialah tudung yang berbentuk segi empat tepat atau halfmoon (separa bulat).

Saiz shawl yang panjang memudahkan si pemakai kerana tak perlu dilipat segi tiga sebelum dililit pada kepala. 

Namun, tak semua bentuk muka sesuai pakai shawl dan nak lilit shawl juga perlukan kemahiran sebab kalau salah lilit, akan nampak serabut dan tak kemas. 


Cara Simpan Tudung Bawal 

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk simpan tudung bawal agar tak berkedut dan nampak lebih teratur. 

Antara cara yang paling mudah ialah dengan lipat atau gantung.

Jika gantung semua tudung, lebih mudah untuk anda lihat warna tudung yang anda miliki dan senang untuk padankan dengan baju. 

Selain itu, boleh juga:  

  • Guna penyangkut (hanger) mini yang khas untuk tudung. 
  • Guna hanger tudung yang mempunyai lubang. 
  • Lipat tudung & letakkannya ke dalam bakul kecil atau organizer agar almari lebih kemas serta jimat ruang. 
  • Lipat tudung secara memanjang dan sangkut pada rak tudung.  

Yang penting, elakkan dari lipat tudung pada garisan yang sama sebab nanti tanda lipatan pada tudung boleh jadi kekal dan sukar untuk hilangkan garisan itu meskipun telah digosok. 

Boleh tonton video YouTube ini untuk inspirasi penyimpanan hijab. 


Fabrik Yang Sesuai Untuk Tudung Bawal 

Fabrik yang sering menjadi pilihan untuk tudung bawal agar mudah dibentuk ialah kain jenis kapas, Japanese cotton voile, satin, Korean chiffon dan chiffon voile.

Itu antara fabrik yang sering digunakan untuk penghasilkan tudung bawal, jadi anda boleh tahu sama ada tudung yang anda nak beli itu menggunakan fabrik yang sesuai atau tidak.

Atau kalau anda nak hasilkan jenama tudung bawal sendiri, bolehlah mula pilih jenis fabrik yang betul!


Soalan Lazim

Apakah beza tudung bawal dan tudung shawl?

Tudung bawal berbentuk segi empat dan perlu dilipat serta disematkan pin sebelum dipakai, manakala tudung shawl berbentuk segi empat panjang dan lebih mudah dililit tanpa banyak lipatan. Tudung bawal lebih popular untuk gaya yang kemas dan formal, manakala shawl lebih santai dan pantas dipakai.

Berapa harga tudung bawal yang berpatutan?

Tudung bawal printed asas seperti ZOE ARISSA bermula RM21.00 (Shopee Malaysia, disemak 11 September 2026), manakala jenama dengan fabrik premium seperti satin atau sulam biasanya RM35 hingga RM80 senaskah, bergantung pada jenama dan bidang kain.

Fabrik apa yang paling sesuai untuk tudung bawal?

Japanese cotton voile dan Korean chiffon adalah pilihan paling popular kerana ringan, tidak panas dan mudah dibentuk. Satin pula sesuai untuk majlis rasmi kerana kilauannya, tetapi kurang sesuai untuk cuaca panas harian.

Adakah tudung bawal sesuai untuk semua bentuk muka?

Ya, kerana tudung bawal boleh dibentuk mengikut keperluan semasa pemakaian (tinggi atau rendah di bahagian dahi), ia sesuai untuk hampir semua bentuk muka berbanding tudung instant yang bentuknya tetap.

Lagi daripada ProductNation