Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Pilihan Tudung Labuh Paling Cantik Dan Menutup Aurat Untuk Muslimah Sejati

Fesyen tudung labuh sekarang tidak ketinggalan zaman!

Menutup aurat bagi kaum wanita beragama Islam adalah satu tuntut wajib dari Allah SWT. Yakni hanya wajah dan telapak tangan sahaja yang dibenarkan terdedah. Sesungguhnya Allah S.W.T meletakkan syarat menutup aurat bagi kaum wanita ialah sebagai agungan kecantikan wanita. Menutup aurat bukanlah suatu perkara yang mudah. Tapi seharusnya diingati, ianya kehendak dari Yang Maha Esa dan memberi banyak faedah untuk amal ibadah anda. 

Fesyen paling elok untuk para Muslimah ialah mengenakan baju yang labuh, longgar dan berlengan panjang. Diikuti dengan tudung labuh menutup bahagian kepala, dada, leher serta tidak jarang. Bahagian kaki anda boleh memakai stokin dan berseluar longgar atau skirt agar tidak menampak bentuk kaki. Lengkap! 

Apa maksud Khimar?

Pasti ramai terasa bingung apa itu Khimar adakah ianya hanya satu tagline untuk tudung labuh? Sebenarnya tudung terdapat pelbagai bentuk dan ukuran. Bermula dari Shayla, Hijab, Al-Amira, Khimar, Chador, Niqab dan Burka. 

Jika dilihat pada gambar diatas, Khimar ialah tudung labuh yang menutupi kepala, leher, dada hingga ke bahu berbeza dengan Hijab. Pemakaian Khimar adalah paling sesuai untuk menutup aurat dengan sempurna dan selesa. Masyarakat Melayu Muslim lebih gemar memanggil Khimar sebagai tudung labuh. Namun kini sudah ada jenama tudung labuh yang menggunakan gelaran Khimar untuk koleksi tudung labuh mereka. 

Tips memilih tudung labuh atau Khimar

  • Pemilihan saiz bidang tudung

Potongan untuk tudung labuh biasanya bulat atau bundar supaya ia jatuh menutupi dada dan bahu. Kita biasa silap mengukur bidang tudung labuh dengan tudung bawal. Diingatkan tudung bawal ialah potongan empat segi bukan seperti tudung labuh. Bidang tubuh labuh atau Khimar bermula dari saiz 45, 50, 55 dan paling besar 60. 

  • Jenis fabrik 

Fabrik atau kain yang paling sedap dipakai ialah dari chiffon, koshibo atau moss crepe. Ia tidak panas, cantik terletak dan paling penting mudah dibentuk. Namun hati-hati anda kena periksa juga agar fabrik tudung tidak jarang. Jahitan pada tudung juga penting, pastikan ia tegap supaya tidaklah sekali pakai terus rosak. 

Jika tahun ini anda beriltizam untuk menutup aurat bermula dengan melabuhkan tudung. Disini kami kongsikan beberapa jenama tudung labuh yang bukan sahaja menutupi aurat dengan sempurna tapi jadikan anda Muslimah yang boleh bergaya tanpa alasan. 

10 Tudung Labuh Cantik Yang Boleh Dijadikan Gaya Fesyen Terkini

Tudung labuh paling murah dan diperbuat dari Chiffon
Semak Khimar Fatimah 2 Layer Tudung Labuh harga dibawah:

Walaupun dijual dengan harga rendah ia masih mengekalkan kualiti fabrik iaitu kain heavy chiffon. Saiz bidang Khimar 50 ini cukup sesuai sekali untuk digayakan bersama baju kurung atau jubah. Potongan layer juga menambah seri pemakai, beralun elok bila berjalan. Cantik sungguh!

Tudung labuh dari fabrik Koshibo yang lembut dalam bidang 50 - 60
Semak Tudung Labuh Naurah Naurah Koshibo harga dibawah:

Instagram: ttps://www.instagram.com/labuhwears_/?hl=en

Jenama Tudung Labuh Naurah mengungguli pasaran tudung labuh atau Khimar menggunakan fabrik Koshibo. Menarik tentang Koshibo adalah ianya fabrik tidak panas, jatuh terletak, tidak jarang dan tidak melekat pada tubuh. Terdapat tiga saiz yang disediakan Naurah iaitu bidang 50, 55 dan 60. Pilihan warna pula lebih dari 10 warna jadi tak susahlah untuk cari digayakan dengan buasana yang tersedia ada.

Khimar dari kain kapas berkualiti tinggi
Semak Hijab Galeria Khimar Cotton harga dibawah:

Instagram: https://www.instagram.com/hijabgaleria/?hl=en

Khimar dari kain kapas lycra Hijab Galeria sesuai untuk digayakan ketika cuaca panas. Selesa dan menyerap peluh. Potongan Khimar bulat tanpa awning sesuai untuk anda yang inginkan gaya kasual. Ditambah pula dengan perincian ropol dihujung tudung menjadikan tudung ini kelihatan chic tapi ringkas. Tak sangka dengan material yang selesa dijual pada harga berpatutan.

