Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
samsung-good-lock-galaxy-z-flip5

Rasai Kemampuan Sebenar Samsung Good Lock Pada Galaxy Z Flip5 Sekarang

Mempunyai akses yang pantas, FlexCam dan siap boleh main game lagi!

Samsung Galaxy Z Flip5 masih lagi menjadi fenomena dan kegilaan ramai bagi sebuah model telefon lipat.

Bukan sekadar reka bentuknya yang sleek dan moden, tetapi ciri menarik seperti Flex Window yang membuatkannya menjadi telefon rebutan ramai.

Bagi pengguna Galaxy Z Flip5, pasti ingin meneroka lagi apa telefon lipat terbaharu ini mampu lakukan.

Kali ini kami akan kongsikan pula ciri-ciri menarik aplikasi Good Lock yang boleh digunakan pada telefon ini, atau lebih tepat yang boleh digunakan pada Flex Window!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Buat Tetapan Akses Pantas Menerusi Good Lock

Bila dah memiliki telefon baharu, tentulah kita nak personalize telefon tersebut ikut gaya, mood dan cita rasa kita.

Ini memang kebiasaan bagi pengguna telefon Android, dan dengan aplikasi Good Lock, anda boleh sesuaikan telefon dengan personaliti diri anda.

Bagi pengguna Galaxy Z Flip5, anda boleh buat tetapan akses pantas (quick access) menerusi Good Lock dan boleh guna aplikasi atau widget yang anda kerap guna pada skrin luar.

Bila dah ada quick access ni lagi cepatlah untuk anda buka aplikasi atau widget yang kerap anda guna seperti aplikasi kalender, emel, cuaca, fitness dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh lakukan screen pinch menggunakan dua jari secara kedalam pada skrin luar dan menukar paparan skrin kepada Multi Widget View.

Menarik bukan? Sekarang guna je aplikasi Good Lock dari Galaxy Store untuk guna fungsi akses pantas ini.


Berswafoto Dari Pelbagai Sudut Dengan FlexCam!

Buat kaki selfie di luar sana, tentu anda paling suka dengan fungsi FlexCam ini kerana anda kini boleh ambil gambar swafoto menggunakan kamera utama.

Jika telefon lain yang tidak mempunyai skrin luar atau skrin luar yang kecil, tidak mungkin anda boleh berswafoto menggunakan kamera utama beresolusi tinggi dan mendapatkan hasil gambar yang sempurna.

Namun, dengan FlexCam anda boleh lihat sendiri angle gambar anda yang dipaparkan pada Flex Window dan mengambil gambar selfie yang sempurna.

Selain itu, anda juga boleh melihat semula gambar-gambar anda dan buang gambar yang anda tidak mahu, atau meletakkan gambar tersebut dalam favorites anda menerusi FlexCam.

Semua ini boleh dilakukan tanpa perlu membuka lipatan telefon anda!


Muat Turun Pelbagai Game Menarik Dengan Aplikasi Good Lock

Tidak cukup sekadar boleh menonton video YouTube atau Netflix pada Flex Window Samsung ini, tetapi boleh digunakan untuk bermain game juga.

Bayangkan anda masih boleh bermain game tanpa perlu membuka lipatan telefon, dan kualiti paparan game juga memang cantik!

Pelbagai game menarik anda boleh dapatkan menerusi aplikasi Good Lock yang dikuasakan oleh GameSnacks.

Lepas ni anda boleh main game tidak kira masa dan di mana sahaja pada Flex Window Samsung Galaxy Z Flip5.

Ini barulah betul telefon lipat canggih paling berbaloi yang anda boleh miliki sekarang!

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan

End of Article