Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
galaxyZ (2)

Beli Set! Boleh Guna Sistem Ekosistem Dengan Peranti Samsung Galaxy Z

Lebih mudah dan lebih senang!

Ekosistem Samsung Galaxy boleh dikatakan antara tahap yang terbaik kerana telah ditingkatkan dengan teknologi inovatif yang menjadikan kehidupan anda lebih produktif.

Lagipun, pengguna dan peminat peranti Samsung lebih gembira dan teruja dengan adanya Ekosistem Galaxy kerana dapat mengubah cara dalam memanfaatkan peranti ini.

Mana tidaknya, tak perlu lagi dah cucuk pakai wayar HDMI kabel antara satu peranti dengan peranti yang lain untuk menghubungkan semua. 

Best kan? Semua dapat di kawal dari hujung jari je malah, semua barangan rumah dapat disambungkan dan dikawal dengan teknologi mudah alih.


Quick Share

Jadi kami ketengahkan beberapa ekosistem Galaxy melalui Samsung siri Z yang anda boleh praktikkan. 

Antaranya Quick Share dimana anda boleh sambungkan alat peranti Samsung antara satu sama lain.

Misalnya Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Tab S9 Ultra atau komputer riba Samsung untuk menghantar saiz fail yang lebih besar hanya dalam beberapa saat.

Malah, anda juga boleh hantar video atau gambar yang diambil dari telefon ke tablet jika inginkan skrin yang lebih besar untuk proses suntingan.

Sama juga dengan peranti Samsung yang lain. Jika anda nak sambungkan tablet dengan komputer riba pun boleh, tak ada masalah!


Link to Windows

Seterusnya, features yang menarik dan berguna untuk kegunaan pekerjaan bagi pengguna Samsung adalah Link To Windows.

Link To Windows ini dikenali sebagai Microsoft Your Phone yang mengeluarkan notifikasi berbentuk pop up kecil pada skrin desktop anda. 

Maknanya, apa-apa notifikasi pada skrin telefon pintar anda akan keluar pada skrin laptop juga.

Features ini berfungsi hampir untuk semua perkara ketika anda ingin menghantar atau menerima teks pesanan ringkas, melihat gambar terkini atau apa saja aktiviti.

Penjelasan lebih mudah, bila berhadapan dengan skrin desktop, anda tidak perlu lagi melihat skrin telefon pintar kerana notifikasi yang masuk boleh diuruskan menerusi skrin desktop.


Auto Switch 

Selain itu, Galaxy Z Fold5 menyokong ciri Auto Switch yang mana wireless earbuds Galaxy Buds secara tak langsung akan disambung dengan mana-mana peranti Samsung yang berdekatan secara automatik.

Misalnya, anda menonton movie atau drama menggunakan earbuds Galaxy Buds.

Tiba-tiba anda dapat panggilan telefon, jadi Galaxy Z Fold5 akan terus sambung dengan Buds untuk memudahkan anda menjawab panggilan tanpa memegang skrin telefon. Hebat kan?


Find My Mobile

Aplikasi Find My Mobile merupakan antara ciri ekosistem Galaxy yang penting. Cara menggunakannya sangat bagus dan sangat praktikal untuk setiap peranti Samsung.

Ini kerana anda boleh mencari mana-mana peranti Samsung jika anda terlupa di mana anda letak dengan menggunakan Find My Mobile.

Dengan syarat anda perlu membuat sambungan dengan semua peranti terlebih dahulu.

Malah anda juga boleh mengambil gambar menggunakan Galaxy Watch Series tanpa memegang peranti Galaxy Z Series 

Sebenarnya ada banyak lagi ekosistem galaxy yang anda boleh guna pakai tapi ini adalah antara yang kami boleh kongsikan bersama anda.

Jom explore lagi dunia Samsung dengan ekosistem Samsung Galaxy!

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]


Artikel Berkaitan 

End of Article