Khimar moss crepe yang dijahit bersama pelapik dagu
Semak Zara Awliya Khimar Alya harga dibawah:

Instagram: https://www.instagram.com/zaraawliya/?hl=en

Risau kalau bahagian dagu terlihat oleh orang? Cuba Khimar Alya dari jenama Zara Awliya yang jahit elok bersama pelapik dagu. Khimar versatil ini anda boleh gayakan pada bila-bila masa sahaja dan ianya ready untuk digunakan bagi tujuan bersolat. Terdapat 10 warna pilihan yang menarik dan ianya diperbuat dari fabrik moss crepe tebal.

Tudung sarung labuh berzip dan mudah dibentuk
Semak Khimar Sumayyah Khimar Berzip harga dibawah:

Instagram: https://www.instagram.com/khimarsumayyah/?hl=en

Khimar Sumayyah memperkenal Khimar yang dijahit zip pada bahagian tengah tudung. Ianya supaya si pemakai boleh pelbagaikan gaya Khimar. Jenama ini juga menjanjikan tudung mudah dibentuk tanpa kesan gelembung. Hujung tudung pula diberi efek berombak sebagai perincian ringkas. Siapa yang baru nak cuba tudung labuh boleh dapatkan Khimar Sumayyah.

Shawl instant bercorak mimik Khimar
Semak Maryam Khadijah Big Urban Instant Shawl harga dibawah:

Instagram: https://www.instagram.com/maryam.khadijah/?hl=en

Jatuh cinta betul bila melihat corak tudung koleksi Big Urban Instant Shawl dari Maryam Khadijah. Ya, ianya bukan sahaja merupakan tudung labuh tapi selendang instant labuh yang sama saiz dengan normal Khimar. Saiz shawl mimik dengan Khimar bidang 50 dan diperbuat dari Korean Chiffon. Kalau anda dah bosan dengan Khimar berbentuk tudung biasa bolehlah tukar selera dengan koleksi ini.

Khimar yang mampu melitupi saiz tubuh dan menutup aurat
Semak Farfalla Hijab Khimar Zohra harga dibawah:

Instagram: https://www.instagram.com/farfallahijabofficial/?hl=en

Inilah Khimar labuh bidang 60 yang masih kelihatan eksklusif, elegan dan selesa. Dijual pada harga amat berpatutan dan diperbuat daripada kualiti fabrik moss crepe dan chiffon. Lengkap dengan pelapik dagu, awning lembut dan bukaan wajah yang tidak ketat. Pilihan warna juga menyejukkan mata. Perincian hujung Khimar ditambah fabrik chiffon warna berbeza sebagai daya penarik.

Revolusi tudung labuh untuk dibawa solat dan umrah
Semak Faralisya Mini Telekung Lux Marissa Khimar harga dibawah:

Instagram: https://www.instagram.com/faralisya_butik/?hl=en

Unik rekaan tudung labuh atau Khimar dari Faralisya ini. Potongan tudung bercantum dengan sarung tangan sekaligus memudahkan urusan ibadah terutamanya untuk solat. Grip pada sarung tangan menjaga aurat supaya tidak terselak. Malah pada bahu tudung diletak pad khas supaya terletak sahaja pada bahu si pemakai. Khimar ini menggunakan fabrik moss crepe yang lembut, tidak jarang dan kelihatan ekslusif.

Tudung labuh untuk Muslimah yang aktif dengan aktiviti luar
Semak Tudung People Najwa Sport Khimar – Black Edition harga dibawah:

Instagram: https://www.instagram.com/tudungpeople/?hl=en

Tak perlu rasa rimas lagi ketika bersukan dengan tudung labuh. Perkenalkan Khimar edisi bersukan dari Tudung People. Dihasilkan dari kain mesh jersey yang cepat kering, ringan dan tidak panas. Ruang muka pula boleh dilaraskan mengikut keselesaan si pemakai. 

Jangan risau Khimar ini tidak jarang jadi tak perlu anda pakai anak tudung ketika bersukan. Jenama tudung tempatan ini dijual dengan harga yang berpatutan.

Khimar instant dengan dua tona
Semak She Shawls House Khimar Safya Duo harga dibawah:

Instagram: https://www.instagram.com/sheshawlshouse/?hl=en

Khimar koleksi Safya Duo ini cukup elegan sekali dengan rekaan dua tona. Potongan tudung juga dibiar ekstra panjang dan kelihatan bersahaja. Material dan awning tudung dari chiffon georgette yang popular dengan kelembutan dan keselesaanya. Tudung labuh dari She Shawls House ini legap warna jadi anda tak perlu cover leher. 

Khimar ini membuatkan anda kelihatan seperti memakai dua tudung. Dengan dua warna yang tersedia anda boleh matching dengan banyak baju.

End of Article